Friday, March 05, 2010

Sindrom “Jawatan Mahu, Tanggungjawab Tak Nak”.

Sebenarnya, yang kecoh sangat pasal wala’, thisqah, adab jemaah etc ni bukan apa. Ia nak lindung beberapa pemimpin2 PAS yang lapar jawatan tapi tanggungjawab tak nak. Dengan kata lain, mereka tak sanggup dikritik kerana mereka pegang jawatan atas dasar mahukan prestij dari jawatan tersebut. Mereka tak berminat untuk bertanggungjawab ke atas jawatan tersebut.

Orang yang bertanggungjawab atas jawatan yang dia pegang, mereka terbuka kepada kritikan. Mereka tidak mudah membalas dengan alasan wala’ dan thiqah. Mereka menerima kritikan sebab kritikan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih baik. Kerja mereka akhirnya menjadi kualiti kerana mereka mampu mengambil idea yang bernas dari orang-orang yang mengkritik.

Adapun, “kayu-kayu” reput yang hanya mahu kedudukan dan mahu terus dalam kedudukan itu, mereka tentunya amat marah dengan kritikan. Kritikan hanya akan mendedahkan kelemahan mereka sebagai pemegang jawatan menjadikan kedudukan mereka terancam.

Lantaran untuk melindungi diri dari kritikan-kritikan yang bakal menjatuhkan mereka, digunakanlah alasan seperti “wala”, “Thisqah” dan sebagainya bagi menutup mulut ahli.

Juga dimarahi para Bloggers, kononnya mereka tidak mengikut saluran dan tidak mengikut adab berjemaah. Yang sebetulnya masing-masing mahu jaga kedudukan masing-masing, takut orang tahu dia jenis tak buat kerja tapi jawatan nak.

Alasan lagi satu adalah “mengikut saluran” yang mana saluran2 tersebut dikawal oleh mereka. Contoh terbaik adalah usul-usul Muktamar PAS Pusat. Segala usul dari Kawasan-Kawasan akan ditapis oleh pemegang-pemegang jawatan ini. Maka sudah tentu usul-usul yang merugikan mereka akan “ditapis” dan di “bakul sampahkan”.

Sebab itulah kita tengok galak betul mereka menyuruh kita mengikut saluran itu dan saluran ini. Saluran itu bermaksud “hantar kritikan hanya kepada mereka supaya mereka boleh bakul sampahkan kritikan dan teguran itu”.

AJK2 PAS Pusat majoriti mahu Hasan Ali dipecat. Tapi, kenapa teguran itu DITOLAK mentah-mentah? Sedangkan hujjah dan sebab musabab jelas diberikan pada malam mesyuarat Khas itu. Jadi, apa guna ikut saluran kalau macam tu? Ikut saluran akan membolehkan mereka menjahanamkan kita.

Dan disiplin jemaah ni hanya untuk orang-orang yang kecil sahaja. Bila Dato Harun Din terbuka menentang pendirian PAS, iya boleh dimaafkan.

Bila Khalid Samad mendedahkan rahsia yang bukan rahsia, terus digantung enam bulan jawatan beliau. Bila Abdullah Karim menghantar aduan, ditolak mentah-mentah. Itukah dia kelebihan ikut saluran?

Buat apa buat kerja sia-sia. Tegur ikut saluran tapi tak pernah sampai. Tengok Terengganu 2004 sudahlah. Segala teguran disalurkan ikut saluran. Kemudian teguran dibakul sampahkan.

Apabila semua teguran tidak didengari, maka akhirnya rakyat dan pengundi akan menegur dengan undi mereka. 2004 kita tengok, jatuh tergolek PAS di Terengganu sampai sekarang.

Kalau dalam PRU2012 nanti, Najib arah Mat Said bertanding Parlimen, kesemua atas pagar Terengganu akan mengundi BN, PAS akan tinggal antara 6-8 kerusi DUN. Silap2 Manir pun kita kalah.

Biarlah ahli menegur secara berdepan. Biar pimpinan PAS terpaksa menjawab teguran-teguran ahli secara terbuka. Ia akan lebih mematangkan PAS bukan melingkupkan PAS.

Itulah dia alasan yang orang suka bagi. Yang penting kita tidak mudah tertipu dengan sandiwara ini. Semuanya berkisar kepada beberapa pemimpin yang mahu jawatan tapi tak mahu tanggungjawab (dan kerja).

Islam tak pernah ajar umatnya jadi bodoh!!!!. Nabi tak pernah ajat umatnya jadi bodoh!!!!.

Tulang Besi

5 comments:

  1. betul tu TB, kalu jwatan mahu, tanggungjawab taknak maksudnya mereka2 ini hanya inginkan wang dan kuasa shj..yg patut letak jawatan sbb dah takbleh nak menunaikan tanggungjwab sila la berbuat demikian..kat akhirat nanti, akan ditanye..

    menda ni kite bleh lihat kat mane2, kat UMNO ade, DAP, PKR, kat PAS? tuan TB da jelaskan..

    jd kite kena pilih calon betul2..yg ingin bekerja utk rakyat..kalu tersalah pilih calon, jgn salahkan calon tersebut, salahkan diri sendiri kenapa kite pilih calon tersebut..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  2. enathlah korang ni..PAS kutuk,PKR kutuk, UMNO pun korang kutuk!!!ingat krang ni maksum sangat ke nak hukum2 org2 tu!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. aku ingat anti firaun jd calon pun bagus..calon kepala babi!!!huhuhuhuhaaaaa

    sial kutuk TGHH! Lu mmg sial mat..jumpa kat tranung mmg aku sepak lah lu...kalu lu berani datanglah Marang dengar kuliah TGHH!!!

    ReplyDelete
  4. letaklah jawatan sebagai ahli parlimen. lama dah tak ada prk ni!

    ReplyDelete
  5. Aku sokong Hasan Ali tidak dipecat..
    Majoriti AJK Pas Pusat bukan penentu keputusan...

    TB tolonglah jgn ungkit2 lagi..
    Perkara ni dah diputuskan..
    Kalau tak puas hati ko laa jadi Presiden PAS..
    Memang lingkup PAS ni dibuat yer..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?