Thursday, January 14, 2010

Tuduhan Selangor Bertambah Rumah-Rumah Urut dan Pusat Karaoke

Kalau para pembaca sekelian sedar, sewaktu saya menaikkan isu berkenaan dengan Najib Tun Razak meluluskan lesen “Special Draw” lagi 10, juak-juak UMNO menyerang saya kembali dengan menaikkan isu pertambahan rumah-rumah urut dan karaoke di Selangor.
Antara komen yang saya dapat adalah :

1)Anonymous said...
Jika Selangor sudah tidak cukup peruntukan seperti yang disebut iaitu kira-kira RM300 hingga RM500 juta setahun carilah dari punca yang lain. Saya syorkan pungutlah dari punca-punca perjudian, rumah-rumah urut, spa, rumah persundalan yang – menurut ketua pembangkang kena gantung Dr. Khir Toyo – tumbuh bercambah-cambah bagai cendawan di Selangor sekarang. Ia boleh ditukar menjadi ‘sin taxes’ (cukai dosa) daripada aktiviti-aktiviti seperti itu. Mengapa singkatnya akal mahu mengambilnya dari wang zakat. Orang Melayu di Selangor kan banyak yang miskin.

December 28, 2009 8:44 AM

2)carlos said...
DAP dakwah dengan memperbanyakkan rumah urut di selangor, itu baru betul.
November 6, 2009 11:08 PM

3)Anonymous said...
Sudahlah......
Orang semua dah menyampah dgn PR.
Di Selangor sarang pelacur dah bertambah mcm cendawan. Apa peranan PAS dalam hal ni?
Korang cubalah drive around kat Kota Dsara. Mcm kat Thailand rasanya. Pusat urut bersepah dan semakin byk sejak PAS ada kuasa di Selangor.
Islam apa ni? Engkorang solat pasang lilin ke?

http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/07/rumah-urut-aka-rumah-pelacuran-membiak.html
Malahan blog-blog UMNO, di dalam mencari bilangan hits kerana orang dah menyampah nak pergi blog mereka, telah melaporkannya sebegitu. Antara contohnya adalah blog Darul Ehsan Today dalam satu artikel mereka bertajuk Rumah Urut aka Rumah Pelacuran membiak subur di Selangor.

Darul Ehsan Today melaporkan :

“Sejak kerajaan pakatan rakyat Selangor yang didalangi oleh DAP memerintah, bilangan rumah urut, refleksologi bertambah daripada 700 buah kepada lebih 4,700 buah. Ini adalah antara perkaitan dan persekongkolan diantara beberapa exco pakatan dan direstui oleh MB Khalid Ibrahim.”.
CERITA SEBENAR

Saya cabar penjilat-penjilat UMNO Selangor ini supaya menunjukkan SATU LESEN Pusat Urut baru yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

Mengikut sumber saya yang bertugas di Wisma Darul Ehsan, TIADA LESEN BARU Rumah Urut atau Karaoke yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya sebut sekali lagi, TIADA.

Ertinya, kalau ada, pusat2 itu adalah pusat2 urut yang haram. Kalau puak2 UMNO ni betul2 ikhlas, maka WAJIBLAH puak2 UMNO ini membuat laporan polis dan kepada Majlis2 Perbandaran dan Daerah supaya pusat2 urut haram itu ditutup.

Malahan, kerajaan negeri juga tidak akan meluluskan “Cyber Café” baru melainkan yang berhampiran dengan pusat2 pendidikan seperti Universiti dan Kolej. Itupun, permohonan itu mesti mendapat kebenaran dari pihak Universiti dahulu.

Adapun pusat refleksologi, saya tak tanya. Tapi kalau lulus pun, apa nak kita marah pulak. Di Medan Mara ada pusat urut refleksologi. Ia adalah urut kaki. Cumanya, saya tak pasti samada Kerajaan Negeri ada luluskan pusat urut refleksologi baru atau tidak di bawah PR.

UMNO DAH DESPERATE TAKDA ISU, BUAT CERITA KHALAYAN

Semua ni adalah cerita-cerita khayalan dari UMNO untuk menyelamatkan imej mereka yang semakin buruk. Pusat2 urut yang masih beroperasi di Selangor sekarang ni semuanya diluluskan oleh UMNO. Apasal UMNO tak jadikan isu pulak?

Ada pun cerita Ronnie Liu pertahan pusat urut/pelacuran, itu semua fitnah juga. Cerita tu berlaku SEBELUM Ronnie jadi EXCO. Itupun waktu itu dia tengah makan dan seorang kenalan datang kepada dia dan minta tolong dapatkan keizinan untuk ambil barang peribadi beliau yang ditinggal didalam hotel. Di waktu itu hotel tersebut telah disita oleh Majlis Perbandaran.

Semua ni berlaku SEBELUM Ronnie Liu jadi EXCO. Apasal lak tiba-tiba Ronnie Liu dituduh melindungi pusat2 urut/pelacuran sekarang ni, saya pun tak tau.

UMNO baru je lulus 5 LESEN KELAB MALAM, tak bising pun puak2 AMENO ni ye?

Tulang Besi

13 comments:

  1. Tak der cerita buat cerita, kemudian tambah cili, tambah ajinomoto, tambah telur mata kerbau sos tomato, baru nampak segak jalan cerita.

    LepaS cerita kalau nak khayal lagi, beli gum dunlop kat kedai ah chong atau minta sikit kat stor perbaiki tapak kasut, nescaya khayal hingga malam.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kera2 UmnoNgok ni dah takda modal....apa saja issu yg cuba dibangkitkan akhirnya kena batang hidung sendiri..

    Macam kebanyakkan orang kata " Bila kera tak mengaku tahi tu tahi dia sedangkan kera tu yg berak dulu"

    SHIT...SHIT...SHIT mcm Shahnon Ahmad kata.

    ReplyDelete
  3. kat bukit bintang, tiap2 hotel situ ada pusat spa. spa ape bendanya dalam 2 sume pelacur. bwh plaza imbi pun ada. hotel puduraya yg atas stesen bus puduraya 2 pun ada pusat pelacur. semua menyorok bwh nama pusat spa dan kesihatan. kesihatan benda nya.. jab agama wilayah plak dok sibuk berniaga. menteri wilayah lagi la..

    ReplyDelete
  4. Menteri Wilayah tengah sebok layan Ng Yen Yen tu... tengah rayu sambung lesen pusat hiburan lain plak... 5 tak cukup... anak buah ramai sangat.

    Hahahaha..!

    Hidup UMNgOk..!

    ReplyDelete
  5. umno...umno....umno...umno..tak ada benda lain ke!!
    meluat..menyampah...mengutuk...apa shj je memang utk umno..
    umno memang begitulah sejak kelahirannya...bangsakan ,bukan bertujuan agama,inilah akibatnya..
    padanlah muka hang OMNO,makin dibenci makin menjadi2 pulak...

    ReplyDelete
  6. rumah urut haram kalau banyak kat selangor tu sebab polis raja di malaysia cawangan selangor sudah kenyang ambik duit bulan bulan kot...

    prdm cawangan selangor sudah tak ada kerja sekarang ni mula la nak mengganggu lim guan eng pulak!

    ReplyDelete
  7. terdapat segelintir penyokong PAS dan UMNO yang bangang nak mampos..melaga-lagakan sesama sendiri...wei mangkuk ingatlah, benda ni tak kan sampai penghujungnya.

    Nanti bila negara dah tergadai, Cina dah kuasai pentadbiran baru korg nak berdamai.

    Sengal betul la.......

    ReplyDelete
  8. Kencing Manis...lu yg sengal x habis..memang kena dgn nama lu...oooo bila bagi sokongan kepada PR itu namanya sokong bangsa lain , x sokong melayau tp kalo bagi sokongan kt mca,mic, ppp dlll, tadak pulak hang kata melayau x sokong melayau? Sape yg mangkuk...lu ni kan gua rasa mangkuk tingkat...weiii tkadak ameno pun rakyat malaysia buleh hidup la..lagi sejhatera apa?Wat LU!

    ReplyDelete
  9. Bodoh piang !!! punya Kencing Extra Manis.....baik hang pi urut ker pi spa bagi perbaiki sistem saluran kencing hang tu.

    Habis habis tuduh kaum pendatang, kalau terror cermin diri dulu, mungkin keturunan Wak Joko atau pun Kerling Bombay !!

    ReplyDelete
  10. Ya...aku baru perasan
    Kalau hampa tak caya, pegilah jengok kat "Health Business Center" kat kebanyakkan hotel2. Business man/women di situ menjual "package" yg bagus (mcm cilaka)pada pengunjung terpilih.

    Tapi...yg hairannya mana perginya JAWI, MAIS, DBKL & Polis RAJA Malaysia..???? Takkan buat senyap dan tutup mata aje.???

    Dah bertahun aku dok kat KL...bertambah2 business cilaka tu tumbuh. Apa....ada share sama ka???

    ReplyDelete
  11. dan jawapan saya pulak... di NS pun berlambak rumah urut... gi la tengok kat kawasan perindustrian oakland...

    ReplyDelete
  12. Macam tulah kalau kerajaan 1Malaysia memerintah. Pemimpinnya juga taik betina, apa boleh buat.

    Yang Malaysia pun dia sapu, dan yang monggolia pun dia sapu. Pantang tengok betina semua boleh macam Malaysia bolehlah. Temberang pun kuat.

    ReplyDelete
  13. kalu tak tau ape2x, jgn nak cakap sembrono. kalu sekadar nak dpt publisiti murahan kamu buatlah dan reka-rekalah crite2x murahan ni.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?