Thursday, January 28, 2010

Orang Melayu Pun Dah Tak Larat Nak Duduk Dalam Malaysia

Saya dapat maklumat, beberapa jam selepas gempa bumi di Haiti, kira-kira 7 orang rakyat Malaysia dari bangsa Melayu telah berada di Haiti untuk melakukan kerja-kerja telekomunikasi. Mereka berpengkalan di Jamaica telah dihantar dengan laju sekali ke Haiti untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih sistem telekomunikasi Haiti yang rosak teruk akibat gempa bumi.

Namun, mereka hanya berada di sana 2 hari sahaja kerana dinasihatkan pulang oleh majikan mereka. Keadaan waktu itu terlalu bahaya dan penyakit juga bakal tersebar akibat ribuan mayat yang bergelimpangan. Sehingga ke tahap, mayat2 tidak diangkat dan menjadi makanan anjing.

Ertinya, orang Melayu di Malaysia yang sepatutnya dilindungi DEB pun boleh merantau sampai ke Jamaica untuk mencari rezeki sehingga sanggup menyabung nyawa di negara seperti Haiti. Kalau mereka duduk di Malaysia, sudahlah gaji rendah, kos hidup makin lama makin tinggi. Nak buat bisnes, semua peluang UMNO dah bolot. Tengok TEKUN sudahlah, semua puak-puak UMNO bolot.

Habis tu? Orang luar lagi pandang tinggi bakat2 orang Melayu dari orang Melayu sendiri. Orang luar dengan senang hati mengambil orang2 Melayu di Malaysia untuk bekerja dengan mereka. Dan mereka membayar gaji yang jauh lebih lumayan dari majikan-majikan di Malaysia.

KOS HIDUP MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK NAIK-NAIK. KERJA PUN MAKIN KURANG

Saya dapat maklumat Petronas sendiri pun sudah mula hendak membuang orang. Dan secara umumnya, gaji di Malaysia semakin lama semakin kecil. Kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM1500 sebulan, nak makan apa?

Itu yang saya dapat maklumat ramai gadis-gadis Melayu sekarang mencari pendapatan lebih dengan menjadi GRO dan pelayan. Ertinya bayang-bayang Indonesia sudah semakin jelas di Malaysia, walaupun masih tidak merebak teruk seperti di Indonesia.

Tapi, bila wang minyak kita habis, saya tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan anak-anak kita

BEBERAPA CONTOH LAGI

Saya dapat maklumat di UK, US, Canada dan Australia, pelajar2 sarjana kita yang ditaja universiti tempatan ramai yang melarikan diri dan bekerja di negara-negara Barat tersebut. Ini kerana negara-negara Barat sudi memberi mereka gaji yang lumayan, sara hidup yang baik serta peluang pekerjaan yang lebih mencabar kepada pelajar-pelajar kita.

Maka, mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di negara mereka belajar dan tidak pulang ke Malaysia. Kalau mereka pulang pun, peluang mereka bekerja amat terbatas dan gaji yang mereka bakal dapat pun tidak seberapa.

Saya juga mendapat maklumat ramai teknokrat dan professional Melayu di Malaysia sudah meninggalkan Malaysia dan bekerja di serata dunia. Dan jumlah ini akan menjadi semakin banyak dalam tahun-tahun mendatang.

Semuanya kerana syarikat-syarikat luar negara lebih memandang tinggi keupayaan serta kebolehan teknokrat Melayu berbanding syarikat-syarikat di Malaysia.

Dengan kadar korupsi yang tidak pernah turun, maka Malaysia tidak menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka. Hasilnya, orang-orang Melayu semakin meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki mereka.

DEB HANYA UNTUK UMNOPUTRA DAN KRONI

DEB sebenarnya ada dua aspek. Aspek yang pertama sudah lupus (i.e. biasiswa, pelajaran etc). Aspek kedua adalah dari aspek ekuiti yakni mahu menaikkan bilangan akutiti bumiputra supaya setara dengan bangsa-bangsa lain.

Maka, dari sinilah kita ada program seperti AP, Kontrak Kelas F, pembahagian saham, pemberian kontrak secara “direct award” dsbnya.

Aspek kedua DEB kesemuanya dimonopoli oleh UMNOPUTRA dan kroni-kroni UMNO. Dengan kata lain, orang Melayu biasa yang mempunyai bakat berniaga tetapi bukan UMNOPUTRA atau KRONI tidak akan dapat peluang kepada modal yang diperlukan melalui DEB.

Dan UMNOPUTRA lebih suka menggunakan aspek DEB ini dan meng “subcon” ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Sebab itulah 70% dari peruntukan Rancangan Malaysia Ke Lapan telah pergi ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. (Kalau tak percaya sila tanya Effendy Nawawi).

Dengan kata lain, majoriti orang Melayu akan kekal di bawah “tuan-tuan feudal” mereka selagi mana UMNO masih terus memerintah.

Dan dari 1997 kita belajar, bila ekonomi baik, keuntungan semuanya disapu oleh UMNOPUTRA dan KRONI. Bila mereka rugi, kita rakyat Malaysia terpaksa mem “bail-out” mereka.

Tak heranlah, orang-orang Melayu pun dah “fed-up” dengan UMNO dan meninggalkan Malaysia dengan banyaknya. Selagi ada peluang mereka akan tinggalkan Malaysia. Percayalah.

Itu yang kita boleh jumpa orang Melayu bekerja sehingga ke Jamaica. Padahal kalau zaman 1980’as bila disebut Jamaica, yang kita tahu hanyalah negara asal Bob Marley. Itu sahaja.

Tulang Besi

14 comments:

  1. abih ko bile nak kua dr malaysia nih???ko pon bukan de bg pape sumbangan kat malaysia....

    ReplyDelete
  2. entah apa la nak jadi..jgn jadi sampai macam indon dah la, semua merempat kat negara org

    ReplyDelete
  3. Anon 11.41, tulang besi mmg kat luar negeri pun.. bumi Allah luas..mana bleh cari rezki.. cuma kat msia ni terbantut sket.. muakakaka....

    ReplyDelete
  4. Setuju TB, aku dulu pi overseas belajar pun dengan duit mak bapak aku sendiri, sebab aku tak caya pada sistem kat malaysia ni. Semuanya mesti 'Know who" bukan 'know how'.

    Bukan keluarga aku kaya, tapi aku berusaha gigih supaya tiada lagi pemimpin bodoh dalam negara ni mengungkit kepada aku kemudian hari. Jadi kalau aku nak mengata kat siapa pun termasuklah pada pemimpin BN yang banggang tu, itu aku punya pasal, sebab aku tak guna duit dia orang.

    ReplyDelete
  5. Ada kebenaranya bro,

    dulu mati-mati aku ingat ramainya GRO dan pelacur kat KL nie orang asing terutamnya indonesia, filipina dan China. Tapi rupa-rupanya member-member aku yang kaki kelab karaoke bagitau GRO yang memenuhkan kelab karaoke kat KL nie majoriti anak gadis Melayu! yang keje rumah urut siap bagi special service pun ramai Anak Gadis Melayu!

    Apa nak jadi kat Malaysia dan orang Melayu kita nie.
    Rasanya itulah hasil pemerintahan KETUANAN MELAYU umNO dan dasar DEB kot.

    -madir-

    ReplyDelete
  6. Asalkan jao jgn join member2 kau buat maksiat sudahlah Madir.

    Nak buat macamana, kalau UMNO terus memerintah, makcik2 tua nanti pun terpaksa jadi GRO nak cari sesuap nasik punya pasal

    ReplyDelete
  7. madir,

    member-member kao tu tak suruh bertaobat ke?

    ReplyDelete
  8. Bro TB,

    Nak suruh macamana bro, masing-masing dah tua bangka dah beranak pinak dah besar panjang. Nasihat pun berlapik je la, kang kecik hati plak.

    -madir-

    ReplyDelete
  9. lorr gitu rupa nya anom 1.08 tapi ngape ko balik cari makan kat malaysia ni..terus dok kat sana laa.

    madir...cuba kotanya member ko tu gro tu kebanyakan nya daripada negeri mana pulak..dari negeri tok nik tu..sebab tok nik tu cuma tau nak mentarbiah orang dari negeri lain ..rakyat sendiri tak ditarbiahnya..

    Tulang besi...betul jugak kata ko rakyat malaysia tak sanggup dok malaysia ...tapi yang bangang nye ko tak kaji jugak ngape rakyat asing makin ramai datang kat malaysia ni untuk mencari rezeki...ianya bermakna malaysia lubuk untuk mencari rezeki..lain lah pak lobai yang asyik dok dengar ceramah politik murahan je..ekonomi negeri suruh orang pompuan yang menjanakannya.tu la lain kali kalau nak buat cerita tu ko kena laa cari bahan yang orang lain tak boleh nampak kebodohan ko...

    ReplyDelete

  10. Tulang besi...betul jugak kata ko rakyat malaysia tak sanggup dok malaysia ...tapi yang bangang nye ko tak kaji jugak ngape rakyat asing makin ramai datang kat malaysia ni untuk mencari rezeki...ianya bermakna malaysia lubuk untuk mencari rezeki..
    .

    Kao tunjuk kat aku la orang asing mana yang nak datang Malaysia skrg ni.

    Org asing yang ada kat Malaysia krg ni adalah yang datang dahulu, masa ekonomi tgh ok kejap.

    Mana ada yang baru datang ke Malaysia?

    ReplyDelete
  11. Anak Lenggong,

    Yang tu kalau aku sendiri yang masuk boleh gak kau interview diaorang bro, tapi member aku yang bagi tau kat aku, orang negeri mana yang mendominasi ntah aku tak tau.

    Maksud TB tu anak melayu yang keluar negara tu, yang berpelajaran tinggi la bro 'skill workers'. Rakyat asing yang datang melimpah ruah kat Malaysia nie semuanya standard buruh, bukannya skill workers. Bab tu pun takkan nko tak paham?

    -madir-

    ReplyDelete
  12. Awat Anak lenggong buloh betong ni benggong sangat? Dahlah banyak babi2 hutan dok berkeliaran kat Lenggong tu, dah ke dia pi musnah? Tak heranlah babi-babi yang di baling dalam masjid tu diimport dari Lenggong tak? Aku tengok hang ni lenggong betui2 macam sampah. Komen2 hang ni aku rasa hang lulus SRP saja. Malu-malu.

    Kalau hang kata yang mai Malaysia tu ramai, semua nya IQ setaraf hang. Mat Bangla yang dok bawah jambatan tu dan mat indon saja yang ramai. Aku rasa hang ni pi sekolah ngaji kuih apa. Menyesal mak hang lahirkan hang kat dunia ni, tapi kepala hotak hang tak boleh pakai langsung.

    ReplyDelete
  13. kah kah kah...anak lenggong buat malu lenggong je.. pemikiran tahap kuda longkang (mcm zali daaaa).. anak melayu yg keluar tu yg profesional.. bukannya pegi keje buruh kat luar.. apa punya turrr daaa... - Neo

    ReplyDelete
  14. Kerjaya makan gaji terang-terangan di beberapa negara luar gaji jauh lebih lumayan dari Malaysia(2x~4x ganda). Lulusan sijil pun gaji jauh tinggi daripada lulusan ijazah di sini. Nak berniaga? Tak ramai melayu yang penyabar. Sorang jual makanan, tak lama tu ramai2 datang jual. Nak dapat pelangggan, mula potong harga, guna ilmu hitam hancurkan sesama sendiri. Dengki punya pasal. Ramai dah yang mati kes santau menyantau ni. Masalah tradisi melayu masakini, MALAS! Nak goyang kaki duit masuk.
    Tipu sana sini(skim cepat kaya). Penternak dan peladang pula, susah2 tanam sawit, getah, bela lembu/kambing, ada pulak tukang sebat.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?