Tuesday, December 01, 2009

Majlis Perasmian PEKIDA Jeli

Ayahanda Haji Kori sedang menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian PEKIDA Jeli.
Berita lewat...

Semalam, bertempat di Dewan Daerah Jeli telah berlangsung Majlis Perasmian PEKIDA Jeli dan dihadiri oleh sekitar 250 orang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Zainuddin Ahmad selaku Ketua Penyelaras PEKIDA Kelantan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan OCPD Jeli, ADO Daerah Jeli dan semua Ayahanda Daerah.

Ayahanda Haji Kori dalam ucapannya dimajlis tersebut berharap agar PEKIDA tidak dipandang serong oleh masyarakat setempat dan beliau juga berharap agar mana-mana individu yang berminat untuk menyertai PEKIDA bukan sekadar menyertai PEKIDA kerana "nama PEKIDA" tetapi atas niat yang baik.

Beliau juga berharap agar ahli-ahli PEKIDA sedia ada memahami dan mempraktikkan slogan PEKIDA iaitu "Amar Makruf, Nahi Mungkar" dan tidak menjadikan slogan itu sekadar "perhiasan" sahaja.
  • "Syarat nak masuk PEKIDA ialah seseorang itu mesti patuh pada ajaran agama Islam. jangan lalai suruhan Allah kerana asas penubuhan PEKIDA ialah menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil".
Tegas Ayahanda Haji Kori dalam ucapannya.

Tu cerita dari dalam Majlis tersebut. jadi aku nak ambil kesempatan jugak dekat sini. harapan kita semoga pihak Pimpinan PEKIDA dapat menapis ahli-ahli baru terutamanya anak-anak muda yang pada masa ini kita lihat sangat-sangat berminat menyertai pertubuhan besar seperti PEKIDA.

Kita harap, selepas hari ini, pihak Pimpinan PEKIDA mengambil berat akan rungutan-rungutan dari orang awam yang aku rasa banyak sangat dan pada aku telah mencalar nama baik PEKIDA. kita sedia maklum bukan semua ahli PEKIDA ni bermasalah, tapi akibat dari segelintir ahli PEKIDA yang "nakal", nama baik PEKIDA telah tercalar dan pernah menjadi bahan bualan di Malaysia.

Kalau di Kelantan, aku kenal ramai jugak ahli-ahli PEKIDA dan setakat ni ahli PEKIDA Kelantan tak banyak menimbulkan masalah. mungkin Pimpinan PEKIDA Kelantan lebih prihatin pada rungutan masyarakat setempat, tak macam di luar Kelantan.

Kalau semua Pimpinan PEKIDA di luar Kelantan bersikap "peduli' macam Pimpinan PEKIDA Kelantan... alangkah baiknya.

UMNO Takut Doa Musnah TGNA..!

Dekat atas ni rakaman video dan ceramah dan doa musnah TGNA terhadap rejim penzalim UMNO/Beer eNd, PM Najib dan pengikut-pengikutnya - ihsan Pinkturtle.

Bila timbul isu doa musnah TGNA terhadap penzalim, habis segala media perdana yang ada, hantu-hantu puaka dan pak-pak menteri UMNO bangun bercokoh-cokoh dengan pandangan dan pendirian masing-masing. semua dah jadi ustaz, semua dah jadi "abuya". baru ingat dosa pahala.

Lepas cerita pasal dosa pahala, malam karang pergi teguk arak dekat pusat hiburan. jangan cakap tidak sebab aku tau dekat mana korang lepak.

Aku heran... kenapa UMNO takut sangat pada doa TGNA ni..? kalau UMNO, Najib dan pengikut-pengikutnya tak zalim, buat apa nak takut dan kecoh-kecoh mintak TGNA tarik balik doa tu..?

Mintak tarik balik sebab korang sedar korang zalim ke..? kalau rasa diri tu tak zalim, apa salahnya kalau sama-sama kita aminkan doa TGNA tu...

Amin...

Iklan...
Pemuda UMNO Pasir Putih - eh..? dah pandai pakai kopiah..? selama ni tak pernah nampak pun pakai kopiah... pehal..? menyamar ahli PAS ke..?

Perhimpunan HARAM Depan SUK Kelantan...

Hah... sah ada UMNgOk yang marah sebab aku letak tajuk "Perhimpunan HARAM Depan SUK Kelantan". tapi tak pe... aku paham. puaka-puaka UMNgOk ada masalah tak boleh berfikir sebab diorang tak de otak. maafkan diorang...

Tapi pagi tadi aku dengar polis sendiri yang cakap - Perhimpunan ni diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram sebab tak ada dimohon oleh pihak penganjur dan pihak polis pun tak de keluarkan sebarang permit untuk aktiviti ni.
Yang ni "speaker" masa perhimpunan pagi tadi. suara kuat, semangat kuat... sebelum tu aku nampak dia ni dengan geng-geng "Beca" tengah menjamu selera dekat Restoran Mama sebelah bangunan PMBK. waaa... ada sponsor haaa...???
Antara yang hadir. totok-totok UMNO. eh..? UMNO..? ni budaya UMNO ke..?
"Mohon TGNA tarik balik doa musnah terhadap PM Najib dan pengikut"... waaa... takut kau dengan doa TGNA aaa..? oi bagidol... kalau kau tak zalim, kalau kau tak aniaya orang, buat apa kau nak takut..? banyak buat salah ek..?
Tengah runding dengan pihak polis untuk serah memorandum.
Tukang pegang banner...
Carik sape..?
Pasukan FRU siap-siaga. cukup-cukup baik hari ni. kalau demonstrasi Pakatan Rakyat, memang dari awal dah berjerebu kawasan depan SUK.
Geng-geng depan SUK yang berdepan dengan FRU ni ialah geng-geng UMNO yang mengaku "memperjuangkan hak rakyat"... "Hak Rakyat"..? bila timbul isu royalty minyak aku tak nampak pun geng-geng ni... pehal..?
Yang kena kerumun dekat wartawan ni pulak, geng-geng yang "memperjuangkan hak rakyat" cakap - puak-puak gila nam jadi calon... dalam-dalam dok demo, sempat lagi gaduh sesame puak... dasar puaka...
Yang ni Proffessor Deris... bekas Ahli Majlis Syura PAS dan dia jugak mengaku pernah berdebat selama 8 jam dengan TGNA atau TGHH aku tak ingat. ikut cakap orang PAS yang datang, dia ni la kepala yang mengkafirkan orang UMNO satu masa dulu.

Yang bestnya pasal orang tua ni ialah, dekat depan wartawan tadi, sempat dia bagi ceramah panjang lebar dengan tajuk utama - PAS Kafir... adui... dulu UMNO Kafir, sekarang PAS pulak kafir... mana satu ni Syeikh..?

Pak Deris jugak mencabar mana-mana pemimpim PAS untuk mengadakan debat dengan tajuk "Perpaduan"... "Perpaduan..?" macam pernah dengar je kan..? teringat aku dekat geng-geng UG.

Geng aku pulak dalam-dalam Pak Deris dok bagi ceramah pasal PAS zalim, geng aku gi terjah Pak Deris dengan soalan royalti minyak.
  • Apa pendapat Pak Deris pasal royalty minyak. perlu tak Pusat bayar royalty minyak dekat Kelantan..?
Sepontan je lepas tu, semua wartawan media perdana yang ada, terus tarik microphone masing-masing. macam dah komplot pulak. video cameraman media perdana pun terus hilang. yang tinggal cuma geng-geng still camera.

Tau Pak Deris jawab apa..?
  • Pasal isu royalty tu dia ada undang-undang, petronas tau undang-undang dan dia ikut undang-undang.
Geng aku tanya lagi -
  • Macam mana pulak dengan kenyataan Ku Li..? Ku Li cakap petronas kena bayar kalau ikut perjanjian..? Ku Li tu orang UMNO, ni orang UMNO sendiri cakap kena bayar ni... macam mana pulak tu..?
Pak Deris jawab -
  • A... a... a... a... tak kira la Ku Li tu UMNO ke PAS...
Pak Deris tak sempat jawab habis, dia angkat tangan macam ada orang panggil lepas tu terus gerak pergi dekat geng-geng UMNO yang tengah berkumpul bawah pokok besar.

Binawe punya Pak Deris...

UMNO Dalang Perhimpunan "Aman" Depan SUK Kelantan..!

Awal subuh tadi aku publish artikel bertajuk 10.00 pagi - 1hb. Disember, 2009: Demo Depan SUK Kota Bharu. lepas tu ade la mangkuk-mangkuk tinggal komen-komen bodoh... korang baca la sendiri dekat bawah artikel tu.

Pagi ni...
Yang ni bukan Pemuda UMNO Pasir Mas... dia ni menyamar je... tak caya tanya Media Perdana...
Yang ni pulak bukan Puteri UMNO... budak-budak ni menyamar jugak... tak caya tanya Media Perdana...
Media Perdana tak kan keluar kenyataan bahawa UMNO Machang pun terlibat jugak...
Jadi confirm la perhimpunan tu bukan anjuran UMNO kan..? kalau ikut Media Perdana nanti la... korang cuma akan baca - "Majoriti Rakyat Kelantan" tuntut TGNA letak jawatan.

Majoriti..?

Kalau Tok Guru Boleh Terima Nasihat AJK PAS Pusat, Presiden Bila Lagi?

Baru-baru ini Tok Guru telah menerima dengan lapang dada nasihat dari AJK Pemantau yang mewakili PAS PUsat. Lantaran, Tok Guru telah mengarahkan Arifahmi untuk meletakkan jawatan beliau sebagai CEO PMBK.

Walaupun, dari maklumat yang saya dapat, kontijen PAS Pusat itu sebenarnya dijemput oleh Tok Guru Nik Aziz untuk membantu beliau mengeluarkan arahan yang agak payah bagi beliau. Tapi, tu cerita lain la.

Hakikatnya, Tok Guru akur dengan muhasabah dan teguran PAS Pusat dan menghormati kehendak PAS Pusat.

Soalnya sekarang adakah Presiden akan meniru jejak langkah yang baik yang telah ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS Pusat?

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini secara majoriti telah mengkehendaki supaya Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar. Ia adalah kehendak jumhur AJK PAS Pusat dan ianya berasaskan kepada bukti-bukti yang kukuh lagi sahih.

Tiada sebab untuk Presiden menolak kehendak AJK PAS Pusat. Namun, kehendak AJK2 PAS Pusat tetap ditolak. Sedangkan Hasan Ali ini sedang merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi dan penyokong Bukan Islam seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dia lebih teruk dari liabiliti sekarang ni.

Namun, masa masih ada masa untuk Presiden menunjukkan rasa hormat beliau kepada institusi yang dipanggil sebagai AJK PAS Pusat.

Soalnya adakah Presiden PAS mahu atau tidak?

Ataupun siapa sebenarnya Presiden PAS sekarang ini? Adakah Ayahchik ataupun SU nya? Tak mustahil sebab ada organisasi yang SU Agung lebih berkuasa dari Pengerusi.

Tapi yang saya dengar, SU Agung PAS sekarang adalah “Masters of the Universe”. Itu yang saya dengar la. Tak tau betul ke tidak.

Sebagai penutup, masanya telah tiba untuk Presiden PAS meniru contoh tauladan yang ditunjuk oleh Mursyidul Am tempohari. Mursyidul Am bukan sahaja bercakap tapi menunjuk contoh tauladan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau.

Tulang Besi

p/s - Tapi, nampaknya PAS Pusat dah nak jadi macam PAS Terengganu. Keputusan akan dibuat oleh 3-4 orang dan yang lain kena wala’. Sedih, sedih.

Saya takut lepas ni AJK PAS Pusat hanya jadi rubber stamp untuk menyokong segala agenda "geng perpaduang".

Sudahlah Presiden dikelilingi oleh orang-orang yang tidak mengerti satu habuk berkaitan politik baik negara mahupun dunia.

Aii nampak sangat-sangat PAS ni nak jadi macam kapal karam. Cepat2 lah EGM hendaknya.

Tulang Besi

Tulang Besi Masuk Sinar Harian

Alahai Khairuddin, sampai hati kata kao tak kenal aku. SMS kau masih lagi aku simpan. Lepas tu tuduh aku cari publisiti.

Kalau dah "Geng Perpaduang" tu memang tak boleh berenti auta. Pemimpin besar kao auta, yang pengikut ni pun ikut auta sama.

Kalau cikgu kencing berdiri la katakan.

Roslan pulak, depan-depan macam ni tak nak pulak kau sebut pasal aku. Tapi, bila di belakang, habisan kau belasah aku. Punyalah semangat kau maki aku masa dialog dengan blogger tu. Teruk ya amat kau ni, Roslan.

Di sini Tulang Besi ingin mengucapkan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian serta pemberita yang menulis artikel ini kerana menulis artikel yang setara dan tidak berat sebelah.
Tulang Besi

1 Kota Bharu: Projek UMNO Menjelang PRU-13

Korang tau ape benda ada dalam file sulit UMNO Kota Bharu ni..?

Tunggu pendedahannya...

10.00 pagi - 1hb. Disember, 2009: Demo Depan SUK Kota Bharu

Isnin 5:30 pagi, 30hb. November, 2009 aku selamat tiba di Kota Bharu.

Lebih kurang jauh jugak perjalanan aku kali ni. Raya Haji aku di Kota Bharu, petang naik keretapi terus ke Seremban dan sampai di Seremban lebih kurang jam 6:30 pagi. lepak di Seremban sampai jam 10:00 pagi sebelum gerak ke Nilai.

Seterusnya aku lepak di Nilai sampai jam 12:00 malam dan teruskan kembara aku ke Kolumpo, buat perjumpaan kecil-kecilan dengan geng-geng blogger kepala pengat dekat Chow Kit. jam 4:00 pagi balik ke sarang layan bantal kendian belah malamnya aku dah dok dalam Sani Express untuk ke Kota Bharu (kalau korang nak layan pening kepala, korang sambung baca tang atas balik sampai part ni pastu korang ulang balik dalam 300 kali... mekasih...).

Kota Bharu macam biasa... hujan tak renti-renti. nak keluar lepak pun tak selera sebab malas nak layan basah-basah.

Ni dah melalut jauh... balik pada "tajuk".

Ya... aku baru je balik dari lepak-lepak dekat kedai makan yang biasa geng-geng UMNO lepak dekat tengah-tengah bandar Kota Bharu. makan free, minum sampai kembung & dapat lagi bonus info.

Balik rumah, aku online... ingatkan aku je yang tau, rupanya geng-geng blogger lain dah tau awal-awal pasal perhimpunan depan SUK Kelantan pagi esok. gila laju dunia sekarang. sape malas nak online, memang ada harapan jadi mat sembab. info dihujung jari anda. kalau nak bodoh, tunggu je surat loyar pagi esok... kompom boleh bangang terus dalam masa setahun.

Surat loyar bukan saja lembab dan selor, malah bijak memperbodohkan manusia yang tak kenal IT. aku melalut lagi.

Kedai makan... geng-geng UMNO dah kecoh. pagi esok ada perhimpunan. pakcik-pakcik berdarah biru cakap, Husam dah kumpul orang-orang dia untuk buat perhimpunan pagi esok untuk desak Ariffahmi supaya letak jawatan dari PMBK. uih... gila dasat. Syeikh terlibat ke..? entah...

Aku tanya pakcik darah kaler biru tu, mana pakcik tau Husam punya plan..? pakcik tu cakap, ala... aku tau la... aku kenal budak-budak Husam tu..! ooo... aku panjangkan muncung aku...

Lepas tu agenda seterusnya geng-geng darah biru ialah kutuk PAS, TGNA dan Husam... Ariffahmi pun kena kutuk jugak tapi tak teruk macam Husam dengan TGNA. TGHH dah jadi macam Idola. geng-geng darah biru puji geng-geng UG macam puji Mahdet. huiyooo... 1st. time pertama kali aku dengar orang UMNO puji "UlarMak" PAS.

Aku layan je...

Sambil-sambil dok kutuk-kutuk & puji-puji, handphone pakcik darah biru sebelah aku bunyik... aku sempat curi dengar -
  • Hello..! hoh Rani... banner nok paka pagi esok siyak doh..? bereeehhhh... bghapo ghiya..? ok... pagi esok demo bowok gi depae SUK nga budok-budok..! jange ggege tau..!