Monday, January 18, 2010

MISTERI ABAD INI: Ke Mana Hilangnya Wang Hasil Petroleum Malaysia? Anak-Anak Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.

Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah :

  • The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]
Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway.

Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini. Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.

Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan.


Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia? Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA

Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia.

Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia.

Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?

Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini.

Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia.


Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta dan kita lihat sendiri penderitaan rakyat Indonesia.

Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia :

a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakan orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA.

Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini.

Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?

Tulang Besi

Oil Revenue Payments to Malaysian Government


On July 4, 2009 Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17. He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.[11]

16 comments:

  1. Bro, aku cadangkan ko pegi tinggal kat Norway dan jgn jadi rakyat Malaysia. Aku bekerja di Petronas dan maaf yer..fakta jgn main ambik je. Kaji dan selidik dahulu!

    ReplyDelete
  2. Tapi kenapakah Petronas sendiri langar perjanjian yg telah dimetrai dgn kerajaan negeri.

    Dalam perjanjian tersebut mengatakan bayaran royalti akan diberi terus kepada kerajaan negari. Tapi nampaknya diberi kepada kerajaan persekutuan.

    Di Petronan, CEOnya org islam, Timbalan CEOnya org islam, Manager2nya kebanyakkan orang Islam, Engineer2nya kebanyakkan orang Islam...tapi...pasal apa jadi macam ni.

    Tapi, betul la kata nabi....di akhir zaman ni banyak orang yg kata sanggup memikul amanah...tapi...bila amanah di beri...mereka memungkiri amanah.
    Mereka membuat janji...tapi...mereka sendiri yang memungkiri janji.

    Haiiiiii!!!.....sanggupkah berhadapan dengan Allah di akhirat nanti berhubung dengan amanah dan janji yg telah dinodai itu.

    ReplyDelete
  3. Bro Mat Petronas.. kalau camtu, buat la sesuatu utk membetulkan apa yg tak betul dlm Petronas.. - Neo

    ReplyDelete
  4. Bro mat petronas, klu lu stkt ikn bilis dlm petronas, lu tkkn tahu ape yg bos2 lu buat.. Sori klu gua silap, yela mn th kot2 lu ni hasan merican.. hahahaha.. Klu petronas blh menaja byk event mcm F1, motor grand prix n lain2 lg, nape ssh sgt nk sediakn biasiswa utk rkyt sdri?

    Lu th tk betapa sshnya nk dpt biasiswa petronas? Sshnya mcm haram. Klu tk caya cb lu check sdri la. Rkyt M'sia t'pksa berhtg semata2 utk pendidikan. Walhal duit petronas yg byk tu tk th lesap ke mana.

    ReplyDelete
  5. Bhai,

    Mat Petronas tue cuma kerja sebagai pembantu PAM Minyak jer kat stesen Petronas... hahaha... dier mana tau semua nih...


    hahahaha...

    ReplyDelete
  6. hoi mat petronas. ko pg ikat skru lg baik.

    ReplyDelete
  7. Pi cuci tandas kat Stesyen Minyak yg ko kerja tu lagi baik Mat Petronas woi.... Bau hancin betul bila aku masuk. Seminggu tak cuci.

    ReplyDelete
  8. Sungguh emotional. saya doakan niat TB ikhlas semoga kita semua dijauhkan dari bala.

    Tetapi kalau orang Islam sesama Islam asyik bergaduh, bukankah bala pula yang datang?

    ReplyDelete
  9. ko jgan jadi bengap la weoi.............ko tengok la pembangunan yg kita kecapi ni skrang dan bandingkan dgn negara jiran......ko memang tak pernah besyukur!ko la perosak bangsa.....lebih banyak nak menjahanamkan dari membaiki.....

    ReplyDelete
  10. TB boleh bagi jaminan kalau PAS memerintah Malaysia, orang PAS tak perangai sama macam UMNO. Sebab kawan saya kata tak kira PKR,UMNO atau PAS, sama saja selagi Melayu perangai sama . Bila manusia dah berkuasa, dugaaan semakin bertamabh. Lihatlah saja perangai pemimpin PAS sekrang ini.

    Yang mebeza ialah orang beriman. TB, kami orang bawahan dah mula menyampah dengan ahli politik Melayu tak kira apa parti. UMNO dengan rasuahnya, PAS dengan lagak alimnya. Macama2. Mungkin kita semua duk akhir zaman.

    ReplyDelete
  11. merujuk kpd wawancara pre. petronas Tan sri Hassan Marican dgn rtm pd mlm 18 june 2008 yg di siarkan secara live :

    1974 petronas ditubuhkan dgn bermodalkan rm10 juta.
    1974-2007 keuntungan petronas sebanyak RM570 BILLION dan cukai dibayar kpd kerajaan RM336 BILLION.

    masalahnya kemana duit sebanyak itu pergi????

    transkrip wawancara penuh boleh dirujuk didlm blog umno m.i.m dr.novandri pd 24 june 2008
    http://novandri.blogspot.com/seach?q petronas

    -Juara Malaysia-

    ReplyDelete
  12. RM336 Billion??? Banyakkkkk tu..

    Namun kenapa kita masih ;

    -perlu bayar tol walhal cukai jalan dah bayar???

    -nak belajar kene pinjam???

    -tak dpt perubatan percuma???

    -rege barang keperluan asyik naik je walaupon dh dpt subsidi kerajaan..katenye la!!!

    dan macam2 lg...

    Fikir2kan la..

    ReplyDelete
  13. Dari tahun ke tahun cukai Petronas makin meningkat tapi dari tahun ke tahun bantuan pada pelajar sekolah makin di tarik.

    Lihatlah bertahun pelajar asrama di luara bandar pada hari sabtu dan ahad mereka dikenakan cuma RM1/- shj tapi kali ni habis ditarik. Nak makan kena bayar RM6-8/- utk satu hari sahaja. kalau tak nak makan kena balik kampung.

    Apa punya baghal Kementerian and Kerajaan UBN ni.

    Keuntungan cukai meningkat, kemudahan rakyat (pelajar) dikurangkan.

    Confirm BN akan bungkus dlm PRU kali ni.

    ReplyDelete
  14. Petronas cuba la anda berjasa kepada rakyat.jgn menyeksa rakyat lagi, kerana kami sebagai rakyat punya hak walaupun sedikit anda mampu meringankan bebanan yg kami hadapi sekarang. kenapa hasil dari petronas hanya diagihkan menjadi tender2 kroni2 UMNO shj.kenapa tidak dibantu untuk membangunkan taraf hidup rakyat.dimana hak kami selaku rakyat...

    kepada mat petronas aku bole ckp pemikiran kau ni langsung tak merdeka masih lagi ditakuk terima apa yg ada(sama taraf umpan kain pelikat terus peluk cium tu pn kalau dapat kain pelikat) tujuan diusulkan isu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat bagaimana kroni2 kerajaan memperoleh wang rakyat berjuta2 untuk setiap 1keluarga.mampu ker kau nk sekolahkan anak kau 1 hari nnt kalau wang petronas ini disalurkan melalui tender2 kroni2 kerajaan shj????jwb mat petronas!!!
    kami xmintak wang kami cuma mintak keadilan untuk kepentingan generasi kami akan datang.bukak fikiran anda mat petronas...

    ramai pro kerajaan yg pemikirannya tidak merdeka.cukup sekadar untuk sara diri sendiri pendek cukuplah, najib,rosmah kaya xpe....kau tahu x,barua 2ekor ni dan barisannya semua makan duit rakyat berbillion!!!!!apa yg kita dapat????kain pelikat?????kalau dapat.kalau xdapat...jgn mintak pulak nnt

    ReplyDelete
  15. padan muke mat petronas..
    aku rase die neh kan takut periuk nasi die terjejas kot kalo rakyat jelate 27juta kt msia ni pakat dok selar petronas..
    wei bro, macho la cket..aku ni perempuan..keje gov plak tuh..gaji lg ciput dari gaji ko yang beribu2 tuh..silap2 cecah 5 angka..(mane tau la kan..serkap jarang je ni..)..lg sakit hati ble dgr kerajaan nak potong elaun..kalo gaji aku 5 angka mcm ko x pe jgk la..ini..gaji nak jumpa angka 2 pun susah bro..

    jgn la selfish sgt..ni pasal 27 juta rakyat msia..bkn ko sorang..

    lg 1,aku jgk nak cakap..org2 yg dpt bantuan petronas x rasa serba salah ke?maksud aku bantuan dari segi biasiswa belajar sedangkan kalau mak ayah atau sedare mare dorang keje petronas yg majoritinya bergaji besar tuh,setakat nak tampung yuran selama 6 semester tak kan x cukup kot..nape nak balun duit petronas lg???org yg sepatutnya layak,miskin mcm aku plak tuh.pandai dan lebih layak nape x dpt?

    jawab la mat petronas???
    jawab on behalf management kamu tu jugak!

    (marah ni..)

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?