Tuesday, February 02, 2010

DPPK Gopeng: SIASAT KENYATAAN ABDULLAH ABDUL KARIM

Kenyataan Saudara Abdullah Abdul Karim, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS mengenakan penggantungan selama 6 bulan kepada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam sebagai mengejutkan dan tidak boleh diterima adalah satu kenyataan yang serius dan harus diambil berat oleh pimpinan PAS.

Saya menyatakan bahawa kenyataan tersebut bukan sahaja menyanggah kredibiliti Ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS, malahan secara langsung menyentuh kewibaan proses pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa tersebut oleh PAS Pusat dan seharusnya menerima respon segera oleh PAS Pusat.

Saya juga menyatakan bahawa satu siasatan segera harus diambil bagi menyiasat dakwaan beliau dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada hasil siasatan. Saya juga mengharapkan agar siasatan tersebut bukan sahaja menjurus kepada kritikan terbuka Abdullah terhadap keputusan Lembaga Tatatertib, tetapi juga kepada kenyataan beliau yang mengatakan laporan beliau yang tidak mendapat perhatian dari Jawatankuasa Tatatertib.

Saya menyatakan bahawa isu besar dalam kenyataan tersebut adalah berkenaan laporan beliau yang gagal mendapat perhatian dari PAS Pusat walaupun kandungan laporan tersebut adalah cukup serius lantaran kandungannya yang menyentuh mengenai konspirasi di kalangan ahli PAS untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Jawatankuasa Tatatertib PAS harus menyedari bahawa keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan dengan adil, tetapi yang paling penting dilihat adil. Kenyataan-kenyataan yang mengkritik keputusan Jawatankuasa Tatatertib harus diberi perhatian dan diperhalusi bagi mempastikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib tidak dilihat berat sebelah dan tidak adil.

Saya juga merasa hairan kenapa Jawatankuasa Tatatertib PAS beria-ia mengambil tindakan terhadap YB Khalid Samad, pada masa sama gagal untuk menyiasat kenyataan terbuka mantan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang menyatakan bahawa terdapat arahan dari pimpinan atasan untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan umno selepas keputusan pilihanraya 2008 diumumkan. Bukankah kenyataan tersebut lebih serius dari kenyataan YB Khalid tambahan pula dibuat pada muktamar PAS.

Yang benar,

HARIS ALIMUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

11 comments:

  1. Kenapalah si Hasris Alimuddin ni tak dilantik jadi AJk Disiplin itu hari..?

    Eh...eh..eh...kesihan tak terpilih.
    Nak cari glamour la ni.
    Masa pembentukan AJK Disiplin itau hari tak nak komplain...bila orang dah buat keputusan baru nak komplain. Ape ke bende DPP Gopeng ni.

    Harap ahli2 DPP Gopeng kasi kick-out si mamat ni. Tak hormat langsung keputusan pucuh pimpinan.

    ReplyDelete
  2. Sekarang PAS dah jadi asabiyah lebih dari umno. Marilah kita pakat-pakat tubuh parti islam yang baru, sebab semua yang duduk dalam JK Disiplin PAS dah terkena penyakit keris karat umno.

    Harapkan PAS bela islam lagi karut, dah terpilih jadi wakil rakyat dah jadi perangai gila dunia macam puak umno. Itulah lain kali jangan dok berkawan dengan si umno gila tu. Akibatnya PAS tiada lagi prinsip perjuangan. Sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan dunia yang sedikit.

    Kalau nak di tapiskan keseluruh jemaah PAS cuma 1/3 saja yang masih nak membela islam, manakala 2/3 lagi dah jadi asabiyah. Lebih baik mereka masuk umno, dari membuang masa rakyat dok undi mereka lagi.

    ReplyDelete
  3. Hairan aku!!!yang dok tak puas hati!yang buat surat bantahan!!ahli biasa!Pemimpin cawangan!!mana pi yang puak pemimpin atasan!!oghang baca!baru nampak gheghunnnn sikiT!!!!Pimana la puak-puak atasan Pas ni!!!:
    1.Nak mampus,komen je!Tak mengasa jadi YB la oiii!!!
    2.Dah tempah merc.itam berkilat!!sapa nak bayak!!!
    3.Ghumah dah naik tiang!!cari bala!!!

    Ikutla jee oiiii!puak atasan Pas!!masuk politik mana boleh pegang pada PRINSIP!!!Mesti pegang pada peluang!!!Kalau nak berprinsip jadi tok imamla oiiii!!!!Lama dah dok berangan jadi mewah macam puak umno!!Lani ada peluang!!!pakat rembatla oiiii!!!

    ish!ish!ish!!siaannn kat puak pas yang pegang pada prinsip!!Jadi ahli biasa memanjangggggggg!!!!paling tinggi,leader peringkat cawangan!!!Sedaqla diri oiii!!!!

    ReplyDelete
  4. Lepas ni sapa yg tak puas hati kita pakat2 lantik dia orang pulak jadi AJK Displin. Banyak sangat songeh.

    Aku rasa puak2 ni tak berani punya sbb dia orang ni cuma pandai bukan mulut aje tapi tang jadi hakim....telor pun tak nampak...maklum la takut kena komen pulak macamana puak2 tu ngomen orang.

    ReplyDelete
  5. mengantuk?? ada cara mengatasinya.. layari http://kasutkularrie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kah..kah..kah...

    Nampaknya ada blogers2 PR yg nak kutip derma utk Aduka Taruna. Orang yg BIADAP (MCM dR aSRI KATA),mencarut, menghina isteri dan sahabat nabipun hampa nak bela.

    Bangang betoi la hampa ni...

    kah...kah...kah....APO NOK JADI KAU JANG

    BANGANG...BANGANG...BANGANG...

    ReplyDelete
  7. Terdapat tulisan yang nampak kebenaran nya, tak ada satu kenyataan di klangan kepimpinan PAS, takut nama tak tersenarai dalam PRU 13 nanti kot. Nak buat apa kalau tersenarai pun kami tak kebuloq lagi nak pangkah PAS pada PRU 13 nanti. Jangan dok mai kat kami minta tolong pasang bendera ke....pasang poster ke... biaq hangpa rasa sekali ni, hangpa pemimpin tu ke besaq atau kami pengundi yang besaq... selamat berjumpa hari mengundi PRU 13 akan datang.

    ReplyDelete
  8. KAH..KAH..KAH..

    Pemimpin hampa pun tak suka nak layan kat hampa noh.

    Apa nak buat kat sini banyak sangat blogers PR yg BANGANG. Mengabehkan boreskan aje katenye.

    Kah...kah...kah....bangang...bangang

    ReplyDelete
  9. Orang Lama ...

    Hang lepaih nie toksah dok gantung poster ka apa ka . Pi undi UMNO pun ada paedah juga kurang2 dapat 2-3 ringgit . Hang tak mau undi PAS pun takpa dari dulu sampai sekarang pun memang PAS dok kalah dah . Tak kesah pun kalau nak kalah lagi . Toksah la dok ungkit2 . Baru tolong sikit dah ungkit2 pulak .

    PAS menang ka kalah ka apa hampa peduli . Pimpinan takdak apa2 hat bawah nie pula lebeh2 .....

    ReplyDelete
  10. Kolonel Mat 1 PAS 0

    ReplyDelete
  11. ha..ha.. ha... tu baru ketua penerangan pemuda kawasan... belum lagi dapat jadi exco negeri....
    Tahniah... bos hang dah restu ke hang buat kenyataan tu??? atau pandai pandai pakai nama rasmi tu...

    Ade orang kasi tau hang budak sabah.. nanti balik bertanding ketua pemuda kat Sabah la....mesti menang..khalid tolong kempen...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?