Friday, February 26, 2010

Kesah UMNO Gagal Beli Pakcik PAS yang Cacat

Kawan saya baru ni pegi turun program Keadilan Kuala Selangor. Dia berjumpa seorang pakcik ni yang cacat. Rupanya pakcik ni pernah jadi pencadang kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu Tan Sri bertanding PRK Ijok.

Dia kata selepas hari penamaan calon, tiba-tiba ada orang datang ke rumah beliau. Dan, beliau telah dibawa ke tepi sungai di mana ada sebuah helikopter menunggu. Di situ ada seorang Menteri Kabinet UMNO sedang menunggu. Menteri tu juga orang kata kuat agama tapi kaki rasuah beli calon kita. Agama apa tu?

Apabila sampai, beliau diberitahu dalam helikopter ada wang RM2juta untuk beliau dan helikopter ini akan membawa pakcik ini ke mana sahaja pakcik ini mahu bersama keluarga pakcik tersebut। Ertinya pakcik tu tak perlu lagi kembali ke Kuala Selangor.

Pakcik tu cuma perlu menarik dari dari menjadi PENCADANG kepada Tan Sri Khalid dan BN akan menang secara “technical default”.

Pakcik tersebut menjawab kalau dia terima duit ni, dia akan kena bakar dalam neraka. Terus pakcik tu pusing balik dan balik rumah tinggalkan duit RM2 juta dan helikopter yang sedang menunggu.

Hebatnya iman ahli-ahli PAS ni. PAS lah harapan orang Melayu di Malaysia.

Tan Sri Khalid pun takda beri dia apa sangat hanya sekadar kerusi roda sebab pakcik tu cacat. Tu pun Tan Sri keluar duit sendiri tapi inshaalah bawah MES kerajaan Negeri boleh tolong pakcik tu.

NI LAH SEBAB NYA SINGAPURA TAKUT KEPADA PAS

PAP dan Lee Kuan Yew bukan takut pada pemimpin PAS. Dia takut dengan ahli2 dan penggerak2 PAS. Miskin2 pun SUSAH orang nak beli. Padahal orang macam pakcik tu, RM2 ribu pun tak pernah tengok inikan pula RM2 juta.

LKS dan PAP tahu, PAS kalau memerintah Malaysia, tidak boleh dikawal dan dikontrol oleh seperti regim sekarang ini.

Dan regim seperti PAS akan menyebabkan Singapura susah nak bergerak dalam ASEAN. Kita tengok macamana Takshin kena halau sebab dia baik dgn Singapura. Perkara mcm tu boleh berlaku di Malaysia.

Dalam UMNO kata mempertahankan kemerdekaan Malaysia, dia jual UMobile kat Singapura jugak, betul tak? Itulah Ngata Dulang Paku Serpih namanya. Bagi saya, pengaruh Singapura masih wujud lagi dan tak pernah pergi.

Bloggers pula menunjukkan bahawa apabila pemimpin2 PAS menyeleweng, mereka bangkit menentang pemimpin2 PAS. Dan perkara inilah yang menghalang PAS dari menjadi kuda tungganggan sesiapa. Itulah sebabnya idea “wala’” ni semua mengarut. Islam tak ajar macam mana mereka ni jaja. Islam ajar cara lain.

Semua ni sebab akidah islamiyyah. Pakcik PAS tu sebut neraka. Neraka ini adalah sebahagian dari AKIDAH ISLAMIYYAH. KAlau ahli PAS takda akidah, apa sebab mereka nak tolak tawaran RM2 juta tu?

Tulang Besi pun terpaksa bukak tabung nak teruskan kes aduan Tulang Besi. Kalau Tulang Besi ni kena beli, buat apa nak bukak tabung.

Oh satu lagi, semalam Tulang Besi kata lawyer2 PR ni semua takut nak ambik kes Tulang Besi. Tapi, lawyer2 PAS dia tak kata dia takut. Dia kata “tak berani” sebab dalam akidah islamiyyah, mereka diajar takut tu hanya pada Allah SWT.

Tulang Besi

25 comments:

  1. Kah kah kah...sape tak nak RM2 juta ooii..ko sendiri pun dapat seratus dua daripada husam dah sorong kepala ko kat dia...tok ajis tu sebab kek sebijik pun sanggup guna duit kerajaan negeri..al menantu lagi pulak hebat...

    ReplyDelete
  2. nak PAS dulu..tak mau pakat dgn DAP PKR..PAS jadi tercemar..

    tolonglah!!

    ReplyDelete
  3. Kemanakah perginya Awang Dogol?
    Senyap terus?

    ReplyDelete
  4. aku dah ckp..muhyiddin lebam dan mamak kutik chedet memang takut Lee Ikan Yu...ha...ha...ha...najib pulak takut dgn badak air...ha...ha...ha....alo anak lenggong bila ko nak jd berani??? takkan nak ikut pemimpin ko yg baculll tu...ha...ha...ha...berani berubah??? ke terus nak jd bacullll sampai tua...ha...ha...ha...malu wooo dgn pakcik tu...ha...ha...ha...

    ReplyDelete
  5. utk anon 12.53pm. saya bukan ahli PAS atau mana2 parti. bagi saya adalah lebih baik PAS terus ada dlm PR...sbbnya banyak peristiwa dah berlaku masa kini dan banyak keputusan yg dibuat oleh pucuk pimpinan PAS dlm menangani isu2 trsebut. kalau en/puan dpt lihat DAP yg satu hari dulu tidak boleh menerima akan kewujudan negara islam tetapi kini kita lihat bagaimana Penang telah sikit demi sedikit mula memerintah ala2 negara islam walaupun tidak menyeluruh..ini kerana DAP memperjuangkan kesamarataan ekonomi sebagai mana manifesto mereka Malaysian Malaysia. sebelum Pru12 ramai org2 DAP dari seluruh negara pergi kekelantan utk berjumpa TGNA dan melihat cara TGNA memerintah kelantan. kawan saya ada pergi kesana dan beliau kata banyak perbezaan MB Kelantan dgn MB dari negeri Umno..dan mereka mula percaya yg Islam itu adil dan tidak mengenepikan penganut agama2 lain. diharap en/puan dapat mengimbas kembali sejarah penghijrahan rasullullah saw dari mekah ke madinah dimana org2 madinah yg kebanyakan belum menganut agama islam tetapi mereka mula terbuka hati utk menerima islam dan akhirnya mereka2 ini adalah pejuang2 yg syahid utk islam. itulah salah satu cara islam berkembang semasa zaman rasullullah saw. dan saya lihat pucuk pimpinan PAS masih lg terikat dgn sunnah dan hadis sehingga ada keputusan yg dibuat itu membuka mata ahli2 PAS sendiri bahawasanya islam itu memang utk manusia sejagat bukan hanya utk org islam sahaja...allahuakbar...allahuakbar...allahuakbar....

    ReplyDelete
  6. Awang Dogol dah ter-besar kemaluan disebabkan menyokong PapaGomo dan Saiful berlebih sangat. Sekarang AwangDogol terpaksa menjelmakan diri menjadi orang lain pulak!!

    ReplyDelete
  7. kalu sembah manusia mcm sheikh dedahkan dlm n3 terbaru dia tu tak jejas akidah ke. yg menyembah tu kepala segala pejuang2 Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. hahaha kawan2 aku dapat t-shirt konvoi rempit UMNO!!!!!!!!!!! RM20!!!!!!! woohoooooo

    ReplyDelete
  9. Pemuda Pas Penang akan pi jemputan hi tea yang dibuat oleh DPMPP Rizal Faris ahad ini 28 hb feb........ah ah ah ada cabi diseblik gigi

    ReplyDelete
  10. Gilo..! Duo juta x nak ambek? Banyak tu..bole boli ghumah bosar, keto bosar, tanah, masuk unit trust, poie karaoke tiap2 malam sampai kolopey bole kocut, bole bolo pompuan simpanan dan macam2 laie laa..

    Rugi x ambek tapi dek kerano x buto ati mako x jadi la ambek. x macam kato anak lenggong...duo ratuih punyo pasal kepalo pon disorong eh..kepalo yang disorong eh?

    Kalau nak kobarkan kek sobijik pakai hinggit kerajaan payah den nak percayo. X kan bingai bonar TGNA samapi kek sobijik pon nak pakai hinggit kerajaan. Muflis bonar ko orang tuo tu? Tapi kalau orang umno den percayo sobab eh...
    jangan cakap kek kalo buleh apo dalam spender kito pon dorang nak.

    Mako samo2 la kito mengkaji kebonaran.

    ReplyDelete
  11. bile la malaysia nih nk jadi negara Islam sepenuhnya..yang mengamalkan dan menerapkan aspek Islam sepenuhnya dalam pentadbiran, kewangan dan segala² nya....

    ReplyDelete
  12. PAS adalah parti sesat. Dalam Islam tidak ada sistem demokrasi dan politik. Dalam Islam hanya ada sistem khalifah.

    Pas tidak perlu bohong umat islam lagi.

    ReplyDelete
  13. Dalam sistem khalifah...sapa yang memilih khalifah???wahai anonymous di atasku sayang..

    ReplyDelete
  14. Semua alim ulama tidak masuk politik. Yang masuk politik semua sesat. Alim ulama semua sedang berdakwah dan menghampirkan diri dgn Allah.

    Ulama politik semua palsu...

    ReplyDelete
  15. anon 12.21 a.m.
    ko yg sesat
    tk reti agam islam
    agama islam adalah agama yg syumul(menyeluruh)
    semua aspek diambil kira termasuk politik undang2 dan cara memerintah
    klau tk tau apa2 pergi baca kitab
    jgn totok dgn umno smpai begitu skali

    ReplyDelete
  16. Dalam Islam yg syumul tak ada sistem politik kotor mcm pas, yg berjaya mendidik pengikutnya berkata2 tak guna akal.

    Sistem politik islam x sama mcm yg ada mcm hari ni.

    Pas tak perlu bohong umat Islam lagi.
    ulama pas ulama palsu.

    ReplyDelete
  17. Pengikut2 Pas yg tak berakhlak telah berjaya menggambarkan parti itu adalah sesat. Kepimpinan melalui teladan.

    Sudah-sudahlah bohong umat islam.

    ReplyDelete
  18. Sila lihat video ni sampai habis dan anda nilai sendiri dgn fikiran tidak berat sebelah. Inilah ulama terbaik yang pas ada. Sila nilai tanpa prejudis.

    http://bit.ly/cJCKXV

    sudah-sudah la

    ReplyDelete
  19. Apa bising2. Dalam umno ada ulama ka? Ataupun ulamak semak macam harus sana-sini tu. Cakap arab pun tak boleh. Itu ulamak ka? Itu ulamak semak.

    ReplyDelete
  20. Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:

    Kali pertama aku
    mengenalimu...

    Mahu bersama
    mahu bersama...

    Raut wajahmu bersih...
    Menyakinkan hati ini
    aku terpaut...oohhhh.....

    Semua dusta palsu
    Aku tertipu...

    Kerperibadianmu
    berubah mengikut nafsu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru ku tahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...
    Mahkotamu Raja drama...

    Kau masih berpura-pura
    Kata-katamu hanya propaganda..

    Mengejar hijau ungu
    Mata kelabu...

    Ini bukan kau yang
    Pernahku kenal dulu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat...
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...

    MAHKOTAMU RAJA DRAMA...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    KAU BERTAPA
    BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
    LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
    MEMUKAU MATA MELIHAT
    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.

    ReplyDelete
  21. Kalau ulama palsu pas nak terus berpolitik sila tukar nama parti. Jangan guna perkataan Islam untuk menipu orang islam.

    ReplyDelete
  22. wahai anon d atas.

    sebenarnya ko nei x tahu pun apa tu pemerintahan islam. Adalah lebih baik kau diam dpd terus membodohkan diri kau.

    ReplyDelete
  23. thank anom 27 feb 1.35am

    kawe tgk dah video tu...gilo dan mengilokan nik ajis ni..

    setahu kawe nabi mse dlm kandungan mak dia lagi dah ada kelebihan dan xserupo dgn org2 lain...pernah stu mase keluar cahaya dr perut ibu nabi semasa sedang mengandungkan nabi dan cahaya itu telah menerangi masjid dan ketika nabi dlm jagaan ibu susu dia,nabi bercerita kpada ibu susu dia yg dada dia telah dibelah oleh malaikat dan tompok2 hitam ditelah dibuang/dicuci dr diri nabi..2 benda tu dah cukup menceritakan yg nabi xsama dgn manusia biasa seperti kata nik ajis tu....

    ReplyDelete
  24. saye ni bukan la pandai sangat agama. tapi nk komen sikit pasal video yang seperti dipost oleh seorang di atas:

    "Sila lihat video ni sampai habis dan anda nilai sendiri dgn fikiran tidak berat sebelah. Inilah ulama terbaik yang pas ada. Sila nilai tanpa prejudis.

    http://bit.ly/cJCKXV

    sudah-sudah la"

    komen saya:
    -yang TGNA cakap serupa tu sebab semua bayi yang lahir ke dunia ni adalah suci bersih dari sebarang dosa.TGNA cakap 'KETIKA LAHIR'.

    -yang membezakan umat manusia seluruhnya dengan Nabi Muhammad s.a.w adalah baginda diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T. menjadi nabi dan rasul apabila baginda dapat wahyu dari Allah melaui perantaraan Jibril a.s.

    -jadi, dari mula menerima wahyu baginda adalah manusia yang berbeza DARJATnya dengan manusia lain.

    -pada pandangan saya, TGNA tidak salah. cuma mungkin bahasa/perkataan yang kurang sesuai.

    -lebih elok sekiranya kita dengar keseluruhan video tersebut daripada hanya sekerat2.

    -untuk penjelasan lebih tepat berhubung perkara ini, elok bertanya sendiri pada TGNA dan ustaz-ustaz yang benar-benar faham agama.

    -INAGT!TGNA juga manusia biasa seperti kita, cuma yang beliau diberi kelebihan dari segi ilmu oleh Allah. jadi, tidak mustahil beliau tersilap @ khilaf. hanya Nabi Muhammah s.a.w yang maksum.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?