Monday, January 25, 2010

Aduka Taruna Serah Diri Bantu Siasatan Hina Sultan

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya http://adukataruna.blogspot.com/ yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas.

10 comments:

  1. Err serah diri kat Kota Bharu? AT nak lari ke Siam ke? Atau jumpa Wali Abdal mintak air tawar? Atau jumpa ketua Erdogan minta pertolongan?

    ReplyDelete
  2. YANG AKU DENGAQ DIA DICEKUP..MACAM MANA PULA DIA SERAH DIRI..YANG NI PUN KO NAK PUTAQ2 JUGA

    ReplyDelete
  3. hah??
    kantoi ekekkeke
    sape nak jawab??
    mak nak jawab??sorry sikit...
    bapak nak jawab??sorry sikitt...
    atok jawab kan..BERANI BUAT BERANI TANGUNG SENDIRI...:O

    ReplyDelete
  4. Cuba hampa baca apa yg ditulis oleh si mulut bacul (AT) dalam blognya selepas dia kunun minta maaf.

    Mamat mangkaq sekor ni masih tak nak ngaku salah...!!!! Memang jenis kepala batu.

    Kita harap lepas ni rakyat Johor desak TMJ panggil si budak mangkaq ni mengadap. Bagi pelempang aje budak yg kurang ajar ni...menghina orang yg dah meninggal...sultan pulak tu.

    ReplyDelete
  5. padan muka

    selama ni dia perasan hebat hina ulama kaw2 punya skrg padan muka

    sama la ngan TP pon

    betapa bodohnya dia sebab beri peluru kepada umno dan tak pasal2 pas plak yang jd mangsa

    korang semua B.O.D.O.H

    ReplyDelete
  6. padam muka.. tuhan klu nak tunjuk sekejap aja, kurang ajor pada ulama2, tapi dibalas dgn kurang ajar pada sultan.. itu perancangan Allah.. selama ni sedap je hina alim ulama, dikata bodoh lah bahalol lah, sekarang biar dia rasa.. nak jadi hero konong.. ko pun sama TP

    ReplyDelete
  7. Geng Idris Jusoh pencacai umno kat Ganu tu tak cekup lagi ka? takkan cukup orang pembangkang saja? macam ni sapa nak percaya kat polis? Geng NATANG nilah patut dulu kena cekup pasal dok hina Agong, sultan dia orang juga. Betullah negara ni negara koboi. takde undang-undang.

    ReplyDelete
  8. peninglalat,
    biasalah. jika blogger yg sokong UMNO/BN selalunya disebut menyerah diri jika dicekup sementara blogger yang pro PR disebut dicekup jika menyerah diri. Mana ada blogger yg pro PR ni yg baik-baik.

    ReplyDelete
  9. serah diri?? Berita hairan kata dia kena tahan.. wakakaka mana satu yang betul..???

    ReplyDelete
  10. itu la balasan buat org yg hina ulamak

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?