Thursday, March 11, 2010

UMNO SENYAP SUNYI WAKTU NATRAH DIMURTADKAN

UMNO sudah liberal semenjak 1950 lagi, wahai Ibrahim Ali Al Kataki.. Natrah dilaporkan:
# 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

# Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu."
Ertinya sewaktu Natrah tiba di Belanda, beliau masih lagi beramal dengan Islam serta solat lima waktu.
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Dr Burhanuddin Al Helmi dilaporkan:
“Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.”
Yang mempertahankan Natrah di mahkamah adalah Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim:
“19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura”.
Walaupun setelah berpuluh tahun berlalu, diberitakan Prof Ahmad Ibrahim akan mengalirkan air mata setiap kali beliau bercerita berkenaan Natrah.

Siapa lagi terlibat:
"Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committee' ditubuhkan di Singapura".
Siapa Karim Ghani?
"Pas leader Dr Burhanuddin Helmi formed the Nadrah Action Committee. He picked Karim Ghani, an Indian Muslim from Rangoon, Burma, as the committee chairman.

Karim, on Burhanuddin’s orders, was to organise a rally to protest against the court decision".
Karim dan Dr Burhanuddin adalah orang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi besar-besaran memprotes “Permurtadan Natrah”.

Hanifa Maidin ni mungkin ada bau-bau bacang dengan hero Islam dan Melayu bernama Karim Ghani ini.

DIMANA UMNO!!!!!!!!!!

Waktu itu, UMNO sudah wujud di Singapura. Malahan UMNO sudah wujud di seluruh Malaya. Namun, UMNO membisu seribu bahasa. UMNO senyap sunyi. UMNO hanya duduk melangut melihat Natrah dimurtadkan oleh penjajah British yang celaka itu.

Tak heranlah berbondong-bondong ulama masa itu “fed up” dengan UMNO lantas keluar dan menubuhkan Partai Islam SeTanahMelayu (PAS).

Dr Burhanuddin adalah HERO MELAYU TULIN, bukan UMNO dan bukan pemimpin2 UMNO yang bachul itu.

Mulai dari hari ini, bila kita ingat UMNO, kita ingat NATRAH.

UMNO ada saham dalam permurtadan Natrah. Kamu memilih untuk membisu seribu bahasa sedangkan Natrah dimurtadkan dihadapan mata kamu sendiri. Kamu memang bachul wahai UMNO. Dosa kamu kami tidak akan maafkan sehingga hari kiamat.

Nyahlah kamu wahai UMNO, wahai pengkhianat Islam, wahai pengkhianat Bangsa. Kalau UMNO benar-benar pejuang bangsa dan agama, nescaya UMNO tidak akan berdiam diri sewaktu Natrah dimurtadkan.

Tulang Besi

19 comments:

  1. BIASA LA TU....UMNO TU MANA ADA TELOR....DEPA NI PANDAI BUAT PROVOKASI SAJA. CONTOHNYA TRIO PENAKUT (NORMAN-RIZAL-JAIS) DI PENANG TU. BERKOKOK KAT LUAR BUKAN MAIN....TAPI...BILA AJAK MASUK GELANGGANG...KEPALA TERUS MASUK KE BONTOT AYAM.

    UTULAH UMNONGOK....

    ReplyDelete
  2. Ingatlah perjuangan selain berlandaskan ISLAM pasti tidak akan berjaya.
    BN hampir runtuh...
    PAKATAN RAKYAT semakin retak...
    PAKATAN MELAYU juga tak kemana-mana.

    Kalau BN, PAKATAN RAKYAT & PAKATAN MELAYU boleh ditubuhkan mengapa TIDAK
    PAKATAN ISLAM.

    ReplyDelete
  3. Wahai tulang besi karat.....

    Kalau UMNO diam membisu pada ketika itu, Tak kan Dr. Burhanuddin sahaja yang berjuang. Niki Ajis masa tu buat apa?

    Janganlah salah orang je nampak salah diri sendiri tak. Muhasabahlah diri...Bukan salah tu terletak pada UMNO saja malahan kita semua ni yang bersalah termasuklah tulang besi yang dah berkarat dan nak patah tu....

    ReplyDelete
  4. SUDAH LAH ANON 10:26.

    KAU TAK PAYAH LA NAK TEGAKKAN BENANG YG BASAH....NANTI BENANG TU TERBELIT KAT TENGKOK HANG BALIK BARU TAU...

    UMNO NI JENIS PENGECUT....

    ReplyDelete
  5. Bukan setakat Natrah yang kita tak kenal tapi pada akhir tahun 90an seorang wanita muslim bernama Aisyah Bukhary juga telah murtad. Umno ketua kerajaan pada masa tu, habuk apa pun depa tak buat. Memang umno ni parti perosak islam dan celaka. Bila dah kalah PRU baru nak sebat sana sebat sini. Sebat Politik. Kalau tak caya pi jumpa Zul Nordin. Masa tu dia kempen juga kuat, tapi sebab dia pun otak macam umno. Berkokok kesana kemari apa pun tak leh buat. Sama saja, semua makan taik punya manusia.

    ReplyDelete
  6. Sayang maklumat camni tak sampai kat golongan tua. Peranan MEDIA masih menjadi titik tolak kemenangan UMNO.

    Generasi baru kebanyakkannya sudah jelas akan 'borak' perjuangan UMNO.

    ReplyDelete
  7. siti Fatimah murtad baru baru ni kat Penang...mana pi pejuang Islam???..senyap sunyi...takut sama DAP ke?...telor tarak jugak!!!

    ReplyDelete
  8. Mana ada siti fatimah murtad daaaa. Kao nak cerita apa ni?

    ReplyDelete
  9. bro,siti aminah sebelah umah dia kok
    aparaaa..cap ayam

    i'm no king

    ReplyDelete
  10. bro...mamat tu benggang dengan siti aminah nak toron tak dapat.

    Bukan cap ayam...cap dacing macam tu la meroyan...hahahaha

    ReplyDelete
  11. ...inilah umno..parti BANGANG!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    bukan UMNO yang beri pertunjuk hidayah kepada orang..nak beriman ke? Nak kufur ke? nak murtad ke? nak jadi kafir ke? nak jadi musyrik ke? nak fasiq ke?...itu pilihan masing-masing...macam sesetengah orang..buat perangai orang fasiq, kufur..UMNO ke yang gerakkan hati-hati jadi begitu..bawa-bawalah bermuhasabah diri, ingatkan Allah, kenali Allah, kenali diri sendiri..kaji Al-quran..baru tahu diri tu kat mana dan jangan suka hina orang lain..menyalahkan orang lain..

    30]
    Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.



    178]
    Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
    [179]
    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
    (surah al-araaf)


    ..renung-renungkanlah

    ReplyDelete
  13. fuhhh banyak nyer surah yang ko buka brader anon 2.49pm. tp sayang satu pun xkena dgn isu sekarang. sekarang ni kita citer umno bacul nak bela natrah bukan umno yg murtadkan natrah. itulah salah satu sikap org melayu, lain yg masalah lain pulak jalan penyelesaian yg nak dibuat. ko xpandai baca ke atau pemahaman ko kurang..anyway aku ucapkan terima kasih atas peringatan ko dari surah2 tu. terima kasih...

    anti-dajjal

    ReplyDelete
  14. Hek eleh mamat anon 2.49pm ni...memang bukan umno beri petunjuk mahupun hidayah...persoalannya nape umno tak mempertahankan Natrah.

    Ko ni buto urup buto sejarah gak eh..

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat aku, kita tewas dlm kes natrah ini salah satu punca yer adalah kelemahan kita utk mengekploit mahkamah pada masa itu. Byk hujah2 yg dikeluarkan tidak dpt membela Natrah. Natrah dibicarakan di Singapura dan pada masa itu Singapura dibwh undang2 British. Natrah pd masa itu adalah di bawah umur mengikut undang2 British. Memang kalah lah Prof Ahmad Ibrahim ni. Kalaulah Natrah ini boleh disembunyikan sehingga dia bkn bwh umur & kes nyer disebut di Tanah Melayu, Insyaallah kita boleh menang.

    ReplyDelete
  16. Pengajaran yer.. Kita perlu mengamalkan ISLAM sepenuhnya. Pada waktu yg sama belajar akan kelemahan2 ideologi2 ciptaan manusia. Gunakan kelemahan2 ideologi2 ini utk berhujjah.

    ReplyDelete
  17. Aku sokong Anon 8.49AM

    Ideologi2 yg tidak berlandaskan ISLAM tidak akan kemana. Hanya ISLAM shj yg diterima oleh Allah swt. Oleh itu kembalilah ke landasan yg betul. Aku tak yakin ISLAM boleh ditegakkan dlm PAKATAN RAKYAT. Ingat RAKYAT adalah mahkluk Allah swt. Buat apa nak dilandaskan kpd RAKYAT. RAKYAT kekadang betul, kekadang salah. Kekadang nakkan arak. Kekadang nakkan hiburan melampau. Kekadang nakkan penjudian. Kekadang nak kan sistem riba. Kekadang nakkan penzinaan. Oleh itu kembalilah kpd ajaran yg telah diturnkan oleh Allah utk seluruh umat MANUSIA iaitu ISLAM. Kalau BARISAN NASIONAL, PAKATAN RAKYAT & PAKATAN MELAYU boleh ditubuhkan, kenapa PAKATAN ISLAM tidak boleh ditubuhkan. Adakah ISLAM itu tidak betul. Tepuk dada tanyalah IMAN.

    ReplyDelete
  18. apa sebenarnya berlaku boleh baca di sini, di sini dan juga di sini

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?