Kemaskini 2:00PM - lepas aku publish email dekat bawah ni, aku terima pulak respon dari sorang lagi yang juga pesara tentera, ha... 1 lagi respon yang boleh dikongsi. korang baca dekat bawah email dibawah ni juga tanpa editing...
Salam Topeng, jangan cakap macam tu.
Walaupun ada juga benarnya akan kenyataan Topeng itu, tetapi tidak juga semuanya betul dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gani Patail itu.
Sebagai bekas pegawai TUDM dan berpengalaman selama beberapa tahun dalam perkhidmatan TUDM, semua urusan penghantaran barang-barang, bahan-bahan bekalan, alat ganti, komponen malah pesawaterbang sekali pun diuruskan oleh anggota peringkat bawahan. Anggota-anggota di peringkat bawahan lebih memiliki pengetahuan yang mendalam, berpengalaman dan berkemahiran kerana mereka adalah "hands-on" dalam urusan pengendalian tugas-tugas berkenaan lebih daripada pegawai-pegawai TUDM itu sendiri.
Tugas pegawai-pegawai TUDM hanyalah lebih tertumpu dan berkisar kepada urusan dokumentasi seperti menandatangani dokumen-dokumen, meluluskan pembelian, meluluskan sebutharga, untuk pembelian dan kepada syarikat pembekal atau syarikat pembaikan./baikpuli h untuk komponen-komponen dan peralatan avionik perlu dihantar untuk pembaikan atau baikpulih (procurement, repair service and overhaul).
Mungkin Gani Patail menyebut "kakitangan peringkat bawahan" bagi merujuk kepada "Senior Non-Commision Officers (SNCOs) '" yang terdiri dari anggota-anggota yang berpangkat Sjn, Flait Sjn dan Pegawai Waren. Mungkin juga ia merujuk kepada pegawai-pegawai rendah yang berpangkat Lt. Muda hingga Kapten. Pegawai-pegawai ini juga terlibat dalam urusan pengendalian tetapi lebih kepada "paperwork" daripada secara fisikal. Manakala pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Mejar ke atas, mereka lebih kepada perancangan dalam urusan logistik dan bagi mendapatklan kelulusan pembelian yang melibatkan jumlah yang tinggi mengikut kekananan pangkat dan jawatan mereka.
Manakala urusan pengendalian secara fiikalnya dan penyediaan dokumentasi diselia dan diuruskan oleh anggota peringkat bawahan seperti di atas. Malahan ada kalanya anngota peringkat bawahan inilah yang memberi nasihat atau turut terlibat bersama-sama pegawai-pegawai rendah dalam pemilihan sebutharga daripada syarikat pembekal untuk tujuan perolehan alat ganti dan komponen yang diperlukan atau pemilihan syarikat untuk pembaikan/baikpulih berdasarkan kepada tawaran sebutharga, tempoh penyampaian (Delivery Lead Time, Time Between Overhaul (TBO)) dan spesifikasi yang dikemukakan oleh pembekal.
Untuk maklumat, anggota-anggota peringkat bawahan lebih ramai dari pegawai-pegawai TUDM yang dihantar berkursus ke luar negara, malah ada yang kerap dihantar untuk mempelajari dan menguasai bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Peringkat bawahan ini yang berpangkat Sjn, Flait Sjn atau SNCO's lebih mengetahui tuga mereka dari pegawai-pegawai atasan mereka sehinggakan sebahgian besar dari mereka ditugaskan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan syarikat-syarikat pengeluar, pembekal, vendor, stokist dan agen-agen di luar dan dalam negara samada melalui telefon, faksimili atau e-mail bergantung kepada urgency dan keutamaan (priority). Ini termasuk hubungan dengan syarikat pengendali kargo (Freight Forwarders) dan syarikat-syarikat penerbangan dan perkapalan untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan konsainmen TUDM yang bakal diterima atau dihantar.
Dengan demikian, secara langsung atau tidak langsung, mereka menjalin hubungan dagang (business rapport) dengan pembekal, penglilang, vendors, wakil-wakil pembekal, stokist dan pegawai-pegawai kastam, pegawai-pegawai syarikat penerbangan dan perkapalan, dan pengendali kargo. Malah tidak kurang pula mereka terdedah kepada jalinan hubungan secara peribadi dan mesra setelah mengenali mereka dalam waktu yang panjang. Ini dapat dilihat apabila mereka yang berkaitan berkunjung ke negara ini dan bersemuka samada atas urusan penyelarasan, mesyuarat atau persembahan (presetation) . Ini diikuti dengan makan malam di hotel-hotel penginapan atas jemputan pembekal-pembekal luar negara dan wakil-wakil tempatan mereka.
ini adalaah perkara biasa. ada kalanya pula mereka bermain golf ats perbelanjaan pembekal-pembekal berkenaan. Pemberian cenderahati seperti souvenirs syarikat adalah perkara yang lumrah diterima oleh SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM.
Ini jelas dapat dilihat dari pengelibatan SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM dan syarikat-syarikat pembekal, pengeluar pesawat dan peralatan, stokis dan agen-agen pembekal yang terlibat dalam upacara dwi-tahunan Pamiran LIMA di Langkawi. Mereka bertemu dan menjalin hubungan yang baik (rapport).
Maka janganlah Topeng atau mana-mana individu yang tidak faham atau mengetahui urusan dan tugas-tugas yang dikendalikan mereka memperkecilkan akan peranan anggota-anggota peringkat bawahan dalam TUDM. Jika dibandingkan dengan orang-orang awam atau pegawai-pegawai kerajaan yang tidak pernah berinteraksi dengan Mat-Mat Saleh, penguasaan Bahasa Inggeris anggota-anggota peringkat bawahan dalam TUDM lebih menyerlah, exellent, skilled dan very fluent. Ini kerana mereka terdedah kepada suasana kerja yang memerlukan mereka berinteraksi dan membaca rujukan-rujukan publikasi dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Russia. Ini adalah kerana istilah-istilah yang terkandung dalam bahasa-bahasa berkenaan lebih bersesuaian digunakan dalam pengurusan pesawaterbang. Bahasa Malaysia hanya digunakan dalam urusan pentadbiran TUDM dan apabila berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Malahan bahasa Inggeris juga digunakan dalam dokumen-dokumen kontrak yang dimeterai bersama pembekal dan pengilang. Semua publikasi mengenai pesawat adalah dalam bahasa Inggeris dan belum ada terjemahan dalam Bahasa Malaysia.
Maka dalam isu kehilangan enjin J85-21 untuk pesawat F-5E ini, keterlibatan anggota-anggota peringkat bawahan (SNCO's) dan pegawai-pegawai rendah adalah tidak dapat dinafikan atau disangkal begitu sahaja. Tnpa pengelibatan mereka, agak mustahil perkara ini boleh berjaya dilakukan.
Pada asalnya sekitar tahun 2006/2007, TUDM telah membuat keputusan menggantung operasi pesawat F-5E (deactivate) dan seterusnya akan dilupuskan (phased-out) apabila mendapat kelulusan kerajaan yang akan mengeluarkan tender untuk jualan. mengikut perancangan, kesemua fleet pesawat F5-E ini akan digantikan dengan pesawat pejuang MIG-29, pesawat tempur supersonik F/A-18 Hornets, pesawat pejuang supersonik Sukhoi 30-MKM dan Hawks.
Berdasarkan kepada senario itu, maka terbitlah satu sindiket yang terdiri dari kalangan SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM yang "intelligent" melihat akan peluang untuk meraih keuntungan dengan cara menjual apa jua peralatan yang boleh menguntungkan. Dalaam pada itu, walaupun pesawat F5-E ini telah di 'deactivate" namun komponen-komponen dan alat-alat ganti termasuk engin pesawat F5-E ini masih perlu disenggarakan ketahap siapsiaga.
Engin pesawat F5-E itu dikatakan telah dihantar dari Skuadren Scorpion, pengkalan TUDM Butterworth ke Pusat Material 1, TUDM Kuala Lumpur. Dari situ engin berkenaan dihantar ke AIROD,. iaitu kontraktor pembaikan kerajaan yang dilantik. AIROD tiada keupayaan (capabilities) untuk mebaikpulih engin berkenaan dan ianya perlu dihantar ke luar negara untuk tujuan pembaikan ataau baikpulih.
Dalam tahun 2007 pula, TUDM telah membuat keputusan untuk mengaktifkan semula pesawat F5-E (reactivate) dengan operasi pesawat dihadkan kepada latihan dan pemantauan dalam kadar jumlah penerbangan yang minima, memandangkan operasi pesawat MIG-29, Sukhoi-30MKM, F/A-18 Hornet dan Hawks seringkali menghadapi gangguan bekalan alat ganti dan komponen dan terpaksa direhatkan sementara (AOG).
Maka dari sinilah puncanya engin berkenaan telah dikesan hilang dari inventori TUDM. Mungkin sindiket berkenaan telah merancang dengan begitu teliti bagaimana ianya tidak dapat dikesan selama dua tahun kerana engin berkenaan tidak kembali ke negara ini setelah penyiasatan oleh TUDM dijalankan. Adalah difahamkan, beberapa SNCO's dan pegawai-pegawai TUDM, kakitangan AIROD dan agen pengendali kargo yang terlibat telah disoal siasat oleh TUDM dan polis sejak lama dahulu sebelum ianya disiarkan kepada media.
Bagimana sindiket yang licik itu berjaya mendapatkn pembelinya di luar negara tidak pula diketahui. Ada kemungkinan engin berkenaan dihantar keluar negara atas alasan untuk pembaikan atau baikpulih dan kemudiannya dihantar kepada pembeli melalui arahan dari sindiket berkenaan selepas engin berkenaan dibaiki atau dibaikpulih.
Dalam hal ini pastinya kakitangan AIROD pastinya terlibat dalam sindiket ini. Namun ini hanyalah satu andaian dan tidak semestinya betul.
Mengikut kenyataan Panglima Tentera Udara, bahawa tindakan sindiket berkenaan adalah satu pengkhianatan kepada perkhidmatan TUDM dan negara. Maka jika itu suatu bentuk pengkhianatan atau "arson atau espionage" seharusnya anggota-anggota TUDM yang terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tentera (General Court Martial) yang mana jika sabit kesalahannya, maka mereka tiada pilihan lain selain dari menjalani hukuman tembak hingga mati melalui barisan penembak (Firing Squad).
Adalah diharapkan kepada para pembaca terutama sekali Topeng Perak agar mendapat sedikit gambaran dan penjelasan mengenai isu ini. Walau apa pun kita harus menunggu siasatan dan perkembangan mengenai isu kehilangan dua unit engin pesawat tempur F5-E ini.
Sekian,
para_jump101
Cuma satu persoalan kenapa audit dalaman tidak dilakukan. Pengalaman saya dalam Tentera Darat, setiap setahun diadakan audit sekurang-kurangnya 2 kali. Mereka yang terlibat dengan audit ini adalah mereka diluar cawangan tersebut bahkan adakalanya dari pasukan lain. Tujuan audit adalah memeriksa lejer dengan fiskal.
Tentera Darat telah mengarahkan seluruh peralatan termasuk senjata kecil diaudit selepas kehilangan senjata M16 yang dikategorikan dead stok di 6 KOB dan digunakan dalam rompakan di Sungai Petani setiap tahun.
Memang pernah berlaku kehilangan kenderaan dan kompenen kenderaan terutama enjin dalam stok simpanan mahupun dalam pembaikan oleh pihak KJLJD tetapi kehilangan tersebut dapat dikesan awal dan tindakan diambil dengan segera. Terus terang saya katakan terdapat kelemahan dalam TUDM dalam urusan kendalian stok terutama dokumentasi pembaikan tempatan (local repair).
Setahu saya apa jua dokumen pembaikan luar (local repair) ditandatangani oleh pegawai pemerintah ke atas iaitu mejar ke atas. Dan pegawai tersebut perlu tahu di mana peralatan itu berada dan sekiranya tempoh yang mengcurigakan pegawai tersebut boleh menyiasat kedudukan pembaikan peralatan tersebut.
Adakah ini dilakukan oleh pihak TUDM. Bagaimana pula penyata asset yang berstatus boleh guna/gerak (BG), tidak boleh guna (TBG), tidak ekonomi dibaiki (TEB) dan sebagainya yang mana setiap bulan perlu dimajukan ke markas atasan.
Sekiranya enjin tersebut dihantar ke pembaikan tempatan yang mana syaratnya adalah tiada kepakaran dan memerlukan pembaikan segera, sudah pasti pegawai memerintah mahupun pegawai atasan tahu dimana kedudukan enjin tersebut.
Bagaimana pula pegawai TUDM yang ditempatkan di Airod adakah dia tahu tentang kehilangan enjin ini kerana jiran saya dulu adalah pegawai TUDM yang ditempatkan di Airod Subang. Yang paling tertarik, enjin tersebut diistiharkan besi buruk sedangkan untuk mengistiharkan satu-satu asset sebagai besi buruk ianya memerlukan laporan NMD dan sijil TEB.
Bagaimana pula enjin tersebut boleh dibawa keluar tanpa kedua-dua dokumen penting ini untuk diistiharkan sebagai besi buruk. Selain itu, pelupusan besi buruk adalah melalui kementerian kewangan untuk melantik syarikat pembeli besi buruk tersebut.
Pada pandangan saya semua anggota termasuk pegawai TUDM di Pangkalan TUDM Sg Besi dan kakitangan Airod terlibat dengan kehilangan enjin ini termasuk mereka yang berada di Kementah. Itu adalah pandangan saya dan saya amat berharap pandangan saya ini salah.
Semasa dalam perkhidmatan saya amat benci dengan main golf tak kira pegawai mahupun LLP kerana golf ini sebenarnya mendedahkan kepada rasuah. Yang ke dua mari kita lihat tahap keselamatan kem-kem tentera samada TDM, TUDM mahupun TLDM terlalu longgar. Tiada pemeriksaan samada memasuki mahupun keluar dari kem. Itu adalah kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.
Renung2kan yaa
othman inayatullah
Bekas Menteri Besar Perak YB Ir Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilaporkan telah terbabit didalam satu kemalangan jalanraya tengah hari tadi.
ReplyDeleteTAPI APE PUN AKU DOAKAN DIA TU X LE CEDERA PARAH. BIAR DIA INSAF SKET..INGAT2 LERRR
TAKEBEER!!
TAKEBEER!!
TAKEBEER!!
Saya pun bekas orang pangkat rendah TUDM dan berpendapat bahawa apa yang di buat olih Panglima Angkatan Tentera yang bekas Panglima TUDM tu bolih menjejaskan dan membahaya kan keselamatan negara, patut kah kita court martial dia dan hukum tembak kerana kebodohan nya menyebarkan berita palsu yang meletakkan harga injin buruk 30 tahun bernilai RM 50 juta satu berita palsu yang nasib baik Najib dan Zahid Hamidi tak kena heart attack terkejut...... kalau kami yang pangkat rendah ni agak nya dah lama mampus!!!! Nasib baik kerja 10 tahun je!!!!
ReplyDeleteto mr jeffry
ReplyDeleteaku tengok blog demensi kau ni kesian la x ada isu hanya memaki aje kerjanya. drpd kau memaki x tentu pasal baik kau ajak member-2 kau tu pergi tahlil utk mat rahmat bulat tu kesian kat dia ni tengah bertarung tu.aku kesian sama orang umno aje dlm kubur x buleh rasuah beb.
Walau apa pun alasannya, semuanya sistem dah fakap. sebagai seorang tentera mereka adalah manusia yang di amanahkan menjaga keselamatan negara dan di percayai mempunyai displin yang sangat tinggi. Tetapi semuanya dah jadi fakap akibat pemerintahan BN yang menjadi ikutan untuk rakyatnya meniru gelagat mereka dengan rakus meropak khazanah rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
ReplyDeleteKena ingat disini.Harga barangan berkenaan adalah jutaan ringgit.Di kesan pd 2007.Mengapa baru sekarang diwar warkan? Kalu jutaan ringgt takkan hany sorang sarjan shj yg ditangkap dan didakwa?
ReplyDeleteAda yg tak kena ni.Kalu sarjan pun boleh jual barangn ayg sebegitu penting dan mahal.Maknanya selama ini kawalan dalam di kem kem tentera amat lemah.Jadi secara tak langsung pegawai atasn jug aperlu lah dipertanggungjawbkan
Nak salahkan siapa...mula mula kenyataan dari Menteri Pertahanan...kos enjin 50 juta hingga pembuangan Bgigadier Genral pun semuanya keluar dari Zahid Hamidi.
ReplyDeletePastu nak tangkap semua hingga lubang cacing pun kenyataan dari Zahid. Paper ikut tulis ajerlah...
Tapi bila damage been done...baru nak perjelaskan hal yang betul...camana nie, Rakyat memang susah nak percaya melainkan Zahid tidak membuat kaji selidiknya terlebih dahulu.
So, buatler kaji selidik dulu, repot pun yang dapat dulu dari media, kenyataan pun dari Menteri, rakyat cam biasa terima sahaja ler, tapi banyak perkara tak masuk akal kalau cuma 2 orang yang kena tangkap !!
Salah siapa kali nie ?
ini baru betul kes OSA. national security hahahaha. kalau setakat enjin jet yg gedabak mcm rosmah pun org bulih curi apalagi info dlm bentuk digital. ntah2 memg dah banyak kot maklumat keselamatan negara yg dah terjual.
ReplyDeleteNi yang kau katakan dulu "Gila punya penipu statement dekat atas... sebab apa aku kata penipu..? senang cerita la beb... bagi yang BANGANG macam penjilat kumbahan UMNgOk/Beer eNd, memang susah nak terima sebab akal masing-masing dah penuh dengan taik."
ReplyDeleteSebab kau dah gila, ape pun orang lain buat, BN le yang salah..
Tak malu ke kau , sekarang ni...
takbirr!!
ReplyDeleteUntuk korang baca dari pesaraatm
ReplyDeletehttp://persaratenteraterabai.blogspot.com/