Friday, March 05, 2010

Melayu Penang Mundur Kerana UMNO, Bukan DAP

NOTA EDITOR: Di bawah adalah artikel yang saya ambil dari Harakahdaily berkaitan dengan usaha UMNO menyalahkan DAP di atas kemunduran Melayu Pulau Pinang.

Soalnya, DAP baru memerintah 2 tahun sahaja. Apakah yang DAP boleh buat yang mampu menyebabkan orang Melayu mundur di Pulau Pinang? Hakikatnya, Melayu Penang telah mundur semenjak Merdeka lagi, sepanjang-panjang UMNO memerintah Penang.

Kedudukan orang Melayu Penang yang terpinggir adalah HASIL KERJA TANGAN UMNO yang selama ini mengabaikan serta tidak mampu membangun orang Melayu di Penang. Kejayaan UMNO Penang hanyalah di dalam mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA sahaja.

Majoriti orang Melayu Penang hidup merempat di bumi sendiri sehingga mereka terhalau dari Pulau dan terpaksa duduk di Seberang. Ada Melayu Penang terpaksa lari duduk di Mahang, Kedah. Satu-satunya jasa UMNO pada orang Melayu Penang adalah “BORIA”. UMNO telah berjaya mempopularkan BORIA kepada orang Melayu Penang.

Dalam dok berboria, berlori-lori orang Melayu di Pulau telah terpaksa melarikan diri dan duduk di Seberang ataupun di Mahang, Kedah.

Lain dari Boria, jasa UMNO hanyalah kepada kroni dan UMNOPUTRA. Orang Melayu Penang kekal merempat di bumi sendiri.

Tulang Besi

Rencana BH kena batang hidung pemimpin Umno.
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.

"Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.

“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.

“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.

Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.

"Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu Umno sahaja bukan rata-rata bangsa Melayu yang berada di bawah, " katanya.

Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.

Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.

"Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina 'Kampung Warisan' seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong," ujarnya.

Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai 'hero tua' kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.

Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.

Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi daripada Umno malahan acap kali mempersendakan ucapan beliau yang menggangap ucapan itu melalut ekoran PAS tiada sokongan di Pulau Pinang.

"Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian," tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.

“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.

24 comments:

  1. Orang meLAYU Penang mesti sedar yg selama ini siapa yg menipu, mengkianati bangsa sendiri kalau bukan UMNOk sekarang ni mereka sendiri yg memBONGKARkan kebenaran apa yg terjadi sebenarnya terhadap bangsa meLAYU di Penang tapi yg peliknya bangsa yg terlebih meLAYU pulak yg melebih-lebih plak terpekik terlolong konon pembela bangsa n agama... hmmm bangsa apa ya....???

    ReplyDelete
  2. jilat.. jangan tak jilat... anjing kalau tak mkn tahi di hidu yer juga... hidup LGE...

    kesian.. kena tipu hidup2 puak2 hamPAS nie...

    ReplyDelete
  3. “Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN,"

    aik..kat selangor baru 2 tahun memerintah dah jd firaun rampas tanah YBK..bleh plak..itu baru 2 tahun, kalu 50 tahun? tak tau plak nak jadi ape..

    tang Penang plak, aku kesian kat org2 kg buah pala..51 tahun BN memerintah, hanya 1 tahun je PR amik utk diorg kuar dari kg buah pala..so efficient..whether zalim ke tak zalim blakang kira ok, korg tafsir kan la sendirik ikut suka ati korg..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  4. orang melayu plau pinang (asal benua india) sememangnya mempunyai pemikiran cetek. mereka inilah yang merosakkan bangsa melayu yang sebenarnya!

    ReplyDelete
  5. yang pegang tanah YBK tu bukan bapak firaun ke?

    ReplyDelete
  6. Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak

    KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

    Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

    “Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

    “Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.


    malaysian insider, 05032010

    TUAN TB ADA KOMEN?

    ReplyDelete
  7. Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak

    KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

    Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

    “Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

    “Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.


    malaysian insider, 05032010

    ReplyDelete
  8. Suruh Haramsani minta maaf pada balu-balu Memali dulu

    ReplyDelete
  9. kan kat HUJAH dah kata..prof tu kata dah lama Melayu Penang mundur..apa lagi..dah lah tutup kes lah.. dah dah dah dah..

    ReplyDelete
  10. TUAN MUFTI NAK KERAJAAN PERPADUAN, TAPI YANG INI APA PULAK?


    Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

    19 Rabiulawal 1431H
    Herman Shamsuddin

    Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

    Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

    Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

    ReplyDelete
  11. Hi TB..pasal kes melayu dipinggirkan ni, takyahla kitorg nak petik berita harian ke, utusan meloya ke..

    petik kata2 zahrain da cukup, dia tu sape? Pengerusi PKR Pulau Pinang..tambah lagi, rintihan zulkifli noordin (ni live from TV3, takde unsur2 spin cam harakahdaily buat)..

    tajuk tu kata "melayu semakin terpinggir"..bukan "rakyat pulau pinang semakin terpinggir"..so adakah kaum cina semakin tidak terpinggir dalam kes pulau pinang ini?..teringat kata2 zahrain, Lim guan eng komunisme and chauvinisme..sblm ni aku takphm maksud dia sbnarnya, rupenya komunis kecinaan..but Teh Beng pun org Cina jugak, pun cakap camtu..so bukan pasal Melayu ke, Cina ke or Kaum jadi penyebab..jelas dua2 ni ckp pasal Lim Guan Eng, dia ni sape? DAP..ape nak deny lagi, DAP la punca..

    PAS baliklah ke pangkal jalan..tanah YBK kalu pun kau kata kepunyaan bapak Firaun, tetapi anak2 yatim kata, better bapak Firaun dari Yakjuj Makjuj, perampas kesejahteraan diorg..

    anti-firaun

    ReplyDelete
  12. pergh...terberak si tule babi kena balun dgn lu anti-firaun...

    TB..
    skrip memburuk2an MP or ADUN PR sekiranya berlaku kes lompat si katak lompat dah siap lum....kl 5 org umumkan keluar dgn stu mse jwbnya 5 karangan la kau kena siapkan..

    ReplyDelete
  13. anti-firuan, pasal kg buah pala tu penduduk2nya dah kesal dan lebih separuhnya dah ucap terima kasih kpd LGE...kenapa ko buta atau tak baca berita ke?....ophs, aku lupa ko baca soratkobar meloya saje...ka ka ka.

    bukankah DAP dah buktikan bahawa kebanyakan kontrak baru2 diPG telah dimenang oleh penender2 melayu? yg duk bising2 tu puak apa pulak? mereka yg tak diberi projek tu puak apa atau kroni siapa?

    tahniah melayu P.Pinang sbb berjaya bertanding dgn semua bangsa.

    ReplyDelete
  14. yg pegang YBK tu bapak anti-firaun kot?!

    Zahrain tu sape? BEKAS pengerusi PKR la ngookk..

    "takyahla kitorg nak petik berita harian ke, utusan meloya ke.."
    tapi rujuk kat tv3suku. apaaraaa!

    selamat datang kpd anti-firaun,
    pencacai 'baru' UmNgok/BN kat laman ini...
    welkam..welkam..

    ReplyDelete
  15. mamak adalah keling! tak faham lagi ke?

    ReplyDelete
  16. alo anti firaun. ko ni memang idup dlm zaman firaun yg xde alat komunikasi yg canggih aku rasa. isu YBK ialah YBK x bayar cukai dan xmembenarkan audit dilakukan. so..kerajaan PR selangor mesti ambik satu tindakan bagi memastikan harta rakyat ni terjaga dgn baik bukannya dibelanjakan sesuka hati pastu x bagi org tahu duit tu g mana...ko ni memang sengal la bro. yg paling best Yayasan Melaka dgn bangga nak tolong..ko tahu x, ramai kontraktor kt melaka ni belum dpt payment projek yg dah siap bulan disember lepas. sepatutnya Yayasan melaka tolong kontraktor2 melaka ni dulu pastu baru p tolong org lain. projek dah siap bulan disember tp KERAjaan melaka nk bayr bulan april. kalu kontraktor besar ok lg boleh idup kalu kontraktor yg baru nak berjinak dan modal x berapa besar mcmana. ko tolong jawab sikit....

    ReplyDelete
  17. aduh teruk aku kena. joostspring tolong aku. aku tak boleh nak jawab.

    anti-firaun

    ReplyDelete
  18. sorry, my mistake pasal zahrain tu..but what i'm trying to say that zahrain is somebody in PKR..dia ahli parlimen PKR ape? tak kira la dia x pkr ke tak..

    ok but kg buah pala..anon di atas tgk harakahdaily ye?..patutla..

    pasal YBK tu..Govt Selangor mmg ade right utk rampas mane2 tanah yg tak membayar cukai, even rumah korg pun boleh dirampas sekranya tak bayar..but perlukah Gov Selangor exercise this right? for the sake of rakyat, kenapa ia perlu dilakukan?..Government is not a profit entity, apekah terdesak kah sampai utang RM5 million tax itu jadi isu hingga ingin exercise their right?

    jelas ianya sengaja mencari alasan utk merampas tanah YBK tersebut..

    ok, YBK da jelaskan byaran, mengapa masih ingin meneruskan rampasan? kenapa ingin persoalkan dari mana YBK dapat duit tersebut..Kalu bil air korg kena potong pastu ade ke org syabas tanye duit korg bayar penyambungan datag dari mana? dari Soros kah?

    jd semakin jelas terbukti niat sbenarnya khalid, hanya kerana ingin menghukum ybk kerana tidak memberi jawatan Boss YBK..

    jawatan yg dikejar, rakyat miskin yatim piatu merana..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  19. apa ko cerita nei anti firaun. kosong x der fakta langsung.
    pei.. mancing lg baik. aku ingatkan td ko nei bagus rupanya kabus.

    ReplyDelete
  20. yes Gov Selangor have right to do this b'cause YBK don't want to be audit..WHY...? is it something being hiden..rakyat want to know.
    for the tax had being paid also Gov Selangor and rakyat want to know where the money came from. is it they using others country money or what. is it the money coming from all the YBK activity..if YBK agreed to being audited i'm confident that selangor gov will accept the money. we just don't want YBK using others rakyat money to cover up what they doing wrong.
    for me if YBK is in the right side..and they not doing anyhing wrong.. why afraid??? *yang benar tetap benar yang salah tetap salah*

    ReplyDelete
  21. utk anti firaun..ko beri aku alasan bukannya sebab..so ko tolong pikirkan ape yg aku tulis kt atas. kenapa YBK mesti takut utk diaudit. kalau YBK setuju lepas ni kenapa ambik terlalu lama utk buat keputusan. *Yang benar tetap benar, Yang salah tetap salah*

    ReplyDelete
  22. "sorry, my mistake pasal zahrain tu..but what i'm trying to say that zahrain is somebody in PKR..dia ahli parlimen PKR ape? tak kira la dia x pkr ke tak.."

    anti-firaun,
    sapa Abdullah bin Ubai..?

    ReplyDelete
  23. yang ybk hutang 5 juta kerajaan selangor pertikai kan.....

    pasal kerajaan selangor bail-out talam corp dgn jumlah hampir 1 billion tu wat senyap dik je...

    mentang2 la org2 besar talam corp tu cina..kerajaan selangor amik tolong..dan kerana ybk tu di bwh org melayu kerajaan selangor kena jatuhkan...igt sikit tu,yg org melayu tu org islam...dah ada org nak tolong byrkan hutang bp ybk pun kerajaan selangor berlagak konon2nya ybk byr dgn duit sendri...

    kl ank toyo jth sebab penyapu,si kalid lak akn dikenang sbb isu ybk ni...

    ReplyDelete
  24. besar betul isu YBK ni yer dari isu keselamatan negara...enjin jet tentera ilang boleh rilek...macam mana pulak kalau fail sulit sistem pertahan negara ilang..? lagi rilek kot...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?