Monday, January 04, 2010

KES ROGOL DI JOHOR MERISAUKAN

Johor mencatatkan kes rogol kedua tertinggi di negara ini iaitu 2,186 kes daripada keseluruhan 13,134 kes yang dilaporkan kepada polis sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu. Secara purata, dalam tempoh tersebut, jumlah kes rogol yang dicatatkan di Johor adalah lebih daripada 291 kes setahun atau melebihi 24 kes dalam sebulan.

Menurut statistik yang dikeluarkan polis, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu sebanyak 2,403 kes, diikuti Johor, Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847).

Pahang pula mencatatkan sebanyak 722 kes bilangan kes rogol, Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134).

Menurut statistik itu, sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu pula, Johor masih mencatatkan kes rogol kedua tertinggi iaitu sebanyak 221 daripada keseluruhan 1,494 kes.

Secara purata, dalam tempoh tersebut, jumlah kes rogol yang dicatatkan di negeri itu amat membimbangkan iaitu lebih daripada 36 kes sebulan atau melebihi 1 kes sehari.

Selangor pula mencatatkan sebanyak 302 kes diikuti Johor, Kedah (169), Kuala Lumpur (118), Sabah (101), Perak (99) dan Pahang (91).

Kes rogol di Melaka pula sebanyak 75 kes, Pulau Pinang (68), Sarawak (67), Negeri Sembilan (62), Terengganu (58), Kelantan (50) dan Perlis (13).

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, jumlah laporan kes rogol yang tinggi bagaimanapun tidak mencerminkan terlalu banyak jenayah tersebut berlaku di Johor.

Sebaliknya, kata beliau, bilangan laporan yang tinggi juga bermakna kerjasama erat dan jaringan yang baik antara masyarakat dan polis.

"Lebih banyak kes yang dilaporkan bermakna orang ramai kini lebih bersedia untuk tampil membuat laporan.

"Ini lebih baik berbanding kes yang disembunyikan. Dalam kes rogol, ramai mangsa serta keluarga enggan membuat laporan kerana malu sedangkan mangsa tidak bersalah dan tidak perlu berperasaan sedemikian," katanya yang juga penganalisis bagi Yayasan Pencegahan Jenayah.

Beliau berkata, kemajuan sesuatu negeri juga menyebabkan bilangan penduduk di situ bertambah kerana ia menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah.

Sementara itu, Kamal Affandi berkata, kebanyakan perogol tidak merasa bersalah melakukan jenayah terkutuk itu sebaliknya menyalahkan mangsa yang dianggap terlalu menggoda.

Tambahnya, beliau kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlalu bersimpati dengan perogol sehingga keutamaan yang lebih diberikan untuk memulihkan penjenayah tersebut melalui kaunseling berbanding membela nasib mangsa yang menderita.

Bagaimanapun, beliau menolak pendekatan ekstrem segelintir pihak yang mencadangkan agar perogol dikasi dan berpendapat langkah tersebut hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Jelasnya, kasi mungkin dapat mengatasi masalah rogol, namun ia mungkin menyebabkan perogol beralih kepada jenayah bunuh pula kerana berasa dendam yang membara.

Justeru, Kamal Affandi berkata, antara langkah untuk membasmi rogol adalah melalui pendidikan yang dapat menjadikan seseorang itu lebih menghormati wanita dan tidak menganggap golongan itu sebagai objek seks semata-mata.

Dengan cara itu setiap individu dapat mengetahui bahagian tubuhnya dengan mendalam dan mengetahui batas pergaulan atau sentuhan yang dibenarkan, katanya.

6 comments:

  1. Ehh. . bukan Selangor ke paling tinggi? heh. . tapi rogol bawah umur paling banyak kat Kelantan. haha. . korang banyak baca 'Suara KeBIOLan' dan HAPRAKdaily sebab tu jadi macam ni. .

    ReplyDelete
  2. Jaga-jaga woi...si jefry dan geng-geng umno ni kaki korek. Dah la jefry,cukup2 la anak dara orang kau rosakkan... Awas wei... Anak dara atau adik pompuan korang.

    Sila layari blog yg paling best abad ini.

    aku313.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Apa nak hairan? PM malaysia pun kaki rogol juga. Jangan nak salahkan rakyat sahaja. Mana adil. PM rintik rakyat pun boreklah. Itu pun tak faham. Bahlul betul pencacai umno ni.

    ReplyDelete
  4. SBB TU PAK AJIS PENING KEPALE ATAS BWH. BYK SGT BERPOLITIK. SAMPAIKAN SETIAUSAHA KAWIN BWK LARI ANAK DARA ORG PUN X SEDAR. PAS MMG MCM TU KEHKEHKEH

    TAKEBEER!!

    TAKEBEER!!

    TAKEBEER!!

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah..mana punya statement mangkok TB ni ambik baca lah akbar sinar ari nie..
    "Kelmarin, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi menyebut jenayah rogol di negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak 26 peratus pada tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun 2008.


    Lebih mengejutkan kes berkenaan melibatkan 60 peratus remaja di bawah umur dan mengikut statistik polis, 23 mangsa yang terlibat berusia di bawah 12 tahun, 165 mangsa berusia di antara 13 sehingga 16 tahun dan selebihnya berusia 16 tahun ke atas.

    Rekod menunjukkan sepanjang tempoh Januari sehingga Disember tahun lalu sebanyak 313 kes dilaporkan berbanding 250 kes pada tahun sebelumnya dan peningkatan sebanyak 63 kes."

    Pak lobai dok asyik berceramah memaki hamun orang lain tapi anak negeri sendiri pun tak terjaga..negeri serambi mekah laa konon..tapi sebuah masjid pun kerajaan negeri tak bina ..cuma biayai pembinaan patong besar sahaja..sebab tu lah bila isu penggunaan allah Pas bersikap berkecuali..tak berani nak bersuara..

    ehmmm...mana pulak pegi budak felda pepulut...dok jual selipar nik ajis kee

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?