Namun, di dalam isu “Kalimah Allah-The Herald”, sudah terdapat sebuah keputusan parti yang rasmi serta jitu. Sehingga kini, kesemua ulama-ulama UMNO tidak mampu membuktikan keputusan PAS itu berlawanan dengan mana-mana aspek syariat Islam.
Malahan, keputusan 30 NGO “Islam” dan “Melayu” menentang penggunaan kalimah Allah pun TIDAK BERLANDASKAN kepada mana-mana pendapat feqah yang muktabar ataupun merujuk kepada pendapat ulama-ulama masa kini yang diakui ilmunya seperti Dr Yusuf Qardhawi.
Malahan, sewaktu Dr Yusuf Qardhawi melawat Malaysia sempena Sambutan Maal Hijrah, isu ini telah dibincangkan dengan beberapa pemimpin NGO Islam dan Dr Yusuf dengan jelas menyatakan tiada masaalah dari segi agama sekiranya orang Kristian mahu menggunakan nama Allah.
KEPUTUSAN PAS TIDAK BERLAWANAN DENGAN SYARIAT. MENGAPA TENTANG?
Ertinya, penentangan penggunaan kalimah Allah oleh 30 NGO Islam ini bukan berlandaskan kepada syarak mahupun hukum syariah. Cuma, dari kenyataan ABIM sendiri, asas kepada penentangan mereka adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun, setelah saya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan pun, tiada peruntukan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
Ertinya pendirian PAS itu :
- Tidak berlawanan dengan hukum syarak.
- Tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Tidak berlawanan dengan Siayasah Syariiyah.
- Jadinya, apakah alasan serta asas Dr Harun Din untuk menolak pendirian PAS tersebut?
Saya mendapat tahu, Dr Harun Din telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Lujnah Politik khas bagi membincangkan semula pendirian PAS terhadap isu ini. Ini memandangkan Dr Harun Din telah mengeluarkan pendapat yang agak keras sehari sebelum Lujnah Politik mengeluarkan kenyataan rasmi PAS.
Malangnya, setelah dijemput, Dr Harun Din tidak menghadirkan diri bagi membentangkan hujjah-hujjah beliau. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Isnin, 11 January 2010. Namun, pada 13 January 2010 Dr Harun Din telah menghadiri konvensyen 30 NGO bagi membantah pengunaan nama Allah. Bukan setakat hadir, beliau juga telah turut memberi ucapan.
Adakah ulama-ulama dalam PAS diizinkan tidak wala’ pada pendapat jemaah? Adakah ulama-ulama dalam PAS dizinkan melanggar keputusan parti secara terbuka sebegini?
USTAZ HARUN DIN MEMPUNYAI REKOD MERUGIKAN PAS
Biar saya cuba senaraikan :
1.0 - Sewaktu diambang Pilihanraya Umum 1999, PAS dalam keadaan cukup selesa untuk menawan negeri Perlis. Malahan di waktu itu, UMNO berada dalam keadaan cukup tenat dan risau. Tiba-tiba Ustaz Harun Din isytihar yang beliau tidak mahu bertanding atas beberapa alasan pribadi. Mengikut ramai kepimpinan PAS yang saya tanya, itu adalah antara sebab utama PAS gagal menawan negeri Perlis kerana rakyat Perlis telah dikecewakan sebegitu sekali
2.0 - Sebelum Pilihanraya 2004, Dr Harun Din adalah ketua kepada JK yang menghasilkan “Dokumen Negara Islam”. Hasilnya, document tersebut amat ringkas dan tipis, serta tidak menjawab 80% persoalan yang biasa ditanyakan berkenaan dengan Negara Islam. Dokumen tersebut akhirnya digunakan UMNO untuk menakutkan orang bukan Islam. Hasilnya, PAS kalah di semua kerusi yang dahulunya menang di Pantai Barat kecuali lima di Kedah dan satu di Penang.
3.0 - Selepas keputusan PRU 2008, Dr Harun Din telah menalipon Ustaz Ahmad Awang dan meminta Ustaz Ahmad Awang mengkaji semula keputusan Perhubungan Negeri Perak untuk menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP. Ini maklumat yang saya dapat dari beberapa AJK PAS Pusat dan sehingga sekarang pun Dr Harun Din tak pernah nafikan maklumat ini
4.0 - Sebulan selepas PRU2008, Dr Harun Din menulis sebuah kerta kerja bertajuk “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” yang mengunjurkan PAS mengadakan hubungan dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat. Pekara ini didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa sendiri melalui rakaman dialog beliau dengan blogger2 UMNO di kediaman Dr Hasan Ali.
6.0 - Kemudian kita tak sebut lagi tuduhan-tuduhan rambang yang dibuat beliau kepada Husam Musa, dan penghabisan sekali adalah dalam isu Kalimah Allah yang mana Dr Harun Din secara terbuka melanggar keputusan parti walapun tiada sebab syariee untuk beliau melanggarnya.
Secara pribadi, saya melihatkan Dr Harun Din sebagai liability dalam PAS dan lebih elok kiranya Dr Harun Din duduk di luar PAS dan hanya menjadi pendakwah bebas yang menyokong PAS.
Aktiviti-aktiviti beliau yang “pro UMNO” ini amat merugikan PAS kerana ia menyebabkan PAS berpecah belah dan bersengketa semasa sendiri.
DALAM PAS PUN ADA UNSUR KRISTIAN. ULAMA2 PAS ADALAH MAKSUM
Ini adalah sebab kenapa usaha Dr Harun Din hampir berjaya. Dalam PAS pun ada jugak unsur-unsur Kristian ni. Dalam ugama Kristian, paderi-paderi mereka dianggap sebagai “maksum” dan oleh sebab itu mereka boleh mengampunkan dosa. Paderi-paderi Krisitan dianggap mendapat “ilham” dari Allah dan mereka bebas mentafsir dan berkata berkenaan dengan agama tanpa boleh disoal oleh pengikut-pengikut mereka.
Dalam PAS, takda la sampai macam tu, tapi iras-iras tu ada. Ulama-ulama dalam PAS tidak boleh ditegur dan dibetulkan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ulama-ulama dalam PAS (misalnya dalam isu Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang) terus akan di cop dan di label sebagai tidak wala’ pada ulama dan menentang ulama.
Sedih sekali bila ahli-ahli PAS menjadikan ulama-ulama PAS seperti paderi-paderi Kristian. Sepatutnya kita MENIMBA ILMU dari para ulama, bukan menjadikan mereka bertaraf MAKSUM dan SUCI dari SILAP DAN DOSA. Kita berbeza pendapat dengan para ulama adalah satu “rahmat”. Ia membantu para ulama untuk mencapai “ijtihad” yang lebih tepat dan jitu sekaligus menyelamatkan imej Islam itu sendiri.
Wahai ahli-ahli PAS, gunalah akal fikiran kamu. Kalau para ulama itu maksum, takkan Imam Mohd Idris Asy Syafiee kena tulis sampai BERJILID-JILID kitab. Bukan satu judul sahaja kitab Imam Syafiee ni, BERATUS-RATUS judul. Seram sejuk kita dibuatnya bila baca judul sahaja. Tampak sangat betapa jahilnya kita ini berbanding ilmu seorang hamba Allah yang telah dihantar oleh Allah SWT untuk memberi cahaya kepada BERJUTA UMAT ISLAM. Itulah dia Imam Syafiee yang sehingga hari ini masih kekal di bibir umat Islam.
Dalam keadaan ilmunya yang tinggi sebegitu pun, segala kata-kata dan pendapat-pendapat beliau akan disokong dengan hujjah yang nyata. Dan beliau tidak menolak sekiranya ada yang berbeza pendapat dengan beliau asalkan ada hujjah.
Tapi, budaya “hujjah” sebegini tidak diizinkan dalam PAS kerana sesiapa yang berbeda pendapat dengan ulama adalah “tidak wala” dan menentang kepimpinan ulama.
Begitulah serba sedikit muhasabah saya. Saya nak puji ustaz Hasan Shukri kerana walaupun beliau ulama, beliau tak pernah label orang yang berbeda pendapat dengan beliau sebagai orang yang tidak wala’ dan tidak taat kepada ulama.
Wallahualam
Tulang Besi
Salam.
ReplyDeleteSaya lihat penulisan saudara sejak kebelakangan ini byk memburukkan beberapa tokoh dlm pimpinan PAS. Bukannya tidak boleh ditegur sekiranya mereka ada berbuat salah, tapi pendekatan yang saudara TB gunakan ni sedikit sebanyak boleh mendatangkan fitnah. Apa yang diusulkan kebanyakkannya lebih kepada persepsi negatif saudara terhadap tokoh2 ini. Saya lihat saudara lebih banyak menghentam mereka yang tidak sependapat dengan saudara. Dalam menegur, kita mempunyai adab2 yang tertentu. Tindakan memburukkan tokoh2 ini terutama Ustaz Harun Din memperlihatkan sikap sebenar saudara. Diharapkan saudara lebih fokus kepada pihak lawan selepas ini daripada memecah belahkan PAS itu sendiri.
Wassalam.
Betul tak saya kata, dalam PAS ni ada budaya "Kristian".
ReplyDeleteHujjah tak penting, yang penting kalau dah ulama, tak boleh tegur dan tak boleh bercanggah pendapat dengannya.
Kena terima 100% tanpa soal.
Apasal kau beriya-iya benar mempertahankan Kristian guna nama Allah? Sakit sgt hati bila org Islam bantah.
ReplyDeleteSanggup bertegang urat memusuhi org Islam. Pii rahhh bahalol...
Org bantah krn takut generasi akan dtg terjejas bukan mkrn istilah...hanya ada 4 sebab kenapa kau sokong Kristian:
1) Kau cenderung kpd mereka (Sebahagian dr mrk)
2) Nak tunjuk pandai dan cari populariti
3) Nak jaga hati mrk sebab takut hilang undi.
4) Kau BODOH.
Allah maha mengetahui apa niat kau. Sebab sokongan kau tak sedikit pun memberi manafaat pada Islam rugi adalah!
Tok ayah,
ReplyDelete4 sebab kau bagi tu SEMUUUAAAA KARUT.
Ertinya korang bantah sebab UMNO nak bantah. BUkan sebab ISlam dan bukan sebab generasi depan.
Kalau betul nak jaga Generasi Depan, bantahlah tindakan Najis pegi keluar 10 Lesen Special Draw tu.
Apasal kao tak bantah? Kao suka judi ke?
adoiiiiiiiii pening pening....
ReplyDeleteAstaghfirullah! Subhanallah!
ReplyDeleteKawe ingat kawe seorang saja ada pendapat songsang gini, kena-kena kawe ada gu.
Kawe sokong gapa hak demo royat, biar ore-ore Pas faham, gapa kerja hak kena buat dan gapa kemucuk hak hale kerja kita.
Hak cerita ulamak supa paderi tu, kawe lama dah duk dakwa ore ramai, ugama kita suci ni dan bebas dari kurafat.
Zame dulu ulama yahudi duk tipu ore Arab, kerana ore arab bodoh dengan cerita-cerita ghaib. Bila puak ulamak yahudi cerita mengenai Jin, ore arab ternganga dan pecaya. Ulamak yahudi ni pun guna kebodohan ore arab dale hal ni untuk cari make dan pengaruh.
Maka banyaklah cerita-cerita khurafat mengenai Jin tersebar dikalangan ore arab. Jin masuk dale ore, jin buat ore sakit, jin naik bas, jin gitu jin gini. Ulamak yahudi pun auta dan royat, puak dia boleh buang dan halau jin tu. Maka berduyung-duyung gi jumpa ulamak yahudi, pitihlah puak dia. Selepas Isle, maka turunlah ayat qur'an menolak cerita tahyul dan khurafat mengenai jin yg dibawa oleh ulamak yahudi.
Kah kah kah lani pun gitu juga tapi pemain adalah berbeza, maka lahir tok bomoh dari ore pakai piah, kerja puak ni hambat jin.
Ya Allah, ampun dosa2 kami ya allah.kami tidak mau terlibat dalam hal mengadu dombakan sesama pejuang Islam ini..sebenarnya kamilah rakyat yang jadi hakim, kalau beginilah caranya Parti Islam yang kami sayangi yang selama ini kami sokong dan kami berikan undi, masih lagi tidak dapat mencari noktah perjuangan apa akan jadi sekiranya berjaya memerintah negara..? wallahu'alam.
ReplyDeleteAnonymous Anonymous said...
ReplyDeleteYa Allah, ampun dosa2 kami ya allah.kami tidak mau terlibat dalam hal mengadu dombakan sesama pejuang Islam ini..sebenarnya kamilah rakyat yang jadi hakim, kalau beginilah caranya Parti Islam yang kami sayangi yang selama ini kami sokong dan kami berikan undi, masih lagi tidak dapat mencari noktah perjuangan apa akan jadi sekiranya berjaya memerintah negara..? wallahu'alam..
Kan dah cakap dah, dalam PAS ni ada sedikit budaya kristian.
Bila ulama ditegur sikit, terus melawan.
Ulama dalam PAS ni MAKSUM tak boleh tegur.
Kalau tegur jadilah macam ni
..mcm2 ..yg peliknya isu org melayu murtad...penyakit sosial YG melanda orang melayu...DAN MCM2 LG la xnak pulak ambil tahu...pasal kalimah ALLAH beria2 pulak nak tunjuk semangat..poodah..nie mesti nak tutup mata org ramai dari isu enjin jet hilang nie..bongok btol umngok..
ReplyDeleteGempar – Skandal UMNO – Klik sini
ReplyDeleteAssalamualaikum sdra TB,musuh terang & nyata kita tahu UMNO/BN, tapi musuh dalam selimut lagi bahaya seperti yg tuan n3kan. Bukan kerja kita mengadu domba seperti anom2 kat atas kata. Saya pun dah lama tak ambil pot tentang Tim. Mursidul Am ni( macam mana ye dia bolih jadi TMA?)Yang saya tau kerja TMA ni dari dulu asyik tangkap/halau Jin konon( kat KLCC konon 1 bas tapi banyak lagi ruang yg tak bolih dipakai-cuba tanya org petronas).Ini saya dapat tahu sendiri dari beberapa org korporat,masa cerita Perlis tu Mamakkutty telah arahkan satu korporat bawa TMA masuk hutan memburu & beliau telah dihilangkan @ 1 minggu.Korporat ni juga sponsor kereka Merc S class(dulu) siap dgn driver. Isteri dia pun tudung nampak jambul(masa tu,skrg tak tahu lah).bukan kereta rumah pun dapat(korner lot kat Lembah Pantai).Sapa yg ada cara cuba chek.Jadi saya tak heran pasal cerita Ahmad Awang tu.Wassalamualaikum
ReplyDeleteTuan TB, saya setuju 100% dengan tulisan saudara sekiranya tulisan ini benar. Bagi saya yang bukan orang Pas dapat menghidu tulisan saudara ni ada benarnya.
ReplyDeletePengalaman saya buat pertama kali pada awal muharram yang lalu banyak mengejutkan saya. itulah pertama kali saya dapat melihat dan bersalaman dengan Dr Dato Harun Din. Pada ceramah agamanya di sebuah surau di Sg. Petani, beliau bukanlah seorang ahli Pas yang saya sangka segagah TGNA dan orang-orang terkenal di dalam PAS.
Nada ceramahnya agak liberal tanpa menyentuh sindiran atau perumpamaan yang selalu di gunakan oleh penceramah PAS yang pernah saya ikuti. Sejak hari itu sehingga sekarang saya masih lagi kehairanan di dalam kotak minda saya mengapa Dr. Haron ini indah khabar dari rupa.
Bila TB menulis artikel ini barulah saya dapat jawapannya yang Dr. haron ini jelas sekarang lebih cenderung pada umno yang saya fikir sangat merugikan PAS dan pada beliau sendiri. Malah Dr. Haron tidak berlaku adil pada dirinya sendiri.
Ini adalah kerana ketika di awal reformasi dulu, saya mendapati Dr. Mahataik banyak menyerang Dr. Haron Din dengan kata-kata yang sungguh menjijikkan pada seorang ulama PAS yang boleh dikatakan sangat popular.
Dr. Mahataik ini pernah mengatakan dalam ucapannya bahawa" saya ni sakit jantung tapi saya percaya kepada doktor2 Malaysia, bukannya seperti Haron Din yang pergi ke Australia. Dia hanya pandai jampi air sahaja tapi dia sendiri pun sakit dan......"
Kalau Haron Din ni cuba juga bershubahat dengan umno, saya rasa dia telah meletakkan dirinya ke tahap yang paling hina pada musuhnya yang selalu mencemuh dirinya, oleh itu saya sangat setuju dengan TB adalah lebih baik dia keluar dari PAS dan menjadi pendakwah bebas, kerana rakyat masa kini tidak memerlukan seorang yang bertaraf ulama tapi mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.
Benarkah dalam parti PAS orang yang menduduki kerusi "ULAMAK" tidak boleh ditegur....?
ReplyDeleteJika ditegur akan ada saja pengikut wala' yang akan bertindak mempertahankan ulamak yang disanggah...?
Agaknya blogger "adukataruna" bertindak adakan projek langgar Hadi adalah salah satu cara memperbetulkan ulamak yang hampir jadi pukimak..?
jika kita merasakan ulasan TB itu ada hujahnya, isinya yg logik ttpi dari sudud kepartian nya ia nampak kotor, nilaikan dengan sewaras warasnya..
ReplyDeletesaya melihat banyak hujahnya masuk di akal dan benar cume diri kita ini kadangkala terlalu wala' sehingga nampak ulasannya seperti memcah belahkan sistem itu sendiri...
ingat bahawa SESUNGGUHNYA YG BENAR ITU PAHIT!!!
kene terima dan muhasaabah agar ianya tdk nampak terlalu memihak..
kepada sdra TB, jika sdra berniat krna ALLAH SWT, teruskan lah walau ada tentangan dari mana sekalipun, insyaalah, ALLAH SWT disisi sdra tpi jika sebaliknya, WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHKHUKHOIRULMAKIRIN...
ntah la.. gua pun pening tengok prinsip pemimpin pas nie.. bercakap lebih islam, buat lebih melayu... moga allah beri kita semua panduan...
ReplyDeleteTB penyokong Kristian. Apa kena mengena dgn UMNO. Pergi jahanam semua. Umno ke PAs ke? Sama je.
ReplyDeleteAku sayang Islam. Judi dgn Kafir mana lebih teruk?..dua-dua masuk neraka . Kafir tak leh keluar neraka sampai bila-bila pun Bahalol!
Bodeklah kau...Allah tahu apa korang buat. Cakap je lebih...
Dosa sendiri tak pernah muhasabah. Nak wat cemana? Tak ada masa...sebab sifat tajassus sifat sejati korang.
Ooish Tok Ayah, jangan kafirkan Tulang Besi pulak. Awak tu boleh ke baca hati orang lain sampai kau jatuhkan hukuman ke atas Tulang Besi dengan begitu sekali?
ReplyDeleteKes begini terlintas balik ke zaman Nabi s.a.w.
Ketika peperangan di Huraqah, tentera Islam yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid ketika itu mencapai kemenangan.
Walau bagaimanapun, ada satu peristiwa yang Usamah bin Zaid melakukan kesilapan yang amat besar, iaitu membunuh tentera musuh yang mengucap kalimah iman (2 kalimah syahadah) sebelum ditikam oleh Usamah.
Apabila tentera Islam pulang ke Madinah, peristiwa tersebut sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w.
Usamah bin Zaid pun dipanggil Rasulullah s.a.w. untuk beri penjelasan.
Penjelasan Usamah bin Zaid ketika itu ialah: "Wahai Tuan Pesuruh Tuhan! Dia mengucap kalimah iman kerana dia takut mati."
"Apakah kamu mampu menyelami isi hatinya, hinggakan kamu berfikir begitu? Adakah dia mengucap kalimah iman itu atau tidak?" tanya Rasulullah s.a.w. dengan nada yang tinggi.
"Ya! Dia mengucap kalimah iman itu," jawab Usamah menggigil.
"Bagaimanakah kamu hendak bertanggungjawab di atas kalimah tiada Tuhan melainkan Tuhan yang maha satu yang disebutnya itu di akhirat kelak?" tanya Nabi Muhammad dengan tegas.
Maka, dengan itu, Rasulullah s.a.w. pun memarahi Usamah bin Zaid yang tidak putus2 memohon maaf kepada baginda atas kesilapannya.
Oleh itu Tok Ayah, saya nak tanya soalan ni balik kat awak. "Bagaimanakah kamu hendak bertanggungjawab ke atas ayat TB penyokong Kristian di akhirat kelak?"
Dengan itu, saya minta Tok Ayah berhati-hati dalam berkata. Nasihat ini juga merangkumi saya sendiri dan kepada semua yang membaca blog ini. Moga2 kita dapat pengajaran supaya kita ingat bahawa kita ni manusia biasa sahaja. Mana boleh baca hati orang lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Yang terang dan yang tersembunyi.
Aku pertahankan Islam, Tulang Kristian pertahankan Kristian.
ReplyDeletelaa...dah terang-terang sokong Kristian...tak ngaku penyokong kristian!
kalau kau sokong apa yg org kristian buat...aku panggil kau penyokong kristian jugak...Allah ku adalah Ahad.
Bukan god yg trinity
man tasyabbaha biqaumin fahua minhum.
hati-hati dgn penyokong kristian bertopeng pas