Thursday, March 18, 2010

GEGAR Himpunan 10,000: Polis Di Raja Malaysia Tidak "Profesional"..?

Semalam Penyelaras Media GEGAR saudara Hazwan email dekat aku Kenyataan Media dari GEGAR dan jugak jadual Program GEGAR dan MAMPAT di Terengganu 20hb, Mac, 2009 ni (rujuk sini).

Petang tadi pulak bila aku surf internet, aku terbaca satu laporan berita di Malaysiakini berkenaan dengan Program anjuran GEGAR dan MAMPAT nanti.

Lepas aku baca berita tu, aku call Penyelaras Media GEGAR mintak kepastian dan jugak komen dia, lepas tu aku call pulak Pengerusi bersama GEGAR dan MAMPAT saudara Mohamad Fauzi mintak sikit maklumat dalam hal berbangkit. jelas dah dekat situ.

Petikan laporan portal Malaysiakini:
Polis Terengganu hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman di negeri itu.

Ketua polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberi amaran itu ketika mengulas rancangan dua NGO untuk mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan dua memorandum berhubung tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Sabtu ini.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada Seri Paduka di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Aku pasti KP Terengganu ni langsung tak ada apa-apa maklumat berkenaan dengan Program anjuran GEGAR dan MAMPAT di Terengganu nanti sebab semua jawapan KP Terengganu masa menjawab soalan "provokasi" dari wartawan BERNAMA jelas sangat-sangat jenis jawapan "tangkap muat". apa wartawan tanya, jawab je ikut sedap mulut. jadi nampak bodoh, tak profesional dan memalukan PDRM.

Dari Kenyataan Media GEGAR dan MAMPAT semalam sepatutnya kita dah jelas apa program sebenarnya. apa yang GEGAR dan MAMPAT anjurkan ialah "HIMPUNAN 10,000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATAN PULANG DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI".

Yang ni "Himpunan Menyambut Keberangkatan Pulang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong", bukan "DEMONSTRASI" julang-julang sepanduk, berarak dari 1 lokasi ke 1 lokasi.

Sultan Kelantan balik Kelantan hari tu pun rakyat sambut jugak, tak de pulak KP Kelantan keluarkan "amaran" macam KP Terengganu. Profesional la sikit. kalau KP Kelantan boleh atur anggota untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar, tak kan KP Terengganu tak boleh nak buat benda mudah macam tu..?

Tak kan Agong balik kita tak boleh nak sambut..? apa maksudnya "cuba mencetuskan keadaan tidak aman"..? kalau PM Najib pergi Terengganu, disambut oleh ribuan Rakyat Terengganu, KP Terengganu boleh pastikan semuanya berjalan dengan lancar, tak kan Agong balik KP Terengganu tak boleh nak atur sebaik boleh..?

Rakyat sambut kepulangan Agung boleh mencetuskan "keadaan tidak aman"..? rasa aku, Datuk Mohd Shukri Dahlan kena ambik cuti barang seminggu dua. rehat badan, rehat fikiran... kalau cuti pun tak boleh setel, mesti ada yang tak kena, rujuk ke pakar jiwa. mungkin ada tekanan dekat tempat kerja, persekitaran tak bagus.

Tamat bab himpunan.
"Saya ingin menasihatkan pihak-pihak berkenaan bahawa itu bukanlah tempat yang sesuai untuk menyerahkan memorandum atau mengemukakan bantahan kerana Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Terengganu di atas urusan-urusan tertentu,” kata Mohd Shukri kepada pemberita di Kuala Terengganu..

"Saya tidak mahu mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan di atas kehadiran Tuanku untuk melakukan sesuatu yang di luar program yang telah ditetapkan oleh pihak Istana," katanya sambil menambah polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di LTSM pada hari berkenaan.

Sebaliknya, Mohd Shukri mencadangkan kepada mereka supaya menggunakan saluran lain utnuk menyampaikan bantahan dan memorandum tersebut.
Bab memorandum aku tak nak komen banyak, cuba korang cek balik siapa "Penaung MAMPAT". kalau dapat cari, korang boleh apply ganti tempat KP Terengganu. 70% kepala otak aku fikir, KP Terengganu pun tak tau siapa "Penaung MAMPAT".

Tamat bab Memorandum.
Mengenai program ceramah dan dialog di Terengganu Ekuestrian Resort esok, beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima permohonan permit daripada pihak berkenaan untuk berbuat demikian.

"Setakat ini saya tidak ada menerima sebarang permohonan permit. Kita akan ambil tindakan kepada mereka yang kita rasakan akan menimbulkan masalah keselamatan," katanya yang menasihatkan penganjur supaya tidak meneruskan program itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Yang ni sebenarnya patut aku komen pakai bahasa "pasar", sebabnya, dengan jawatan tertinggi di Terengganu, komen KP Terengganu lagi bodoh dari anggota Polis pangkat Koperal.

Tuan KP, Terengganu Ekuestrian Resort (TEK) tu "Kawasan Persendirian". Program Forum dan Ceramah anjuran GEGAR dan MAMPAT malam esok akan diadakan di DALAM DEWAN TEK. jadi ikut Undang-Undang, tak perlu mohon permit.

KP Terengganu ni reti Undang-Undang ke tak..? macam mana orang yang "kabur" Undang-Undang boleh jadi Ketua Polis..?

Paling-paling memalukan ialah, mengikut Urusetia GEGAR dan MAMPAT, walaupun Terengganu Ekuastian Resort (TEK) adalah sebuah Kawasan Persendirian, sebagai menghormati Pihak Polis dan juga Undang-Undang Negara Malaysia, pihak GEGAR dan MAMPAT telah memohon Permit untuk Program malam esok sejak hari Selasa lagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri tak tahu ke..?

Aku tak salahkan KP Terengganu kalau dia tak tahu menahu bahawa pihak GEGAR dan MAMPAT dah mohon permit (walaupun ikut peruntukan Undang-Undang, tak perlu permit sebab kawasan persendirian) sebab sebagai Pegawai Tertinggi di Negeri, KP ada banyak hal-hal lain nak diselesaikan daripada hal-hal remeh permit-permit ni.

Tapi apa salahnya kalau KP jawab:
"pasal permit tu saya tak pasti sebab saya tak de terima permohonan "direct" pada saya, mungkin GEGAR dan MAMPAT ada mohon di balai lain yang bukan tempat saya bertugas, yang tu kena tanya penganjur, dengan saya memang penganjur tak de mohon...".
Habis cerita kalau jawab macam tu. orang pun faham.

Penat kalau Pegawai Tertinggi PDRM pun "blur". orang lama cakap:
"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Orang muda pulak sambung:
"Kerana KP "kurang cerdik", rosak anggota PDRM keseluruhannya".
p/s - Plis, Plis, Plis... KP jangan Nakkall...

6 comments:

  1. Anwar pernah memanggil TGNA sbg "ULAMA TEROMPAH!".
    Ungkapan ini disebut oleh si Zahrain dlm Parlimen petang tadi.Kalau betul Anwar pernah menyebut demikian aku menggesa semua ahli dan penyokong PAS agar memaksa Anwar meminta maaf secara terbuka kpd Khalifah yang amat disanjungi iaitu TGNA! Anwar juga harus bertaubat!

    PAS FOR ALL

    ReplyDelete
  2. Betui tu aku sokong Manjung Mari.

    ReplyDelete
  3. itu la jadinya kalau dah makan duit rasuah banyak sangat....jadi darah daging..so..secara tak langsung tuhan pun tarik balik kewarasan berfikir KP ganu tuh...itu yg dok keluar statement bukan2 tu...hahaha

    ReplyDelete
  4. kamu percaye ke cakap zahrin ular tu? kpn trgnu memeng spesis baghal!

    ReplyDelete
  5. Betui ka hang blogger Manjung Mari? Jangang menyamar. Gentleman la. Guna nick name sendiri. Paling baik buat blog sendiri. Allowed komen

    ReplyDelete
  6. ade jugak org tak percaya yg nuar cakp nik ajis ulama' terompah..adoi la..

    kesian..kesian..

    telah byk kali ditipu, tidak dapat menerima hakikat diri ditipu..dan masih membiarkan diri tertipu..dan menolak kebenaran..berpijaklah dibumi yg nyata wahai saudara ku MELAYU PR..

    memg tipah tetipu tipu tetipa la ko ni..

    tp yg zahrain ckp tu dah lama BN tau.suma tu auta keling nuar je..but org BN ckp korag tak pecaye..pendedahan byk lagi..tunggu..kalu karpal berpaling tadah, mmg abis kau nuar..abis la tembelang kau..

    Ahli parlimen dia gak yg tetipu, nasib baik da sedar..pergghh tak bleh blah nuar cakp Agong da standby nak kira ahli BN melompat, pastu siap da setuju anwar jd PM..yg sebaliknye, perkara tu berlaku kat Perak..hahah..makan jerat sendiri..

    perghhhhh..masih ade yg tak sedar..firaun2 kecill

    anti-firaunn

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?