Sunday, January 03, 2010

Nasaruddin: Senyap Bila Isu Judi. Bising Dalam Isu Nama Allah?

Saya dah kata, Agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar. Lebih-lebih lagi apabila "famili" Tok Guru telah berjaya mengawal Tok Guru seperti yang dirancang oleh UMNO. Sebelum PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi, Nasaruddin pun menyatakan pendirian sama seperti pendirian yang dikeluarkan oleh UMNO. Bukankah ini asas kepada konsep "Kerajaang Perpaduang"? Yakni, isu yang UMNO naikkan, PAS akan sambut dan sebaliknya.

Nasaruddin dilaporkan oleh UTUSAN MELOYA berkata :
  • Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.
  • “Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.
  • “Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Walaupun nampak seperti betul, tapi kita harus melihat isu ini dari aspek lain juga. Mengapa UMNO yang ada track record lebih 50 tahun menentang Islam, tiba-tiba berminat sangat dalam isu ini? Apakah PAS sepatutnya menyokong UMNO dalam hal ini?

Jelasnya, ini adalah sebahagian dari agenda "Kerajaang Perpaduang" yang selama ini dijaja oleh pemimpin Pro UMNO dalam PAS.
  • JANGAN LUPA UMNO PERNAH ANCAM DARURAT KALAU HUDUD DILAKSANAKAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU. Penentang syariat Islam inilah yang disokong agenda mereka oleh Nasaruddin Mat Isa.
NASARUDDIN SENYAP DALAM ISU JUDI. APASAL?

Heran ke tidak? Masa Najib lulus 10 lesen judi kenapa Nasa tak bising? Bukankah lesen judi ini JELAS HARAM DALAM ISLAM? Bukankah itu satu tindakan yang jelas MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM?

Bukankah menghalalkan benda yang haram itu menyebabkan seseorang itu jadi kafir?
Soalnya mengapa Ustaz NAsaruddin sebagai Timbalan Presiden PAS tidak memaksimakan isu ini?

Bukankah UMNO telah menghalalkan judi semenjak penubuhan UMNO itu sendiri (i.e. Loteri UMNO 1951).

Jadi, saya tak terkejut Nasa tak naikkan isu judi dan terhegeh-hegeh dalam isu "Nama Allah" ini.

Nasa dah tak tau beza antara mana yang haram dengan mana yang tak jelas haram walaupun dia belajar di Jordan.

ISU NAMA ALLAH MASIH BELUM MUKTAMAD

Apakah Nasa lupa, seluruh mahkamah dalam Malaysia adalah terletak di tangan UMNO. Kalau UMNO mahu, mereka boleh campur tangan dan mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sesuai dengan kehendak kita.

Namun, Nasaruddin telah menelan bulat-bulat agenda UMNO dan menjadi pengempen percuma kepada UMNO dalam isu ini.

Mengapa Nasaruddin tak boleh tunggu dan lihat sebelum menawarkan diri untuk menjadi alat UMNO dalam isu ini.

Lagipun, isu ini belum muktamad kerana isu ini masih akan berlegar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ini akan memakan bertahun-tahun selepas ini.

Mengapa Nasaruddin sebuk pasal isu yang tidak jelas haram seperti ini? Bolehkan Nasaruddin tunjuk satu fatwa dari Al Azhar yang mengharamkan orang bukan islam menggunakan perkataan "Allah"?

Isu judi itu JELAS HARAM dan NASA SENYAP SERIBU BAHASA.

ISU INI MENGUNTUNGKAN UMNO BUKAN PAS

Nasarudding suka menaikkan isu-isu yang menguntngkan UMNO bukan PAS. Isu ini, kalau diambil dan diperjuangkan PAS, hanya akan menguntungkan UMNO. Sokongan pada PAS tidak akan bertambah dalam isu ini.

Cara terbaik adalah menyedarkan orang MElayu bahawa UMNO mahu menggunakan isu ini sahaja untuk menaikkan imej mereka. Mereka mahu menyamar kononnya mereka adalah pejuang ISlam.

Padahal UMNO ini juga yang telah :
  1. Menghalakan perkara2 yang haram.
  2. Mengugut kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan tindakan MAGERAN dan DARURAT sekiranya hudud dilaksanakan di sana.
  3. Menghalang setiap usaha untuk melaksanakan hukum syariat Islam di Malaysia
UMNO sendiri penentang Islam nombor satu. Logiklah mereka ini akan memperjuangkan ISlam?

ISU JUDI TIDAK SELARAS DENGAN AGENDA KERAJAANG PERPADUANG?

Nasaruddin heboh isu ini, isu Nga dan beberapa isu sebelum ini yang mana isu2 ini isu yang diambil oleh UMNO. Ertinya, Nasaruddin hanya mahu mengambil isu-isu yang selari dengan kehendak UMNO.

Apabila isu itu merugikan UMNO (seperti isu pemberian lesen judi oleh Najib), Nasaruddin sepertinya senyap sunyi.

Bagi saya ini bererti agenda Kerajaang Perpaduang masih hidup dan segar bugar.

Kita akan melihat lagi banyak isu2 "bersama" yang akan diperjuangkan oleh Nasaruddin dengan UMNO.

Kalau Nasaruddin bijak, beliau akan mempersoalkan bagaimana UMNO gagal mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi sedangkan semua orang tahu mahkamah di Malaysia di bawah pengaruh UMNO.

Wallahualam

Tulang Besi
Islam perlu bersatu
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin (depan, lima dari kiri) bersama sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri dan pemimpin UMNO bahagian mengangkat tangan sebagai tanda membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly di hadapan Masjid At-Takwa di Mak Mandin, Seberang Perai, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Beliau memberitahu, akidah bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah kerana ia adalah perkara wajib dalam Islam.

Katanya, meskipun tiada tindakan yang akan dilakukan oleh pihaknya, namun sebagai pemimpin Islam beliau akan sentiasa menyokong bantahan dan rayuan yang dilakukan.

“Saya menyeru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam supaya bangkit menyuarakan hak agama Islam yang sedang diceroboh.

“Pada masa sama saya dan seluruh umat Islam yang lain akan terus bersatu menyokong rayuan yang akan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

20 comments:

  1. Isu Allah paling penting kerana membzakan seorang Islam dan bukan Islam melalui syahadah "tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul allah"


    Orang Islamn kalau berjudi dia berdosa. Doasa yang Allah tak ampun ialah dosa syirik. perbuatan syirik yang paling dikuatir dalam isu Allah.

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS bukan berada dalam Pakatan rakyat, sudah tentu PAS paling kuat menentang salahguna perkataaan Allah. Tetapi apa boleh buat, PAS lebih mengambil hati bukan Islam.

    PAS dah sesat sekarang. Betul ada ramai kawan saya kata PAS juga fahaman sekular seprti UMNO. Cuma PAS lebih ramai ada janggut.

    ReplyDelete
  3. Pas lebih liberal dar UMNO

    INGAT YG MEMBUAT KPTSN MELARANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH IALAH MENTERI DALAM NEGERI DULU IAITU HAMID ALBARMENTERI UMNO

    YG MENYOKONG DAN BERJANJI PADA ORG KAFIR UTK MENYOKONG PENGGUNAAN NAMA ALLAH ADALAH 2 MP PAS KHALID SAMAD DAN ZULKIFLI AHMAD

    YG KATA ALLAH DIGUNA OLEH ORG ARAB DAN MENYEBABKAN THE HERALD SERET KEMENTERIAN DALAM NENGERI KE MAHKAMAH IALAH NIK AZIZ

    APA PERANAN PAS DALAM MEMBANGUNKAN ISLAM? HAMPAS

    ReplyDelete
  4. engkau ni bodoh sungguh TB, tak baca ke pendirian pas dari ketua penerangan? kenapa ko kata pas belum mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian bantai Nasa? baca sini apa ketua penerangan pas kata. Ke ko ada mintak CEO jugak dari nasa dan dia tak beri cam hassan ali? sbb tu kot ko meroyang tak tentu pasal ek?

    kalau dah jahat tu mmg busut perut, leni duk hina pulak TGNA kata keluarga mengawal TGNA, seorg ketua keluarga dikata dikawal oleh ahli keluarga..

    ooo ye aku lupa ko kan ilmu tinggi dari TGNA, bagus! bagus! ko dedah saja kebodohan ko tu.. apa lah sangat TGNA banding dgn ko kan? ko belajar kat Amerika lagi, TGNA setakat belajor kat india apa lah sangat kan? kan! kan!

    ReplyDelete
  5. Apa boleh buat, Nasharuddin dah jadi pengikut Wahabi. Memperjuangkan yang batil dan menentang yang hak. Ciri2 utama golongan Wahabi. Ciri2 ini banyak pada golongan umno yang jahil. Cuba menunjukkan pandai dalam isu2 islam tetapi mereka sebenarnya yang jahil. Orang yang jahil maknanya orang itu telahpun mati. Apatah lagi nak cakap pasal islam. Bila mereka berhujah nampak sangat pandangan ilmu agama mereka tu dangkal, malah tidak tahu apa yang di tulisnya, menyebabkan orang lain tertawa kepada mereka akibat dari kebodohan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. Btol tu orang atas.Saye sokong pandangan anda tu..

    ReplyDelete
  7. nasa org mengaji agama, TB ni mengaji ugomo, org agama bila bercakap lain dgn org ugomo, lihat pada kenyataan TB kita dah tahu fitnah dia lamparkan, dikatakan pas belum membuat kenyataan sedangkan ketua penerangan PAS dah buat kenyataan pada 2/01/2010

    dengar baik2 apa kata Taib Azamuddin di parlimen semalam, lihat dan dengar molek2 disini, maka nilai sendiri apa niat TB, baik ataupun jahat niatnya

    ReplyDelete
  8. Antara TB dan Ustaz Nasa siapa yg lebih arif dlm bidang agama? Antara TB dan Nasa siapa yg lebih berpendidikan tinggi dlm bidang agama? Antara TB dan Ustaz Nasa siapa yg rasional dan objektif? Antara TB dab Ustaz Nasa siapa yg lebih sayangkan islam?

    Nyata TB seorang yg rendah imannya apabila menyoal seorang muslim yg lain yg sedang membela agamanya. Amat nyata TB adalah seorang yg telah sesat dan hanyut dan telah hilang aqidah kerana membiarkan musuh islam sebenar menghina islam. Berbanding dgn Ustaz Nasa TB adalah seorang yg mungkar lagi fasik dan telah tenggelam didalam kehinaan kerana bersekongkol dgn musuh islam utk menghancurkan islam. Dayusnya TB!!

    ReplyDelete
  9. kenyataan ketua penerangan pas boleh di TKO bawah tajuk PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic dibaca di sini

    jelas benar kejahatan TB dan fitnahnya, dihina pula TGNA seolah2 TGNA nyanyok dan tak sedar yg TGNA itu ketua kluarga sehingga boleh dikawal oleh ahli kluarga nya sendiri.. hina sangat dia letak TGNA

    ReplyDelete
  10. wahai si bodoh.... sudah-sudahlah tu...phd kuat sgt kat dada ni... tu pasal jadi lagu ni...

    ReplyDelete
  11. maaf tb, kali ni saya tidak dapat bersama anda...

    dlm hal ini, sy lebih menyokong nasharudin....

    sebenqrnya bukan sahaja nasya, bahkan Semua tokguru dalam PAS (TGHH, Harun Taib, Haron Din, Tuan Ibrahim, Taib Azamudin) sepakat bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh agama Islam shj.

    dan ianya berlaku sebelum keputusan rasmi pas berkaitan isu ini..

    so, maafkan
    saya tb krn tidak bersetuju dgn anda kali ini..

    ReplyDelete
  12. hai tb, aku rasa ada yang tertinggal kat sini. Yang aku tahu nama ALLAH SWT memang telah digunakan dalam Injil dan Taurat tapi Injil dan Taurat yg asli. so bila dua kitab ini yg telah di ubahsuai mengikut nafsu para kaffir yahudi laknatullah maka mereka ini x layak menggunakan nama ALLAH SWT. kat sini ada dua isu yg berbeza so jgn terpedaya dgn mereka ( Kaffir laknatullah) fikir2 kan.....lupakan dulu isu kerajaang perpaduang dalam hal ini. yang HAK mesti terus diperjuangkan. aku pun x suka kerajaang perpaduang tapi aku suka bila umno mengubah dasar parti dan bergabung dalam Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  13. Apa nak dikesah cakap si Nasharudin nih..
    Dia ni memang bongok. Tak tahu kenapa PAS boleh pilih timbalan presiden yang bongok macam dia.
    Macam mana tak bongok.. dah berpuluh2 kes yang nyata bertentangan dengan hukum Allah dan sunah Nabi, kenapa tak ditentang? Isu judi, isu rasuah, isu orang kena bunuh, isu salahguna kuasa, isu putarbelit, isu melesapkan harta dan wang rakyat, isu kezaliman... tak ada pun dia nak jadi juara menentang perkara yang nyata salah disisi Islam .. alih2 isu yang ini dia bersuara. Apa isu yang tersebut itu bukan isu besar?
    Semua orang kena faham... isu ini bukan isu antara yg belajar di Jordan atau dimana.. tapi isu ini telah dipolitikkan. Bila isu ini dimainkan secara politik, orang yang bangang politik macam si Nasharudin tu lah yang akan menghancurkan imej politik.

    ReplyDelete
  14. nampak nama nasharudin mat isa pun dah rasa meluat dan menyampah, selepas dengar rakaman audio bersama bloggers.
    Dia sindir seorang pemimpin PAS pegang tangan Pak Lah.

    Lepas ni kalau bertanding dia menang lagi, tak tau la perwakilan yg mcm mana dok undi kat dia nih !

    ReplyDelete
  15. Judi tu untuk org kafir,Nama Allah bukan untuk org kafir kn sng fikir tuu..

    ReplyDelete
  16. Nasha itu orang ngaji agama, tapi pada zahirnya dia adalah manusia yang telah sesat macam pemimpin umno. Dalam suatu hadis nabi s.a.w, beliau telah bersabda." wahai umatku, di akhir zaman nanti kamu semua akan mendapati bahawa umatku kan menjual agamanya untuk kepentingan dunia yang sedikit.." Jadi tak hairanlah bahawa orang ngaji agama pun boleh menyeleweng gara2 cintakan dunia, atau dengan kata lain, sifat baharu yang ada pada manusia itu boleh merobah hatinya dari seorang yang ngaji pada seorang yang telah sesat lagi menyesatkan macam Nasha.

    ReplyDelete
  17. tengok pada tulisan anda ni macam orang sekolah tinggi tapi dah jadi penyokong PAS memang tabiat suka sumpah seranah orang, molekla bila dah pakai kopiah syok sendiri ngaku islam,,, macam perisik rakyatla syok sendiri ...

    ReplyDelete
  18. Ehem,orang yg masuk blog ni bknnye bodoh2.Mereka bleh fikir sdiri.Tau la mereka menilainye mane yg benar atau skadar fitnah.Daripada baca utusan meloya yg x abeh2 ngan agenda politik sempit umNGOK baek aku masuk blog2 tmasuk la blog TP ni..Bru clear!

    ReplyDelete
  19. Weih MANGKOK AYUN NASHA..Nabi Musa a.s gi jumpa firaun atas maksud DAKWAH(Perintah ALLAH)...bukan atas maksud kepentingan politik mcm hang siul...Hang nak bincang pasal kepentingan dunia hang

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?