Tuesday, March 23, 2010

Tulang Besi Menjawab Ali Zaidan....

Blogger Ali Zaidan telah membuat kenyataan berikut dalam blog saya:
"Ali Zaidan said...
Bukan Melayu tidak majoriti, tapi Islam tidak majoriti. Ini TGHH ada sebut.
Kenapa kau ubah perkataan melayu drpd Islam? Kau ni celaka nk bagi persepsi salah ke?
Kalau nk Islam menjadi majoriti dlm kerajaan, apakah dh boleh dianggap pro Umno?
Apa ni? Sangkaan celaka apakah ini?
Itupun entah betul ke tidak cerita kau pasal Mr X. Siapa Mr X? Anifah Aman?
Maklumat kau bukan boleh pakai. Kes rombak exco kelantan pun, dah nak hujung blan takdak apa2 pun lagi.
Spekulasi murahan!
March 20, 2010 8:45 AM”

Ali Zaidan said...
Kau yg kena baca tulisan kau.
"Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau".
Sejak bila TGHH atau pimpinan kata 'Melayu'. Yang ada ialah 'Islam mesti majoriti'. Kenapa kau pakai perkataan 'Melayu'?
Hah! Sendiri tulis sendiri tak boleh baca ke??!!"
Ali Zaidan mencuba segala upaya beliau untuk memberi keraguan terhadap artikel saya bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri" di mana saya berkata:
"Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau".
MO Ali Zaidan adalah mengambil butir-butir tidak penting dari artikel yang dia benci dan besar-besarkan perkara tersebut. Natijah yang beliau harap adalah supaya pembaca menolak keseluruhan artikel tersebut.

Itulah taktik murahan penyokong “ulamak” PAS bernama Ali Zaidan ini.

Kalau tengok cara dia menyerang Khalid Samad pun iras-iras blogger UMNO gayanya. Malahan, kalau dibaca sepintas lalu, kita tidak akan dapat membezakan antara Ali Zaidan dengan blogger-blogger UMNO yang membenci Khalid Samad.

Yang herannya, di mana Ali Zaidan pada masa Khalid Samad ditangkap ISA tahun 1985 dahulu? Masih terkencing terberak dalam seluar lagi kot. Lepas tu ada hati nak tunjuk hebat pada Khalid Samad.

Baru setahun jagung dah nak tunjuk taring. Ini namanya bodoh sombong. Kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga bang.

TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:
Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat?

Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.
Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di laman UMMAHONLINE di sini.

Kenyataan dalam temuramah dengan Presiden membuktikan dakwaan Ali Zaidan 100% SALAH!!!!

ANALISA PROFIL ALI ZAIDAN

Saya amat yakin si Ali ni “geng Perpaduang” dan “geng penyokong ulamak” dalam PAS. Kalau dilihat profil beliau di bawah, beliau adalah seorang yang bekerja dalam sektor pembinaan (yang terkenal penuh dengan korupsi), beliau duduk di Bangi tempat geng Bangi duduk dan beliau meminati “Batu Api” dan Zulkifli Noordin.

Batu Api ni saya dah buktikan banyak kali pembawa fitnah dan pembohongan. Zul Noordin ni tak payah ceritalah akan kemunafikan beliau.

Jadi, tak heranlah kenapa Ali Zaidan bersikap bodoh sombong sebegini. Dah dari acuan yang sama dengan puak-puak tu, nak buat macamana?
Yang bestnya Ali Zaidan kata:
"Kenyataan Tukang Tulis.
Semua artikel tulisan Tukang Tulis telah dipastikan agar tidak bercanggah dengan fakta. Namun, menginsafi kekurangan dan kelemahan sendiri, Tukang Tulis berharap agar kesilapan-kesilapan Tukang Tulis ditegur oleh kawan-kawan. Tukang Tulis juga sedang me'reform'kan diri sendiri agar sentiasa bertambah baik. Semua tulisan halal dicopy dengan syarat link blog Tukang Tulis mesti disertakan. TKasih
Saya nak tanya adakah beliau mengaku bersalah apabila beliau dakwa Presiden PAS tidak meletakkan syarat Melayu dalam Kerajaan PR yang sepatutnya ditubuh pada September 16 2008? Ataupun beliau masih mengakui dakwaan beliau itu sebagai fakta?

Sengaja saya membawa kes Ali Zaidan bagi mendedahkan kepada pembaca sekelian mentaliti penyokong “Ulamak” dan “Geng Terengganu”. Mereka rasa kerana mereka menyokong ulama, mereka benar sentiasa. Apa mereka buat semuanya betul.

Patutlah puak2 ni semakin tidak popular dan semaking ditolak ahli-ahli PAS. Blog si Ali ni pun orang malas nak ikut.

Tulang Besi

17 comments:

  1. JANGAN DI LAYAN SI BUDAK TB YG TAK BETUL TU....NANTI KAU ORANG YG MEROYAN SAMA...HA..HA..HA

    ReplyDelete
  2. SI TB ni saje je nak kaitkan perkataan "MELAYU" dgn mengatakan "MELAYU MAJORITY" instead of "MUSLIM MAJORITY" utk mengaitkan org2 pas pro UG ni ngan UMNO..

    Bila da dikaitkan sbg tali baru UMNO, mudah la dia nak hapuskan golongan "pro UG" ni dari PAS..maklumla, mane2 yg bersekongkol ngan UMNO ni kan "Kafir"..

    kau citer ape ni TB?..kau reka skrip sendiri, pastu konon nye nak wat cam real, tp suma ikut imiginasi ko.. mcm RPK la kau ni...kat mane ko blajar wat menda2 ni..aku nampak ko ni lebih PKR dari PAS..ni musti NUAR CIFUT ajor ko nih..

    ko tau nuar skrg tgh nak wat skrip baru ngan si RPK..tu yg gegas gi London aritu..kau tunggu la nanti..skript yg lame da dipecahtembelangkan zahrain..sblm tunggu finalise skrip baru, RPK kuarkan skrip "terjun" RPK dulu --haa tu la tetiba citer pasal MR X Y Z, ingat Malaysia ni ape?

    anti-firaun

    p/s: pesal ko sakit ati sgt nak tgk org melayu ni bersatu padu..terancam ke kedudukan ko?

    ReplyDelete
  3. Alo Anon: March 23, 2010 3:24 PM
    ape ade pada Melayu??? Racist la ko ni...
    ko ni tergolong dlm gologan 30% bumiputera yg dpt projek ke?? Kalau setakat beli rumah dpt murah skit.. tu jer hak istimewanya... tak payah la bising...

    Sikit-sikit ME.. LAYU... bile nak maju... otak pun tak berkembang... Cube tgk dari sudut ISLAM itu sendiri... Agama seluruh alam... Universal...

    ReplyDelete
  4. bro, DAP racist kau tak bising..siap panggil khalifah lagi..ko ni kan pesal meroyan tak tentu pasal...aku rase ko ni musti org asli uganda..

    (org asli uganda lagi encem dari ko..hahaha)

    ReplyDelete
  5. dah...dah..dah... jangan nak bergaduh pasal aku... aku pun tak hengen nak jadi PM

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. hahahaa..MR X..kau mmg terer la..ko dok sonyap je tp diam diorg da reserve ko jd PM, ape tangkal ko pakai ni..hehehe...

    anti-firaun

    ReplyDelete
  8. Bagus Geng2 PKR..pecah2 kan PAS kpd 2 supaya senang Anwar mengawal PAS. Hebat permainan politik pencacai PKR yg begitu giat melaga2kan kepimpinan PAS..Nampaknya strategi Anwar membawa masuk penyokong2 tegar beliau ke dlm pimpinan PAS telah menemui jalannya..PAS dibelasah oleh PKR bukan UMNO..PKR dalam diam menikam an memecah belahkan PAS..Hebat ko TB aka Tulang Babi yg vcuba menjahanamlkan sebuh pari Islam demi kepentingan politik Anwar utk jd PM...hebat!

    ReplyDelete
  9. DPP DUngun ni bukan geng Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat ke?

    ReplyDelete
  10. Masalahnya apa yang didefinasikan sebagai islam tu? Makan rasuah tu islam ke? bunuh orang tu islam ke? buat zalim tu islam ke? rompak harta rakyat tu islam ke? apa yang islamnya dekat umno tu?

    ReplyDelete
  11. ko TB memang nak kene TB..aku pun dah demam nak kena TB dah ni.. aku nak pegi main jubo Rosmah jap..dah la bye2.

    ReplyDelete
  12. Aku nak pegi main jubo DSAI jap..dah la bye2.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. maklumat yg aku dapat, dan aku percaya maklumat ini (walaupun kabar angin sbb kabar angin itu kabar yg betul, tak caya tanya TB)

    anwar nak letak jawatan sebagai ahli parliment, untuk memberi laluan kepada TB untuk menjadi wakil, sapa2 yg suka TB boleh undi dia nanti, tak lama dah, dan masa TB balik baru ni pun anwar sponser, tak caya tanya TB..

    apalah ko semua marah TB, dia kan nak jadi wakil kita semua di parliment, setelah tak leh nok jadi CEO

    ReplyDelete
  15. melayu? islam?

    bangsa x penting...yg penting ISLAM...klu penting bangsa @ puak, kita samalah dgn kaum quraisy zaman jahiliah...ADAKAH SATU BANGSA ITU DINILAI DI SISI ALLAH...BUKANKAH KEIMANAN & KETAKWAAN..

    adakah di akhirat nanti, terdapat sesuatu bangsa telah ditentukan allah sebagai bangsa elit???? semuanya sama, yg penting KEIMANAN, KETAKWAAN dan AMALAN

    kembalilah ke jalan islam sebenar...korang dah menyusahkan sesuatu perkara yg sepatutnya mudah.

    ReplyDelete
  16. UMNO dah terbuka untuk UG, sebahgian dari PAS juga dah mahukan UG. Apa tunggu lagii? Ada yang kata, kalau macam tu biarlah UMNO je yang masuk PAS. Tapi kena ingat. UMNO menguasai kerajaan pusat. Takkan PAS nak menguasai kerajaan ikut pintu belakang. Dulu PAS katanya telah tertipu dengan BN. Tapi sekarang PAS sudah dinamik dan banyak golongan profesyenel serta ilmuwan yang pakar dalam pelbagai bidang. Jadi apa yang nak di takutkan tentang UG? Kerana takut ditipu sekali lagi? Mereka yang didalam UMNO itupun adalah manusia juga. Selagi perasaan takut itu ada dalam hati, selagi itulah kita tidak bebas dan tidak akan berjaya.

    ReplyDelete
  17. bhai... nama pun ali zaidan...

    ni ketua geng ali la nih...
    geng berahim ali, asan ali,

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?