Walaupun Mufti Perak ni dibuktikan telah berbohong, namun kita tidak dapat nafi ada perkara yang dia kata tu adalah fakta yang tidak dapat dinafi. Misalnya, tidak mungkin Mufti Perak akan berani bercakap dengan Ustaz Ahmad Awang sekiranya beliau tidak mendapat "green light" dari beberapa pimpinan PAS Pusat. Ini kerana Ustaz Ahmad Awang sudah ada rekod yang panjang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang boleh di baca di sini.
Harussani dilaporkan berkata:
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.Saya juga merujuk kepada kenyataan Ustaz Ahmad Awang sewaktu Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas:
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju", katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.ANALISA KEDUA-DUA KENYATAAN DI ATAS
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan".
Sebelum dianalisa kedua-dua kenyataan di atas, kita perlu ingat dua fakta utama:
1.0 - Sewaktu kesemua usaha Harussani ini berlaku, PAS masih lagi berada di dalam Barisan Alternatif bersama Parti Keadilan Nasional (PKR).Analisa saya adalah:
2.0 - Keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat selepas MAC 3, 2008 memutuskan menubuhkan kerajaan bersama-sama PKR dan DAP.
3.0 - AJK PAS Pusat tidak pernah memutuskan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO atau Barisan Nasional.
1.0 - Terdapat beberapa kepimpinan PAS Pusat yang secara jelas dan terang melanggar keputusan mesyuarat PAS Pusat tersebut dengan melobi untuk memastikan kerajaan PAS-UMNO di Perak itu berjaya.
2.0 - Tuan Guru Haji Hadi TIDAK MENYOKONG lobi dari Harussani ini kerana di dalam artikel lain, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan:
"Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai kepada satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian. Malah dua hari kemudian, presiden parti menghubungi saya, Ustaz perlu pastikan ia diteruskan, jangan pedulikan orang lain".Kemungkinan Tuan Guru Presiden mahu menjaga hati Harussani dengan berkata demikian.
3.0 - Kewujudan “panggilan misteri” selepas keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dibuat itu MENGESAHKAN wujud “Fraksi UMNO” dalam PAS. Siapa yang membuat panggilan itu, ada dalam kenyataan Harussani di atas.
4.0 - Selepas kegagalan di Perak dan Selangor, maka "Fraksi UMNO" meneruskan usaha mereka seperti:
a. Perjumpaan dalam gelap dengan UMNO.
b. Melabel mereka yang tidak selari dengan mereka sebagai "proksi Anwar".
c. Memfitnah Husam Musa sebelum pemilihan tahun lepas.
d. Menyebar khabar fitnah kononnya Kepimpinan Ulama hendak dihapuskan.
e. Menyebar fitnah terhadap kerajaan PR Selangor i.e. Teresa tidak izin azan di
kawasan beliau, ahli2 Majlis sudah tinggal 30% Melayu, ITZ, isu Arak, isu sedekah lembu, kereta MB dsbnya.
f. Bermula perpecahan dalam PAS.
g. Melabel kesemua yang menentang perselingkuhan dengan UMNO sebagai tidak wala’ dan tidak menghormati kepimpinan ulama.
h. Menyebar fitnah kononnya Mursyidul Am dipengaruhi oleh pihak ketiga sehingga
menyebabkan Mursyidul Am tidak menyokong agenda "Kerajaang Perpaduang".
i. Agenda Muzakarah dan kemudiannya "Kerajaang Perpaduang" dan sebagainya.
5.0 - Puak Fraksi UMNO dalam PAS adalah “PENGKHIANAT PARTI” tapi mereka dilindungi kerana mereka berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lepas. Kalau PAS mengekalkan mereka ini di tampuk kuasa PAS, maka PAS akan hancur dalam masa beberapa tahun yang akan datang ini.
Percayalah
PENUTUP
Perlu kita membersihkan parti dari anasir-anasir UMNO yang dikenali sebagai "Fraksi UMNO" dengan kadar segera kalau kita masih mahu mempertahankan kemurnian serta keluhuran Islam di Malaysia ini.
"Perlu kita membersihkan parti dari anasir-anasir UMNO yang dikenali sebagai ”Fraksi UMNO” dengan kadar segera kalau kita masih mahu mempertahankan kemurnian serta keluhuran Islam di Malaysia ini"
ReplyDeleteheheh..TB da gilo agaknye..
kalu ianye berlaku la kan TB, aku rase semakin terserlah kekotoran PAS and terlucutlah kemurnian dan keluhuran Islam di Malaysia ni..PAS ber"Fraksi"kan DAP..korg pikirla sendirik..
jgn label org2 PAS "Fraksi UMNO" bila mereka tidak sehaluan dgn parti tentang sesuatu perkara..bukankah sebahagian dari PAS menerima perbezaan pendapat sbg proses demokrasi dalaman PAS?
adakah mereka2 ini mempunyai perbezaan pendapat atau perbezaan matlamat?
renung2kan..
anti-firaun
Jika jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Mat Sabu atau Husam dlm pemilihan yg lepas, mungkin keadaan TIDAK gawat dan bercelaru seperti sekarang.
ReplyDeleteSesungguhnya, Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Menentukan segalanya..
Mudah-mudahan ketetapanNya ini akan menguatkan dan meningkatkan lagi perjuangan gerakan Islam di bumi Malaysia.
Salam Perjuangan..
Lawan Tetap Lawan
3x.Kah.
ReplyDeleteFalsafah.....falsafah...falsafah..
Tak habis2 si TB ni dgan andaianya?
Kau panjat pokok tinggi2....kau berangan lah sorang2 TB woiiii...
Orang dah tak hairan dah.....oarang dah tahu perangai kau tu.
WTK ni sapa pulak
ReplyDeleteSaya setuju didalam PAS ada fraksi UMNO, ada juga Fraksi PKR dan Fraksi DAP.
Siapa mereka ?
A. Nasarudin, Husam dan Nizar.
B. Haji Hadi, Nik Aziz dan Ahmad Awang.
C. Nasarudin, Kamarudin Jaafar dan Nizar.
D. Tuan Ibrahim, Hasan Ali dan Khalid.
E. Mat Sabu, Lo'LO' dan Anwar.
Sila jawab.
D, D, D, !
Betul....!, Nasarudin Fraksi Umno, Kamarudin Fraksi PKR dan Nizar Fraksi DAP. Tahniah....
Tak sokong ke kalau parti2 Islam - Melayu berbincang untuk selesaikan masalah umat Islam? Berbincang bukan maksud terjun ke UMNO.
ReplyDeleteHi Srikandi,
ReplyDeleteketika seruan perpaduan sesama ummah dicadangkan demi mengutuhkan perpaduan sesama islam, maka "syaitan2 mula rase tidak tenteram dan panas hati apabila ummat nabi muhammad ingin bersatu, maka diarahkan suma askarnya membisik kan ke telinga umat2 nabi muhammad yg berfraksikan kuasa ini supaya menolak usaha penyatuan ini..sesungguhnya, hanya Syaitan yg suka kaum nabi muhammad berpecah belah.."
maka syaitan ini akan berjaya sekiranya seruan perpaduan ini gagal..
anti-firaun
p/s: hanya org2 yg berhati "syaitan" yg panas hati dgn ayat2 aku atas ni sbb itulah sifat mereka..maka..syaitan berjaya sekali lagi..
He..gilo apo lg bangge bertemankan DAP yg sah2 kafir tuh.
ReplyDeleteTanggungla dosa wahai TB ko mengutuk Ulama. Harussani, seorg Islam, yg mengajak utk perpaduan umat islam.
Tp ko lebih cenderung memuja Karpal yg 'di dadanya ada bulan' xpun teresa Kok yg sah2 menentang kesyumulan islam di Malaysia ini (azan pun suruh slow ape citer).
Agaknya ko dpt pahala kot bile memuji kafirun2 yg sah nak menjahanamkan islam nih...
Teman rasa kita jgn buang masa berdebat perkara2 yg dah berlaku, org putih kata 'ayor bawah jambatan'.Kita patut fokus isu2 semasa dan yg akan berlaku.Paling atas sekali ialah siapa nak ganti TGNA kalau dia ditakdirkan tak lagi berupaya membimbing kita,jgn marah,tapi teman tengok TGNA dah tak berapa sihat akhir2 ni,asyik masuk hospital jer.Kita jugak kena fokus camna nak pujuk ahli2 PKR yg nak keluar tu supaya masuk PAS.Lebih banyak MP dlm PAS lebih cepat kita pi Putrajaya! Kes Harussani bior le dia melalak,tak jadi kudisnyer!!
ReplyDeletePAS FOR ALL!
n'anti-FIRAUN kata:
ReplyDelete"..apabila ummat nabi muhammad ingin bersatu, maka diarahkan suma askarnya membisik kan ke telinga umat2 nabi muhammad yg berfraksikan kuasa ini supaya menolak usaha penyatuan ini.."
-tak ikut syariat Islam, anak-bini tak tutup aurat. Ummat Muhammad ka?
-anakgadis jadi penyanyi, pakai separuh-separa melalak dpn khalayak ramai. Ummat Muhammad ka?
-tidak tegas dan/atau menolak hukum/undang2 Islam.
Ummat Muhammad ka?
-hina/sindir/perli/perlekeh hukum hudud, spt potong tangan nnt mundur, makan sup tangan, laksana hudud takut pelabur lari/negara tak maju. Ummat Muhammad ka?
-berlaku zalim pada manusia/rakyat. bebankan dgn cukai yg tinggi, kenaikan harga barang yg melampau - pembesar2 hidup mewah kaya-raya, masih ada rakyat yg merempat, miskin tegar, tidak bersekolah dsbnya..
Ummat Muhammad ka?
-kenalkah 'Muhammad' (Yang Terpuji)..?
FaridShah..
ReplyDeleteSuma menda yg ko tulis kat atas ni, byk kat Kelantan, juga kat negeri2 lain, ia di mana2..ustaz pun bleh kena tangkap khalwat..kes rogol jgn citerla..
tp org UMNO tak salah kan PAS, sbb biarlah kesalahan mereka dihisab di akhirat kerana setiap perbuatan kita atas tindak tanduk individu..AlQuran and Sunnah jadi pegangan, setiap individu tau..tp org PAS masih dgn perangai lame, "menyalahkan org lain" tanpa muhasabah diri sendiri..
tiada la dalam PAS dan UMNO menggalak atau memperjuangkan perkara2 negative itu berlaku spt yg anda tuliskan..tanye nik aziz and karpal singh knapa hudud tidak dilaksanakan di Kelantan setelah sekian lama memerintah..
yg menjadi concern, Islam di"lacur"kan demi politik..matlamat menghalalkan cara..apakah dgn menyokong mereka2 ini yg jelas mengutuk Islam dpt membantu perjuangan PAS? Pas kata, mereka tidak tau islam, itu sbb mereka kutuk2, UMNO yg menyebabkan pemikiran kaum kafir sedemikian..apakah UMNO juga penyebab org Israel membunuh rakyat PAlestin yg tidak berdosa?
tak sedar lagi ke?
anti-firaunn
keh keh keh keh keh keh keh
ReplyDeletemelayu bodoh..keh keh keh..melayu bodoh..keh keh keh..
jilat lagi DAP..keh keh keh..melayu bodoh..keh keh keh..tak jilat DAP kafir keh keh keh..
keh keh keh melayu bodoh..keh keh keh
wei sumer penyokong2 umno
ReplyDeleteklau dah najib nk suruh bini pkai tudung tk leh
nk pimpin satu negara nie ke arah islam?
klau umno cakap pasal islam nie politik jer
keluarga sndiri tk leh settle
nk cakap tegakkan islam
piirah
hoii anti-firaun...PAS yang melacurkan Islam atau kau dan BN yang melacurkan Islam atau kau dijadikan pelacur oleh BN untuk memberi komen kosong merangkap orang bodoh.
ReplyDeleteSiapa yang tak mahu membantu PAS yang ingin menjalankan hukum Islam sewaktu memerintah Trengganu dulu hingga disiarkan muka depan akhbar Utusan polis tak mahu beri kerjasama dalam undang-undang Islam kerana kononnya tiada dalam akta.
Mungkin ko ni belum sunat lagi masa tu. Sebab tu fakta macam ni pun kau x tau...bahlul
Pada pendapat aku, PAS tidak perlu membuat Pakatan bersama DAP dlm isu menegakkan Islam. Aku nampak PAS agak terbatas & terkongkong dlm bab ini. Mana kan tidak, hendak tegakkan Islam kena minta izin dulu dgn DAP & PKR. Kalau berkenaan hal2 rakyat, aku setuju, Pakatan PAS & DAP boleh diteruskan. Pemimpin2 PAS yg dikasihi plz take note this idea. Ahli2 akar umbi PAS mahukan PAKATAN ISLAM yg berupaya menyelesaikan permasalahan ug sedang dihadapi PAS ketika ini.
ReplyDeleteKenapa PAKATAN ISLAM lebih baik drp PAKATAN RAKYAT.
ReplyDelete1) Islam itu benar. Islam diturunkan oleh Allah utk makhluknya.
Sedangkan rakyat adalah hamba kpd Allah. Kekadang betul, kekadang salah. Kekadang mengikut akal, kekadang mengikut hawa nafsu. Kekadang patuh perintah Allah, kekadang melawan perintah Allah.
2) Islam bermaksud aman. Sesiapa yg mematuhi ajaran Islam pasti akan aman. Sedangkan rakyat, bermacam-macam karenah. Ada yg suka arak, ada yg suka judi, ada yg suka perempuan, ada yg suka riba. Oleh itu Islam adalah lebih baik dari rakyat.
3) Islam dapat membezakan yg hak dan batil. Sedangkan rakyat, kekadang Jahil. Tidak tahu beer itu juga haram disisi Islam.
Aku sokong PAKATAN ISLAM.
ReplyDeletePemimpin PAS perlu mempelopori idea ini.
BN & PAKATAN RAKYAT tidak mampu menyelesaikan permasalahan yg dihadapi kini. Masing2 bergaduh utk menegakkan hujah masing2, sehingga mengabaikan nilai2 Islam itu sendiri. Yg paling sedih sekali, ada yg sanggup menuduh seseorg itu dgn tuduhan munafik. Ada yg suka memaki hamun & bertulisan lucah. Ingat Islam adalah penyelesaian yer. BN & PR tolong kembali kpd Islam...
Woi anon 2:49 & anon 2:57..!
ReplyDeleteApasal IP address kau sama..?
kalau nak menyamar pun biar la cerdik sikit..!
Sendiri komen, sendiri sokong, IP address pulak sama...
BANGANG..!
Topeng Perak.. Salah ker pakai IP address yg sama. Sapa kata aku nak menyamar..
ReplyDeleteSalah ker kalau aku nak sokong PAKATAN ISLAM. ISLAM adalah penyelesaian yer... Perjuangan BN & PAKATAN RAKYAT tak kemana kerana dasar perjuangan yg tidak berlandaskan ISLAM. Kalau BN & PAKATAN RAKYAT menang sekalipun, aku tak yakin BN & PAKATAN RAKYAT boleh menegakkan ISLAM di bumi Allah ini.
Topeng Perak aku menyeru supaya kau kembali ke pangkal jln. Hanya Islam shj yg diterima oleh Allah sebagai agama yg betul.
Srikandi
ReplyDeleteUmat Islam bermasaalah atau pemimpin melayu umno yang bermasaalah dalam Islam?
minangkabau