Wednesday, February 24, 2010

Lagi Pasal P.Gunasegaram & Laporan Polis

Artikel ini adalah lanjutan dari isu laporan polis terhadap P. Gunasegaram.

Jumaat lepas sewaktu Khutbah Jumaat, Khatib menceritakan berkenaan sebuah kesah yang berlaku kepada Nabi kita SAW.
Pada satu hari, Nabi SAW dikunjungi oleh seorang wanti Nasrani yang berhajat menghadiahkan sebiji limau kepada Nabi SAW. Maka, Nabi SAW mengambil limau tersebut dan merasa seulas. Selepas itu, Nabi SAW terus menghabiskan limau tersebut. Sahabat2 yang berada di situ terkejut kerana kebiasaannya Nabi SAW akan berkongsi setiap hadiah yang Baginda dapat bersama para Sahabat2.

Perempuan Nasrani itu merasa gembira. Apabila perempuan Nasrani itu pergi, Baginda memberitahu para Sahabat bahawa limau yang diberikan oleh wanita tersebut masam. Baginda takut kalau dikongsi bersama dengan para Sahabat, maka aka nada Sahabat yang mengulas perkara tersebut kepada wanita Nasrani tersebut. Ini akan menyebabkan hati wanita Nasrani tersebut terluka. Lantas, Baginda menghabiskan setiap ulas tanpa berkongsi.
Begitulah Nabi SAW mengajar kita bersikap adil dan saksama hatta kepada oranb bukan Islam sekalipun. Perasaan wanita Nasrani tersebut dijaga walaupun wanita tersebut bukan Islam. Tindakan yang kecil-kecil seperti ini telah berjaya melindungi imej Islam buat beribu tahun kemudian.

MENGAPA MAHU BERSIKAP KERAS DENGAN MEREKA YANG JAHIL?

Sememangnya tulisan P.Gunasegaram itu bersifat biadap dan kurang ajar. Tapi, kita harus sedar bahawa P. Gunasegaram juga jahil berkenaan Islam dan sistem shariah. Mengapa kita mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang jahil? Tidakkah itu menunjukkan kita sebenarnya yang jahil?

Sememangnya tugas orang Islam adalah memastikan perasaan orang bukan Islam tidak terjejas dengan tindakan kita sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda di atas.

Kita mungkin bersikap kasar dengan P.Guna, tetapi bagaimana pula dengan pembaca-pembaca beliau yang berjumlah ribuan tersebut? Tidakkah lebih baik kita berhujjah secara baik dan dengan hujjah tersebut kita boleh menukar pemikiran ribuan pembaca artikel P.Gunasegaram.

Tidak ada kesan sekiranya kita Cuma melahirkan kemarahan semata-mata tanpa kita mengalahkan hujjah-hujjah mereka. Mereka akan terus kekal dengan kejahilan mereka ditambah dengan perasaan marah dan benci kerana tindakan kasar mereka.

KELEMAHAN NGO2 ISLAM DI DALAM MENGHADAPI KUMPULAN LIBERAL

Mereka tidak cukup hujjah “Aqli”. Dan mereka lebih suka berhujjah dengan retorik serta dari sudut emosi. Seharusnya kita memberikan hujjah-hujjah yang nyata dan jelas bagi mengalahkan mereka dari segi pemikiran.

Walaupun mereka tidak akan menerima hujjah kita, sekurang2nya mereka masih mampu menghormati pandangan kita.

Dan apabila kita menunjukkan akhlak Islam serta kebolehan kita memahami hujjah mereka, selepas ini penentangan mereka kepada kita akan jadi lebih kendur.

P.Guna adalah seorang penganalisi ekonomi. Motivasi beliau menulis demikian tidak lain hanyalah mahu menjaga Malaysia dari dipandang sebagai sebuah negara Dunia Ketiga oleh para pelabur-pelabur asing. Hukuman-hukuman sebegini berpotensi menakutkan pelabur asing dari melabur di Malaysia.

Ertinya, kita mesti cari hujjah yang dari sudut ini untuk menghadapi orang-orang seperti P. Guna. Bagi saya mudah sahaja. Kalau pelabur takut undang-undang ini, baik mereka tarik pelaburan mereka yang berjumlah berbilllion-billion Dollar dari Saudi Arabia yang menjalankan hukum jenayah Syariah Islam secara 100%.

Senang sahaja.

Tulang Besi

12 comments:

  1. Setuju dengan TB.

    Lebih baik buat diskusi dan penerangan daripada tindakan laporan polis. Kalau ini lah saja tahap NGO2 Islam (asyik buat laporan polis) jangan harap la..orang non-muslim nak respect sama kita.

    ReplyDelete
  2. Betul, kita kena kalahkan mereka dari segi hujjah dahulu, baru boleh mereka faham tindakan kita.

    ReplyDelete
  3. apa yang penting naik tarif eletrik nie
    1malaysia sumer tk respect pak jib
    org umno nie suka benda inflasi nie
    slamat menyokong umno
    tk sabar tggu bulan 5 nie
    tu baru bommmmm
    kakakakakakaka

    ReplyDelete
  4. setuju dgn penulisan ini..sebernarnya inilah yg PAS ingin bawa, iaitu memberi penerangan dan mengajak org cina dan india atau apa saja kaum di malaysia ini masuk berduyun-duyun masuk islam.

    tidak seperti UMNOnk yg hanya mahukan perpaduan semua kaum DARI semua kaum masuk islam.lihat sahajalah apa yg diperjuangkan oleh mereka,perjuangkan melayu???. mereka memulaukan kaum2 lain dari masuk islam?

    memang sukar untuk mengajak mereka kejalan yg benar, sedangkan umat islam sendiri terpesong, tetapi inilah tanggungjawab yg Allah beri pada semua umat manusia bila lahir kebumi, inilah tujuan sebenar yg Allah ciptakan manusia,memberi penerangan, memberi teguran,apasaja supaya umat manusia menyembah Allah.

    ReplyDelete
  5. tak ada salahnya dia memberikan pandangan, dah dasar najib 1 malaysia..

    ReplyDelete
  6. Jakim guna laman web perjelas hukuman rotan wanita

    PUTRAJAYA, 24 Feb — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan maklumat berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap wanita Islam menerusi laman webnya bagi membolehkan masyarakat mendapat penjelasan berhubung perkara itu.

    Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata di peringkat negeri, pihak berkuasa negeri mampu mengendalikan program penjelasan seperti yang telah diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Nota:
    50 tahun pegang tampuk kuasa, asyik hentam PAS pasal hudud dan qisas. Guna MIC dan MCA hentamPAS kaw2. Tak pernah ada kerjasama dalam menyelesaikan dan menegakkan tuntutan Islam. Tak pernah ada inisatif untuk explain pasal hukum islam. Islam dikaca mata UMNO hanyalah Bank Islam dan Kolej Islam, Masjid Kristal dan Perarakan Maulidur Rasul

    Laa nie dah terantuk, baru nak tengadah....

    ReplyDelete
  7. Yang aku nak tanya JAKIM ialah hukuman rotan tu sama tak macamana yang di suruh dalam al-quran. Maksud aku bilangan berapa kali sepatutnya kena rotan. Aku ingat lagi dulu tu puak Umno pun kata mereka dah ikut islam sebb melaksanakan hukum rotan...tapi...berapa kali rotan sepatutnya dikenakan pada pesalah...kaedah macamana hukuman rotan itu dilaksanakan.???

    Kalau tak ikut bilangannya...bolehkah dikatakan menepati hukum islam macam tu????

    Myuskil2..

    ReplyDelete
  8. TP dan TB !!!!

    Salam ziarah tuan empunya blog,
    saya baginda® ada buat blog baru,
    kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

    Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

    Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

    Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
    Sekian...

    Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

    sila ke link Berita Hairan Online..

    http://beritahairanon9.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. mana boleh bagi ulama PAS p bincang dgn dia orang...org PAS mana tahu agama Islam...cuma umno je yg tahu sbb tu umno buat universiti islam, kolej islam, bank islam, jd pengerusi negara2 islam (dulu..lama dah). ko tengok isteri2 pemimpin kami menutup aurat dari siku sampai lutut. yg lelakinya amanah, jujur, sentiasa melayan agama dgn baik...selalu hantar anak g konsert..eh salah pulak..anta anak g ngaji agama islam kat israel, kat amerika, kat britain dan banyak lg negara2 kapir yg lain....ko ingat senang ke nak p ckp pasal islam?? ingat boleh ckp mcm tu je ker...sedangkan umno dah 52 tahun cuba masih x berjaya sepenuhnya...tp ade juga kejayaan mcm samy vellu semakin amanah dan dngar2 nak peluk agama islam...chua soi lek dah x amalkan seks bebas pun dgr2 nak peluk agama islam..dia dua orang ni akan mengucap dua kalimah syahadah dpn imam besar tahap wali iaitu uztaz al-najib al baculli..paham???? kalu x paham aku ulang lg karang....

    ReplyDelete
  10. ckp jela si guna tu sokong PR....

    kl guna ni sokong BN..dah lama si guna dan BN tu kena balun..

    ReplyDelete
  11. sebab jahil lah ada yang pakat melenting pasal isu kalimah allah.buat demo yang sia-sia dan membuang masa.

    ReplyDelete
  12. ckp mcm best tp x best pun. Nak tanya wakil PAS apa yg dah dibuat terhadap P X Guna tu? Nothing.....ckp ler lebih. Setiap malaysiaqn dah tahu islam ini agama rasmi. Segala keputusan mahkamah syariah jgn dipertikai oleh org bukan islam. Itu x respek namanya @ kurang ajar. Patut polis kasi penjara saja P. X Guna tu.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?