Tuesday, December 22, 2009

Baru Tok Guru Doa, Allah Mula Tunjuk di Kuala Berang

Sejak dari mula Program Wang Ehsan, telah PAS dan ramai pihak ingatkan, pemberian Wang Ehsan ini tidak ada pemantauan.

Sekiranya royalti, maka perbelanjaan setiap sen wang royalti akan dipantau di Dewan Undangan Negeri dan setiap sen yang dibelanjakan terdedah kepada penyiasatan dari pihak Audit. Ini kerana wang royalty dibayar kepada kerajaan Negeri.

Dan setiap perbelanjaan kerajaan negeri direkodkan. Malahan, sebelum berbelanja, kerajaan Negeri wajib membentangkan Belanjawan bagi memberitahu umum apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk dibelanjakan.

Setiap perbelanjaan direkod dan di audit. Setiap perbelanjaan dan perancangan perbelanjaan (belanjawan) dibahaskan secara terbuka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ada pula proses audit bagi mencari ke mana setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak cukup dengan audit, ada pula PAC ( Public Affairs Committee) yang kalau di Selangor dipanggil SELCAT. PAC atau SELCAT pula mengadakan prosiding mereka secara terbuka dan umum boleh mendengar prosiding-prosiding ini berjalan (tidak seperti ada sorang di Selangor tu yang mahukan SELCAT diadakan di belakang tabir).

Dalam prosiding SELCAT, kita dapat jumpa macam-macam perkara. Salah satu yang paling popular adalah bagaimana Khir Toyo membelanjakan RM1.3 juta untuk pergi Disneyland. Kita juga jumpa bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka.

Saya mendapat maklumat ahli-ahli biasa UMNO di Selangor menyokong penuh prosiding SELCAT dan mereka tak nampak perjalanan SELCAT yang terbuka ini sebagai isu. Hanya “orang itu” sahaja yang mengatakan ianya satu isu. Rakyat Selangor secara keseluruhannya mengalu-alukan proisiding terbuka SELCAT ini.

Malangnya, yang berkuasa menentukan perbelanjaan Wang Ehsan adalah UMNO Negeri dan UMNO Bahagian. Maka, siapakah yang hendak memantau perbelanjaan wang ini? Hasilnya kita lihat sendiri :
  • RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June.
  • RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports.
  • RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July.
  • Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October.
  • Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks.
Ini kes-kes kerosakan yang besar-besar. Bagaimana pula kes-kes yang kecil-kecil yang tidak mendapat tumpuan media? Sudah tentu disenyapkan dan tidak diketahui umum.

Inikah dia program yang hendak diperkenalkan oleh Najib Tun Razak di Kelantan? Yakni, program mengkayakan kontraktor “Orang Kuat UMNO” (OKU). Yang akan membina bangunan-bangunan dengan kualiti yang rendah sebab nak buat untung atas angin.

Hasilnya, bila ditiup angin, bangunan pun runtuh. Untung pun atas angin, runtuh pun sebab angin. Itulah UMNO.

Amat benarlah tindakan Tok Guru Nik Aziz mendoakan “pecah perut” mereka yang menzalimi rakyat Kelantan, menzalimi rakyat Malaysia dengan memperkenalkan program yang hanya bertujuan untuk mengkayakan “Kontraktor OKU”.

Dan wang siapa yang bakal digunakan untuk mengkayakan kontraktor2 OKU ni? Bukan duit Najib, bukan duit Rosmah, bukan duit Muhyiddin, bukan duit Zahid Hamidi. Tetapi ianya adalah duit rakyat.

Duit rakyat untuk program mengkayakan kontraktor2 OKU. Hahahaha itulah dia UMNO. Parti yang menghalalkan korupsi. Last-last dapatlah bahana bangunan runtuh sana, stadium runtuh sini.

Tok Guru mahu menghalang Wang Rakyat dibelanjakan sewenang-wenang nya oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka. Maka., kita rakyat Malaysia pun mesti berdoa yang sama dalam isu royalti Kelantan ini. Biar mereka yang bertanggungjawab atas kezaliman ini Allah pecah kan perut mereka.

Baik mereka pecah perut, dari rakyat biasa mati atau cedera atau cacat sebab bangunan runtuh.

Baru je Tok Guru berdoa beberapa minggu lepas, Allah SWT sudah mula mengkabulkan doa Tok Guru.

TAKBEEERRRRR!!!!!!!

Tulang Besi

p/s - orang2 bukan Islam pun mesti berdoa seperti doa Tok Guru ini apabila mereka ke rumah-rumah ibadat mereka. Ini isu yang berkaitan dengan semua orang tidak kira ugama dan bangsa.

http://www.malaysiakini.com/news/120378
'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh: NGO
Salhan K Ahmad
Dis 22, 09
1:07pm


kemaskini 4.58pm Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya.

"Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.

"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

'Umno-linked contractors to blame'
Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Dec 22, 09
5:11pm


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) has blamed Umno-linked contractors for shoddy work on several new buildings in the state that have come to grief.

"We call these contractors OKU or Orang Kuat Umno (Umno supporters) " said its president Mohamad Fauzi Abdullah in a phone interview.

He was asked to comment on the collapse of the roof of the RM4.2 million bus terminal in Kuala Berang yesterday. Media reports today said the collapse of the 150m long skylight could be due to shoddy workmanship.

Mampat, a NGO fighting for the rights of the people of the state, has taken on the task of monitoring botched building projects.

Mohamad Fauzi claimed that the Umno-linked contractors enjoy a cosy relationship with politicians.

"They do not do their work diligently for the good of the people, but only for political gain. The low quality of most projects in the state is due to these contractors," he said, without naming them.

He also pointed to the fact that most of the projects are being awarded and implemented under the 'wang ehsan' (compassionate fund) programme, under the auspices of the Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP or Federal Development Department).

Concerns had been raised previously that use of the JPP to channel federal development funds to the state would lead to corruption and the feeding of political cronies with government projects.
Recent structural failures.

Work on the Kuala Berang bus terminal falls under the jurisdiction of the Hulu Terengganu district council.

The website states that its departments of building control and civil engineering are entrusted with monitoring the progress of building projects, as well as to approve and monitor the quality of materials and construction work.

When contacted today, personnel from each department were not available for comment. A staff member said those in charge are out in the field.

Recent problems with other new buildings in the state:
  • RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June.
  • RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports.
  • RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July.
  • Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October.
  • Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks
The first three buildings were about a year old when they were affected.

85% Pembaca Malaysiawaves Bersetuju UMNO Tidak Memperjuangkan Islam, Hanya Nasionalisma/Sekularisma

Rupa-rupanya pembaca Malaysiawaves adalah pembaca-pembaca yang bijak pandai dan tidak mudah diperdaya dan ditipu oleh propaganda UMNO dan Barisan Nasional.

Di saat mereka menghadapi zaman lemah mereka, tiba-tiba kuat mereka menyalak untuk menyatakan mereka juga mahu memperjuangkan Islam dan menaikkan taraf Islam.

Pada waktu yang sama, Menteri mereka baru sahaja meluluskan 10 Lesen Special Draw/Judi baru. Dan sampai sekarang tidak ada apa-apa kenyataan dari Presiden mereka mahu menarik balik kelulusan ini.

Semua ini memberikan gambaran bahawa kata-kata manis UMNO kononnya mahu memperjuangkan Islam adalah kata-kata kosong untuk menipu orang Melayu dan orang Islam supaya kembali menyokong mereka.

UMNO juga menggunakan alasan DAP sebagai sebab utama ingin menyatukan semula PAS dengan UMNO. Jelas UMNO “desperate” mahukan penyatuan UMNO-PAS kerana kali terakhir UMNO dalam keadaan tenat sebegini, PAS telah datang kepada UMNO dan menyelamatkan UMNO (selepas PRU 1969).

Sebagai membalas jasa baik PAS itu, UMNO telah menendang PAS macam kucing pada tahun 1978 dan menyebabkan PAS hilang kuasa di negeri Kelantan. Ertinya membantu UMNO adalah seperti melepaskan anjing tersepit. Orang gila sahaja yang mahu membantu UMNO atas nama Islam ni.

Syabas kepada pembaca-pembaca Malaysiawaves. Ini juga menunjukkan usaha-usaha cybertrooper UMNO mengacau blog ini tidak ada kesan. Saya mencadangkan supaya elaun-elaun cybertrooper ini dipotong atau dihentikan terus kerana mereka telah terbukti makan gaji buta.

Tulang Besi

UMNO Bukan Musuh PAS Lagi?

UMNO Bukan Musuh PAS Lagi? Presiden PAS Tidak Takut Disambar Api Neraka kah?

Terkejut saya mendengar laporan kenyataan Presiden PAS ini. Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas.

Presiden PAS dilaporkan berkata :
  • Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
  • "Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
  • "Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya..
Saya tak sanggup nak baca kenyataan Presiden PAS seperti ini. Jadinya seperti PAS mudah sangat ditipu dan dibohongi UMNO.

Kalau pun benar PAS tidak mahu memusuhi UMNO, UMNO sendiri tidak pernah menganggap PAS sebagai kawan. UMNO selama-lamanya menganggap PAS sebagai musuh walaupun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.

Kenyataan begini juga menunjukkan betapa mudahnya kepimpinan PAS yang ada sekarang ini ditipu dan dipermainkan oleh UMNO.

Kenyataan ini juga memberikan gambaran bahawa agenda Kerajaan Perpaduan masih hidup dan masih mahu diteruskan oleh kepimpinan yang ada sekarang. Sila dengar penerangan Ustaz Nasaruddin berkenaan dengan agenda Kerajaan Perpaduan di bawah :
Ia juga menunjukkan kepimpinan PAS yang ada sekarang tidak berminat untuk menjadi pengganti kepada UMNO, dan terus menjadikan PAS parti di kaki lima UMNO.

TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?

Sedih saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden ini. Mungkin Tuan Guru Presiden boleh memaafkan segala fitnah dan kekejaman yang berlaku ke atas beliau oleh UMNO. Tetapi bagaimanakah kekejaman yang telah dilakukan kepada ribuan aktivis dan penggerak PAS (serta parti2 PR yang lain) dalam sejarah politik negara?

Mereka-mereka yang dipotong kontrak, yang ditarik lesen perniagaan, yang di ISA kan, yang disiksa dalam tahanan, yang difitnah, yang dipecat kerja semata-mata kerana menyokong PAS dan pembangkang, yang disisih masyarakat kerana menyokong PAS, yang dibuang negeri, yang di bunuh (seperti Ustaz Ibrahim Libya), ditahan ISA kerana mahu menurut kehendak Amerika dalam peperangan menentang keganasan dan sebagainya.

Bukankah Al Quran sendiri mengajar kita supaya jangan cenderung pada orang yang zalim:
“Firman Allah SWT :
Sila baca beberapa tafsiran terhadap ayat di atas :
  • “Tidak berpihak kepada orang-orang zalim
  • Dalam Tafsir Al Mawardy dikatakan bahwa kezaliman mereka akan mengenai kalian sebagaimana api neraka akan membakar apa saja yang ada di sekitarnya.
  • Dalam Tafsir Al Aluusy dikatakan jika keadaan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman saja membuat orang tersentuh api neraka, bagaimana pendapat anda dengan orang yang benar-benar cenderung kepada orang yang mendalam kezalimannya dan bersahabat dengan mereka, orang yang hatinya penuh dengan perasaan senang terhadap mereka, orang mengambil manfaat kepada mereka, orang yang membuat indah kejahatan mereka dan ikut serta dalam kejahatan mereka, orang yang mata mereka melongok pada kenikmatan dunia yang fana, mereka bangga dengan keuntungan jangka pendek yang mereka peroleh sehingga lalai dari hakikat hal itu dan melupakan akhir dari semua itu?
  • Menurut Al Aluusy hendaknya orang-orang seperti itu sudah dihitung sebagai orang-orang yang berbuat zalim itu sendiri, bukan sekedar cenderung kepada orang-orang zalim. Ini didasarkan kepada suatu riwayat bahwa ada seseorang yang berkata kepada Sufyan : Aku menjahit untuk orang-orang zalim, apakah aku dihitung sebagai penolong-penolong mereka? Sufyan menjawab: Tidak, anda termasuk mereka, sedangkan yang anda jual termasuk penolong-penolong mereka."
Bukankah kita memusuhi UMNO kerana UMNO telah melakukan kezaliman? Bukankah perbezaan kita dengan UMNO ini bukan setakat perbezaan pendapat, tapi kita menentang kezaliman yng mereka taja dan lakukan selama ini?

Adakah kenyataan Presiden ini menandakan PAS telah mula mahu melanggar arahan yang terkandung dalam ayat di atas? Tidakkah Presiden PAS takut akan disambar oleh api neraka seperti dalam ayat Surah Hud 112-113

Kita memusuhi UMNO kerana benda-benda haram yang mereka telah halalkan seperti yang saya pernah tulis di sini?

Saya berasa amat sedih sekali dengan kenyataan ini dan saya mewakili ribuan aktivis PAS yang telah dizalimi oleh UMNO. Bagi pihak mereka saya mengatakan kenyataan Presiden PAS ini tidak wajar dan tidak sensitif kepada perasaan mereka yang telah dizalimi.

Sampai sekarang tiada pun UMNO meminta maaf di atas pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya. Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? Adakah Presiden PAS telah redha kekejaman yang dilakukan UMNO ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Tulang Besi

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.