Kawan Tulang Besi memberitahu bahawa 3 nama telah diadukan oleh Abdullah Karim kepada JK Disiplin dan SU Agung. Nama2 ini adalah berkaitan dengan konspirasi menjatuhkan MB Selangor dalam isu pemberian lembu korban serta pengurusan kereta pribadi MB Selangor. Laporan berkenaan kes tersebut boleh di baca di sini.
Nama2 itu adalah:
1.0 - Suwardi Yaakob - Pembantu PJ Selangor.Mengikut kawan saya, kesah ini tengah heboh di kalangan mereka yang rapat dengan Pejabat Agong PAS Pusat.
2.0 - Roslan SMS - Ketua Penerangan PAS Selangor.
3.0 - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - SU Politik Presiden PAS Pusat.
Mengikut kawan saya ini, Nazlee GERAK telah sanggup untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat serta mendedahkan segala dokumen berkaitan dengan keterlibatan ketiga-tiga tokoh ini.
Kawan saya itu hairan mengapa Tuan Ibrahim Tuan Man mahu melindungi tokoh-tokoh konspirasi ini seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam blog beliau:
"Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti."Si Nazree tu secara sukarela menawarkan diri untuk memberi keterangan. Tak payah panggil pun.
DR SHAMSURI DILANTIK ATAS PERANCANGAN DR KAYU
Perlantikan Dr Shamsuri sebagai SU Politik Presiden adalah sebahagian dari perancangan Dr Kayu (bekas SU Dewan Ulama PAS Pusat) di dalam mengusai portfolio2 yang berkaitan dengan Presiden.
Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau, seperti juga Suhaimi Embong, Mohd Adram, Dr Khazani dsbnya.
Perlu juga disiasat samada Ustaz Kayu dan Usrah Bangi ini juga terlibat dalam konspirasi ini.
DALAM POLITIK MALAYSIA, KHABAR ANGIN SELALUNYA BENAR
Saya sudah mendengar khabar angin di atas keterlibatan Dr Shamsuri ni sudah lebih setahun. Akhirnya terdedah juga kebenarannya.
Contoh lain adalah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar Ibrahim. Akhirnya terbukti khabar angin benar.
Jadi, apabila ada exco Kerajaan KElantan menafikan khabar angin adanya rombakan exco di Kelantan, saya rasa lebih baik kita jangan tolak khabar angin tersebut.
PENUTUP
Kalau PAS tidak membersihkan anasir-anasir ini dengan kadar segera, saya yakin imej dan pandangan masyarakat terhadap PAS dan Presiden PAS akan memburuk.
Tulang Besi
DULU ADA MAT FLIP FLOP (PAK LAH), SEKARANG ADA MAT U-TURN (NAJIB)..
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 16 Mac — Penutupan sementara hentian bas Puduraya untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dijadulkan bermula Jumaat ini ditangguhkan, menurut UDA Holdings Berhad.
Katanya penangguhan penutupan stesen bas ekspres utama itu adalah bersifat sementara sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
SUMBER: MALAYSIAN INSIDER 16032010
oh ye ke.. apalah najib ni.Takkanlah nak tangguh lagi. Pudu Raya dah makin burokk. PR SEPATUTNYA ANJURKAN DEMO BANTAH PENANGGUHAN PEMBAIKAN PUDURAYA INI. IA SEPATUTNYA DI ADAKAN SECEPAT MUNGKIN. INI ADALAH PENINDASAN BESAR KEPADA RAKYAT YANG SELALU BALIK KAMPUNG NAIK BAS DIPUDURAYA. Baru Cantekk.
ReplyDeletePAS dan PKR dilihat cuba untuk menyelidiki punca masalah parti .
ReplyDeleteNamun, sekiranya benar apa yang diberitakan, ahli-ahli PR sendiri dilihat tidak ada komitmen terhadap parti tersebut sendiri dan memperjudikan nasib parti sendiri.
Pemimpin tertinggi perlu meneliti hal ini, kerana masakan pokok bergoyang jika tiada angin.
Takkanlah selepas PKR, ahli PAS pula ramai-ramai keluar parti.
bodoh yg korang semua percaya pada TB sangat ni kenapa? baru lagi dia kata husam tak akan dilantik semula jadi exco kelantan, baru lagi, sekarang selangor pulok, ish tak kenal lagi ke sapa TB ni? tuan blog ni si poji pun sama2 terlibat sebar fitnah, kemudian mengaku nak pada Islam, nak pada pembersihan dlm perjuangan Islam, tapi syaitan kata.. "bagus.. bagus.. ni semua kawan kita.."
ReplyDeleteterang2 TGNA kata tak ada perubahan dlm exco kelantan tapi TB fitnah kata husam tidak dilantik, sekarang ni fitnah kat selangor pulak.. syaitan kata.. "TB dng POJI ni kawan kita"
Kita patut menghormati Tulang Besi di atas kesungguhannya ingin melihat PR ujud sebagai sebuah parti yang tulin dan jelas. Betul atau tidak andaian2nya akan boleh dilihat bila tiba masanya. Tetapi menafikannya adalah satu kesilapan.
ReplyDelete