Monday, January 25, 2010

Mohon Maaf Sahaja Tak Cukup Brader Aduka...

Aku bukan sokong sangat institusi raja... tapi tak sampai menghina. Cuma aku terasa institusi ini macam langsung takde kene mengena dalam hidup aku. Kerabat sana sini hidup mewah, itu mereka punya fasal. Aku tak peduli dan tak menghina secara terbuka. Rezeki dah lahir macam tu.

Rukun negara ke-dua - Kesetiaan kepada raja dan negara.

Aku setia, tapi tak bermaksud aku kena sokong semua raja kat Malaysia nie... Kalau yang baik aku sokong la... tapi setakat nie semua baik kot, kecuali lah 2-3 negeri tu.. hehe

Kalau ada raja yang buat tak betul, kita kena sanggah jugak sebab kita manusia yang ada akal... bukan lembu yang menurut perintah. Simpang 44 malaikat untuk aku ikut resam Hang Tuah.

Sekiranya muqadimah di atas tidak menepati tahap pemahaman pembaca, ingin diberitahu di sini bahawa seorang blogger telah terlanjur kata. ketelanjuran yang mungkin sangat tidak disenangi oleh seluruh warga Johor yang menyanjung tinggi Sultan nya.

Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.

Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.

Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.

Kini, segala kemungkinan akan dihadapi oleh Aduka Taruna. Itu aku tak boleh nak tolong, even Mat Saman Kati pun tak boleh tolong. Anwar? dia pun rasanya taknak tolong. Tapi kalau Hadi yang tolong, aku takleh nak kata apa lah. Memang lepas tu mungkin AT akan jadi sahabat karib Hadi.

Apa yang aku boleh tolong? cuma berdoa agar dia tak masuk ISA. Apapun, aku akan terus support Aduka Taruna dalam projek langgar Hadi di Rusila... mahupun di Rusia... full stop.

Sumber - edyesdotcom

15 comments:

  1. Masih boleh tolong..masih boleh runding ...AT boleh masuk UMNOgok jadi palaci....kah...kah..kah...padan muka nko AT si mulut celupar.

    Tipu dosa, mati seksa.

    ReplyDelete
  2. Releks la. UMNO maki hamun sultan lagi teruk. Tak ada tindakan sampai sekarang!

    Mahathir dulu masa 1993. Derih tahun 2008.

    Buka Utusan siap ada bukti lagi.

    ReplyDelete
  3. kah...kah...kah...
    Padan muka kau si mulut celupar.
    Itu hari dia bantai TGHA and TG Harun Din. Dek kerana terlalu pandai dan bangga dengan tulisan celuparnya, maka, sultan johorpun dia kutuk sama. Bangsat punya bloger.

    Tahan dia....simpan dia dalam penjara. Biar dia rasa.

    ReplyDelete
  4. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Perkara ini mengajar kita untuk bertanggung jawab terhadap apa yg kita tulis. Bukan semua yg terbuku dihati boleh dizahirkan dalam blog. Kalau tak amik pengajaran juga, aku tak tahu nak kata apa la....

    ReplyDelete
  5. Takpa bro..
    Perjuangan penuh cabaran dan halangan.
    Menurut riwayat, Imam dan pejuang2 terdahulu jugak dipenjara dan diseksa oleh sang-penguasa.
    Kuatkan semangat dan tingkatkan kesabaran..

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
  6. Bukan salah ibu yang mengandung dan bapa yang mengajar sehingga sibangang ni menjadi manusia kurang ajar yang tiada adap..tapi ini lah yang terhasil dariapada tarbiah pak lobai pas....dan jangan terperanjat bila pemimpin pas akan mengulas mengatakan mamat ni bukan penyokong pas

    ReplyDelete
  7. Aduka,

    Sekarang lu dah dapat petunjuk dari Allah, cuma cara petunjuk itu sampai pada lu agak keras dan menakutkah hati kecil lu....

    Kalau orang dari kerajaan UMNO nak buat sesuatu pada lu, dia orang boleh bikin apa saja alasan untuk kenakan keatas diri lu. Tak ada bukti pun dia orang boleh cipta bukti.

    Dan kalau dia orang nak ambil action diatas artikel lu tu... kerajaan UMNO tidak akan dapat apa-apa faedah pun hasil dari tindakan itu. Lu tidak ada pengaruh seperti Anuar Ibrahim. Rakyat Malaysia tidak kenal lu.

    Biar pun media arus perdana mewar-warkan nama lu sebagai blogger cabol namun ia akan berlalu seperti angin. Cerita lu tidak dapat bertahan lama kerana cepat basi.

    Bagi gua, setakat celupar, kurang ajar, penulisan yang tidak beretika adalah suatu cetusan rasa marah atau kurang puas hati rakyat malaysia kepada seseorang.

    Lu sememangnya patut diberi satu ujian sebagai menguji sejauh mana kemampuan lu untuk bertahan dalam dunia politik yang tidak beradab.

    Lu dah mohon maaf, lu dah berjanji untuk mengubah sikap buruk lu dalam penulisan. Itu petanda bahawa lu dah insaf.

    Kalau pun ada apa-apa action dari sesiapa, terima dengan tabah. Bak kata melayu lama "tangan yang mencincang, bahu yang memikul..."

    Nasihat gua... teruskan penulisan lu khususnya projek langgar Hadi..!!

    ReplyDelete
  8. Mesti takut pada Allah, jangan takut pada gertakan manusia. manusia yang mengertak manusia adalah manusia setaraf iblis.

    ReplyDelete
  9. sgt rmai org mcm AT ni,.jiwa dan fikiran di pengaruhi oleh fitnah dan busuk perut yg memanjang

    inilah contoh hasil tarbiah PAS,.

    tidak sukar utk cari kanak2 sekolah yg sebat semua peruntukan spt skim pinjaman buku teks dan makanan free di sekolah,..

    tapi berpendirian "JANGAN BERTERIMA KASIH"

    PAS sedang meracuni generasi muda

    ReplyDelete
  10. kawan zaman maju..senang..maki org umno..caci PM aku akan sokong walau ribut atau tsunami melanda

    tapi ..bila abang polis mari..yang jantan dah jadi pondan..yg dulu kata kamcing la sebesar zarah pun aku tak kenal

    ..malang sungguh kalau dapat kawan mcm nie..

    ReplyDelete
  11. Akulah orang yg tersangat gumbira bila si mulut celupar (AT) tu kena tahan...

    Yep..yep..yep....horey!!!!!

    ReplyDelete
  12. baru ada akai....hang cerca tok guru sangat...la ni sbb mulut hang yg busuk macam longkang najis babi dapat la panggu dia...HUA HUA HUA

    ReplyDelete
  13. PADAN MUKA DIA...HAHAHA...ORG JOHOR PULA NAK BUNUH DIA NI...HARI TU ORG PATANI DUK BUru NAK BUNUH DIA..

    ReplyDelete
  14. Melayu nie mudah lupa dan melayu nie suka ckp besar...sudah bosan..jgn risau semua ye..malaysia takan pergi jauh..

    ReplyDelete
  15. mase mamat ni hina nabi,isteri nabi,pertikai kan isteri nabi,,,,aku tgok tak de pown owg nak bantah,tak de pon heboh,cam x de pape je,,KENAPA??,aku sedih umat islam sendiri hina nabi,isteri nabi,ulamak dihina,,tolongla la wei,,cukup2la org kapir hina islam,,jgan kita yang dilahirkan ngan nama islam menghina agama suci allah ni,,,,tolong ar,,,adeuka teruna ni tak tau la aku gaya pikir dia,dia hina aisyah ngan sahabat nabi,,satu je la aku nasihat,kita tak tau papepun pasal tu,,so jgan la kita judge,diam2 dah,serah kat Allah,,DIA lagi tau,........

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?