Saturday, January 02, 2010

Kempen Amarah Blogger 9 Januari 2010.

Oleh : AdukaTaruna

Salam seluruh blogger.
Setiap blogger mempunyai pandangan politik sendiri. Setiap blogger mempunyai Malaysia impiannya sendiri. Blogger PKR mahu memperjuangkan Malaysia Baru corak PKR secara demokrasi sihat. Nak dapatkan demokrasi sihat, maka perlu jatuhkan BN dahulu.

Blogger DAP mahu memperjuangkan Malaysian Malaysia secara demokrasi sihat. Nak dapatkan demokrasi sihat, maka perlu jatuhkan BN dahulu.

Begitu juga dengan gua. Blogger bebas yang mahu melihat Islamic State. Secara demokrasi sihat. Nak dapatkan demokrasi sihat, maka, perlulah jatuhkan BN dahulu. Bila dah dapat parlimen, dapat media, dapat Jabatan dan Majlis Agama Islam, dapat meletakkan Negara Islam dalam silibus sekolah, maka, kita menghampiri ke arah Islamic State.

Tapi, percayalah rakan blogger semua. Manusia bernama Hasan Ali inilah salah satu penyebab semua cita-cita kita berkubur. Cita-cita blogger PKR dikebumikan. Cita-cita blogger DAP dijiratkan. Cita-cita blogger PAS ditalkinkan.

Demokrasi sihat semakin jauh dari genggaman kita. Demokrasi ala BN selalu diberikan bantuan oksigen oleh golongan tertentu. Siapa? Pada 9 Januari ini, manusia yang telah memandai-mandai berjumpa gelap dengan UMNO ketika proses membentuk kerajaan negeri BR, manusia yang telah mengganggu momentum BR dalam setiap PRK yang berlaku akan mengadap Lembaga Disiplin PAS.

Gua berkempen, pada hari berkenaan, mana-mana blogger yang bersetuju, supaya memaparkan satu gambar yang membayangkan kekecewaan anda kepada manusia yang bernama Hasan Ali. Pada tarikh keramat 9 Januari, kebanyakkan blog yang berjuang mendapatkan demokrasi sihat, menunjukkan simbolik penentangan mereka terhadap Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari Tukar Tiub memaparkan gambar beliau yang sedang mengkebumikan replika Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari Topeng Perak memaparkan gambar Hasan Ali dibakar.
  • Bayangkan pada 9 Januari Penarik Beca memaparkan banner kecewa dengan Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari krew PerakExpress memaparkan gambar piket mereka terhadap Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari Dugong Darat memaparkan gambar beliau sedang me smack down kan replika Hasan Ali.
Kita hantar isyarat ini. Kita hantar amarah ini. Ini bukan Soal Hasan Ali dan soal PAS. Ini soal kepentingan kita mendapatkan demokrasi sihat untuk manfaat rakyat. Ini tanggungjawab blogger PKR. Ini tanggungjawab blogger DAP. Ini tanggungjawab blogger PAS. Ini tanggungjawab blogger bebas. Ini bukan soal membela dan menyokong Khalid Samad. Pergi mampos sama dia.

Jadikan tahun 2010 adalah tahun kuasa rakyat yang tulen. Tahun untuk seluruh parti politik tunduk kepada kuasa rakyat. Mulakan dengan pengkhianat Hasan Ali pada 9 Januari ini.

15 comments:

  1. Malaysia Boleh!!!! kita pijak perut diaaa~!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam !

    macam mana dengan ambo, nok sokong belah mana ?.

    Ambo bebas yang tok bebas nih......

    ReplyDelete
  3. Tok Ggawo... demo sokong kawe lah..! hahaha

    ReplyDelete
  4. TB, TP, TUKAR TIUB dll semuanya blogger bodoh yg penuh dendam kesumat dan hasad terhadap sesama ummah. Mereka ini khayal dan hanyut dgn kehitaman pekat didalam sanubari mereka. Musuh utama mereka ialah orang-orang UMNO yg hampir 100% beragama islam, sesama ugama dgn mereka. Namun matlamat mereka hanya satu; utk menghapus dan membunuh orang-orang UMNO dan mereka yg disyaki bersubahat dgnnya dgnes apa jalan sekali pun. Mereka ini terlalu ghairah dan penuh semangat utk merealisasikan matmalamat mereka bagaikan dirasuk iblis dan syaitan.
    Tapi mereka lalai, terpedaya dan tertipu malah lidah kelu, semangat, hati dan perasaan menjadi bacul tanpa sepatah perkataan apabila islam iaitu ugama mereka dihina. Mereka tiada upaya utk berkata walau sepatah perkataan pun apabila kalimah Allah telah dipermainkan dan telah dikongsi oleh penganut agama kristian. Mereka takut dan bacul utk bersuara kerana bimbang akan hilang sokongan dan undi pada PRU13 nanti...Inilah dia barua sebenar kafir harbi yg akan menghancurkan islam dan mereka akan membiarkannya walaupun keluarga dan anak bini mereka dibunuh, diperkosa demi utk mendapat undi dari kafir harbi yg mereka kasihi itu..
    Semuga Allah (Allah Yg Maha Esa) akan melindungi umat islam dinegara ini termasuk barua-barua diatas...

    ReplyDelete
  5. Hasan Ali patut dipecat drp PAS kerana sikap khianatnya dan minta mngosongkan DUN dan bolehlah adakan PRK di Gombak Anwar tentu setuju khianat ni sifat amarah hidup anwar

    ReplyDelete
  6. MALAYSIABARU.COM SAID,

    salam aduka,

    saya suka yang ni :

    Blogger PKR mahu memperjuangkan Malaysia Baru corak PKR secara demokrasi sihat.

    insyaallah usaha LU tidak sia-sia ...gue sokong lu sampai ke akhir hayat BN!

    ReplyDelete
  7. Malaysiabaru - sila hubungi admin Perisik Rakyat dengan kadar segera di email poji2ya@gmail.com

    ReplyDelete
  8. TP,
    Minta maaf kalau saya berkata sedemikian. Kalau boleh, hentikan sementera attack terhadap Hasan Ali
    Lets see how Hassan does before we react. Sometimes we got to love our enemy. Better still treat him like a prodigal son

    ReplyDelete
  9. Zulkifli Nordin dah mufarakah Khalid Samad dan mintak PAS pecat beliau satu lagik peluang Anwar untuk uji PRK di Shah Alam hidup anwar

    ReplyDelete
  10. Rakyat Malaysia sejahtera tanpa BN (Barisan Najis a.k.a Barisan Mat Monggol).

    ReplyDelete
  11. Malaysia Sejahtera tanpa UMNO danPAS hidup anwar

    ReplyDelete
  12. Ramai-ramai kita kuburkan Hassan Ali dan lain-lain agen/trojan UMNO yang sewaktu dengannya dalam PAS.

    ReplyDelete
  13. LAWAN TETAP LAWAN!!!Gua sokongggg!!!

    ReplyDelete
  14. Dr Hassan Ali ini bukannya sepenuh hati masuk Pas. Dia ahli perniagaan yang hampir muflis. Dia masuk Pas kerana Harakah telah menyelamatkan segala tanggungan miliknya termasuk juga condo yg didiami oleh isteri keduanya. Dulu dia dimusuhi oleh Anwar. Anwar masa tu guna Pusat Islam untuk menjatuhkan Dr Hassan Ali atas alasan Dr Hassan telah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan. Nak panggil diceramah kena sediakan helikopter pergi dan balik, selain bayaran yang amat mahal.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?