Tuesday, January 05, 2010

Notis "3 Bulan" vs Notis "Serta Merta"

Tuan Haji Anual Bakhri Haroon, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan semenjak 1999 telah diarahkan menulis surat perletakkan jawatan oleh Menteri Besar YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 27 Disember 2009. Abe Aji Anual kemudian menyiapkan surat itu seperti diarahkan dan diserahkan kepada Tuan Guru MB.

Bila MB tengok di dalam surat itu tercatat notis 1 bulan, MB mengarahkan Abe Aji Anual membuat surat baru dan mengarahkan tarikh kuatkuasa perletakan jawatan adalah serta merta.

Abe Aji Anual akur dan mengundurkan diri seperti yang dikehendaki, Beberapa hari kemudian Setiausaha Sulit MB menalifon Abe Aji dan meminta Abe Aji hadir ke pejabat atas arahan Tuan Guru bagi menjalankan tugasan rasmi seolah dia masih lagi Setiausaha Politik. Dengan cara terhormat, Abe Aji menolak arahan tersebut kerana dia bukan lagi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kata orang putih, Anual Bakhri diperlakukan seperti ‘a piece of meat’. Kenapa? Dan ikhlaskah Tuan Guru melakukan demikian kepada Anual Bakhri yang begitu setia dan sayang kepada Tuan Guru.

Saya sudah tahu hujung pangkal ceritanya dan siapa yang menekan Tuan Guru berbuat demikian. Mungkin penyanyi dangdut, oops maaf penulis blog bernama Nik Amalina boleh menggelekkan kita versinya dulu. Saya pasti rakyat Kelantan ingin juga tahu sama ada ini adalah satu lagi projek “Meja Bulat Pulau Melaka”.

Sementara itu, demi menghormati Abe Aji Anual Bakhri, seorang insan seni saya akhiri posting ini dengan ungkapan dari naskah, Matinya Seorang Pahlawan karya Seniman Negara Usman Awang.

“Buat Baik Berpada-pada… Buat Jahat, Jahat Sekali!”
Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Sulit MB Kelantan (1999-2009)

Sumber - Kickdefella

Tambahan dari PTU - Aku agak heran... bila kena tang "anak-beranak", boley tariiik sampai banyak bulan... bila kena tang "anak luar kulit"... 'Please Resign Immediately"...

Perghhh... "Asyik" sungguh... kan Amelina kan..?

7 comments:

  1. Apa nak di herankan..sebab Pas sekarang ni dah jadi Parti Ajis Sekeluarga...semalam nik ajis ada menyatakan kehairangan nya terhadap kurangnya sokongan golongan muda terhadap PAS...ehmm..lum sedar2 diri lagi rupanya tok ajis ni

    ReplyDelete
  2. Aku yakin selagi ade duri dalam daging dalam kerajaan pas kelantan..benda ni tak kan selesai..
    benda ni akan jadi barah..

    plisss la buat sesuatu.. rakyat sekeliling sedang mmerhatikan dari segenap pelusuk!

    Musuh kita tersenyum kambing kat luar nak cucuk kat kita!

    jangan biarkankan sejarah berulang...!

    ReplyDelete
  3. sedihnya..geramnya kalau memang betul...apasal jadi macam ni...sukar untuk diterima akal....ish..ish...rasa mcm nak g belasah je...

    ReplyDelete
  4. pandai mu topeng syaitan..post hok kena dgn selera mu, mu amik paste cni...

    segala kedajalan hok nik ajis dan anak beranok dia wat xse post pulak???

    takut ko wei sbb dlm posting kick tu penuh dgn bukti2 kedajalan nik ajis anok beranok!!!!

    ReplyDelete
  5. dah kena dah... jarum UBN dah masuk dah.... hahaha... sendri mau ingat aaa... - Neo

    ReplyDelete
  6. Maiiiiiiiiiiiiiiiiii PAKAT BESA-BESARAN JANGAN UNDI PAS PRU-13 AKAN DATANG !!!!!!!!!!!!!!! GERAMMMMMMMMMMMMMMMMMM BIN BANGANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG !!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Laaaaa..... Suka hati TGNA ler nak buang 24 jam ker atau nak notis berapa bulan. Ini jawatan khas untuk dia. Untuk TGNA !

    Nama jawatan : Setiausaha Politik MENTERI BESAR KELANTAN.

    Kalau TGNA dah rasa 'rimas' dengan budak ni, simpan buat apa lagi. Apalagi apabila TGNA, agaknya, dah tahu arahnya dah tidak selari.

    Yang jelasnya, bekas Setiausaha Politik ni pulak yang nampaknya 'mem-Politik-kan' kehilangan jawatannya.

    Alaaa... bini pun kita bole cerai.... Inikan pulak S/U Politik..!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?