Thursday, March 11, 2010

Nama Husam Tiada Dalam Rombakan Exco Kelantan Yang Baru

Malam semalam saya bercakap dengan sahabat saya yang biasa saya bertanya berkenaan dengan kes dan permasaalahan politik di Kelantan. Beliau mendengar khabar berkenaan dengan kemungkinan berlaku rombakan EXCO dalam bulan Mac ini.

Khabarnya, MB Kelantan yang ada sekarang akan dipaksa untuk meletak jawatan serta bersara dan MB baru akan ditabal di Kelantan. Calon MB baru adalah Dato' Ahmad Ya'akob, TMB yang ada sekarang.

Khabarnya, MB yang bakal angkat sumpah ini akan memberikan senarai EXCO yang baru dan dalam senarai ini nama Husam Musa tiada. Sahabat saya memberitahu mereka merancang untuk menjalankan tindakan ini dalam bulan Mac 2010.

Mengikut sahabat saya ini, perlantikan TMB sekarang menjadi MB baru serta pembuangan nama Husam Musa dari menjadi EXCO Kelantan telah mendapat restu dari Presiden PAS sendiri.

Namun, mengikut sahabat saya ini juga, perancangan mereka ini setakat ini gagal dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan menduduki takhta Kelantan semula.

Saya tak paksa para pembaca mempercayai khabar ini, namun sahabat saya ini tidak pernah salah atau berbohong kepada saya.

PETANDA-PETANDA DARI KHABAR INI

Sekiranya maklumat ini benar:
a. Ia bermakna kumpulan "Fraksi UMNO" di Kelantan masih terus aktif di dalam percubaan membuang Husam Musa dalam tong sampah.
b. Agenda "Kerajaang Perpaduang" masih aktif dan kuat berjalan.
c. Gerakan "Kerajaang Perpaduang" berjalan dalam senyap. Mereka dalam fasa membuang 'tokoh-tokoh" yang mereka anggap boleh membahayakan agenda mereka.
d. Kepentingan parti sudah tidak menjadi kepentingan lagi bagi kumpulan "Fraksi UMNO" ini.
e. Percubaan untuk membuang Tok Guru sedang berjalan lancar dan rapi.
PERLU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA PAS DISELAMATKAN

Dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan ke takhta beliau adalah petanda bahawa Allah SWT membantu melindungi PAS dari mereka yang mahu menjadikan PAS kuda tunggangan mereka.

Tugas seluruh penyokong serta pendokong PAS adalah berdoa supaya Allah SWT menurunkan bala dan bencana kepada puak2 yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO ini sebagaimana Allah SWT menurunkan bala kepada kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Lut.

AMINNNNN

Tulang Besi

33 comments:

  1. eloklah kita semua berdoa kepada Allah swt untuk selamatkan pas.. tetapi adalah tak elok dan kurang bijak kalau memohon bala seperti hujan batu ke apa saja,kerana jika bala di turunkan kita akan terkena semua.. memohon bala adalah perbuatan umat yang bodoh lagi jahil... bersederhana lah bila memberi pendapat... kekalkan kebijaksanaan dalam berdakwah..
    salam

    ReplyDelete
  2. post article bodo sokmo.. masalah dlm parti selesai dlm parti x keno duk heboh satu malaysia..

    ReplyDelete
  3. nanti kita sama2 nantikan lepas rombakan exco ni..

    ni TB ckp kawan dia yg tak pernah tipu dia kasi tau..so mcm high chances menda ni betul..so meh kite same2 tgk sejauh mane kebenarannya..kalu betul, betul lah..bleh caya la kawan TB tu..kalu salah, kawan TB tipu TB, TB tipu korg..dan satu lagi episod citer sensasi dan tak betul TB posting kat sini..same mcm posting2 yg lain..

    track post ni..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  4. TB kami akn bersama anda dlm setiap tindakan anda utk jatuhkan kumpulan UG ini...anak muda!!!

    ReplyDelete
  5. artikel bodo jugok... bakpo pemangku sultan kelate a.k.a nok bue nik aziz ko???

    kalu bue husam tu bole la cayo jugok..sebab husam mcm duk harap laki manohuruhara naik jadi sulte...

    si syed azidi pulok version lain... Sultan Ismail balik...TGNA akan jatuh... Husam akan naik..

    huhuhu....mcm2...

    ReplyDelete
  6. sbb HUSAM akan jadi MB!!!!!

    ReplyDelete
  7. Tule Babi...

    Byk2 artikel lu...artikel ni yg plg aku suka..hhohohohoho..bersaranya nik ajis dr jawatan MB kelate bermakna pas akn berkubur di kelate PRU 13 nanti..bg warga emas kelate, NIK AJIS lebih menonjol dr pas...kl nik ajis tubuh parti baru sekalipun di kelate ada kemungkinan parti nik ajis tu bleh perintah kelate....

    mentang2 la dpt restu presiden pas kau boldkan ayt tu ye tb..prejudis btul la lu ni....tp lemah btul la otak kau TB...bleh ke terjadi semua tu tanpa mendapat restu NIK AJIS terlebih dahulu???kl benda ni dah dirancang dah tentu telah mendapat persetujuan nik ajis juga...

    tule babi...

    nampak gaya nik ajis pun dah mula menunjukkan minat nak sokong kerajaan perpaduan ni...

    hohohohoho...

    kl nik ajis sokong kerajaan perpaduan kau lak mcm mana TB???

    pencacai2 yg lain lak nak jadi ape???

    hahahhahahaha....kunci syurga ada dgn nik ajis...berani ke puak2 hampas dan PR nak lwn nik ajis ni???

    ReplyDelete
  8. PAS nampak takut sangat ngan kerajaan perpaduan ni. Langsung tak fikir pasal kepentingan orang yang memerlukan.

    Rombakan ni pun nampak tepat pada masanya. TGNA pun dah kurang sihat. PAS Kelantan perlu orang lain lagi sebagai ganti beliau.

    Lagipun, sebagai pemimpin yang betul2 fikirkan kebajikan rakyat dan partinya, pemimpin tersebut perlu tahu beliau tidak selamanya berkuasa.
    Ada kemungkinan juga husam tiada dalam rombakan atas sebab2 presiden itu sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  9. betul ke jootspring..kat kedah mana ada nik aziz..

    ReplyDelete
  10. salam....tak heran....cuba lihat dalam organ PAS (Harakah) setelah gagal di Harakah cetak....kini...satu gerakan halus sedang dibina dengan membina team kerajaan perpaduang. Cuba bilang berapa ramai golongan ini daripada, Mustafa Ali, Zul Sulong hingga team bawahannya. Dan kalau ader yang nak bising-bising cuba tanya soalan cepu emas...sudah berapa banyak 'Projek Zul Sulong' yang terlingkup di Harakah tetapi masih disimpan kemas oleh Pengerusinya.

    ReplyDelete
  11. Bongok dan bodohnya si penulis blog ini.Mmg sial tahap cipan mendedahkan masalah dalaman parti pd org luar!!!!Lepas kutuk UMNO dan takde idea cerita maka dicerita pulak masalah sendiri..aku ingat ko bukak web lucah lah cerita siapa bini ko, ambil gambar telanjang dan cerita berapa kali main lagi ok kot!Atau ko sebenarnya penulis blog upahan UMNO!Boikot this blog...

    ReplyDelete
  12. hehehe, sape la yg nk buat cmtu kt Klate? Boleh melingkup Klate klu ade org yg kaco tok guru.. Gile ke hape? Kt Klate, hang nk kata or kutuk PAS pn tkde sape yg pduli. Tp, bila ade org yg brani sentuh tok guru, org tkkn berdiam dri..

    ReplyDelete
  13. azam..

    kl nak th btul tak yg aku ckp tu,puak2 kau usulkan r cepat2 kpd pemimpin pas pusat dan kelate supaya nik ajis berundur dr kerusi MB tu sblm PRU13 ni....ada berani ker sedara????hohohohooho....ada ke sapa2 org kelate yg nak nafikan bhwa nik ajis lbh penting dr pas(di kelate)


    hohohoho..hello sedara,PRU12 dulu PR ni betul2 kuat ke atau sbb org2 awam termasuk org umno sendri yg benci kpd keraajan tido pok loh and bajingan KJ tu??? jgn terkeliru sedara....

    ReplyDelete
  14. Salam perjuangan.

    Melihat kpd artikel, penulisan, komentar dan maklumbalas yg diberikan nampaknya PAS semakin tersasar drp perjuangannya. Sdra. mungkin baru dalam PAS dan politik serta tidak menyelami secara mendlm perjuangan PAS. Saya dulu adlh ahli PAS seumur hidup selepas dibubarnya Hizbul Muslimin. Tetapi selepas PRU 12 dan kemenangan di 5 negeri nampaknya pemimpin2 PAS semakin kemaruk kuasa ditambah dengan penokong2 fanatik yg hanya tahu bercakap tetapi tidak memahami perjuangan PAS.

    PAS tidak perlu bekerjasama dgn PKR dan DAP bagi mengembalikan sokongan org Islam kerana bersama dlm PR segala perjuangan PAS seumpama pelangi senja yg tidak akan kesampaian. Nampak cantik tapi hanya pada muka tetapi hakikatnya sementara. DGn PR, PAS mendpt quota kerusi yg sikit berbanding DAP dan PKR malahan cuba lihat bhw kerusi PAS pula amat sukar utk dimenangi sedangkan PKR dan DAP mendpt kerusi yg selesa. Kalau inilah caranya maka selamanya PAS akan menjd spt lembu dicucuk hidung.Kita menjd kuda tunggangan DAP yg hanya inginkan sokongan Melayu utk meeka menang di kerusi selesa. Sedarlah kita semua ahli PAS atau kita akan terus begini selamanya!

    Maaf, ini teguran membina utk kebaikan bersama.

    Ikhlas,
    Hj. Mubin
    Ahli PAS seumur hidup
    Bkt Gantang

    ReplyDelete
  15. harakah pun ahli pas tak beli sebab mereka tahu ia adalah lidah rasmi pas ganu (geng perpaduang)!

    ReplyDelete
  16. ambil berat jugak ko ngn PAS ye jootspring..terima kasih..perpaduang melayu la mu ni yo..

    ReplyDelete
  17. knp azam and the geng yg anti sgt2 dgn puak perpaduan tu...

    tkt ke kl semua org islam dan melayu bersatu di mlysia ni?????

    ReplyDelete
  18. Kenapa terlalu memandang politik lebih dari segala-galanya..

    Pas sebuah jamaah Islam, Politik salah satu cabang.

    Insya Allah, kita kena letak keyakinan, Allah akan jaga PAS, dan kena yakin bhw setiap tindakan pimpinan adalah mencari redha Allah, barulah kita akan jadi tenang dengan setiap keputusan.

    Bukankah keputusan sebegini kena disyurakan.. takkan timbul siapa punya keputusan...

    Bagi saya tulisan sebegini, lebih menimbulkan perpecahan dalam PAS. Yg terbaik kita terima dulu keputusan pimpinan yang dah disyura' (kena letak keyakinan, bhw kita bukannya parti politik semata-mata), lepas tu tunggulah penjelasan pimpinan.

    Kalau tak puas hati jugak, kenalah berlapang dada, barulah nampak amal jamaie.. bukan menampakkan lagi perpecahan dikalangan ahli jamaah..

    ReplyDelete


  19. PAS tidak perlu bekerjasama dgn PKR dan DAP bagi mengembalikan sokongan org Islam kerana bersama dlm PR segala perjuangan PAS seumpama pelangi senja yg tidak akan kesampaian. Nampak cantik tapi hanya pada muka tetapi hakikatnya sementara. DGn PR, PAS mendpt quota kerusi yg sikit berbanding DAP dan PKR malahan cuba lihat bhw kerusi PAS pula amat sukar utk dimenangi sedangkan PKR dan DAP mendpt kerusi yg selesa.
    .

    Jadi cara terbaik kita duduk dgn UMNO?

    ReplyDelete
  20. diorg anti sgt kat geng2 UG sbb sekirnya UG terbentuk:

    (i) PAS akan tenggelam dan tidak menjadi relevant lagi di mata masyarakat..UMNO telah lakukan semua..bimbang org akan vote UMNO than PAS..

    (ii) Power - PAS kehilangan "taring" nye..tiada lg isu2 yg boleh dimainkan..PAS spt "tiada" dimata masyarakat..

    (iii) Nicky AJis akan makin terpinggir..UG mengutuhkan pengaruh hj hadi setelah bekerjasama dgn UMNO..

    (iv) Bisikan "syaitan" Anwar - tiadala pengundi Melayu utk PR dan bertambah kuat la BN..jd terlebur la cita2 mistik anwar menjadi PM..anwar tersungkur teruk..

    (v) Secara overall = PR tidak lagi relevan, kerana modal2 politik yg menidakkan perjuangan UMNO kini tidak lagi boleh diguna pakai bila UG terbentuk..

    cubaan kearah perpaduan melayu dan islam ini terbentuk akibat kesan PR12 dimana umat islam berpecah belah..bagaimana kite ingin lihat Islam itu kuat dan utuh sedangkan umat islam ini berpecah belah hanye kerana berbza pahaman politik..kesannye terlalu besar yg tidak tertanggung bagi umat islam tak kira UMNO or PAs..bertindak skrg otherwise generasi akn datang akan menyalahkan kite..

    anti-firaun

    ReplyDelete
  21. anti firaun = pro Lim Goh Tong?

    ReplyDelete
  22. anti firaun,

    Kao tak sedar ke.

    Minuman rasmi UMNO sekarang ini adalah San Miguel Beer.

    Sedar ke tak?

    ReplyDelete
  23. Tulang Babi yang bodo....

    "Tugas seluruh penyokong serta pendokong PAS adalah berdoa supaya Allah SWT menurunkan bala dan bencana kepada puak2 yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO ini sebagaimana Allah SWT menurunkan bala kepada kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Lut."

    Puak2 bangkai PASberg yang kemaruk menjilat punggung CIFUT BABI dan duduk sekelambu dengan PKR yang terang2 melacurkan Islam... amacam??? Agak2 pendukung gay tua seMalaysia boleh selamat ker bila Allah turunkan bala seperti yang terjadi kepada kaum Nabi Lut..???

    ReplyDelete
  24. Ni la contoh tulisan seorang fasik yang membawa berita. Inilah juga contoh firaun kecil yang bakal menjadi bapak firaun.... tahniah firaun kecil. Bila nak transform???

    ReplyDelete
  25. bukan takut..tapi ingat la sket..bersatu politik je tak guna kalau tak bersatu sosial dan ekonomi.. faham tak??
    sbb apa..lepas tu berpecah balik...

    orang boleh jangka la..sosial,politik dan ekonomi..mana lebih penting???

    perpaduan,perpaduan jugak..perpaduan apa????

    ReplyDelete
  26. Hampa ni......senang2 nak maim persepsi noh.

    TGNA & YB Husam bagai bapak dgn anak.

    Tak payah la hampa nak mengandai ni....mengandai tu....macam Pak Nujum.

    Buat malu aja.

    ReplyDelete
  27. kapal umno dah mula tenggelam. pemimpin umno mengharap pas dapat menaikkan kapal mereka yang nak tenggelam dengan menggunakan pendekatan perpaduan melayu tetapi orang melayu sekarang telah tahu bahawa umnolah yang membinasakan mereka selama ini. orang melayu dah bijak sekarang.

    ReplyDelete
  28. ADek Awang

    Saya tak salahkan Tokk Guru. Plan diorang nak buang Tok Guru dulu baru buang Husam

    Selagi ada Tok Guru sebagai MB, Husam takkan dibuang dari exco.

    Percayalah.

    ReplyDelete
  29. Tulang besi..

    Cara terbaik kembalilah kpd ajaran Islam yg sebenar.

    BN, PAKATAN RAKYAT, PAKATAN MELAYU tidak boleh menegakkan ISLAM. Lihat bagaimana Rasulullah menegakkan ISLAM di MAdinah. Lihat bagaimana Rasulullah mendamaikan kaum2 yg bertelagah antara satu sama lain dgn mengunakan ajaran ISLAM yg sebenar.

    Tidak perlu kpd NASIONALIS, RAKYAT mahupun BANGSA. Apa yg perlu kita memegang kpd Al-quran dan Sunnah Rasulullah nescaya kita akan berjaya.

    ReplyDelete
  30. ada betul nye ape yg anon(March 11, 2010 9:40 PM) cakap tu....

    berpandukan contoh rasulullah dan bersandarkan pd al-quran adalah jalan penyelesaian nyer. tapi cube lihat realiti skrg ni. tak ramai yg benar2 nak amik tahu sirah rasulullah. x rmai yg faham konsep politik dalam perspektif islam "yg sbnrnye". masih ramai org islam yg terlibat dlm politik kat malaysia ni memahami konsep politik spt mane acuan sekularism & liberal. aku dpt tgk bende ni dlm pemimpin pkr, dap ,pas dan lebih2 lagi umno.jgn ler nak hipokrit kat dpn aku ni....

    mesti ada pendekatan dan penyelesaian kpd masalah ni demi menjamin masa dpn generasi kita dan anak cucu kita. UG ke, fraksi umno ke, pas totok ke,pakatan rakyat ke, aku masih tak nampak penyelesaian nyer.serious!!!

    time to shift. formula utk jadikan malaysia sbg sebuah negara islam yg cemerlang dh ade dpn mata laa... cume tinggal nampak dan gune aje formula tu sbagai penyelesaian.

    ReplyDelete
  31. apa sebenarnya berlaku boleh baca di sini, di sini dan juga di sini

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?