Saturday, January 02, 2010

HUDUD: Jangan Terpengaruh Dengan Dakyah UMNO

Puak-puak UMNO sedang menyebarkan dakyah kononnya PAS telah mengorbankan prinsip bila berada dalam Pakatan Rakyat., Soalan yang mereka biasa tanya adalah :
  • “ Adakah Hiudud dan Qisas akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah Malaysia?"
Tujuan mereka bertanya soalan ini adalah untuk menunjukkan kononnya PAS telah mengorbankan prinsip perjuangan kerana PAS tidak lagi berjuang untuk perlaksanaan hukum syariah.

Hakikatnya, isu hudud dan qisas tidak dibincangkan pada peringkat Pakatan Rakyat. Ertinya Pakatan Rakyat belum membuat keputusan lagi berkenaan dengan isu perlaksanaan Hudud dan Qisas di kalangan orang Islam. Begitu juga Pakatan Rakyat belum membuat keputusan terhadap polisi Malaysian Malaysia yang menjadi ideology DAP.

UMNO YANG TOLAK HUDUD BUKAN PR

Setakat ini pemimpin-pemimpin PR tidak pernah menyatakan penolakan mereka terhadap hukum hudud dan Qisas. Dato Seri Anwar sendiri dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu menyatakan beliau tidak menolak hukum syariah Islam.

Tapi, UMNO sendirirdengan jelas MENOLAK hukum syariah Islam. UMNO telah menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam sejak merdeka lagi.

Pada waktu yang sama, UMNO juga menghalalkan judi dan arak. Kalau UMNO tuduh PAS jadi hamba DAP, UMNO pula hamba tokeh2 judi dan arak. Buktinya, Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen judi baru.

UMNO juga yang membina dua kilang arak di Malaysia, yakni, kilang Carlsberg dan Anchor. UMN O bertanggungjawab menyebarkan arak kepada seluruh Malaysia. Lepas tu, dia nak cabar kita tutup kilang arak yang dia buka. Kita nak tengok dia sendiri tutup kilang-kilang arak tu. Yang jelasnya. Kilang2 arak itu adalah tanggungjawab UMNO bukan Pakatan Rakyat.

UMNO MAHU MEMERANGKAP PR MACAM TAHUN 2004

Cabaran2 UMNO ini adalah untuk memerangkan Pakatan Rakyat seperti sebelum 2004. Di waktu itu, Dr Mahathir mencabar PAS mengadakan Dokumen Negara Islam, dan PAS menyahut cabaran tersebut. Hasilnya, orang bukan Islam bukan sahaja menolak PAS tetapi menolak KeAdilan juga.

Orang Melayu tidak bertambah sokongan mereka kepada PAS menyebabkan PAS hilang Terengganu. Maka, sekali ini, janganlah kita terperangkan sekali lagi dengan usaha UMNO.

Apa hak UMNO nak mempersoalkan prinsip PAS dalam perkara hukum syariah sedangkan UMNO itu anti Hudud dan Qisas. UMNO adlah barua British dan semenjak Merdeka mereka telah menolak hukum syariah Islam di samping menghalalkan benda yang haram (i.e. Loteri UMNO 1951.)

HUDUD DAN QISAS LEPAS UMNO DIJATUHKAN(REFERENDUM??)

Saya ingin mencadangkan supaya satu referendum di adakan dalam menentukan isu samada mahu melaksanakan hukum syariah atau tidak. Tetapi semua ini dilakukan selepas UMNO dijatuhkan.

Cara ini, kuasa-kuasa Barat tidak dapat menyalahkan PAS atau PR sekiranya hukum syariah Islam ini dilaksananakan. Ini kerana referendum akan membuktikan bahawa ianya adalah kehendak rakyat dan bukan setakat kehendak parti politik.

Media-media Barat juga tidak berani mengkritik PAS dan PR selepas itu kerana ianya adalah kemahuan rakyat Malaysia dan bukan kehendak PAS. Mengkritik perlaksanaan hukum tersebut selepas itu bermakna mengkritik kehendak demokratik rakyat Malaysia.

TETAPI, yang paling penting, mestilah UMNO itu dijatuhkan terlebih dahulu.

UMNO HIPOKRIT. MEREKA ADALAH MUSUH HUDUD NOMBOR SATU.

Hakikatnya, musuh kepada hukum syariah di Malaysia adalah UMNO dan bukannya DAP.

UMNO adalah penghalang nombor satu kepada perlaksanaan hukum syariah di Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu dahulu.

Jadi, mereka tiada hak mempersoalkan samada PR akan melaksanakan hukum syariah atau tidak. Mereka itu sendiri memusuhi hukum syariah.

Di dalam Islam, kita dbenarkan melaksanakan Islam secara berperingkat-peringkat. Terutamanya sekiranya ada halangan.

Perlaksanaan hukum syariah di Malaysia dihalang terutamanya oleh UMNO. Maka, di waktu sekarang, haruslah kita buang UMNO dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hukum syariah tersebut.

Tulang Besi

8 comments:

  1. http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/01/penggunaan-nama-allah-hujah-berdasarkan.html

    sebelum fikir hudud fikir dulu akidah umat Islam

    ReplyDelete
  2. kesian aku tengok kau ni Tulang Besi, dah nak jadi tiga suku gamaknye...

    Sabarle ... kalau dalam hati itu dah busuk.. pejam celik , tidur ke, berjalan ke, dalam hati kau..UMNO..UMNO..UMNO perlu dihapuskan .. kau dah "UMNO phobia" nampak nye ..

    Masalahnye, kau sebenarnya bukan UMNO.. jaga kesihatan kau baik baik.. aku takut nanti kah dah mula bersakap sorang-sorang "Jahanam UMNO" beratus- ratus kali.Samapi tahap tu kau susah nak diobati.. Kesian pulak kat peminat-peminat setia kau, kesian kat mak bapak kau..gila isim UMNO.. tak pernah berlaku kat orang.

    P/s

    Untuk mengurangkan tekanan, aku cadangkan kau istigfar 1000X pagi dan petang, minum air sejuk pagi dan petang. Insyaallah mujarab.

    ReplyDelete
  3. Xpe TB..Teruskan penulisan ko!Aku slamber je layan.Mane yg aku rase btol aku trima mane yg x btol tu aku tolak..LAWAN TETAP LAWAN!!TAKBIR!!

    ReplyDelete
  4. mana komen isu kalimah ALLAH. mcm wat tak tau jer

    ReplyDelete
  5. Tulang Besi,
    Hormatilah perlembagaan negara. Malaysia, negara sekular di mana Islam adalah agama rasmi dan lain2 agama dibenar amalkan bebas
    Keluhuran Perlembagaan. Inilah rangkap kata yang termaktub dalam Rukun Negara. Lebih baik kita dapat persetujuan 2/3 ahli2 parlimen sebelum menggubal perlembagaan
    Ini termaktub dalam Common Policy Format di Konvenyen Pakatan Rakyat.
    To me, stick back to original consituition. It's a perfect document.

    ReplyDelete
  6. Orang UMNO pandai suruh orang beristigfar,orang UMNO sendiri tak buat.Orang UMNO cakap jangan pergi kedai judi,kedai arak yang UMNO beri lesen tapi orang UMNO lah yang jadi pengunjung tetap tempat2 haram.

    ReplyDelete
  7. tulang stainless steelJanuary 2, 2010 at 10:20 PM

    Kpade puak PAS korg xpyhla nak tegakkan hudud xpun negare Islam. Korg tgkla sendiri clip nih..Dato Nizar mantan MB Perak pun da tolak penubuhan negara Islam pasai ape org PAS nak menyalak plak?

    http://www.youtube.com/watch?v=KWBJ4hMdQPs

    Kpade TB xpyhla nak divert perlaksanaan hudud kat UMNO plak. Yg bising2 ni puak PAS jer..modal time2 nak dekat pilihanraye.Pastu haprak bile tanye modul dan care perlaksanaan haprak xder plak nak tunjukkan. Malu la woi..bertempik menyalak tp xbuat lg2 last blame UMNO..hakptui!! Bosanla woi. Celako..celako meme celako (sabda n.ajis)

    Xpyhla nak tumbangkan bN tuh.. Even Malaysia ni da dpt kat PR pun. PAS xkan buat...sayang DAP punye pasal hudud pun cancel. Contoh tebaik tgkla Ustad Nizar dlm clip yg aku bg link tuh haha..

    ReplyDelete
  8. Soal hudud ni UMNO dah tak relevan lagi macam juga augustine hacks tu. Dah mampos!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?