Wednesday, January 06, 2010

Isu Kalimah Allah: Beberapa Pengajaran Yang Saya Pelajari

Ada beberapa perkara yang saya pelajari dari peristiwa ini :

1.0 - Perbezaan pendapat dalam isu ini masih terpecah mengikut Fraksi UMNO dan Fraksi PAS. Rata-rata pemimpin PAS Pro UMNO lebih suka mengambil sikap yang selari dengan sikap UMNO dalam isu ini. Di sinilah kita dapat pelajari punca perpecahan di kalangan pimpinan PAS. Kelompok yang Pro UMNO mahu mengimplementasi Islam dalam semangat NASIONALISMA MELAYU persis UMNO. Kelompok yang BENCI UMNO pula mahu Islam diamalkan mengikut Al Quran dan Sunnah serta contoh-contoh para Sahabat Nabi SAW. Ertinya perbezaan ini adalah bersifat AKIDAH dan bukan perbezaan politik semata-mata. Di sini semua ahli2 PAS wajib ambil perhatian.

2.0 - Hakikatnya, penganut-penganut Kristian di Semenanjung Malaysia mengadakan upacara sembahyang mereka dalam bahasa Inggeris. Dan Bible dalam bahasa Inggeris tidak menyebut perkataan Allah (kecuali satu jenis Bible bernama “Schofield Bible”). Sekiranya semua bible Bahasa Inggeris menyebut nama Allah, nescaya ramai orang Krisitan di Barat akan masuk Islam.

3.0 - Penggunaan Kalimah Allah adalah oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Ini kerana sejak sebelum mereka masuk Malaysia, mereka telah menggunakan Bible terjemahan Indonesia. Bible Indonesia semuanya menggunakan perkataan Allah. Bukan niat mereka mahu menghina Islam atau umat Islam

4.0 - Di Sabah dan Sarawak, hubungan kekeluargaan ini erat. Saya pernah lihat dengan mata kepala saya sendiri, seorang Muslimat bertudung menghadiri sebuah upacara perkahwinan di dalam sebuah gereja. Dan kontraktor saya sendiri pada waktu itu, seorang Kristian. Beliau mengambil kerja saudara2 beliau di dalam syarikat beliau. Dan saudara2 beliau itu ada yang Kristian dan ada yang Islam dan saya berjumpa dengan saudara2 beliau itu.

5.0 - Di sana, dalam satu keluarga besar, ada yang Islam dan ada yang Kristian. Dan mereka hidup aman damai. Kalau kita silap mengambil pendirian dalam isu ini, maka ada kemungkinan kita akan dipandang sebagai pemecah belah keluarga di kalangan orang2 pribumi Sabah dan Sarawak.

6.0 - Yang saya suka adalah, walaupun ada ahli keluarga mereka yang masuk Islam, tetapi rata-ratanya, tidak ada penindasan dan pemulauan berlaku di sana.

7.0 - Dan hasil dari hubungan keluarga ini juga menyebabkan ada orang-orang Kristian di Sabah masuk Islam sehingga hari ini. Walaupun orang2 Islam di Sabah ni rata-rata perangai tak jauh beza dengan orang Kristian.

8.0 - Perdebatan Tulang Besi dengan AB Al Banjary : Saya sebenarnya berterima kasih dan minta maaf pada AB Al Banjary sekiranya saya terkasar bahasa. Bagi saya perdebatan ini telah membina banyak pengetahuan saya berkenaan dengan “Akidah” tidak kira akidah Islamiyyah mahupun akidah bukan Islam.

9.0 - Hakikatnya, kefahaman yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu Tuhan dimulakan oleh Kristian Mesir. Ertinya kefahaman yang menjadikan Isa sebagai Tuhan berasal dari Tanah Mesir dan dirasmikan dalam satu “kongress” yang dinamakan sebagai “Council of Nicea”.

9.1 - Di kalangan penganut “Ajaran Isa” selepas naiknya Nabi Isa ke langit, telah bercampur baur dan beranak-pinak dari segi fahaman dan kefahaman mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS

9.2 - Maka, Raja Constantine, seorang penyembah berhala, telah memanggil kesemua “Bishop” ataupun “Ketua2 Gereja” untuk mebahaskan “Ketuhanan Isa”. Namun, mereka yang mengatakan Nabi Isa itu BUKAN TUHAN, tidak dijemput malahan dibunuh dan ditindas oleh Kerajaan Rom

9.3 - Mesyuarat pertama mereka diadakan di sebuah bandar bernama “NICEA” yang berhampiran dengan Izmir di Turki. Di kongress tersebut, pengundian telah dibuat dan pendapat dari wakil Mesir telah menang pengundian. Maka lahirlah apa yang kita panggil “The Nicean Creed” (Akidah Nicea)

9.4 - Secara mudahnya, AKIDAH NICEA mengatakan bahawa NABI ISA itu ADALAH TUHAN. Maka sesiapa yang menolak KETUHANAN ISA, tidak boleh dianggap sebagai KRISTIAN.

9.5 - Waktu ini, fahaman Trinity belum lahir tapi telahpun dikiaskan dengan usul yang telah diluluskan oleh ”Nicean Council” ini.

10.0 - Dari pengalaman saya di Mesir sendiri, orang2 Kristian Koptik menggunakan nama Allah dalam semua upacara keagamaan dan kehidupan harian mereka. Malahan mereka menggunakan ungkapan2 seperti Inshaalah, Alhamdulillah, Subhanallah, Assalamualaiku, dsbnya.

11.0 - Kalau pergi ke pasar Mesir, nak bagitau orang di pasar yang kita orang Islam, kita mesti BERSELAWAT NABI ( ataupun sebut “Sollu Alan Nabi”) pada mereka. Barulah mereka tahu kita Islam. Kalau tidak sakit hati je dengar puak2 ni tanya kita “Enta Muslim?”. Ini pembeza antara Krisitian dengan Islam yakni BERIMAN KEPAD A NABI MUHAMMAD SAW.

12.0 - Dan setahu saya, tiada pengharaman dari Ulama Azhar berkenaan dengan penggunaan kalimah-kalimah ini ke atas Kristian Koptik Mesir walaupun Krisitan Mesir bertanggunjawab terhadap kefahaman “ISA ITU TUHAN”. Kalau ada Ulama Azhar yang mengharamkannya, sila bagitau saya.

13.0 - Jadi, saya dengan rendah diri TAK BERANI nak menentang sebab siapa saya dari segi ilmu kalau nak banding dengan ulama2 Azhar. Ada ulama2 Azhar ini yang kasyaf. Misalnya, pelajar Azhar yang mati eksiden dua tahun dulu, sebelum beliau mati, guru beliau telah berkata aka nada seorang anak murid beliau yang akan meninggal dunia.

14.0 - Malahan ada ulama-ulama Azhar yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Kristian Koptik ini walaupun mereka belum Islam. Rata-rata Kristian Koptik ini dianggap sebagai “Ahlul Kitab” walaupun mereka makan babi.

15.0 - Waktu Salahuddin memerangi tentera Salibbiyyah, Kristian Koptik di Mesir telah berperang bersama-sama dengan Salahuddin Ayubi bagi membebaskan tanah Palestine. Saya bertanya dengan kawan saya mengapa orang Kristian Mesir tidak pergi “Haji” mereka lagi. Beliau menjawab selagi Baitul Laham dijajah Yahudi, orang Krisitan Mesir tidak akan sekali-kali menunaikan “Haji” mereka di Baitul Laham.

16.0 - Juga, bukan UMNO pernah menangkap ramai pimpinan PAS sewaktu “Operasi Lalang” atas tuduhan menyebarkan maklumat berkenaan Kristianisasijavascript:void(0) di Sabah satu masa dahulu untuk melindungi rakan BN mereka, PBS?

11 comments:

  1. Salam.
    Saya yakin penggunaan nama "Allah" ni bukanlah hal yg patut dipertikaikan.
    Mereka (kristian) percaya Allah itu pencipta alam, kita (Muslimin) pun percaya dgn sepenuh hati Allah itu pencipta alam.
    Mereka beriman dgn Nabi Isa a.s, kita pun beriman dgn Nabi Isa a.s malah nabi2 semua nabi2 yg diutuskan Allah.
    Perbezaannya cuma pada tauhid sahaja. Mereka menggunakan konsep trinity, kita pula MENOLAK trinity dan bertegas bahawa Allah itu SATU.

    Sekadar pendapat saya yg tak boleh diamalkan cuma utk direnung, kalau kita kata Allah itu Tuhan kpd org Islam sahaja, bukan ke seolah-olah kita kata ada tuhan selain Allah (maha suci Allah yg satu)?Ni jelas menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam di malaysia, termasuklah diri saya.

    wallahualam..

    ReplyDelete
  2. kalau teman duduk bekerja di malaya nescaya teman akan berpandangan seperti ribuan melayu yg kecoh hiruk pikuk dlm isu ini. tapi hampir 1 dekap di sabah byk mengajar teman dlm perhubungan kaum mahu pun agama.

    kerana bekerja di sabah juga le teman ambik tahu apa itu kristian. teman tak tahu berapa ramai melayu yg pernah belek3 bible kalau menginap di hotel. kalau di sabah memang org malaya akan terkejut berok bila belek2 kitab bible mereka yg berbahasa indonesia.

    mula saya membelek saya agak terkejut. terkejut kerana cara penyampaian dan penulisannya jaug berbeza dari al-quran. mula2 saya cuma terfikir ianya tidak lain hanya buku tawarikh.

    dgn niat ingin tahu juga saya beli la buku2 templar, jesus bloodline mcm2 lagi le. kalau mahu baca injil barnabas(?) bahasa melayu pun saya ada beli. saya tak pasti pulak kdn bagi permit ke buku ni dijual? saya beli 5tahun lepas rasanya.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin melihat reaksi Christians di seluruh dunia dan Vatican apabila Obama mengatakan "May Allah bless America" selain daripada selalu yang dilaungkan "May God bless bless America". Kalau semua Christians di dunia diam dan bersetuju, saya juga akan setuju dengan Herald menggunakan perkataan Allah.

    ReplyDelete
  4. Pemahaman umno tentang islam adalah sama seperti pemahaman orang kristian terhadap agama mereka. Orang kristian moden mengatakan Isa itu Tuhan tetapi mereka telah sesat dari ajaran kristian sebenarnya. same juga dengan umno yang telah tersesat dari ajaran islam. Bagi mereka judi, rasuah, membunuh, merompak wang negara adalah halal mengikut tafsiran mereka, inikan pula bila berdepan dengan isu Allah. Mereka tiada ilmu agama untuk mentafsir permasaalah agama kerana mereka sekular nasionalisma. Ilmu agama di kata kolot tapi negara malaysia tidak pun maju dengan ilmu duniawi diberi penekanan oleh mereka.

    Ini terjadi kerana kesilapan pimimpin mereka yang lalu dan sekarang yang tidak pernah menyanjung akan pelajaran agama, jika mereka faham agama polemik isu Allah bukan perkara yang penting untuk di perhebohkan

    ReplyDelete
  5. Wahai manusia yg syok sendiri. Setiap isu yg dimainkan ada tujuannya. Bukan hanya sekadar istilah.

    Yg kau sokong sgt penggunaan tu, kenapa? Apa faedahnya kau sokong mereka?

    Tak terfikirkah kau jika jika suatu masa nanti:
    1) Gereja dipanggil baitullah
    2) anak-anak di ajar Allah ada anak (Nauzubillah)

    Segala keputusan mahakamah ialah by precedence. Maksudnya kalau istilah ini kali ni boleh, perkara lain pun boleh juga kerana merujuk kes yg sama.

    Kalau setakat rasa pembela agama tapi bila isu timbul takut kedudukan politik terjejas...tak payahlah.Khak ptuiii....

    ReplyDelete
  6. kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:

    1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
    2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
    3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.

    ReplyDelete
  7. ape ke benda jihiliahnya khalid samad ni. sama mcm tb

    ReplyDelete
  8. http://alternate-enter.blogspot.com/2009/01/selain-allah-swt-ada-tuhan-lain-kah.html

    ReplyDelete
  9. Anonymous said...
    Pemahaman umno tentang islam adalah sama seperti pemahaman orang kristian terhadap agama mereka. Orang kristian moden mengatakan Isa itu Tuhan tetapi mereka telah sesat dari ajaran kristian sebenarnya. same juga dengan umno yang telah tersesat dari ajaran islam. Bagi mereka judi, rasuah, membunuh, merompak wang negara adalah halal mengikut tafsiran mereka, inikan pula bila berdepan dengan isu Allah. Mereka tiada ilmu agama untuk mentafsir permasaalah agama kerana mereka sekular nasionalisma. Ilmu agama di kata kolot tapi negara malaysia tidak pun maju dengan ilmu duniawi diberi penekanan oleh mereka.

    Ini terjadi kerana kesilapan pimimpin mereka yang lalu dan sekarang yang tidak pernah menyanjung akan pelajaran agama, jika mereka faham agama polemik isu Allah bukan perkara yang penting untuk di perhebohkan

    January 6, 2010 8:56 PM

    ooo..ajaran islam umno sesat eks..so ajaran islam PAS camner pulak:

    1. Perjuangan negara islam tiada didalam kamus perlembagaan PAS - ini dinyatakan oleh hj hadi, nizar dan azizan.
    2. Kat selangor - ngape tak haramkan kilang arak yang diperjuangkan dan arak dibenarkan penjualannya.
    3. di Kedah pembukaan PUB makin bersepah..
    4. PAS tak mengamalkan rahsuah dan bolot harta..tu yang nik ajis sekeluarga buat tu pebenda..PAS dan jadik Parti Ajis Sekeluarga..

    Pieeeraahhh....ko cuma pandai melihatkan kepada kepincangan orang lain tetapi kepincangan diri sendiri tak nak lihat...bebaik jangan sampai ko terlanjang sendiri baru nak sedarrr...oooo aku tak heran perkara ini terjadi kepada penyokong PAS sebab mereka ni waa'la kepada pemimpin..korang umpama burung belatuk yang pandai menganggok sahaja..dan akan bertakbir dan bergelak ketawa bila didalam ceramah PAS dipenuhi dengan maki hamun terhadap orang lain kerana ini lah pengajian yang korang pelajari daripada pulamak PAS yang bertopeng disebalik jubah dan ketayap.

    ReplyDelete
  10. Pirah Anak Lenggong Buluh Betong. macam mana dengan babi-babi hutan kat Lenggong tu sudahkah kau hapuskan? Kalau babi itu asyik berkeliaran dekat Lenggung sana Macam mana penyokong umno macam kau tu nak bela isu Allah?
    Hatta rumah kau pun banyak babi-babi jadi lebih baik kau bersih rumah kau dahulu dari kau menyibuk tentang isu Allah yang kau sendiri tak faham!kalau kau asyik bersentuhan dengan babi-babi tu kau pun perangai macam binatang tu.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?