Baik Tan Tee Beng, baik Zaharain, baik ADUN Port Kelang, ADUN Lunas dsbnya tiada seorang pun yang mampu memberi alasan kukuh untuk mereka keluar dari PKR.
Maklumat yang saya dapat adalah mereka yang melompat adalah mereka yang selama ini dikiritik kerana tidak menjalankan kerja mereka sebagai wakil-wakil rakyat. Zaharain sudah masyhur kebencian ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR terhadap beliau.
AHLI-AHLI TIDAK MENGIKUT PUAK-PUAK INI
Satu petanda jelas mereka dibeli adalah mereka tidak diikuti oleh ahli-ahli dan penyokong. Tan Tee Beng cuma ditemani oleh Salehuddin Hashim sahaja dalam siding akhbar beliau. Begitu juga Jamaluddin dan Kapten Alias di Perak dahulu.
Zahrain dilaporkan cuma mampu membawa 2 orang ahli dari Bayan Baru mengikuti beliau. Dan sekarang Zahrain dilaporkan menyebarkan fitnah kononnya Malik Kassim adalah hamba seks kepada Anwar Ibrahim. Zahrain bukan setakat menyebut fitnah ini, tetapi sekali dengan menceritakan aksi-aksi bagaimana Anwar meliwat Malik Kassim. Maklumat ini saya dapat dari mereka yang mendengar sendiri Zahrain berkata demikian.
Begitu juga ADUN Port Kelang sewaktu beliau isytihar jadi ADUN Bebas, yang menemani beliau keluar PKR adalah ahli2 UMNO. Tiada ahli PKR kelang mengikut beliau pun sampai hari ini. Isteri beliau pun sudah memfailkan "fasakh" ke atas beliau.
DALANG MEMBELI RUPANYA DATO SALEHUDDIN
Dari maklumat yang saya dapat dari dalaman PKR, dalang utama membeli wakil rakyat ini adalah Dato’ Salehuddin Hashim sendiri.
Perletakan jawatan beliau sebagai SU Agung adalah lantaran salah seorang yang beliau cuba beli telah menolak lantas melaporkan perkara itu pada DSAI.
Untuk melarikan diri, beliau telah mengisytiharkan perletakan jawatan beliau. Beliau terpaksa lari sebab lobang beliau sudah pecah.
Tak hairanlah anak Hashim Gera ni perangai macam munafik sebab beliau marah tak dapat jawatan dalam Kumpulan Perangsang. Beliau sewaktu SU Agung lagi telah memfitnah kerajaan Negeri Selangor dengan menuduh pembelian hutang Talam Corp sebagai satu aksi korupsi.
Bapa beliau kena tendang dari PAS. Anak pun buat perangai macam bapak jugak.
PAS JUGA DALAM BAHAYA
Walaupun PAS ada baiaah taklik, tapi jangan lupa, UMNO boleh mengadakan ulama-ulama suk mereka yang akan mengatakan Baiaah tersebut tidak sah sebab tidak “Syariee”.
Itulah perancangan mereka satu masa dahulu sewaktu mereka menaikkan isu ini. Mereka mengharapkan isu ini akan disambut oleh ulama-ulama dan ulama mereka akan seterusnya mengisytiharkan “Baiaah Taklik” tidak sah.
Namun, mereka nampak isu ini telah menyebabkan penyokong mereka dalam PAS jadi tidak popular sebab penyokong merekalah yang telah mendedahkannya pada umum.
Jadi, jangan ingat PAS berada dalam keadaan selamat. Masih ada peluang bagi UMNO untuk membeli wakil-wakil rakyat PAS.
Jangan pula PAS merasa selesa. Lebih baik beringat dari terkena.
MASANYA UNTUK QUNUT NAZILAH
Saya menyeru kepada pimpinan-pimpinan parti untuk mengadakan solat-solat hajat dan Qunut Nazilah di setiap solat demi untuk mengagalkan perancangan UMNO yang jahat ini. Masanya kita turun dan adakan solat hajat untuk memastikan perancangan jahat dan jijik UMNO ini digagalkan oleh Allah SWT yang Maha Esa.
UMNO bukan tuhan dan Allah SWT lebih berkuasa dari UMNO. Allah SWT akan mengagalkan usaha UMNO ini, inshaalah.
Tulang Besi
p/s - Berikut adalah link artikel dari Raja Petra berkenaan dengan pembelian wakil2 rakyat PKR ini:
Why the two-thirds is crucial (UPDATED with Chinese Translation)
Sudahklah, Sudah semakin ramai Ahli Parlimen dan ADUN bersyukurlah......tidak lagi diperkudakan oleh Bangsa Cina tu.
ReplyDeleteBiarpun Anwar atau Hadi Awang berpaling menyokong UMNO dan Barisan Nasional, jiwaku tetap atas landasan perjuangan.
ReplyDeleteCintaku bukan kepada Anwar, bukan kepada Hadi tetap perjuangan hakiki. Perjuangan menuntut keredaan Ilahi..
sorang ag katak kelua PKR.....
ReplyDeleteseekor katak+jiwa kacau dah berambus..bagus..bagus....
ReplyDeletetapi,next pru nak undi umngok???...sori lar...
Chiss....YB Mohsin malompat leh.
ReplyDeleteBapalanya urang tuha nie.
Halam basurah maho managakkan keadilan.
Halam nyambat kada maho basakongkol dgn BN
Halam manutok habis-habisan UMNO to.
TAPI....
Wahinie kauk manjilat balik ludah kauk leh. Kauk manipo kulaan seberataan di Bagan Sarai leh.
Kaina kauk....kalau tahaba....sabarataan kulaan di Bagan Sarai maludah muha mok. Orang tuha yang kada sadar dirik. Mampos kau kainak....sabarataan kulaan manyumpah kauk siang malam.
joey...ade aku kate aku sokong amngok ke??? hadoih....
ReplyDeleteEr..TB Mohisn Fadzil keluar parti sebab ape plak? Xdpt jawatan CEO ker? Cepatla aku nak dengar penjelasan ko plak. Biaserla katak2 yg kluar jd bebas ni kan semenye busuk2 mmg xlayak duduk dlm PR.
ReplyDeleteHe..teringt kat kata hikmat Anwar 'We have number' hakhak pdn muke ko kene balik. Yg melompat geng PKR jgk. Tuela ajar lg lompat2 katak lg. Tp yg tak tahan siap pegi anta spy kat taiwan check YB BN xnak bg melompat. Ntahape2 ntah PKR nih.
Papepun respek kat PAS kerana konsisten dlm perjuangan xder yg lompat2 nih. Igtlah amanah yg telah diberikan drpd undi rakyat. Jgn persiakannya.
anon di atas:
ReplyDelete"Papepun respek kat PAS kerana konsisten dlm perjuangan xder yg lompat2 nih. Igtlah amanah yg telah diberikan drpd undi rakyat. Jgn persiakannya".
buat pe nak respek kat PAS?..diorg ni da wat lafaz baiah (sila rujuk post2 TB seblum ini)..lompat party means cerai bini beb!..menda ni yg takde kat MP2 PKR!..
tp agaknye sbb syg sgt kat bini tu sbb diorg terpaksa pejam mata buta hati bila "fatwa2" tok guru kuar (ni sape la bangang sgt kasi gelaran ni kat dia)..sian diorg..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi..
anti-firaun..
jiwakacaw..aku tak kutuk ang..maksud aku,golongan nih gelisah tak habih2,tak tenteram dalam hati pasal dah wat salah...sori arrr,takde niat nak kutuk nick ang tuh...
ReplyDeleteok bro...misunderstand....bia la katak2 nk melompat....tunggu la PRU-13....'mati katak' pny la nanty
ReplyDeletetinggalkan parti sebab prinsip???
ReplyDeletenak tegakkan keadilan dan bela agama??..
takat explain kat sidang media,anak sedara aku pon leh wat...bagi la bukti konkrit skit...
sebelum pru12 dulu,pengundi tak kenal pon sapa te beng,zahrain,mohsin..yang orang tau,pkr,pas,dap bn..tu jeee..
yang menang bebas time pru lpas atas 2 sebab...
-memang pengundi dah kenal calon bebas tu yang selalu tolong rakyat..
-pengundi takdak pilihan sebab dah benci sangat kat bn..terpaksa undi bebas kerana time tu pencalonan pr ditolak...contoh masa kat kedah nun
kita tunggu pru13 nanti sama ada golongan katak nih masih mendapat tempat dihati rakyat...
YB jenis katak ni...kita buat umpan untuk 'mengelau"/"memancing" ikan ruan saja.
ReplyDeleteKatak jenis ni memang tak ada harga punya. Masa kecik2 dulu kat kampung, dapat cekup saja katak jenis ni...pegang kuat2...kemudian...hempuk kat jalanraya kasi mati....lepas tu...sangkut kat mata kail buat "mengelau" ikan ruan....ha..ha..ha..
Tahniah pada wakil rakyat dan Ahli Parlimen yang keluar parti, pemimpin Umno semakin senyum riang..tapi ingatlah keriangan mereka adalah airmata rakyat yang merintih hiba, sekali lagi ucapan tahniah pada pengkhianat rakyat..
ReplyDeleteanon 3.06pm
ReplyDeletejgn risau, diorg lompat pun bukan masuk UMNO/BN, so kpd pengundi2 yg benci kat BN masu PR12 aritu, anda tak perlu menyesal..sbb undi anda masih bebas, sbb wakil anda ahli bebas..
Fairus?, dia kira lompat jugak ke? dia bukan ahli parlimen/adun pun..so dia bukan katak, kalu korg kata dia katak, maksudnya, Zaid ibrahim and Chua Jui Meng pun katak..ke kalu Zaid Ibrahim tu kau kata dia "da insafff"..hehe
anti-firaun..
TULE BABI...
ReplyDeleteahli parlimen bagan serai keluar PKR sbb aper lak???
xkan xde cerita wahai si bijak pandai tule babi...korek jgn tak korek TB
"WE HAVE THE NUMBER"
TB..
ReplyDeletebuke aper nik ajis dah wat sembahyang hajat mintak supaya perut najib dan BN pecah kan???
PERUT SAPA WEI TGH DUK PECAH LANI...hohohohho
lompat si katak lompat
ReplyDeletelompat tinggi-tinggi
dlm PR apa aku dapat
dalam beend @ umeno mcm2 diorang bagi.
org yg keluar parti nie antara org pling bengong dlm dunia
ReplyDeletezaid ibrahim ngan chua jui meng ade ker pegang aper2 jawatan adun/mp
klau dah tau tk der komitmen dlm pr asal brtanding atas tiket pkr
buang masa rakyat jer mngundi orng mcm nie
baik bagik bn mn lagik puas ati
org yg suka lompat2 nie bengong
bn suka sgt org2 yg mcm nie
Siapa agaknya wakil rakyat atau ahli Parlimen PAS yang pertama keluar parti? Ustaza nasaharuddin bole ke? Masuk UMNO lepas tu lawan satu dengan satu dengan Khalid Samad piliharaya nanti. Kitz tengok siapa menang.
ReplyDeleteBegitu juga team perpaduan dalam PAS, kamu keluar dan masuk UMNo. Biar UMNO calunkan kamu lawan PAS. Kita tengok siapa menang.
Ini pengiraannya:
1. yang sokong UMNO tetap pilih Ustaz Nasharuddin dan geng jika mereka masuk UMNO.
2.Orang2 PAs yang menyebelahi golonganperpaduan juga tentu akan menyokong Ustaz Nasharuddin dan geng. Namapaknya bertambah2 lah undi Ustaz Nasharuddin dan kumpulan.
Jangan lupa di Perak, orang Melayu masih kuat menyokong UMNO. Disebabkan janji2 manis PAS, maka bukan Melayu beri sokongan kat PAS untuk beasah Melayu dengan mengalahkan UMNO.
Cuba try!
Tahniah pada YB yang masih setia kepada "PEJUANGAN RAKYAT" dan tidak mengikut jejak mereka yang memperjuangkan PERUT sendiri!
ReplyDeletewalaubagaimana pun perkara ini haruslah diambil perhatian seriuos bukan saja dari pimpinan tertinggi PKR saja malah seluruh kepimpinan PAKATAN RAKYAT perlu berusaha keras menghentikan kerja terkutuk UMNO?bn untuk menjahanamkan PAKATAN RAKYAT.
Ramai telah maklum megenai hasrat UMno/bn untuk mendapatkan semula mejoriti 2/3 Parlimen untuk membolehkan mereka meminda akta & melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai stratigi akhir bagi terus kekal berkuasa pada PRU13 yang akan datang.
Diharap kepada yang berhormat YB2 yang masih kekal berperinsip akan terus berpegang teguh pada asas perjuangan & tidak hanyut oleh limpahan RM yang sedang ditaburkan oleh uMno pengkhianat bangsa. Sedarlah bahawa duit itu adalah duit yang dicuri daripada rakyat!
"JANGAN KHIANATI AMANAH YANG TELAH RAKYAT BERIKAN!"
Kepada DSAI tolong buat sesuatu, jangan dibiarkan DSAI terus ditikam dari belakang.
Dan jangan dibiarkan rakyat terus dibelenggu kebimbangan, keresahan & akhirnya melunturkan sisa semnagat perjuangan yang masih tersisa! Jangan dibenarkan rakyat terus termakan propaganda2 yang ditaburkan oleh Umno?bn, yang kebelakangan ini semakin hebat digerakkan.
PAKATAN RAKYAT.... please... please.... please.... do something!
JOM RAMAI2 KITA BERKUMPUL LEPAS JUMAAT NI DITEPI JALAN RAYA MASJID TINGGI. BAWA SEPANDUK/BANNER. KITA RAMAI2 KUTUK SI KATAK NI. KITA RAMAI2 DESAK KATAK NI LEPASKAN JAWATAN UNTUK MENGUNDI SEMULA.
ReplyDeleteRAKYAT BERSUSAH PAYAH BERKEMPEN DAN MENGUNDI BELIAU...TIBA2...DENGAN SENANG DIA MELOMPAT KE PARTI LAWAN.
BERSUSAH PAYAH KAMI MENGAMBIL CUTI, MEMEKIK, BERSORAK UTK DIA MENANG....TIBA2...DENGAN SENANG DIA MENUKAR PARTI.
MEMANG CILAKA LAH ORANG TUA NI (MOHSIN).
Aku nak tengok macam mana pengkhianat2 ni nak bertanding ka pada PRU13. Mesti tak berani punya. Cakap berdegar2, nak berjuanglah tapi tangan kiri sapu duit. Takde maruah punya manusia, jadi pelacur politik. Dia orang ingat dia orang bagus sangat ke? Sekalipun kalau Anwar Ibrahim pun melompat, tapi kalau dia bertanding selain dari tiket PKR, dia juga akan masuk lobang taik. Ingat pada semua2 pengkhianat! Jangan main2 dengan rakyat. Suara rakyat suara keramat.
ReplyDeletejangan reramai sembahyang hajat je... sembahyang ishtiharah sekali... mintak tuhan tunjukkan jalan yang lurus... aku rasa lebih ramai yang akan jadi katak jugak nanti... ''Ya Allah ya tuhanku, kau bukakanlah hati si TB nie... Jauhkanlah dia fitnah dunia''... Mintak maaf bang... saya nampak abang macam dah terpesong jauh... ingatlah... kita bukannya maksum seperti nabi... Kebarangkalian melakukan kesalahan dan godaan syaitan sentiasa di sekeliling kita... bersatu teguh bercerai roboh..
ReplyDelete