Friday, February 12, 2010

Tulang Besi Lapor Salahlaku Pimpinan PAS

Semalam kita dah buat pemberitahuan disini, dan hari ini berita susulan -
Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan PAS berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' menggariskan empat empat terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.
Sumber - Malaysiakini

26 comments:

  1. Selepas lapuran dibuat nak buat apa plak TB/TP? adakan siasatan. lepas siasatan apa plak? kalau didapati bersalah, nak pecat mreka tu..lepas tu cari pengganti...siapa pengganti mereka?

    Cakap sesedap mulut jer. Tapi tak nak guna otak utk fikir dan kaji apa implikasinya pada parti jika andaian tersebut terjadi..Inilah dia puak2 reformis yg kononnya idealis, kritis, dan berlagak pandai tapi habuk pun tarak. Dah lah tahap ilmu tak seberapa, perangai dah jadi lebih sudu dari kuah...berlagak pandai!

    ReplyDelete
  2. Saya pelik pasal tuduhan no.2 tuh. Bukankah Majlis Syura'adalah majlis tertinggi dalam membuat sebarang keputusan. Kalau majlis syura yang putuskan hal itu, ada badan lagi ke yang lebih tinggi berbanding majlis syura. Kalau begitu adalah lebih baik TB buat laporan terhadap majlis syura.

    ReplyDelete
  3. kalau ikut contoh kes-kes sebelum ini, tulang besi yg akan dikenakan tindakan. apa pun yg diorang buat, geng UG ni kebal, tak akan kena apa-apa punya...

    sebelum ini, Nik Aziz buat laporan (lisan) tentang Nasha, Mustafa Ali dan Hasan Ali, tapi yg terkena ialah Khalid Samad? haha terer geng ganu ni wehh.. tembak hala ke utara yg terkena orang kat selatan... haha

    ReplyDelete
  4. No.3 pun gitu jugak. Adakah keputusan yang dibuat itu melarang seseorang ahli PAS dari mengeluarkan sebarang pendapat. Adakah PAS ini sama dengan Parti Komunis di mana perbezaan pendapat adalah dilarang sama sekali. Kalau macam tuh kenapa tak buat laporang terhadap sorang mamat dari Pahang tu pasal tak setuju ngan JK disiplin PAS.

    ReplyDelete
  5. No.4 tuh kalo boleh tolonglah bagi spesifik sikit.

    ReplyDelete
  6. Tapi tengok baca tuduhan tuh, nak tergelak pun ada, nak maki TB pun ada. Tapi maki oghang tengahari jumaat nih, dosa kering kang.

    ReplyDelete
  7. motif TB buat macam ni coz dendam kasumat yg lalu..kes xdpat jawatan CEO dari hasan ali..tu yg die param hassan ali kaw2 tu...hahhaha

    ReplyDelete
  8. Itu satu bentuk makian yang berhemah daripada Tulang Ikan

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah...ingat musuh mu adalah umno pengkhianat...betul niat kita nak memperbetulkan gerakan islam...tapi adakah betul tindakan kita menyelesaikan sesuatu...gunakan lah saluran yang betul..dan janganlah cuba mengeruhkan lagi keadaan dalam parti...sekarang ni umno senang lenang tiada kerja untuk menyerang...pasal kita dh kira tolong depa...berbalik lah pada yang esa...ingat pas bukan sekadar parti untuk pilihanraya...ianya juga adalah sebuah gerakan islam yang menyebarkan syiar ajaran islam...walllahualam

    ReplyDelete
  10. TB = dengan melayu islam berani dia buat . dengan cina DAP kecut telluq... pejuang islam konon... pirah!

    ReplyDelete
  11. Haron Din dan UMNO???

    ReplyDelete
  12. Tak nak buat laporan jugak ke esok pagi Ketua pemuda pas pusat (tantawi) akan menjadi tekong dalam tarian singa dipenang..salleh man lak dok jadi ekor je sebab kalau tak larat nak melompat..nanti semput lak...mereka berdua ni terpaksa lakukan tarian singa pada besok pagi disebabkan guan eng yang dikata umpama khalifah omar telah membatalkan perarakan sambutan maulud dipenang....so kena ikut lah arahan..

    ReplyDelete
  13. Satu jerr musykil pasal TB tahap dewa. Kalo tengok laman Facebook beliau ada kritikan pasal Hasan Ali. Tapi majoriti yang dia tagged adalah ahli UMNO. Macam nih, nak satukan jamaah ka nak bagi pecahbelah jamaah macam nih. Sila jawab sikit TB.

    ReplyDelete
  14. SENGAL PUNYA TB. SEBUK DENGAN PAKATAN RAKYAT DIA KONONNYA. MEMPERTAHANKAN PR KONONNYA. BAGUS SANGAT KE KEADILAN TU YG KO SEBUK SGT? YANG BANYAK MELOMPAT SAPER? BUKAN KEADILAN NGAN DAP KE? KO JGN SEBUK URUSAN DALAMAN PAS LA...........

    ReplyDelete
  15. ulasan ak simple je TB ni style die ala2 yahudi..dasar memecah belahkan umat......amacam bro2 sekalian setuju x?

    ReplyDelete
  16. -good job TB, sblm ni kemain brkokok lg geng2 perpaduang kalu nk tgur kna ikut saluran parti..la ni dah ikut saluran parti, nk tggu ape lg?,,

    -wa yakin sgt kes nie akan digugurkan , yela yg duk tapis setiap aduan samada relevan or x, adalah individu yg brnama stopa ali..ape yg nk diharapkan?..kalu lpas pun aduan pd JKD, ermm, kalu sblm nie dikenali 'JKD Mggu DEpan', skang nie 'JKD Bulan Depan'..

    -snang2 wat EGM la..nyahkan kutu babi dr pas..

    ReplyDelete
  17. Persamaan Politik UMNO & Politik JAKUN..!!..mt sbu..
    biar pas hancur jgn islam hancur

    ReplyDelete
  18. Nak buat laporang pung, logiklah sikit. Janganlah cuba nak mengkomuniskan PAS. Itu takleh, ini takleh.

    ReplyDelete
  19. kesian kat Sebatang kara..!

    dah nama pun 'sebatang kara'.

    kalau hang ada masalah peribadi, jangan dok melalak tak kena tempat.

    kalau nak bagi pendapat/hujah hang, email la kat TopengPerak.

    jangan wat sampah..!

    ReplyDelete
  20. TB= Tong Busuk,

    Bau busuk la kat sini.
    Heiiiii...busuk bangkai kot.
    Mak oiiiiii...banyaknya bangkai dalan tong ni.

    Patut la..."Tong Bangkai yg bau busuk rupanya"

    ReplyDelete
  21. Yahuuuu....Yahuuuuu....

    tahun ni penang takde perarakan maulidur rasul sebab khalifah tak benarkan....yea...yeahh.....


    best...best...tahniah penduduk penang....bestnye khalifah tak cebok tu....

    ReplyDelete
  22. kah..kah..kah...doa mamat "PACAH PERUT" tu dah kena balik pada pihak sendiri....

    jangan suka cari salah orang lain, salah sendiri lebih teruk, malah lagi hina dari segala-galanya...

    macam-macam komen yang diberikan, paling aku suka, penang dah batalkan perarakan pada hari umat islam merayakannya...ape yang PAS buat???sebab nak menghormati semanagt setiakawan yang tak bertempat, membiasulah seribu bahasa...nanti dok bantai, kena terajang maut dengan DAP...

    pujalah sangat semangat setiakwan yang menjahanamkan orang islam...PAS dah jauh dari perjuangan asal...memang paling sedikit kerusi di PERAK, jadi jaguh seperti menang banyak kerusi tu...kena cucuk hidunglah dengan DAP...

    tu ada komen dari budak baru habis sekolah...dok tengah tunggu result...belajar-belajarlah benda yang baik-baik...

    ReplyDelete
  23. kalau buat perarakan sempena Maulidur Rasul, tapi dok lawan dan tentang ajaran yang Nabi S.A.W bawa, hina-sindir hukum Allah, tolak tuntutan dlm Al-Quran..nak buat apa?!

    berarak tgh panas, jerit2.. tp perangai, kelaku, sikap buruk tak mau buang jugak.

    Aparaaa!!

    ReplyDelete
  24. Yang paling aden bongang ni ialoh siapo2 yang tak porghi berarak akan diambil tindakan.......kah..kah.kah main paksa orang porghi neh.

    Bodoh botul.....panas torik berarak dan berjemur....

    Weiii....tikuspun tak suka berjemur tau...ha..ha..ha. Buang maso ajo...lobih baik aden tonton tv lagi bagus.

    ReplyDelete
  25. Bro, patutnya tak perlu buat pengaduan terhadap org2 ni. Yang sebenar-benarnya masalah adalah org bawahan mereka yang paling tak boleh percaya ialah SUWARDI YAACOB. Itu memang penipu besar tu! Kerana dengar cakap dia la pemimpin2 PAS yg bagus ni terkena!

    ReplyDelete
  26. Hahahaha...!

    Memang dasar... Kalau dah jadi ahli Parti Pembangkang..., memang tak lena tidur puak2 ni kalau tak bangkang...!

    Tak kire lah soal remeh ke tak remeh..., dalam hal parti sendiri pun korang bangkang..

    Janji bangkang..., janji bangkang..! Sama sendiri pun wajib bangkang..

    Teruskan.... bangkang ler korang.

    Orang Kelantan bilang -- KERAH KENG !!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?