Monday, February 01, 2010

70% Tender Terbuka Dikuasai Bumiputra - Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian Kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang Diktator, Cauvanis dan berfikiran Komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni UMNO untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni UMNO dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu Kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

Sumber - Malaysian Insider

13 comments:

  1. Aku tak caya kat Zahrain, pasal dia dulu pernah kerja dengan member aku di suatu bank di Pulau Pinang. Beliau mengundur diri dan berhenti kerja sebab pihak bank menghidu beliau telah melakukan kesalahan seperti pecah amanah. Jadi bila dia masuk PKR kami berdua terkejut juga, betulkah dia percaya pada perjuangan reformasi. Aku rasa Zahrain ni dua kali lima dengan Zul Nordin.
    Sebab tu aku tak hairan kalau dua ekor berok ni dah lawan taukeh. Perangai macam juak umno,tak boleh harap. Harap pagar, pagar makan padi.

    ReplyDelete
  2. Tabik Uncle Guan Eng.. haha
    uncle aku ke? hahahaha

    ReplyDelete
  3. Hidup guan Eng ! Pejuang Melayu sejati. Ini semua atas usaha PAS dan PKR , sehingga orang melayu lebih maju dibawah Pakatan Rakyat. Tahun depan dan akan datang kita mahu Pakatan Rakyat dbagilebih 90% untuk orang Melayu.

    Mari semua tinggalkan UMNO, masuk DAP, PKR dan PAS ramai2.
    Hidup guan Eng!

    ReplyDelete
  4. Aboocaader Ismeth KasseemFebruary 1, 2010 at 4:26 PM

    Kalau tak percaya...pi kat Pulau Pinang...tanya sesiapa sahaja tak kira Melau, Cina atau India dan lain lain, kebanyakkan berpihak kepada pada Saudara Lim Guan Eng, semua jawapan memang kata lebih baik dari Koh Tsu Khoon. Cari makan pun senang, cuma yang cari jalan mudah kaya cam Umno dan Zahrain jer yang terkena tempias kerana malas !!

    ReplyDelete
  5. Braco!bravo!bravo!
    Lepas ni makin ramai oghang melayu kena nyah dari peneng!!!!Apa la punya puak lebih pecaya pada puak kapiaq harbi dari puas sesama islam!!!!

    ReplyDelete
  6. Tak faham aku!!
    1.JUal buah dipematang pauh!!kena roboh kedai!!!
    2.Jual cendoii kat peneng road!!tak kena roboh!!!
    3.Yang syok!tukang bagi arahan puak Cina Dap!Yang melaksana puak melayu!!!
    4.Adalah pulak puak pas dan pemimpin Pas dok sokong puak kapiaq harbi ni!!!
    5.Oiii!hangpa jangan juaiii agamala oiii!!!

    ReplyDelete
  7. woi anon!!!!!!! ko ada lesen ke???

    ReplyDelete
  8. Memanglah kau orang niaga tak da lesen, aku setuju mereka roboh, sebab merbahaya pada orang ramai di tepi jalan. Jangan bohong aku penduduk asal di kampung tu dari kecil dan selepas tu banyak peniaga haram tah datang dari mana naikkan warung macam bapak dia punya tanah.

    Hormatlah pada penduduk di situ, kau orang luar main naik warung je, kau ingat ini pemerintahanan umno ke? tak ikut undang-undang. Pasal keburukannya melebihi dari kebaikan, dan lagipun kau orang semua pendatang haram dari negeri lain, buat kami di kampung hidup tak selesa.

    ReplyDelete
  9. azam dean!
    Lepas ni Guan Eng bagila kat hang:
    1.oren sebotoi!!
    2.Limau manderin ghaya cina,sekotak!!
    3.Angpau RM10.00.!!
    4.Syokkk nya hang noooo!!pi la habaq sekampung!!!kot depa pun boleh!!!
    5.Lepas tu!!puak hangpa kena cucuk idung oiiii!!!!
    6.Sakit oiiii!!!kena cucuk idung!!!tak percaya!!!pi tenguk lembu yang kena cucuk idung!!!!

    ReplyDelete
  10. ..alahai lupala pulak!!
    Azam dean,
    Guan eng bagi kat hang limau manderin yang kotak kayu!!!bukan yang kotak kertas la oiii!!!!Masam nak mampuih!!!!

    ReplyDelete
  11. Anon 6.37 & 8.50 ...
    Kalau Lim Guan Eng bagi aku limau ka ang pau ka aku amik jugak pedulik apa aku..
    Woi Bangang!!!
    Sepanjang pemerintahan Koh Buah Su Kun tu ade dia buat mcm nie ke kalau jadi kontraktor "BUKAN" orang kuat "KRONI" jgn harap la dapat tender smua dah di sapu oleh pencacai2 smua...
    Anyway, utk kerajaan PP aku ucapkan tahniah teruskan rentak pentadbiran yg telus lg adil.

    ReplyDelete
  12. woi anon UMNO kuat onani!!!!!!! kalau ye pehal kalau aku dapat..ko ingat si koh su koon nobita tu nak bagi ke kat kau bende2 tu!!!!! ahaha ko jeles sbb ade melayu sokong orng DAP kan?? haha takut la tu.,.tu la kalau dah kata yang korang bela puak melayu...bela dan jagalah hati kitorang yang korang pun makan duit kitorang pehal...rasuah dikata politik wang.. haha buat gelak G W BUSH je puak2 UMNO ni bepolitik.. hahahaha ahahahah hahaa ye ye dapat buah oren..korang dapat buah kangkang si toyol je la.. haha si najib punye buah kang kang..ape2 pun salam 1 malaysial puak2 UMNO yang membangkang aku ok.. heheh

    ReplyDelete
  13. Mana pegi nya pejuang jalanan PAS yang diketuai oleh Salahuddin, Mat Sabu dan Mahfuz serta pejuang jalanan PKR yang diketuai oleh Tian Chua serta Pemimpin AMK..yang dahulu sering menjadi juara samseng jalanan bila berlaku perobohan gerai dan rumah haram oleh pemimpin BN..teloq dah takde ke ataupun takut diherdik oleh Guan Eng...Guan Eng pulak dulu dia lah yang seiring membuat bantahan dan menjadi samseng bila kerajaan BN meroboh gerai ataupun rumah setinggan haram..tetapi bila dia berkuasa dia pun berkelakuan sama juga...pieeeraahh. .tu tol kat penang yang dia bantah masa permulaan kutipan dulu sampai sekarang masih ujud lagi sedangkan Tol tu dibawah seliaan kerajaan negeri...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?