Tuesday, March 09, 2010

Biarkan Zul Nordin Sendirian…......

Sebenarnya sepanjang beberapa tahun ini, punya ramai yang datang beritau saya si Zul Nordin ni tidak boleh dipercayai. Malahan, beberapa tahun sebelum Zul Nordin bertanding PRU 2008 pun saya sudah diberi amaran oleh pihak-pihak yang saya kenal sebagai orang yang beradab dan amat menjaga pertuturan mereka. Bahawasanya, Zul Nordin ini tidak boleh dipercayai. Malahan, ada yang memberitahu Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch.

Sepanjang masa mendengar khabar-khabar ini saya tidak pernah mempercayainya. Saya menolak terus khabar-khabar ini dan menganggap mereka tersilap atau iri hati kepada Zul Nordin.

Namun, selepas memenangi kerusi Kulim Bandar Baru, Zul Nordin menunjukkan taring beliau yang sebenar. Segala isu “agama” yang beliau perjuangkan rupa-rupanya “front” untuk perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO.

ARWAH USTAZ FADZIL TAK PERCAYA PADA ZUL NORDIN

Kalau mengikut laporan Bakaq@Penarik Beca, Arwah Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempercayai Zul Nordin. Malahan, untuk berjumpa dengan Zul Nordin pun Ustaz Fadzil tak mau. Sehingga ke tahap, Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh.

Nampaknya, Anwar Ibrahim tidak mahu mengambil iktibar dari sahabat karib beliau itu dalam isu Zul Nordin.

ZUL NORDIN TERLIBAT DALAM KONSPIRASI MUZAKARAH/KERAJAANG PERPADUANG

Dari seorang kenalan saya yang rapat memberitahu saya Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan Kerajaan PAS-UMNO sejurus selepas PRU 2008. Beliau terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia yang melibatkan Roslan SMS, Suwardi Yaakob, Ustaz Nasa dsbnya. Beliau adalah antara perancang utama usaha membawa PAS kepada UMNO.

Dengan kata lain, sikap UMNO Zul Nordin terserlah sewaktu mula-mula lagi kita memang dan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Saya tak paksa para pembaca untuk mempercayai khabar yang saya bawa. Saya kenal teman saya ini dan keperibadian beliau. Jelas, beliau seorang yang amanah dan tidak pernah berbohong. Dan sumber ini juga terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia membincangkan strategi membawa PAS kepada UMNO sejurus selepas menangnya PR dalam PRU 2008.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA

Biarkan si Zul Nordin ini kekal hidup sendirian dan sebatang kara. Walaupun saya sendiri lebih setuju kalau KeAdilan hanya sekadar menggantung jawatan Zul Nordin dan tidak memecat beliau, namun rasanya KeAdilan terpaksa mengambil sikap dan tindakan yang tegas dalam isu ini untuk memelihara disiplin parti mereka.

Saya sendiri tidak bersetuju dan menentang keras IFC dan beberapa pendirian Sivarasa Rasiah sebelum ini. Namun, cara terbaik adalah dengan berhujjah dengan Sivarasa Rasiah. Saya sendiri pernah berhujjah dengan Sivarasa Rasiah.

Apa masaalahnya kita berlawan hujjah dgn mereka yang jahil dalam Islam? Sivarasa Rasiah adalah satu-satunya konduit pendakwah Islam kepada puak-puak liberal di Malaysia.

Saya rela berhujjah dengan geng-geng liberal seperti Sivarasah Rasiah hatta dalam sebuah majlis forum yang terbuka di mana sahaja baik dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu.

Namun, saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah. Beliau cuma bertindak atas emosi dan bukan ilmu. Ini kerana tujuan beliau bukan memperjuangkan Islam tapi membuat kacau dalam Pakatan Rakyat.

ISU KALIMAH ALLAH MENDEDAHKAN KETAATAN ZUL NORDIN YANG SEBENARNYA

Misalnya dalam isu Kalimah Allah, siapa beliau kalau dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Qardhawi? Kenapa beliau terlampau emosi sangat dalam isu yang Islam tidak mengharamkannya?

Jawapannya adalah isu Kalimah Allah ini adalah isu “klimaks” UMNO yang telah dirancang sejak sekian lama. Saya pernah mendedahkan email Mahaguru58 yang menceritakan mesyuarat beliau dengan Zahid Hamidi berkenaan dengan isu “Kalimah Allah” ini semenjak Februari 2008 lagi. Ertinya, isu ini memang sudah dirancang sejak sekian lama dan Zul Nordin adalah antara “aktor” utama isu ini.

Kita lihat waktu mula-mula isu ini meletup, dalam PAS sendiri melihatkan mereka yang terkait dengan konspirasi membawa PAS kepada UMNO yang terlampau kehadapan sangat memperjuangkkannya (kecuali Ustaz Taib Azamuddin). Sehingga Ustaz Harun Din mengeluarkan fatwa kufur kepada mereka yang mempersetujui dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Syukur PAS lebih rela mengikut Islam dari mengikut emosi beberapa NGO Melayu dan Islam yang rela melacurkan diri mereka untuk kepentingan UMNO.

Keadaan sekarang telah berubah. Rakyat Malaysia yang Krisitan lebih mempercayai PAS dari UMNO dari segai mempertahankan hak asasi mereka. Sikap PAS mengikut AL Quran menyebabkan UMNO jatuh dalam perangkap mereka sendiri.

PENUTUP

Anwar Ibrahim WAAJJJIIIIBBBBB menapis dengan lbih ketat siapa yang naik dan siapa yang turun dalam perjuangan PKR. Sebelum ini ramai yang telah memberi amaran kepada DSAI berkenaan dengan Dato Salehuddin Hashim. BEtapa beliau tidak mempunyai akhlak Islami dan kuat mengerjakan benda-benda haram. Beliau juga tidak menjaga ibadah puasa dan solat beliau dan beliau juga bukanlah seorang korporat yang baik.

Tapi, Anwar kononnya merasakan beliau mahu menjaga dan mendidik Salehuddin Hashim dan menukarkan Salehuddin menjadi lebih baik. Anwar kena belajar dari Ustaz Fadzil yang lebih bijak dalam memberi kepercayaan.

Walaupun ada orang yang Ustaz Fadzil dahulu tak menjadi, tapi rata-rata mereka2 yang diberi kepercayaan oleh ustaz Fadzil kekal dan istiqamah. Misalnya adalah Amiruddin Anak Bukit yang skrg ini menjadi Exco Kedah.

Biarkan Zul Nordin ini keseorangan. Biarkan dia kembali ke tempat asal sebenar beliau, yakni kembali ke pangkuan UMNO Bahagian Bukit Bintang bersama-sama Azalina Othman dan Syed Hamid Albar. Tapi, silap besar juga kalau dia balik ke geng asal beliau itu sebab Najib Tun Razak tak percaya pada bekas2 UMNO Bukit Bintang ni.

Tulang Besi

p/s - ikuti kesah Zul Nordin di pecat dari PAS di sini.

15 comments:

  1. "Rakyat Malaysia yang Kristian lebih mempercayai PAS dari UMNO dari segi mempertahankan hak asasi mereka. Sikap PAS mengikut AL Quran menyebabkan UMNO jatuh dalam perangkap mereka sendiri"

    patutlah kristian suka sgt kat PAS..Bisikan syaitan utk menyesatkan kaum nabi adam semakin berjaya..aku harap PAS bangkit dari tidur yg lena dibuai kuasa..

    risau aku..sgt risau..

    anti-firaun

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Rasanya memang ada unsur2 berbaur fitnah dalam artikel ini. Entahlah, Allah maha mengetahuinya. Kenyataan 'tidak mempunyai ilmu agama yang cukup' juga merupakan satu pendapat peribadi dan tidak ada justifikasi yang jelas.

    Tentang pemecatan beliau, satu perkara yang tidak kena bagi saya ialah beliau tidak diberikan ruang untuk membela diri berkenaan dengan isu tersebut. Umum mengetahui beliau membuat laporan polis adalah sebab kalimah Allah. Jadi perkara tu memang ada kaitan antara satu dengan lain.

    Ketika DSAI menuntut keadilan dari mahkamah dan mendakwa banyak pihak tak betul dalam mengadili kesnya, parti KEADILAN juga nampaknya berlaku tidak adil dengan memecatnya sebelum memberi peluang untuk beliau membela diri. Telah menghukum beliau walaupun belum dibicarakan dengan mangatakan beliau bersalah. Sama seperti puak2 UMNO buat kepada DSAI sendiri. Inikah parti yang dikatakan memperjuang keadilan untuk semua.

    Dalam isu kalimah Allah, beliau mempunyai pendapat beliau sendiri berdasarkan ilmu agama yang beliau ada. Bukan mengikut puak2 UMNO spt yang dikatakan oleh pihak2 yang mengutuk beliau.

    Cuba baca pendapat beliau berkenaan dengan perkara ini dengan hati yang tenang tanpa prejudis. Tanpa menghukum dan tanpa melibatkan diri dalam hal politik :

    http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/allah-hu-ahad.html

    Semoga Allah melindungi kita semua dari bencana fitnah. Wallahua'lam

    -neutral-

    ReplyDelete
  3. anon 11.52pm..

    "Rasanya memang ada unsur2 berbaur fitnah dalam artikel ini"..

    ini TB beb, anda baru tau ke..tu sbb aku suka lepak kat sini tgk sandiwara PAS..

    pendapat aku la dalam kes ZUL ni..

    - Zul takleh pilih bulu la sape yg dia nak jadi panel disiplin, sbb PKR sendiri terdiri dpd pelbagai kaum..ini panel disiplin, bukan panel agama..

    - Zul ingin membincangkan tindakan beliau dari aspek agama, walhal panel disiplin ingin membincangkan dari sudut disiplin parti..

    - mungkin ZUL ingin memperjuangkan hak kalimah ALLAH ini, but beliau perlu sedar tujuan asal penubuhan PKR ini..kenapa beliau join PKR pada awalnya..adakah baru skrg dia sedar ianya tak senada, why now? adakah beliau tidak phm hak kesamarataan ini..pasti akan ade yg terpaksa berkorban, tak kira la dari segala sudut, hatta agama sama sekali (spt yg dilakukan PAS)..realiti, ckp senang, buat tgk..senang ke tidak..

    - terkezut aku skrg si ZUL ni kuat bermedia..cepat je dia panggil press conference..

    - Zul mempunyai perbezaan pendapat beliau dgn pucuk PKR, dan sepatutnye ia dilakukan secara saluran dalaman..saluran dalaman telah dilakukan oleh zahrain, teh beng, tp matlamat PKR lebih dari itu, iaitu menawan putrajaya..jd setakat isu lim guan eng and kalimah ALLAH is a bit "remeh" to them..but bukan salah PKR..sbb matlamat dia mmg mcm tu..bila perbezaan pendapat membawa perbezaan matlamat, mmg wajar si ZUL kuar dari PKR or dipecat..anda tidak sehaluan..

    - zul kena pilih wacana atau pentas yg sesuai yg memberi kelebihan kpd beliau dalam meneruskan penjuangan beliau..

    anti-firaun..

    p/s: Putrajaya : mission impossible PKR

    ReplyDelete
  4. Ramai pihak dilihat menghentam Zulkifli Nordin setelah beliau keluar parti.
    Namun begitu silap lah PKR kerana PKR yang mengambil beliau pada mulanya. Seolah-olah kesalahan terletak pada Zul sendiri. Walaupun saya agak ragu kenapa Zul begitu lantang mengkritik PKR dan Dr Wan Azizah, bila difikir balik ada kebenarannya.

    Perpecahan dalam PKR agak sukar dibendung-ahli keluar parti juga memberi kesan kepada kepimpinan PKR. Dr Wan Azizah pun jenis yang jarang bersuara, namun beliau perlu melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berulang.

    ReplyDelete
  5. Zul....Zul...

    Apala hang ni....bising2 tak guna jugak. Lebih baik hang letak jawatan aja lah. Hang tu menang atas tiket PKR....

    Satu lagi...hang tu nak cabar DSWA bertanding dgn hang tu buat apa. Buat malu aja lah.

    Haiiii...tak tau nak kata apa pasai hang ni. Jenis keras kepala. Nak ikut kepala hotak hang aja noh.
    Pi buat Parti sendiri lah...lagi baguih. Hang jadi ketua...hang jugak jadi ahli...senang cam tu. Sapa pun tak bising lagi.

    So...bila lagi hang nak letak jawatan? Takkan nak tunggu masa PRU-13 kot? Tak jantan la namanya cam tu?

    Kalau hang masuk parti bebas...rasa Raja Katakpun tak mahu terima hang. Mana boleh...melawan taukeh nanti dia kata.

    ReplyDelete
  6. Oleh kerana ALLAHyarham Ustaz Fadhil Noor x percaya kepada Zulkifli Nordin, maka ambo pun ambil sikap x percaya jugak, kerana ambo tahu Ustaz Fadhil Noor ni kasyaf mengenal hati budi seseorang..

    ReplyDelete
  7. Susad lah rahman ooiii..ko ni memang suka merapu..kalau betul ko tau masalah zul dan x-setiausaha PKR tu ngape dari dulu ko tak dedah kan..ko simpan dalam kain jee..tetapi lepas mereka keluar daripada PKR puak yang ko sanjung mula la ko nak merapu..padahal masa zol bertanding dipilihanraya dulu ko dan topeng perak juga lah yang melompat serupa monyet kat jalanan..

    Ni aku bagi komen daripada zol untuk ko tengok pulak:

    1. Bukan saya yang meninggalkan PKR, sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya diberi peluang membela diri di hadapan panel lembaga disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah Allah. Tetapi Wan Azizah enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan firaun-firaun kecil ini, Wan Azizah mahukan saya mengosongkan kerusi Parlimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Lihatlah siapa yang bercakap.

    2. Pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang dari UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh Wan Azizah supaya Anwar mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu. Kalau Anwar tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula Wan Azizah kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan. Bukankah ini bukti kenyataan Wan Azizah berkepentingan politik untuk menyeronokkan firaun-firaun kecil yang mengelilingi beliau.

    3. Mengapa semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat ke PKR dari UMNO, Wan Azizah tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan Wan Azizah menyatakan pada masa itu ia adalah hak Nasaruddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan beliau berhak untuk terus kekal sebagai ADUN Bota. Jadi saya mahu bertanya kepada Wan Azizah, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu atau adakah beliau sekadar menjadi 'Pak Pelaung' firaun-firaun kecil.

    4. Semasa konspirasi 16 September dilaksanakan, Wan Azizah dan PKR telah menghantar Saifuddin Nasution, Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi memujuk mereka melompat ke PKR, sehingga sanggup bermalam di hotel yang sama dengan Ahli-Ahli Parlimen BN itu. Saya tidak pula mendengar Wan Azizah bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi. Apakah apabila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram. Apakah matlamat menghalalkan cara atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

    5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan Pas 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya Anwar sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang. Jadi kalau Wan Azizah merasakan bahawa Anwar boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang jawatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilihan raya umum akan datang. Jika Wan Azizah berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu - satu lawan satu.

    ReplyDelete
  8. Buat bodo ja apa yg Hantu Lenggong tu cakap.....namapun Pencacai.

    Bagi kita....YB Zul paling baik letak jaatan saja. Habis cerita.

    ReplyDelete
  9. memang lidah tak bertulang tak terbatas kata-kata.Biarlah dia merapu masok telinngga kiri keluar telingga kanan. Nasib kaulah Zul ooi..

    ReplyDelete
  10. riwayat politik zul kulim dah sampai ke penghujungnya, cayelah!

    ReplyDelete
  11. dia nak buat aprti baru dengarnya..PASTI ISLAM-MELAYU PERKASA SEMALAYSIA P.I.M.P.S.

    tak caya tanya dia kat blog dia nanti bukak cerita la..

    ReplyDelete
  12. Nak tapis apa nyer...???? Tak satu pun yang duduk dalam Parti Gay Tua yang boleh diharapkan. K.Wan dah menang Oscar Pelakon Wanita terbaik, CIFUT BABI bakal ditransfer ke Sg. Buloh, Azmin asyik congak2 nak ganti khalid gagap, kira gila kuasa la tu, yang gagap pening kepala ngan hutang berjuta-juta, lagi dan lagi.. dan lagi.. dan lagi......... entah la..... Tunggu gay tua ke dalam dulu, baru nak bersih parti ni kot...???..... entah la.......

    ReplyDelete
  13. lu ni ikut politik negara mana bro?? ada babi lak jadi ahli politik..siap ada parti gay?? lu dari negara mana bro?? uruguay ke??? wahahaha

    ku tujukan untuk anoni umnoni onani

    atas aku.. sekian,

    ReplyDelete
  14. biar dia dengan labu2 dia

    http://www.marhaban2u.com/?ref=1633

    ReplyDelete
  15. Anak Lenggong ni dapat upah RM3000 kot dari umno buat komen carcamarba ni.

    Anak Lenggong benggong...selain kes Taiwan ni x de ke fakta lain yang boleh menyebabkan rakyat nampak PR ni cabuk sangat. Asyik-asyik ulang Taiwan laa, kalimah Allah laa, PAS kuda DAP laa...cari la fakta lain lak untuk aku tibai ko.

    Eh...komen aku kau dah balas lom? Aku tengah stim nak berbalas komen dengan ko nih.

    Anon 5:35 dah sunat kebelum ni...ada baca statement hakim yang membebaskan Anwar dulu atau kau buta huruf? Apa pulak parti Gay Tua...dah dah dah belum sunatkan...pegi basuh taik palat kat kulup ko tuh sebelum tido...kang dihinggap dek tunggau.


    minangkabau

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?