Tuesday, February 09, 2010

Melayu yang Terpinggir di Pulau Pinang Hanyalah Kontraktor UMNO yang Tamak

NOTA EDITOR: Begitu juga di Selangor. Kontraktor2 UMNO yang tamak ini sering “masuk” dengan harga yang tinggi menyebabkan mereka terkeluar dari penilaian. Ini kerana dahulu di waktu BN memerintah, mereka biasa dengan harga yang tinggi ini. Tapi, di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, harga yang mereka biasa itu adalah menjadi terlampau mahal.

Kesanya adalah kontraktor-kontraktor yang dahulunya terpinggir, sekarang mampu mendapat kontrak dan projek dengan kerajaan negeri. Orang tengah telah dibuang dan dihapuskan.

Kontraktor2 inilah yang sebenarnya menggunakan Dewan-dewan Perniagaan Melayu untuk berdemonstrasi. Hakikatnya, kontraktor-kontraktor UMNO ini berdemonstrasi kerana mahukan cara lama yakni dapat kontrak secara mudah dan dengan harga yang melambung tinggi.

Dan, mengikut kenyataan Lim Guan Eng yang lain, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Penang, Rizal Faris Mohideen, pada 2008 adalah ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Sepanjang tahun 2008, beliau tidak pernah menghadiri mesyuarat Majlis. Sepatutnya si Rizal Faris Mohideen ni kena bayar balik elaun yang dibayar kepada beliau sepanjang 2008.

Kesimpulannya, demo yang berlaku di Penang baru2 ini serta fitnah yang kononnya Melayu terpinggir adalah tindakan desperado kontraktor2 UMNO yang sudah kehabisan wang dan projek. Kalau dulu wang amat mudah didapati, sekarang ini terbatas. Zaman dapat projek dan “mark-up” 3 hingga 4 kali ganda sudah berakhir. Zaman sekarang adalah zaman “tender terbuka” dan hanya yang layak sahaja yang akan dapt kontrak.

Pada Melayu Penang, saya nasihatkan buang sahaja si Rizal ini ke Selat Melaka. Mamat ni bukan berjuang untuk kepentingan Melayu. Mamat ni bukan melayu pun, sebab dia geng 786. Kalau dia ni betul-betul berjuang untuk MElayu sudah tentu dia akan menyokong sistem tender terbuka anjuran Kerajaan Pulau Pinang ini.

Tulang Besi

Hanya kontraktor kroni BN yang tamak sahaja terpinggir –Lim
Ali Hashim

GEORGETOWN, 9 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan
sesetengah pihak yang mendakwa beliau meminggirkan orang Melayu terutamanya dalam mendapatkan kontrak daripada Kerajaan Negeri.

Menurut beliau lagi dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar serta merupakan usaha Umno dan Barisan Nasional(BN) untuk memfitnah beliau sebagai tindakan mereka untuk memperbesarkan isu perkauman di negeri ini.

"Sebenarnya orang Melayu di Pulau Pinang tidak dipinggirkan, sebaliknya yang dipinggirkan adalah kroni Umno dan BN yang tamak. Oleh kerana itu masyarakat diharap tidak terjerat dengan mainan isu oleh Umno dan BN ini.

"Kerajaan negeri tidak melaksanakan amalan diskriminasi sepertimana yang telah diamalkan oleh Umno dan BN. Dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) semua kontraktor yang mempunyai kredibiliti dan berpotensi akan diberi peluang tanpa mengira kaum, malah terdapat juga kontraktor BN yang berkebolehan turut diberi peluang yang sama,"katanya lagi.

Lim juga menyatakan tindakan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengamalkan sikap diskriminasi seperti yang didakwa.

"Kita yakin dengan cara tender terbuka secara tidak langsung ianya dapat memartabatkan para kontraktor yang berkebolehan serta tidak mengharapkan kepada saluran lain yang sering menjadi amalan semasa pemerintahan BN terdahulu.

Dalam wawancaranya dengan Harakahdaily sebelum ini, Lim memberitahu, kalau sebelum ini para kroni Umno menggunakan kebel politik untuk mendapatkan kontrak, kini semua pihak yang perlukan kontrak kerajaan perlukan kebel komputer sahaja.

Ini kerana, kebanyak tender dikeluarkan melalui komputer dan kontraktor hanya memerlukan kebel komputer sahaja untuk mendapatkan kontrak itu.

"Semasa kita mentadbir mereka yang terpilih adalah mereka yang mempunyai kebolehan dan berdasarkan kepada harga yang mereka berikan. Tidak menggunakan saluran yang salah. Namun begitu sebelum kita mentadbir kontraktor dahulu sukar untuk mendapat tender kerana terpaksa menggunakan kabel politik. Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan BN."

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Komtar sebagai mengulas dakwaan yang telah dibuat oleh Umno dan BN dalam isu yang mendakwa Kerajaan Negeri meminggirkan orang Melayu dalam pemberian tender Kerajaan Negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Dr.Mansor Othman.

22 comments:

  1. Kah.. kah.. kah.. Tulang besi reput, nape tak ambik kenyataan dari Zahrain Mohamed Hashim jugak?? lebih percayakan komunis dr kaum sendiri ke?? oo... lupe, taraf khalifah tu yg bercakap, bawah sket dari tok gundu je.. kah.. kah.. kah..

    ReplyDelete
  2. umNO semenjak jadi pembangkang ni banyak berdemo..
    Dah ketagih la tuh!

    Baru hangpa tau..!

    Demo byk2, bagi rakyat tambah meluat dan menyampah kat hangpa.
    Nnt KJ kata kat hangpa semua..BERUK

    ReplyDelete
  3. tak habis2 dgn Zahrain, duk pakai modal tu aje lah..
    dari puak2 di atas smpi juak2 pencacai umNO duk guna-pakai modal itu aje lah..!
    Zul Nordin pun sama, pakai modal ni jugak! tak dak modal lain kaa?

    Wat malu lar..!

    Pegi jahanam UMNOngook

    ReplyDelete
  4. Aku orang penang, aku tau dan dah alami perangai2 puak2 umno ni.
    Mereka ni kebanyakkannya (lebih 70%) nak kedudukan utk buat harta. Masa depa perintah dulu, kebanyakkan projek berdada dalam tangan depa, jadi begitu mudah depa memanupulasi projek2 ni. Projek2 bilis aje yg di beri pada rakyat manakala projek2 jerung kebanyakkannya depa dah ada syer.

    Banyak tanah2 melayu di sini diambil kununnya utk pembangunan. Mereka2 ini mempengaruhi penduduk melayu bahawa kalau tak ada pembangunan rakyat akan mundur...tapi..sebaliknya bila tanah2 orang melayu diambik, pembangunan dilakukan, apa yang kami nampak pemilik2 bangunan bukan dimiliki oleh orang melayu. Mana kami nak cari duit sampai RM300 ke RM 1juta nak beli bangunan/rumah. Jadi bila ini berlaku, maka secara automatik tanah yang asalnya milik kami dah jadi milik orang lain.

    Perkara ini berlarutan selama UmnoBN memerintah. Sikit-sikit depa ambik tanah kami...Bermacam rungutan rakyat telah diajukan pada mereka mengenai masalah ini ...tapi...depa..buat2 tak dengar....malah mereka terus memainkan issu pembangunan. Pernah kami di herdik oleh seorang pemimpin UmnoBN dengan kata2 'hampa ni orang nak buat pembangunan untuk hampapun hampa tak mau. Jangan salahkan kami kalau kami tak buat pembangunan untuk hampa".Jadi begitu lah ceritanya macamana tanah2 milik orang melayu tergadai dek kerana UmnoBN.

    Bagi kami, pemimpin2 UmnoBN ini lah pengkhianat bangsa. Sekarang ni mereka berpura mengatakan nak bela melayu...tetapi bagi kami rakyat penang...perbuatan mereka tu ada udang sebalik batu....mereka cuma berlagak nak menunjukkan jaguh....dan...mereka ini lah sebenarnya yg gilakan kuasa.

    Tinggalan tahi2 dari pemimpin UmnoBN ini masih memberi kesan pada kebanyakkan penduduk melayu di penang ini.

    ReplyDelete
  5. IKLAN Mutakhir

    yeehee yaaahooo nizar kalah! Allah SWT xrestu nizar nak jadi MB sebab jadi tunggangan cina india 'MB @ Memerintah Membabi Buta' hahahahah

    ReplyDelete
  6. kah.. kah.. kah.. Zul Nordin tu Ngoook juge ke?? kah.. kah.. kah..

    xpe la, dulu UMNO mungkin byk buat harta, la ni kita bagi pada sepupu sepapat, anak mendakan khalifah Lim Guan Eng pula. Esok lusa, harta dh dpt byk kat depa, kita isytiharkan Penang jadi Singapore ke-2, x salah kan?? Kah.. kah.. kah..

    ReplyDelete
  7. puak UMNO memang puak2 yg celaka,menyusahkan rakyat tp buat2 baik pd rakyat

    ReplyDelete
  8. hahahah...nizar sembayang tunging langgang pun tuhan tak restu.....baik pi sembayang tokong je...
    tuhan lebih sayangkan UMNO dari pakatan ..... kerana PM najib mempunyai ciri-ciri kalifah ulul azmi..& boleh mengantikan nabi muhammad kerana membela nasib islam & melayu...hidup melayu umno.....

    orang pas sembayang 5000000 juta bilion orang pun tuha tak restu..sebab solat tak sah...tipu rakyat..rasuah..mengata orang macam TGNA..main bontot...hanya UMNO mempunyai ciri-ciri islam syumul & membela nasib orang melayu.......take beer

    ReplyDelete
  9. pas- takbir

    UMNO - takebeer..

    muahhahahahaha

    ReplyDelete
  10. kah.. kah.. kah.. ADUN yang takebeer dan langgar budak U sampai koma tu orang UMNO ke?? Berkebajikan sungguh negeri Selangor ni.. HIDUP ADUN TAKEBEER Sekinchan!!! LANGGAR LAGI PASTU SAMAN ORANG PULA!!! TAKEBEER.. kah.. kah.. kah..

    ReplyDelete
  11. Cakap tak serupa bikin...Ok le kalu bab Penjaja di Penang..Bukan Melayu ke disisihkan..??Cuba jawab??

    Rumah urut di Selangor,zaman BN/UMNO dah dikawal/had..Kenapa skarang bercambah..Cuba jawab?

    Kapal Sinking & Mat Syabu dulu habis2an kutuk/hentam CIFUT AL_JUBURI..Skang bukan main bela..Cuba jawab..??

    Buka Ati korang 2..jgn diBuntutkan..

    ReplyDelete
  12. Semua sama2 kita menyokong Bn
    Minyak mungkin kaan naik smpai RM 4.00
    Selamat maju jaya BN
    Selamat memiskinkan rakyat
    Bayangkan Duit yg diorang curi dari kelantan bertahun2 tak mau bayar
    skunk nie mcm2 cara nk tarik duit rakyat
    Gula naik(sebab)takut rakyat kena diabetes
    Please laa takdek alasan lain ker
    Pandai2 laa orang jager badan
    Aper kena mengena ngan gula
    Lepas nie
    Beras naik(sebab)takut rakyat kena obesiti
    Taktik nie dah lapok laa

    ReplyDelete
  13. Nie nk tambah skit
    DAging naik(sebab)takut rakayt kena penyakit gout
    kahkahkah???

    ReplyDelete
  14. yeahh!! sokong mamu February 9, 2010 12:06 PM...

    sekarang kira ok la sebab tengok yang betul2 layak je dapat...

    alhamdulillah...rezeki sama2 rasa kannn???

    ReplyDelete
  15. Cubalah jangan jumud...org2 miskin melayu islam dan penjaja/peniaga melayu tu jadi mangsa LGE yg berhati kominis dan cauvinist tu..mengapa KELIRUKAN org ramai dgr bawa cerita UMNO pulak...

    Sy tak taulah apa kena dgn kamu ni Pozi..agaknya dah buta akal dan buta hati...

    ReplyDelete
  16. bn bukan hanya menindas orang melayu
    tapi semua kaum
    1malaysia diorang tindas
    minyak,gula,abih sumer benda naik
    kata pndai ekonomi
    apehal sumer brg naik
    kerajaan dah tkdek duit ker woii

    ReplyDelete
  17. Agaknya formula 1 1malaysia lebih penting dari kebajikan rakyat
    inilah kerajaan BN
    1malaysia
    1malaysia
    semoga 1malaysia pak jib cpt lingkup

    ReplyDelete
  18. Kalau ahli ke atau pencacai UMNO ke nak kutuk DAP yang mewakili Pakatan Rakyat kena tunggu 50 tahun baru boleh komen ke atau nak kondemkan ke...

    UMNO dah buat kerosakan selama 50 tahun lebih dalam setiap negeri dalam malaysia tiba-tiba nak tunjuk bijak kononnya DAP dalam Paktan Rakyat yang baru 3 tahun dalam kerajaan negeri dituduh tidak tahu mentadbir...? Mabok darat ke mabok laut...?

    Cakaplah apa pun, selagi pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak digantikan dengan orang yang lebih berdisiplin, jujur.... kami rakyat Malaysia akan gegarkan parti itu dari luar dan dalam.... yang pentingnya parti UMNO tidak boleh nak besar kepala bana nya lagi...

    UMNO boleh buat parti lain pun boleh buat juga...? Ada aku kesah parti UMNO nak tumbang ke atau nak telungkup,

    ReplyDelete
  19. dioranag kata anwar ejen amerika/israel
    Yang 1,alaysia pegi sambut kapal perang diorang apesal
    adakah satu negara kita ejen amerika spt didakwa indonesi
    zaid hamidi pegi jumpa menteri pertahanan israel
    berbincang pasal nk lingkupkan orang islam ker
    dioranglah ejen amerika dan isreal
    pikir2kanlah

    ReplyDelete
  20. Aku orang Penang, tau sangat yang dapat projek dulu bukannya melayu, tapi mamak2 tongkang keturunan md nor yaakop saja. Bila mereka berkuasa kat Penang jgn harap melayu dapat projek, mereka bersifat lebih perkauman dari cina.

    Aku sebenarnya tak kisah sapa pun dapat, tapi kau orang taulah, semua projek habis dia orang bolot, kalau tak caya salah seorang darinya adalah ketua pemuda umno pulau pinang. Rumahnya mengalahkan istana, sampai PakLah yang selalu tertidur tu pun terkejut dalam lenanya bila melihat istananya dan kroni2 umno kat penang. Sapa nak tengok nanti suatu hari aku pi tangkap gambar istana tu.

    Lepas BN kalah di Penang, muka dia aku tengok melalak di jalanraya komtar sebab syoru dia PR dah cantas.

    ReplyDelete
  21. Tulang Besi tolong risik2 ada berlaku Ali Baba dalam pemberian projek di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  22. aku setuju...bahawa amno ni bila tak masuk duit...tak dapat buat duit,depa mula meracau,tak tentu hala...nak duit p la jumpa jibby dan fat mah,budak yg cicir U TU DAH AWAI2 P JUMPA JIBBY..HASILNYA POPULAR..satu dunia tau.. mani dia tahan.. 2 hari tak berak dan mandi hadas.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?