Thursday, February 25, 2010

Elaun Bersalin Guru KAFA Johor Dihapuskan

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menerima satu salinan surat yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor bertarikh 17 Februari 2010 dengan bilangan surat Bil (3) PPAJ/06/02/07(32) berkaitan dengan tindakan terlebih bayar elaun Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang telah bersalin.

Surat yang difotokopi dan diserahkan kepada semua guru KAFA yang terlibat ini iaitu mereka yang telah mengambil cuti bersalin sejak tahun 2007 dan mereka telah menerima bayaran elaun selama dua bulan sepanjang tempoh cuti tersebut.

Apa yang mengejutkan setiap guru yang telah menerima elaun tersebut telah diarahkan untuk membayar kembali elaun yang telah diterima kepada Bahagian Pendidikan Agama JAJ dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Mac 2010.

DPPNJ mendapat maklumat bahawa :-
1. Elaun yang diterima oleh guru KAFA di Johor yang mengajar selama empat setengah jam akan menerima RM812 sebulan manakala guru KAFA yang mengajar selama tiga jam akan menerima elaun sebanyak RM612 sebulan.

2. Sebelum tahun 2007, guru-guru KAFA yang bercuti kerana bersalin menikmati elaun penuh selama enam puluh hari cuti bersalin. Selepas itu, guru KAFA terpaksa mengambil cuti bersalin tanpa gaji.

3. Pada 26 Jun 2008, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, YB Zainal Abidin Osman telah menjawab soalan YB Halim Suleiman (BN-Puteri Wangsa) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor dengan menyatakan bahawa kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM14.1 juta setahun daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi tujuan pembayaran elaun kepada 1,850 guru dan penyelia Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini dan kerajaan Johor telah menambah peruntukan tersebut sebanyak RM5.6 juta setahun.

4. Laporan Audit Negara seperti mana yang telah dibentang oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 telah menyatakan bahawa kesemua guru KAFA di Johor tidak menikmati imbuhan tahunan kakitangan awam walaupun mereka berhak menerimanya seperti diumumkan kerajaan melalui pekeliling pada 2006 dan 2008 dan ia boleh menjejaskan motivasi guru-guru terlibat sehingga mengganggu perjalanan sistem KAFA.
Terdapat beberapa perkara yang saya ingin mempertegaskan di sini iaitu :-
1. Guru KAFA di Johor yang telah terlibat dalam perkara ini terpaksa membayar kembali elaun yang mereka telah terima sebelum daripada ini sedangkan mereka tidak tahu menahu bahawa JAJ telah menghapuskan peruntukan kepada guru KAFA yang bersalin. Dengan elaun yang kecil, guru-guru ini sudah tentu tertekan dengan surat yang ingin mereka membayar kembali elaun tersebut. Secara tidak langsung ia adalah satu penindasan kepada guru KAFA di Johor sedangkan guru KAFA di Selangor menikmati elaun penuh semasa cuti bersalin.

2. Kerajaan negeri Johor sepatutnya mengambil iktibar di atas sikap kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat yang telah mengambil tindakan paling awal ketika berjaya membentuk kerajaan baru dengan tambahan elaun khas kepada Guru-Guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh Pulau Pinang sebanyak RM863 ribu bagi jumlah 1,450 guru dan 11 penyelia guru KAFA. Menurut YAB Lim Guan Eng, beliau meletakkan nombor satu tentang soal pendidikan kerana guru KAFA sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak-anak bangsa ke arah pembentukan akhlak.

3. Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia secara tidak langsung menggambarkan kedudukan ekonomi negeri Johor yang semakin merosot sehingga menyebabkan JAJ terpaksa mengambil keputusan untuk menghapuskan elaun cuti bersalin kepada guru-guru KAFA di Johor. Apakah kerana desakan ekonomi yang semakin merudum ataupun kerana tidak ada rasa keprihatinan terhadap kaum wanita yang sanggup berkorban untuk mendidik anak-anak ke arah yang lebih baik. Sedangkan, negeri yang lain seperti Selangor memberikan cuti bersalin bergaji selama enam puluh hari.
Maka, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor :-
1. mendesak supaya JAJ memperjelaskan perkara ini kepada umum tentang elaun guru KAFA yang dihapuskan dan mengapa perlu membayar semula elaun cuti bersalin yang telah diberikan terlebih dahulu sedangkan JAJ tahu bahawa ia adalah berpunca daripada kelemahan JAJ sendiri.

2. mendesak agar elaun cuti bersalin yang telah diterima oleh guru KAFA yang terlibat dengan bersalin tidak ambil kembali dan perlu diberikan kembali elaun tersebut pada masa akan datang.
DPPNJ akan membuat tindakan susulan terhadap perkara ini dalam masa terdekat termasuklah penyerahan memorandum kepada Jabatan Agama Johor.

Sekian

PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN

Yang benar,
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)

21 comments:

  1. so..jangn kahwain ngn ustazah Johor.. hehe

    ReplyDelete
  2. Aku rasa kerajaan Johor dah nak bangkrap kot? Dulu dia orang dok canang kerajaan Selangor nak bangkrap. Lain pula jadinya sekarang, Selangor terus menerima pelaburan berbillion ringgit berbanding dengan kerajaan Disneyland Toyo yang hampir bankrap tu. Lepas tu tuduh kerajaan PR Selangor dah nak bankrap, tapi duit negeri habis dikebas Toyol. SPRM bila nak bertindak keatas si Toyol ni, kerana rakyat tak lupa si bangsat Jawa ni.

    ReplyDelete
  3. sebelum ini melaka,sekarang johor....apa makna ini semua kepada Islam?....fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  4. 1.kata pendakwah!!lapaq duit!!
    2.buat pahala la setengah guru Kafa Pas oii!!lapaq duit memanjang macam puak pas kelantan!!
    3.Nak tighuu puak kafa kelantan kot!!puak oghang asli masuk kristiannn!!
    3.Tabik kat guru kafa umno!tak hingak!depa buat pahala!!

    ReplyDelete
  5. Kepada Guru2 KAFA yg hendak mendirikan rumah tangga, sila mai ke Pulau Pinang.

    Bajet yg diberi oleh Kerajaan PR dah naik 2 kali ganda dari 12 juta ke 24 juta setahun.

    ReplyDelete
  6. anon 9.21PM
    kalu kena kat kepala hang baru hang tau, dasar orang dapat hidayah.

    ReplyDelete
  7. OK lah akalu cam tu..PM pun tak boleh la dapat gaji banyak2...kata nak tolong...

    ReplyDelete
  8. APA DAH JADI MAKAMAH SEKARANG NI WOIII...

    ORANG YANG KENA TUDUH TAK BOLEH DAPATKAN BAHAN MENGENAI TUDUHAN KEATASNYA.

    DIMANA KEADILAN MAHKAMAH?

    KALAU MACAM NI BILA MASANYA PENDAKWA BOLEH BERSEDIA UTK MEMBELA BAGI MENGHADAPI TUDUHAN?

    APAKAH MAHKAMAH DAH SONGSANG KA?

    APAKAH MAHKAMAH DAH JADI INSTITUSI YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LAGI KAH?

    KENAPAKAH HAKIM2 YANG ADA BEGITU BENGONG SEKARANG INI?

    DIMANAKAH LAGI RAKYAT HENDAK MENDAPAT KEADILAN JIKA HAKIM2 YANG ADA SUDAH BUTA PADA KEADILAN?

    APAKAH MAHKAMAH YG ADA KINI SETARAF DENGAN TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH?

    ReplyDelete
  9. aku cadangkan din kajang jadi krtua hakim negara. macam pandai jer.

    ReplyDelete
  10. to dino.yp@gmail.com
    ni menunjukkan rakyat biasa pun dah tahu undang-undang yang mana betul dan yang mana menipu.

    ReplyDelete
  11. oit Din Kajang bongok ko kalo xreti pasal tatacara mahkamah jgn nak kutuk2 pasal mahakamah.

    Tugas pendakwa adalah mendawa tertuduh(DSAI) dengan 'bukti' yg ada. Bukti mana bole bg free2 jer kalo da tau bukti baik tak payah nak membela diri. Maknanya nak mendakwa org kena ada bukti yg kuat untuk menununjukkan tertuduh itu salah.

    Tugas peguambela (Karpal dan team peguam leliwat yg lain) adalah utk 'cross-examine' bukti-bukti yg diberikan oleh pendakwa. Untuk menyanggah bukti-bukti ini adalah ketika di dalam PERBICARAAN MAHKAMAH ade phm??? Bukan mintak bukti dulu..tgk2 kat luar mahkamah pastu prepare nak ckp ape yg patut. Kalo camtu senangla keje peguambela. Sah2 pendakwa kalah sebab bukti da dapat disanggah dengan mudahnya.

    Sekarang tugas peguambela senang jer, buat CROSS-EXAMINATION dekat bukti2 dan dakwaan yg dibuat oleh Saiful hari tuh. Apesal KARPAL takut? Yg sebuk nak tangguh2 pegi tuduh Utusan tu aper citer? org da menyampah kat DSAI asyik dok meliwat-liwatkan perbicaraan.

    Harap penjelasan aku ni ko pahm Din Kajang. Jgn nak merapu xtentu hala jer. Tuan empunya blog, sorry kluar topik sekejap. wslm...

    ReplyDelete
  12. Tabik kat Guru Kafa.

    Nota: Celaka punya CIbaiMB bank, sistem gaji down semenjak hari Rabu, patut hari Rabu dapat gaji, sampai skrg tak ada.....bank aje besar sistem kaput....

    ReplyDelete
  13. 1.yang hang pi simpan kat CIMB buat apa!!akaii tak dak kot MUdz ni!!
    2.hang tengukla CEO dia pass apa dulu!!sains politikk!!
    3.Pas sains politik!urus bank!!
    4.Syokkknya jadi adik oghang besaq!!pas sains politik!!boleh jadi ceo bankk!!
    5.Takut satu haghi nanti!!pas sains politik!!boleh jadi doktor atau jurutera la pulakkk!!dengan syarat!!adik atau sedanga sapa-sapa!!
    6.Ada pulak tu!!pi simpan kat bank CIMB!!!siannnnn!!!

    ReplyDelete
  14. lupaaa pilakkk..
    1.macam ariffahmi kat kelantan haghii tu la jugakk oiiii!!
    2.2 X 5!5 X 2!

    ReplyDelete
  15. AKU HAIRAN KENAPA PULAK UNTUK KES PKFZ SI DATUK YG KENA TUDUH TU BOLEH DAPATKAN PULAK BAHAN BUKTI DPD PENDAKWA.
    APASAL DIA BOLEH TAPI PENGUAMBELA DSAI TAK BOLEH??

    MACAM ADA TAK KENA AJA?

    MUNGKIN KOT...KES PKFZ NAK COVER ORANG2 DALAM UMNO YG TERLIBAT, JADI DIBERIKAN LAH BAHAN BUKTI TU SUPAYA PEGUAMBELA DAPAT MEMBELA YANG KENA TUDUH. JADI, BILA YG KENA TUDUH TERLEPAS, MAKA PENYAMUN DALAM UMNO AKAN TERLEPAS JUKA YEEEEEEE...!!!!

    TAPI DALAM KES DSAI TIDAK DIBERI KERANA MEMANG NIAT MEREKA MAHUKAN DSAI DI PENJARAKAN. BETOOL KAN???? WOIIII...KALAU BERANI SERAHKAN LAH APA YANG DITAKUTKAN....KENAPA..??? TELOR DAH MASUK DALAM KE SEBAB DSAI BAWA MASUK PAKAR FORENSIK DAN DNA TERKENAL? HA..HA..HA..

    WOII..DUNIA DAH MELUAT DENGA CARA PENGHAKIMAN SEKARANG NI TAU. SBB TU MAKIN BANYAK NEGARA LUAR AKAN MENEKAN MALAYSIA. TAK MALUKAH KAMU2 SEKELIAN MELIHAT HAKIM DAN MAHKAMAH DIPERKUDAKAN? TAK MALUKAH PADA DUNIA?

    ReplyDelete
  16. sbnarnya aku malas nak layan si kajang bodoh ni..tp disbbkan anwar dah berjaya memperbodohkan dia, jd aku salahkan anwar la, sbb buat ramai pengikut taksub dia jd bodoh, dan membiarkan diri dia sorg jd pandai..anwar mmg sorg yg sgt pandai, tp kalu kepandaian digunakan utk tujuan yg betul, aku syukur..




    On July 16 last year, the High Court had granted Anwar’s application under Section 51A of the Criminal Procedure Code to compel the prosecution to supply him with key documents which included among others, CCTV recordings, copies of witness statements as well as the medical and chemist’s notes.

    The court, however, refused his request for the DNA samples taken from Mohd Saiful Bukhari Azlan, the complainant in the case against Anwar.

    On Nov 6, the Court of Appeal allowed the prosecution’s appeal and unanimously overturned the High Court ruling, and also dismissed Anwar’s cross-appeal for the DNA samples.

    On Jan 29, the Federal Court had unanimously upheld the Court of Appeal ruling. It held that ruled that, at this stage, Anwar was entitled only to documents and materials pertaining to the charge, which had already been given to him.

    jgn jd bodoh la ye..pasal kes nak document tu cite lame..malas nak ulang2, tp ade jugak yg ketinggalan zaman cam ko ni..

    ReplyDelete
  17. WOII APA KE BENDE PULAK CERITA LAMA. NAPA??? KAU DAH HABIS MODAL KE NAK JAWAP PASAL BAHAN BUKTI TU?

    CUBA KAU JAWAP KENAPA TAKUT SANGAT NAK BERI BAHAN BUKTI TU?
    SEKSYEN MANA YANG MENGATAKAN DSAI TAK BOLEH DAPAT BAHAN BUKTI YANG MENSABITKANNYA ITU?

    APAKAH KAU TAKUT DENGAN MEMBERI BAHAN BUKTI TU MAKA AKAN TERKELUAR CERITA SEBENAR DI SEBALIK PEMBIKINAN BAHAN BUKTI PALSU ITU?

    KENAPAKAH KAU TIDAK PROTEST BILAMANA SI DATOK UNTUK KES PKFZ ITU BOLEH PULA MENDAPATKAN BARANG KES YANG MENUDUH BELIAU DPD PIHAK PENDAKWA? KENAPA HAKIM MEMBENARKANNYA MENDAPATKANNYA?

    MAHKAMAH SEBAGAI BADAN UNTUK MENGADILI SEBARANG KES SEPATUTNYA MEMBERI KEADILAN PADA YANG KENA TUDUH BUKAN MELINDUNGI BAHAN YANG DIKUATIRI PALSU YANG BOLEH DITOKOK TAMBAH OLEH PEMFITNAH.

    ReplyDelete
  18. Kepado juak-juak@pencacai umno. Gini la...handal bonar bohujah soal undang-undang. Pusing kiri pusing kanan kiro boto la cakap kau.

    Undang-undang kau la yang punyo tapi den nak tanyo sikit kenapo maso sidang media koateh najib ari tu bobolik jawap eh...sidang

    1. kobar eh si saiful ni jumpo dio pasal biasiswa....sidang media

    2. kobar eh saiful jumpo najib pasal dio kono liwat dongan anwar. Katonyo nak mintak nasihat nak report pulis.

    Kat sini jo dah nampak bolit eh bolom laie bolit dalam mahkamah.

    Nasihat den pado rakyat malaysia jadilah macam saiful...kalau kono rogol, ugut, ragut, liwat, kono bolasah jangan jumpo pulis dulu...jumpo najib mintak nasihat.

    Kalau nak cubo bangangkan rakyat biarla logik sikit kalo x awak tu nampak bangang. Kalau pomimpin dah bangang pencacai lak baghal.

    ReplyDelete
  19. anon 9.08 a.m.
    mmglah peguambela kena dpt bukti utk sediakan hujah
    kan dlm makhamah kena berhujah
    zzzz umngok nie

    ReplyDelete
  20. Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:

    Kali pertama aku
    mengenalimu...

    Mahu bersama
    mahu bersama...

    Raut wajahmu bersih...
    Menyakinkan hati ini
    aku terpaut...oohhhh.....

    Semua dusta palsu
    Aku tertipu...

    Kerperibadianmu
    berubah mengikut nafsu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru ku tahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...
    Mahkotamu Raja drama...

    Kau masih berpura-pura
    Kata-katamu hanya propaganda..

    Mengejar hijau ungu
    Mata kelabu...

    Ini bukan kau yang
    Pernahku kenal dulu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat...
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...

    MAHKOTAMU RAJA DRAMA...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    KAU BERTAPA
    BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
    LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
    MEMUKAU MATA MELIHAT
    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.

    ReplyDelete
  21. salam...relevan pd tajuk...mmg sgt2 melampau kan tindakan depa ni...dh byr elaun pas tu nk amek blk...kesian kat nasib kwn2,,,sbb saya pn cikgu kafa kat johor ni jugak...tak lama lg akan bersalin..tgh tgu hr je ni..biar x dpt..drpd dpt pas tu kena byr semula..tak ke naya mcm tu...
    Jgn pndai ckp sebarang kata cikgu2 kafa ni...mmglah niat kami nk didik anak bangsa kami sndri...tp cuba pk ngan kos sara hidup yg skg sume guna 'duit' nk tak nk perkara ni sedikit sbnyk menjejaskan motivasi kami bekerja...dhlh cara kerja sama mcm cikgu tetap..tp kebajikan kami langsung xde..tak phm dgn institusi agama skg :(

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?