Thursday, January 21, 2010

YBK Selangor: Tanah & Peruntukan Tu Bukan Bapak Zainal Sakom Punya

Galak betul UMNO mempertahankan YBK. Kononnya YBK berada di bawah Pendaftar Pertubuhan dan bukannya bawah Kerajaan Negeri. Maka, kerajaan Negeri tak ada hak untuk meminta laporan audit dari Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Yang jelasnya, YBK telah mendapat tanah yang luas di Serendah dan tanah itu adalah milik rakyat. Yakni, tanah seluas 190 hektar di Serendah yang YBK bercadang membina kampus UiTM.

Tanah yang didapati oleh YBK itu adalah tanah milik rakyat Selangor. Makanya wakil kepada rakyat Selangor (yakni Kerajaan Selangor) mempunyai hak untuk bersuara di dalam apa jua keputusan berkaitan dengan tanah tersebut.

Tuntutan awal Kerajaan Negeri hanyalah mahu melihat laporan audit YBK pun tidak dapat dipenuhi oleh YBK. Nik Nazmi dilaporkan berkata :
  • “Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.

    "YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.”
Perlu kita ingatkan tanah dan peruntukan yang diberikan kepada YBK itu bukan Bapak Zainol Sakom yang punya. Ia milik RAKYAT NEGERI SELANGOR dan makanya SELURUH RAKYAT SELANGOR mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

Inilah dia mentality UMNO. UMNO ingat semua kekayaan dalam negara kita ini milik MAK BAPAK MEREKA. Padahal mereka lupa semua harta tersebut adalah milik RAKYAT dan MILIK ALLAH SWT.

Saya sokong sangat Tan Sri Khalid dilantik sebagai Pengerusi Kampus UiTM. Kalau boleh jangan beri YBK ni laksanakan projek di Serendah selagi laporan audit yang bebas tidak diberikan kepada MB dan dibentangkan di DUN Selangor.

Lebih elok, panggil anak Pak Sakom ni ke SELCAT dan kita tengok sendiri bagaimana anak Pak Sakom ni jawab soalan2 berkenaan dengan duit rakyat dan tanah rakyat yang diberikan kepada YBK.

Saya, Tulang Besi, sebagai anak kelahiran Selangor meminta Kerajaan Negeri Selangor supaya jangan bersikap lembut dengan YBK dan Anak Pak Sakom dalam isu ini. Saya mahu setiap sen yang dibelanjakan oleh YBK diperkirakan dan dipertangunggjawabkan. Saya mahu setiap inci tanah serta setiap sen peruntukan yang diberi kepada YBK diperkirakan dan diaudit serta didedahkan kepada pengetahuan umum.

Tulang Besi

p/s - Eh, bukan anak Pak Sakom ni ke yang tolong Mike Tyson kahwin lari dulu? Itu cerita yang saya dengar la. Harap2 duit yang Mike Tyson kena tangkap kat Brisbane tu bukan duit YBK.
  • 'YBK tidak pernah kemuka laporan audit'
    Jan 13, 10 10:02am

    Kerajaan Selangor meminta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu menyediakan laporan audit kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberi kepada mereka bagi tujuan melaksanakan program membasmi kemiskinan.

    Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.

    "YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

    Katanya, kerajaan Selangor juga berharap semua NGO menyokong usaha itu bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncana memberi manfaat kepada golongan sasar tanpa mengira kaum.

    Beliau berkata atas dasar itu jugalah majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 20 Oktober lepas memutuskan untuk melantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi YBK, dan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal
    Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga.

    Akhbar sebelum ini melaporkan YBK Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri itu mengenakan prasyarat untuk meluluskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah, Selangor.

    Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata badan itu perlu membayar tunggakan cukai RM6 juta dengan segera jika enggan menerima Khalid sebagai pengerusinya, sekali gus merencatkan pembangunan kampus UiTM tersebut.

    - Bernama

    YBK: Melaka, NS tawar tapak kampus UiTM

    Kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing menawarkan tapak baru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor untuk membina kampus cawangan baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Sebelum ini, YBK merancang untuk membina kampus UiTM di tanah miliknya di Serendah, Rawang. Ia bakal mengandungi tiga fakulti yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dan sarjana dan mampu menampung kira-kira 5,000 pelajar.

    Tawaran itu dibuat ekoran kemelut yang dihadapi YBK ekoran usaha kerajaan Selangor yang mahukan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

    Dilaporkan kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK, jika tidak, pembinaan kampus itu di Serendah akan dihentikan.

    Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, tawaran tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Disember lalu.

    Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan mengenai permohonan tersebut akan diumumkan pada bila-bila masa.

    "Keputusannya terserah kepada budi bicara perdana menteri," katanya.

    Mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor itu, Zainal Abidin berkata ia mempunyai unsur politik dan "proses pengambilan YBK sedang berjalan".

    “Sedangkan YBK adalah sebuah yayasan NGO yang didaftarkan di bawah Ordinan Pemegang Amanah 1952 dan ia ditadbir oleh enam anggota lembaga pemegang amanah.

    "Kalau (kerajaan Selangor) nak bekerjasama, kita tak ada masalah. (Dan) tak perlu buat syarat-syarat begini.

    "YBK pada asasnya ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang politik. Kalau kerajaan negeri menguasai, (maka) hilanglah fungsinya sebagai NGO,” katanya.

    YBK ditubuhkan oleh bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika negeri itu diperintah oleh BN.

    Ia ditubuhkan 20 tahun lalu, bercadang membangunkan kawasan seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang.

    Tanah tersebut adalah milik YBK yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar tahun 1995.

    Pada 11 Januari lalu, sebuah NGO - Bersih Bangun Selagor (BEBAS) - telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Pengerusi BEBAS, Mohd Abdul Raof Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan Selangor telah mengarahkan YBK melantik Khalid sebagai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sekeping tanah milik yayasan itu akan dihentikan.

    Mohd Abdul Raof dilaporkan mendakwa ianya mengandungi unsur ugutan terhadap YBK dan meminta SPRM menyiasatnya.

30 comments:

  1. "Fitnah itu lebih dosa daripaa membunuh"

    Kata mengikut Al-Quran dan As-Sunnah tetapi mengapa banyak berita, cerita dan menceritakan keaibab orang yang dikeluarkan dalam blog ini banyak tanpa fakta sahih.

    Nasihat kami , jangan memperjudikan agama demi kepentingan politik semata.

    Maaf kalau kami terpaksa memberi teguran ini dan terpulanglah kepada sdra utk menerima atau tidak. Tetapi ingatlah bahawa Allah swt tahu apa yang terdetik di hati kita.Ingat dosa dan paha, ingat syurga dan neraka juga ingat tentang BALA yang akan diturunkan!

    Sayangi Agama dan Tanahair!


    Ikhlas,
    Ikatan Ummah Cintakan Agama dan Pertiwi(UCAP)

    ReplyDelete
  2. Tulangbesi, Apa yang UCAP cakap diatas itu memang lah benar.

    Itu juga lah "weapon" orang2 korup itu bila ada orang nak buka aktiviti korup mereka.

    Tulang besi, dont worry, you are doing "fardhu kifayah" to straighten things up.

    ReplyDelete
  3. Khalid ingat Selangor ni bapak dia yang punya ke?

    ReplyDelete
  4. YBK disarankan supaya lupakan saja hasrat nak bina kampus UiTM di Serendah. Lupakan. Projek tersebut boleh dibuat ditempat lain dinegeri lain yg bersedia menerima anda. Biarkan Khalid Ibrahim dan YB Batu 3 kempunan.

    ReplyDelete
  5. Apa UCAP kate? membuka keaiban orang lain? tapi kalau umno membuka keaiban DSAI ke seluruh dunia tak pa pula. satu nasihat kepada UCAP lebih baik UCAp suruh semua gerombolan2 umno mengUCAP banyak2 dam mohon maaf kepada DSAI kerana meceritakan keaiban DSAI keseluruh pelusuk alam.

    Ape orang umno ingat harta negara ni Mak Bapak dia orang punya ka? malulah pada diri sendiri, paku dulang paku serpih, mengata orang UCAP yang lebih.

    Lebih baik UCAP mengucap banyak2, pasal gerombolan Tuan2 banyak menfitnah orang lain dengan fitnah yang keji dan kejam, mengfitnah seperti gerombolan2 UCAP adalah seperti tuan2 UCAP memakan daging saudara tuan UCAP sekalian.

    Kalau cakap utk politik lebih baik tuan diam saja, kalau berdaftar mestilah kena ada lapuran audit lainlah kalau pendaftar persatuan itu mak bapak UCAP yang punya, janganlah hipokrit sebab manusia hipokrit manusia munafik lagi fasiq.

    ReplyDelete
  6. Hi, YB Khalid nak ambil alih YBK supaya perjalanan lebih telus dan bertambah integriti pun salah ke?

    Kenapa Gerombolan takut sangat kalau YB Khalid ambil alih? Takut pekung didada terdedah ke? atau takut banyak penyelewengan dalam YBK diketahui umum?

    Kalau Saudara Zainal Sakom ikhlas, untuk bantu rakyat miskin Selangor kenapa susah sangat nak lepaskan jawatan tu? atau dia pikir dia sorang je yang layak? Atau nak tunjuk BUSUK HATI MACAM BALKIS?

    DASAR BUSUK HATI!

    ReplyDelete
  7. Selama ni pun aku ada dengar juga pasal YBK ni. Mana dia dapat dana tu hah? Apasal tak ada audit langsung?
    Anak Pak Sakom ni mesti disoal ni.
    kalau tidak duit masyuk tapi tak tau pergi ke mana...wang ghaib...

    Mungkin ada anak toyol kot sehingga lapuran audit sampai sekarang tak wujud.

    ReplyDelete
  8. GILA!! Menteri Besar ambik alih pengerusi badan NGO...tak pernah dibuat org.. Hahahahaha.. Heran juga.. apsal Menteri Besar tak fikir nak tubuh satu lagi yayasan yang macam TBK tuk membela nasib rakyat Selangor? daripada duk sibuk mahu jawatan pengerusi, kan lebih elok fikir benda lain..wakakaka..

    ReplyDelete
  9. hampas betui blog ni, lebih banyak andaian dari kenyataan.......

    ReplyDelete
  10. http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/01/bubar-dun-10-ribu-pemuda-pas-perak.html

    Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  11. harta negara ni konpem la bukan orang UMNO yang punya.. tapi UMNO yang susah payah sampai negara membangun cam sekarang.. nak nafikan juga ka? atau nak tunjuk jari kat org lain lagi? mcm respon pada komen UCAP yang memang betul? komen yang benar camtu pun kena pertikai.. wakakaka Mengaku tidak, menafikan pun tidak.. tapi tunjuk jari kat UMNO pulak... adeh... buruk perangai ni pembangkang.. wakakaka

    ReplyDelete
  12. Ye ke aeSalno? Bukan hari tu Mat Taib lantik MB duduk dalam majlis Yayasan FAS?

    ReplyDelete
  13. aeSALNO aku tak sehaluan dengan pandangan murah kau.jijik aku dengar bila kau cakap "UMNO yg susah payah sampai negara membangun mcm sekarang" memang aku nafikan. sebab ideologi kau ni langsung tidak bimbang dengan masa depan anak - anak bangsa yang terus menjadi hamba kekal kroni2 UMNO.kau langsung xde semangat cintakan negara.aku berani cakap kau masih buta melihat kebenaran.
    minta maaf aku tak mampu ketawa mcm kau sebab belum sampai masa lagi untuk aku ketawa kerana aku risau ramai masa depan anak bangsa aku kalau UMNO terus memimpin MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sdr Tulang Besi...

    Izinkan sy ambil bahagian dlm hal ini.

    Silap hemat kamu ni bukan saja bertulang besi, malah urat pun gamaknya DAWAI ye...

    Sesungguhnya sy amat mengkagumi artikel kamu ni yg cukup2 padat dgn 'EMOSI unsur PROVOKASI'

    Hujah2 kamu cukup bernas, bertenaga lagi menggiurkan...

    Teknik penulisan sebegini digelar 'reversed phsycology'

    Sy tolong ulang ye 'reversed phsycology'

    Namun sy percaya pengunjung2 blog kamu ni takkan sebegitu mudah terpancing mahupun melenting (yg nak terpelanting adela... hehe)

    Dimasa hadapan berusahalah dgn lebih gigih lagi.

    Kamu boleh cuba gunakan gaya penulisan ala 'point forum'

    Faham tak apa itu 'point forum'?

    Tak faham ye... takpe... takpe

    Atau boleh juga gunakan gaya 'pleading'

    Faham tak 'pleading'?

    Tak faham jugak ye!!! takpe...takpe.. lama2 nanti faham la tu... insya Allah

    Sy doa'kan kamu selamat maju jaya dlm bidang yg diceburi.

    Mudah2an kamu dan keluarga sejahtera selalu hendaknya ye...

    Salam tabik lagi hormat menghormati kdp kamu dari sy.

    Wasalam.


    Psssstttt... lupa lak nak cakap... sy suka sup tulang tau... hehehe

    ReplyDelete
  15. Salam Tulang Besi... aku adalah salah sorang peminat kau dan Poji..

    aku mengkagumi artikel yang korang terbitkan.... cuma... satu yang aku perhatikan...

    kau ni terlalu 'berlembut' dengan Ummat Yahudi Bani Umno yang berak kat sini....

    kadangkala apabila Yahudi upahan ni tak paham2 bahasa kadang kala kite kena hamun je diorang ni..... kalau kau berlembut sangat diorang akan pijak kepala kita....

    Salah satu sifat Yahudi ialah kalau pemimpin mereka MELIWAT dan MEN C4 KAN Betina yang pernah dia tiduri.... barua-barua upahan ini senyap macam takde teloo....

    Mungkin jugak pencacai United Malay National Orgnisation ni anggap tak dosa ROMPAK duit amanah rakyat ataupun BUNUH orang pasal Muhyidin dah beri jaminan

    Undi BN pun boleh masuk syurga...

    Walaubagaimanapun tahniah aku ucapkan pada TB dan TP atas artikel yang korang terbitkan.....

    Seandainya separuh rakyat Malaysia dapat maklumat yang korang sampaikan.... nescahaya BN akan di muziumkan pada PRU 13 ini.... InsyaAllah....

    ReplyDelete
  16. Aku setuju sangat lah kalau si anak Sakom tu di bawa ke SALCAT

    ReplyDelete
  17. Salam, YBK ni telus sangat ka... Ramai lagi rakyat yang masih miskin depa BUTA kah.. Nama Je Basmi kemiskinan.. Miskin tegar lagi belambak kat bumi selangor ni.. Lagi satu tengok mai sapa yang depa dok bantu.. Dari seluruh pelusok negeri Selangor kah???

    ReplyDelete
  18. Cuba selidik berapa banyak duit YBK yg masih ada dalam simpanan...???

    Silap haribulan dlm keadaan kecoh mcm ni...duit simpanan yg ada dah melompat ke tempat lain pulak dah.

    Bongkar...jang tak bongkar..

    ReplyDelete
  19. Salam Tb,betul ape yg die org ckp,sel ni bkn bapak khalid ibrahim yg punye,tp die org lupe la pulak yg sel,ni bapak kite yg punye,jd betul la ape yg khalid tu buat,die tlg selamatkn Negeri Bapak2 kite semue.

    Mmg ramai yg pecaye tampe umno malaysia tak jd mcm ni,pape,miskin,mundur,tak pakai seluar dalam,bodoh n mcm2 lg,aku setuju dgn satu jari,mmg menjijik kn,n aku tak penah jumpe dlm Al,Quran yg manusie mampu memberi ape2 kemewahan n keperluan kpd manusie.

    Tp umno mmg HEBAT,die MENDAKWE yg umno lah yg memberi segale kemewahan kpd manusie di malaysia.

    ReplyDelete
  20. Jangan lengahkan pembinaan kampus UiTM...

    Kat sana la tempat Graduan Melayu berpeluang mendapat pendidikan terbaik.

    Kemudahan UiTM bagus. semua lengkap untuk belajar.

    Satu lagi ianya membolehkan mereka yang bukan dari golongan tidak berada harta & duit(macam aku) untuk mengubah nasib keluarga.

    Terima Kasih UiTM....
    Seorang anak bangsa dah berjaya mengubah nasib keluarga.

    Kalau dulu ibu duduk di bendang orang (menumpang) kini keluarga aku mampu beli bendang & bagi orang lain tumpang.
    (Abg ku Graduan UiTM yang belikan)

    walaupun aku belajar di UIAM@IIUM tapi aku bersyukur pada kerajaan yang menubuhkan UiTM..

    Dato' Khalid jangan le kacau UiTM...

    Ni tanah kubur & universiti mana harus diutamkan.

    Mahasiswa UiTM Bangkitlah...

    Aku habak kat hang kedah pantang kalah!!!!!....

    ReplyDelete
  21. Apa ni ZAINAL SAKOM??? takkan laporan audit pun takut nk serahkan??? kalau telus, benar, jujur, amanah pegang duit bantu kemiskinan rakyat buat apa nak takut serahkan laporan audit kepada kerajaan selangor. serahkan jela.MB KHALID nk jalankan tanggungjawab pn nak halang. kalau ZAINAL SAKOM taknak serah ini menimbulkan curiga pihak kerajaan selangor kepada YBK.duit ratusan juta bukan perkara main2, itu duit untuk bantuan basmi kemiskinan rakyat selangor. MEMANG DASAR UMNO SONGLAP DUIT JUTA2 RAKYAT!!!! KEPADA ZAINAL SAKOM KALAU ANDA BERANI SERAHKAN LAPORAN AUDIT KEPADA KERAJAAN SELANGOR!!!! BIAR RAKYAT TAHU KEMANA ARAH DUIT ITU PERGI!!!!

    KEPADA MUHHAMAD==Berapa banyak UITM kau nak MALAYSIA ADA DI SELANGOR???Memanglah tak salah tapi bagi aku kalau terlalu byk sangat UNIVERSITi dekat MALAYSIA TERCINTA ni xguna jugak kalau PELUANG PEKERJAAN TERHAD.MELAYU UITM CUKUPLAH SEKADAR KEISTIMEWAAN YG DAH ADA SEKARANG.TAK PERLU NK DITAMBAH LAGI.

    KALAU TERLALU BYK UITM ADA DI MALAYSIA MAKA QUALITY PELAJAR YG LAHIR DARI UITM AKAN MEROSOT.

    sebab uitm merupakan universiti awan yang paling senang nak lulus kalau dibandingkan dengan semua ipt awan dan swasta yg lain.kerana?????

    lecture susah nak bagi failed kepada pelajar UITM so nk xnk kena bagi lulus jugak,sebab nanti akan dipersoalkan oleh pihak atasan dibilik mesyuarat.nak xnk kena jugak bagi question yg senang, dan yg mudah untuk pass.jawab ala kadar pn dapat markah.jawab dalam bahasa melayu pn dapat markah.mana xsenang luluss.....

    isteri aku salah seorang lecture UITM dan selalu mengeluh kenapa la senang sangat soalan final,terlalu dimanjakan sangat budak2 uitm ni.tak mcm dia belajar dulu nk lulus bukan main susah lagi.bila mengajar dekat uitm nah... soalan punya la senang, mcm2 hal....

    DAN TOLONG JGN NK DIBANGGAKAN SGT KALAU ABG KAU TU DARI UITM.

    ReplyDelete
  22. nah..tu dia.. panjangnya lah komen.. tgk2 anynomous jugak..
    (KALAU TERLALU BYK UITM ADA DI MALAYSIA MAKA QUALITY PELAJAR YG LAHIR DARI UITM AKAN MEROSOT)<<--ni mana punya kajian cakap camni ni?

    Lagi satu.. aku rasa, graduan UiTM antara yang berkualiti dalam sektor pekerjaan..takda la teruk sangat..

    kalau nak cakap pasal benda ni, jgn dok sedap mulut jer... kalo takat bini jer yang jadi lecturer kat UITM, bek duduk diam2..bagi bini jer yang bagi komen..

    Roh_insan... apsal kau bengap sangat ar..? maksud aku umno yan gsusah payah berjuang utk rakyat selama ni sampai ke tahap camni... aku tak kata pun UMNO yang bagi kemewahan..abis kalau bukan UMNO yang susah payah, sapa lagi? sapa yang susah payah nak merdekakan negara kita? PKR ka? PKR pun cebisan UMNO gak..ko nak cakap apa lagi? Lagi satu, kalau ko baca Al-Quran tu dengan mata hati, aku percaya ko akan jadi lebih baik dari yang ko ada sekarang.. dan aku rasa ko tak check abis pun ayat2 Al-Quran tu..tul tak? so jgn pandai cakap jer..

    ReplyDelete
  23. dia mintak jadi pengerusi ke Tulang Besi?

    ReplyDelete
  24. aeSALNO aku sokong pendapat anon 5:04 AM.memang kalau terlalu banyak sangat UITM dibuka di MALAYSIA akan merosot quality pelajar yg lahir dari UITM.kerana semcm mudah pulak nak masuk UITM.sepatutnya diberikan quota setiap negeri berhak membuka 1sahaja cawangan UITM.itu pun sudah terlalu istimewa aku rasa hak yg diberikan untuk pelajar MELAYU yg ingin memasuki UITM.
    apa yg cuba aku maksudkan disini biarlah UITM kekal ada dalam kuantiti sedia ada sekarang.lagi pn bukan byk sangat peluang pekerjaan yang ada sekarang untuk menampung graduan2 universiti.

    TENTANG QUALITY aku rasa UITM xla sehebat mana sgt, kerana UITM terlalu byk sgt dekat malaysia ni.so disni keistimewaan memang dah ada bagi pelajar melayu untuk menyambung pengajian mereka.biarlah quality itu dikekalkan untuk menjamin quality pelajar dari UITM.

    bagi aku memang timbul jugak isu org ckp UITM senang lulus berbanding dgn IPTA dan IPTS yg lain.mungkin kerana keistimewaan untuk anak-anak melayu itu dijaga.so biarkanlah, perkara elok niat membantu anak-anak melayu.keistimewaan lagi jwb final nak letak bahasa melayu skit pn xpa.memang UITM dah terlalu byk dimanjakan.memang kalau U lain dengar akan merasa irihati dgn system mudah lulus UITM ni.apa2 pn itulah gunanya pendidikan untuk mematangkan pemikiran rakyat menjadi kreatif untuk berfikir bukan MCM ZAINAL SAKOM menyembunyi laporan audit.

    aku mintak ZAINAL SAKOM berikanlah kerjasama anda kepada kerajaan negeri selongor kerana untuk kepentingan rakyat jugak 1 hari nnt.laporan audit YBK itu adalah untuk memantapkan lagi pengurusan dan saluran bantuan untuk rakyat,bukan MB selangor nk mintak tanpa sebab tp bersebab la dia mintak wahai anak SAKOM!!!

    ReplyDelete
  25. aeSALNO pencacai UMNO kalau kau nak banggakan sgt dgn UMNO yg memerdekakan tanah air dulu xpe banggakan la.tp ingat ITU DULU boy!!!UMNO SEKARANG DAH TAK SAMA MCM DULU!!!UMNO SEKARANG DAH XRELEVAN.
    org dah pandai menilai antara yang baik dan yang buruk.dan yang terburuk sekali adalah UMNO.UMNO itu parti yg mengorbankan rakyat untuk kemewahan peribadi kroni2.rakyat xde lagi kebebasan untk bersuara!!!keadilan oleh UMNO dah tak relevan!!!makhamah,polis,PM semua rosak dan menindas kebaikan oleh rakyat.
    MANA HAK RAKYAT UNTUK MELIHAT KEADILAN ITU SUCI????????????
    itu yang rakyat mahukan bukan penindasan dan hapus bukti!!!!!

    ReplyDelete
  26. POPULAR FRONT FOR THE LIBERATION OF PALESTINE

    PFLP – Barisan Popular untuk Pembebasan Palestine - adalah gerakan garis kiri dalam perjuangan untuk membebaskan Palestine dari Zionis Isreal. PFLP muncul dari ombak nasionalisma Arab yang telah digelodak oleh Gamal Abdel Naseer di Mesir.

    Apabila tentera Mesir, Syria dan Jordan kalah dalam perang Arab/Isreal pada tahun 1967 maka muncul generasi baru yang bangun berjuang mengangkat senjata.

    Dengan berpandukan garis politik Marxist-Leninist, PFLP telah ditubuhkan dibawah tanah di Tebing Barat Palestine pada 11 Disember 1967 dibawah pimpinan Dr. George bash.

    Garis kiri ini mendapat sokong hebat dari anak anak muda , kaum tani, buruh dan warga pelarian Palestine.

    PFLP adalah gerakan yang terbesar sesudah Al-Fatah yang pada hari ini telah bersekongkol dengan Zionis Isreal.

    Ombak revolusi tahun tahun 70’an yang membuka garis internationalist dunia dimana PFLP telah berkerjasama dengan kumpulan radikal kiri dari Jepun dan Eropah dan dari seluruh dunia.

    PFLP juga bertanggung jawab membawa ombak baru – membajak kapal terbang. Operasi pertama dilakukan pada tahun 1967 apabila PFLP membajak El Al kapal terbang Isreal.

    Pada tahun 1969 Leila Khaled gadis cun radikal chic yang cool telah membajak TWA 840 dalam perjalanan dari Rome ke Athens. Kapal terbang ini di bawa ke Syria dan diletupkan di padang pasir.


    ( Kamarade Salah al-Salah bekas pemimpin PFLP akan datang ke Kuala Lumpur. Satu pertemuan dengan anak anak muda dan warga Malaysia yang ingin tahu apa yang sedang berlaku di timur tengah khususnya Palestine sedang di rancang. Sila perhatikan iklan pertemuan ini )

    ReplyDelete
  27. AKU SBG ORG KAMPUNG DIA DR KG GESIR TENGAH SOKONG SANGAT ZAINAL SAKOM NI DI SELCAT KAN, BUKAN SETAKAT PENGURUSAN YBK TU SAHAJA MERAGUKAN MALAH ADA TANAH DI AREA LEMBAH BERINGIN (KALU X SILAP AKU) MILIK 60 ORANG BOLEH DI PECAH-PECAHKAN MENJADI HAMPIR 300 ORANG, KEBANYAKKANNYA YANG DAPAT KAUM KERABAT DAN KRONI DIA, ORG KAMPUNG AKU PUN RAMAI YANG DAPAT, AKU TAU KES NI WALAUPUN AKU DOK KL. ORANG KAMPUNG BOLEH LA KO PERMAINKAN SBB MEREKA TIDAK MAMPU UNTUK MENGUPAH PEGUAM, KAT AKHIRAT NNT KO JAWAB LA NGAN ALLAH.

    ReplyDelete
  28. Kepada aeSALNO,

    Tahniah hang la salah seorang penyokong Tegar um-NGOK, atau lebih layak digelar TOTOK.

    Tapi ayat hang "umno yan gsusah payah berjuang utk rakyat selama ni sampai ke tahap camni". Apa maksud nko?

    Bersusah payah menghabis hampir separuh Tanag Rezab Melayu? Menggadai Tanah KTM pada Cukong YTL? Berusaha 50 tahun nak cukupkan ekuiti 30% bumiputera?

    Setakat ini apa? kos sara hidup yang makin meninggi? Kes jenayah yang makin meningkat? Kadar upah yang tak berubah-rubah?

    Setakat ini apa? Negara dah meningkat ke tahap negara Maju? Ekonomi yang makinmerundum?

    Setakat ini apa? Juak-juak pemimpin um-NGOK makan rasuah berbilion-bilion? dengan berbagai kes Perwaja, PKFZ, Pembelian peralatan tentera yang komisyen tinggi, Penipuan peneroka oleh FELDA dan ntah macam benda lagi.

    Ye betul tak dinafikan UMNO diawal penibihan memang betul dasar perjuanganya, diaorang sanggup bergolak gadai untuk dapatkan Kemerdekaan tapi, UMNO dulu dah berkubur tahun 1988, um-NGOK yang ada sekarang um-NGOK baru hasil penubuhan semula Tun M.

    BERBANGGA LA KAMU MENJADI PARIAH um-NGOK.

    -madir-

    ReplyDelete
  29. tumpang sekaki nak kutuk aesalno dan seangkatan dengannya...

    "untuk pengetahuan anda, uitm dulu itm..sama macam umno zaman awal2 dulu niat ikhlas nak bantu orang melayu...

    PERSOALANNYA...uitm lo ni dan umno lo ni sama la dari segi membiakkan benda2 yang lagho!. kalau anda perhatikan pelajar2 dari mana2 caw. uitm..bukan semua tapi majoritinya yang inilah yang akan mempopularkan budaya sosial yang melampau. ditempat aku ada dua ipt, satu politek satu uitm...kalau pelajar pompuan yang 'free-hair, seluar jeans dan berkumpulan sesama lelaki..SSAAAHHH!(99.99%)UITM la tuu...

    ReplyDelete
  30. Fuh!! org umno ni bkn main marah lg klu kite kate kat die kn,WALAU pun mmg die yg buat.

    Tak pe lah,ko nak ckp aku bodoh pun bodohlah,tp mati idup balik pun aku tak pecaye yg umno ke,org umno ke,pemimpin umno ke yg mampu memberi kejayaan atau kemakmuran kpd Negare.

    Ape pun aku cume nak cadangkn pd aeSalno supaye memahami dgn betul
    ape makne AGAMA itu dgn sebenar benarnye,didlm hadith Jibril Nabi menyebut,didlm Agama itu terkandung tige perkare,1.Iman 2.Islam.3.Ehsan.salah satu tertinggal tak sempurne iman,make wajib lah memahami kpd ketige-tige ilmu tersebut,ape ilmunye Iman,ape ilmunye Islam n ape ilmunye Ehsan.

    Setelah itu baru kamu tau ade ke tdk peranan umno didlm kejayaan Msia.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?