Tuesday, March 02, 2010

Kenyataan Penuh Ahli-Ahli Parlimen PAS

Kenyataan Media, Ahli-Ahli Parlimen PAS (3hb. Mac, 2010)

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

Nota: MP PAS terdiri daripada Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dato’ Abdul Halim b Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu), Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Khalid Samad (Shah Alam), Che Uda Che Nik (Sik), Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dato' Dr mohd Hayati bin Othman (Pendang)

Ahli Dewan Negara terdiri Muhammad Yusof Husin (Kedah), Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Puan Mumtaz bt Md Nawi (Kelantan)

11 comments:

  1. Teruskan perjuangan wahai pemimpin Pas dan PR. Rakyat berdoa agar kalian semua berjaya melaksanakan amanah rakyat, dan perjuangan kalian semua sentiasa didoakan oleh rakyat bagi melawan kuasa jahat BN.
    Hendaklah wahai semua pemimpin PR berfikir kenapa, apabila seseorang bayi itu di lahirkan ke dunia ini dia menagis? Begitulah hendaknya pemimpin PAS dan PR berfikir, sebab bayi itu menangis kerana takut akan amanah yang Allah berikan pada bayi untuk semata2 menjalankan tanggungjawab dengan betul dan takutkan api neraka dan bencana dunia apabila amanah di berikan pada seseorang pemimpin itu, amanah itu dia khianati seperti yang berlaku sekarang ini.

    ReplyDelete
  2. Prinsip dan perjuangan da betul, tp "perlaksanaan" dia tu yg menjadi persoalan.. kena renungkan kembali mengapa ade ahli Pakatan Rakyat "memilih utk meninggalkan prinsip2 agama dan moral" ini..

    jgn cakap tak serupa bikin..adakah yg masih bersama PR masih memegang kuat prinsip2 agama dan moral atau..

    .. org yg telah meninggalkan PR merasakan oleh kerana ingin melaksanakan prinsip2 agama dan moral lah yg menyebabkan mereka2 meninggalkan PR..

    aku bg contoh "fatwa" nik ajis dan kesannye pada "perjuangan memegang prinsip2 agama dan moral" yg sering dilaung2kan PAS..hubungan dgn DAP..itu sudah cukup tak pyh cite panjang lebar cukup menerangkan betapa jauh penyimpangan yg dilakukan..

    muhasabah diri masing2 and renung2kan..

    yg penting jgn syok sendiri..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  3. Maka terangguk lah para pejuang pas untuk memertabatkan anuar yang makin terhakis kelibatnya..atas arahan tok guru berjanggut sejemput dan bersemuntal..mereka menandatangani surat sokongan menaruh kepercayaan terhadap nuar..kalau tak nanti kena sumpah dik tok guru tu ..nanti tak masuk syurga pulak..

    ReplyDelete
  4. hahaha..agaknye nik ajis tu kuar "fatwa" lagi kot..

    siapa la PAS, PKR and DAP tanpa Anuar..ini kira membalas jasa la ni..kalu tidak dulu hidup segan mati tak mau..

    niat murni tu, tetap berdiri dibelakang anuar tak kira jatuh bangun nya..tp kalu anuar yg berdiri "blakang" diorg camno gamaknya...hahaha

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  5. Kenyataa yg berunsur ikrar ini sebenarnya ditujukan kpd dua pihak;

    1. Anwar Al-Juburi. Sokongan padu utk si al-juburi walaupun dia seorang pemimpin yg tidak bermoral dan kotor kerana suka main belakang.

    2. DAP. DAP adalah tuan yg senenar dlm pakatan rakyat. Ahli-ahli YB PAS sebenarnya amat takut dan gerun pada DAP. Maka kenyataan dibuat hanya utk memasti dan meyakinkan DAP bahawan mangkuk-mangkuk YB PAS akan tetap setia dan akur kpd segala tindak tanduk dan arahan DAP.

    Itulah sebenarnya kenyataan yg berunsurkan ikrar oleh YB mangkuk kat atas tu.

    Maka dgn itu sedarlah wahai pengundi dan penyokong PAS yg cintakan kesucian agama dan keutuhan negara, tolak mereka-mereka ini yg telah menipu dan telah memperdaya anda semua disebalik title "DR", janggut sejemput, serta serban dan jubah labuh yg menyapu tanah. Mereka ini semuanya "penipu" rakyat" iaitu ungkapan dari "PR".

    ReplyDelete
  6. kahkahkah
    ko kata nik aziz tk layak jadik pemimpin kes ikut dap
    yg najib lagi tk layak
    nk jadik pemimpin keluarga pon tk lepas
    suruh bini pkai tudung pon x reti
    kata nk perjuangkan islam
    benda mcm tue rk leh buat
    buat malu org islam jer laa
    tk layak lansung

    ps:aku dengar awang bangang berbini ngan org israel
    bukan aku ckp dia cakap
    kahkahkah
    bangang triple

    ReplyDelete
  7. puak2 umno nih dh kritikal 'SAKIT'.....relax la bro..kalu PR failed,kita vote ler umno plak

    meh kita pakat baca yassin kt puak2 tuh..mintak allah sembuhkan mereka drp 'PENYAKIT' yg dh bersarang dlm diri...

    ahakkkss!

    ReplyDelete
  8. kalu setakat dapat sokongan ahli parlimen yg x bersih baik x payah...kitaorang pun suka jugak diaorang ni kluar. dulu x kenal sekarang dah kenal...yg kelakar tu beribu ribu ahli2 PKR keluar parti ikut diaorang ni..ha..ha...ha...ingat!! undi yg lari x banyak dibandingkan dgn undi yg masih ade....*Sumpah Rakyat Sumpah Keramat* kami xkan menghunus keris kontot mcm umno tp kami akan pastikan tanda pangkah pada kertas undi diletak pada tempat yg betul....jgn perasan ye pencacai umno....

    ReplyDelete
  9. aku suka baca anti firaun ni tulis ayat *Prinsip dan perjuangan da betul, tp "perlaksanaan" dia tu yg menjadi persoalan..* dan *aku bg contoh "fatwa" nik ajis dan kesannye pada "perjuangan memegang prinsip2 agama dan moral" yg sering dilaung2kan PAS..hubungan dgn DAP...itu sudah cukup tak pyh cite panjang lebar cukup menerangkan betapa jauh penyimpangan yg dilakukan..*
    ___________________________________

    sekarang baru aku sedar umno shaja yg memperjuangkan hak islam sebagai contoh:
    1-lesen judi ditambah lagi utk menaikkan semula ekonomi negara sbb cukai judi, arak dan rokok adalah cukai yg paling tinggi.
    2- semasa orang islam sibuk menyambut maulidur rasul tapi umno pantai balok pahang membenarkan rakyat pahang berpesta di tepi pantai balok siap dgn pertandingan karaoke utk yg tua dan yg budak belum baligh..memang hebat..
    dan aku juga sedar yg umno adalah parti yg tunggal dan memerintah malaysia tanpa ada gabungan dgn mca,mic,ppp dsbnya.

    time kasih anti firaun kerana menyedarkan aku....harap ko pun sedar dg ape yg ko ckpkan..jgn asyik nak menulis sampai segala kebodohan terpampang didepan org ramai...

    ReplyDelete
  10. Tahniah pada YB yang masih setia kepada "PEJUANGAN RAKYAT" dan tidak mengikut jejak mereka yang memperjuangkan PERUT sendiri!

    walaubagaimana pun perkara ini haruslah diambil perhatian seriuos bukan saja dari pimpinan tertinggi PKR saja malah seluruh kepimpinan PAKATAN RAKYAT perlu berusaha keras menghentikan kerja terkutuk UMNO?bn untuk menjahanamkan PAKATAN RAKYAT.

    Ramai telah maklum megenai hasrat UMno/bn untuk mendapatkan semula mejoriti 2/3 Parlimen untuk membolehkan mereka meminda akta & melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai stratigi akhir bagi terus kekal berkuasa pada PRU13 yang akan datang.

    Diharap kepada yang berhormat YB2 yang masih kekal berperinsip akan terus berpegang teguh pada asas perjuangan & tidak hanyut oleh limpahan RM yang sedang ditaburkan oleh uMno pengkhianat bangsa. Sedarlah bahawa duit itu adalah duit yang dicuri daripada rakyat!

    "JANGAN KHIANATI AMANAH YANG TELAH RAKYAT BERIKAN!"

    Kepada DSAI tolong buat sesuatu, jangan dibiarkan DSAI terus ditikam dari belakang.
    Dan jangan dibiarkan rakyat terus dibelenggu kebimbangan, keresahan & akhirnya melunturkan sisa semnagat perjuangan yang masih tersisa! Jangan dibenarkan rakyat terus termakan propaganda2 yang ditaburkan oleh Umno?bn, yang kebelakangan ini semakin hebat digerakkan.

    PAKATAN RAKYAT.... please... please.... please.... do something!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?