Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat EXCO yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.
Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato' Husam Musa dari EXCO Kerajaan Negeri Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.
Dato' Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato' Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.
Sekian
Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan - Harakahdaily
KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.
Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.
Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.
Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.
“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.
Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.
Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.
huhu..die buat tak baik ke?
ReplyDeleteoghe klante tolonglah beri info tentang pergolakan ini! parti politik adda terlibatkah?
ReplyDeleteAPE BENDE NYE TB WOIIII....MEROYAN JE KAU NI.
ReplyDeletenAK KE AKU HANTAR KAU NI KE TANJUNG RAMBUTAN..???
betul ke tg fakry vs tg faris? oghe klate tolong perjelaskan!
ReplyDelete"betul ke tg fakry vs tg faris? oghe klate tolong perjelaskan!"
ReplyDeletebro, kalu ko tanye TB, confem la dia jawab camni..
ini la pengaruh2 puak UG yg berfraksikan UMNO munafik yg sengaja ingin melihat pergolakan dalam istana..mereka2 ini telah memecahbelahkan PAS dan juga mendedahkan rahsia sulit ahli parti especially yg liat bayar yuran..mereka ini ingin kan majority melayu dan juga telah menggagalkan Sept 16..Enjin jet hilang dan kapal takleh selam juga adalah akibat perbuatan mereka bersengkongkol dgn UMNO..justeru itu, aduan perlu dibuat di pejabat setiausaha agung PKR/DAP kerana pejabat setiausaha agung PAS tidak lagi boleh dipercayai kerana mereka juga terlibat dalam UG..Wang royalti diperlukan dalam usaha menyahkan puak2 UG ini dari muka bumi ini..
Sekian tima kasih..
nak dengar versi lain pula!
ReplyDeletesebenarnya TGNA berbohong konongnya tak ada perubahan exco, padahal ada, tak caya tanya TB, tapi entry aku kat blog TB dia delete, tak kan yg betul pada pandangan dia dia delete, TGNA dah kata tiada rombakan exco tapi dia tetap kata husam akan ditukar, klu TGNA tak berbohong, takkan lah TB lok berbohong, atau bloger celaka yg dikatakan oleh TGNA, aku pun pening mana satu nak percaya, TB ke TGNA...
ReplyDelete