Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.
Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.
Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.
Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.
Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.
Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.
Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.
Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.
Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.
Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”
Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.
Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.
Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.
Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.
Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.
Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.
Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.
Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.
Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.
Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-
1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.
Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.
Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.
Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.
Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD
semoga perlakuan kejam polis itu mendapat pembalasan sewajarnya di dunia mahupun di akhirat, Insyaalah. Takziah kepada keluarga mangsa.
ReplyDeleteharap cerita saksi tu juga tidak "di tokok tambah" oleh Khalid Samad, sbgmana khalid samad tidak mahukan laporan saksi ini dipengaruhi atau "sealiran" dgn Polis..
ReplyDeletesaksi ni diterajang oleh seorg anggota polis ke atau dibelasah beramai2 anggota polis (spt laporan saksi)? beramai2 tu cam lebih dari 2 org, brapa ramai polis dalam satu keta peronda? kalu da polis suspect penyamun, nape bleh sonang2 yo kasi budak tu lari melepaskan diri setelah teruk dibelasah? aku suspect mcm ade "nasik tambah" kat laporan saksi ni..
Mungkin penghabisannya kes ini diklasifikasikan "pembunuhan tanpa niat", tp dgn kenyataan2 "tambahan" ni mungkin digunakan utk dijdkan "modal" politik..spt kes teoh beng hock..
anti-firaun
memang patup pun saper suruh lari.....nampak sangat macam pesalah..jangan reka cerita tak baik.....kalau betul mana bukti
ReplyDeletecerita yang melibatkan kepincangan kebanyakan anggota pdrm akan terus disorokan dari pengetahuan umum melainkan ada pihak yang bersungguh berusaha untuk mendedahkanya. dimanakah keadilan untuk rakyat biasa semua?
ReplyDeletePolis hanya melepaskan tembakan jika nyawa sendiri atau nyawa org awam terancam.Didalam kes ini tiada nyawa yang terancam.Maknanya polis bertindak membabi buta shj.Mungkin sebab utk target practice kot...
ReplyDeleteBIAR DISIASAT SECARA ADIL.ORANG POILITK INI BUKAN BOLEH HARAP SANGAT.SERINGGIT DIA JADI DUA RINGGIT.APA PUN SIMPATI PADA KE;UARGANYA.KAT POLIS SIMPATI JUGA.
ReplyDeletepolis tembak pemandu kereta dlm keadaan laju,..tepat plak tu
ReplyDeletelepas tu polis "belasah ramai2" kwan arwah,..
nape??
1) org yg sedang dibelasah bleh lepas dgn mudah
2) polis xtembak org sedang lari sedangkan dlm kereta dipandu laju pun bleh tembak
3) YB Khalid langsung xsentuh ttg kecederaan kwan arwah yg dibelasah itu,..dh diberi rawatan ke?
wlau apa pun kejadian ini kelibatkan kehilangan nyawa dan perlu siasatan rapi
spt biasa pembangkang cuba mempolitikkan isu ini
harap semua pihak iklas membantu kluarga mangsa utk menyelesaikan isu ini bukan menambahkusutkannya
masalahnya,bukan pertama kali kes macam ni jadi..dah banyak kali....
ReplyDeletekalo ye pon budak tu salah,takkan terus kena tembak macam polis melawan geng perampok indon...tembok tepat plak tuh....
dan kalo dikira,ade korang penah tgk polis butul2 mengaku tersilap dalam tindakan mereka????..
yang ade,polis cakap mangsa bawak parang la...kereta disyaki hendak mencuri la...dadah la....disyaki bersubahat la...macam2 lagi lahhh..
dah tu plak,kalo kena tahan,tak confirm lagi bleh selamat..tgk apa jadi..ade kes mati dalam tahanan...
ohhh..mamat ni mati sebab gantung diri...mamat ni plak minum cecair peluntur..mamat ni terjatuh..sorang ni plak sakit pneumonia...paru2 berair...
pihak polis jangan bertindak seperti mossad..baling batu sembunyi tangan...
apa2 pon,bukan semua polis jahat,dan bukan semua polis tu akan jadi baik...
kita tgk je la laporan siasatan nanti...
En...perisik rakyat...saye nak mintak tolong awak pusingkan semula logo polis tu dalam kedudukan asal...kan ada nama Allah dan Muhammad kat atas dia...takpun awak padamkan je dari logo polis tu...saya tau awak terlepas pandang
ReplyDeleteASKAR YANG KENA LANGGAR DEK KERETA TIAN TU MACAM MANA. DAH DISIASAT KE
ReplyDeleteanon 1.18pm..
ReplyDeleteerrr..pasal askar kena langgar mati tu yee..eerr..itu BUKAN POLIS KAN YG LANGGAR kan? kite citer pasal polis kat sini je kan? kalu ADUN/MP PR kire halal lah tu..tak bleh ker? Sedangkan NABI ampunkan UMAT, sedangkan ZAID pun da berTAUBAT, kire settle la ye tak?
anti-firaun
p/s: mati tetap sama, cuma caranye berbeza2..ttp keadilan tetap tak berubah..jgn pilih bulu ye!
otak ikan buntal....
ReplyDeletekena tembak ngan mati eksiden same ke???...
Tian Chua dah jumpa keluarga mangsa,beri bantuan dan mohon maaf...
tapi tak keluar utusan meloya dan tv3 suku la...
famili mangsa hairan akhbar pencacai cuba besarkan isu,sedang famili dah terima ketentuan takdir...
jangan jadi pengor...
polis adalah pelaksana undang2...jangan jadi ala2 mafia itali tembak sembrono jee..
kalo tak polis nak tegakkan KEADILAN (bukan keumnoan),nak harapkan sape lagi???...pakistan jual karpet???
PUAK BOLGGER UPAHAN NI SEMUA NYA BIJAK ..TAPI SEBENARNYA BANGANG ..SEBAB DIA CUMA TAU MENYALAHKAN ORANG LAIN SAHAJA..SEDANGKAN APA YANG DILAKUKAN MEREKA JUGA MERUPAKAN SATU TOMAHAN DAN FITNAH..DIA BERCERITA SEOLAH-OLAH DIA BERADA DITEMPAT KEJADIAN DAN DIA LEBIH MENGETAHUI DARIPADA ORANG LAIN WALAUPUN PERKARA TERSEBUT MASEH DIDALAM SIASATAN..CONTOH KES YANG DI TERESA KOH MENGATAKAN POLIS MEMBOGELKAN PEREMPUAN CINA DIDALAM LOKAP DAHULU...HEBOH LAH SI POJI PACACAI NI BUAT ULASAN MENYALAHKAN PIHAK POLIS TETAPI PABILA SIASATAN SELESAI DAN YANG SEBENARNYA PEREMPUAN MELAYU YANG KENA BOGEL TU BUKAN DIA TAU NAK MINTA MAAF PUN..INI LAH SIKAP SEBENAR SIPOJI DAN TULANG BESI...
ReplyDeleteNI AKU NAK TENGOK PULA APA PULA KATA MEREKA DIPRK SIBU...ADAKAN MEREKA NI JUGA BERSAMA PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS AKAN TERUS MENJADI BARUA SERTA KALDAI TUNGGANGAN NUAR DAN DAP DENGAN MENYATAKAN SOKONGAN DAN MENYALAK DI SETIAP CERAMAH UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA SAORANG CINA...SEBAB DIPRK HULU SELANGOR MINGGU LEPAS MEREKA NI JUGALAH YANG MENGUTUK SERTA MENGEJI MELAYU UMNO DISEBABKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALON BERBANGSA INDIA.
AKU NAK TENGOK PULAK DISIBU NI ADAKAH PEMIMPIN ..PENYOKONG DAN BLOGGER PAS AKAN TERUS DIJADIKAN BARUA SERTA PACACAI ATAUPUN KUDA TUNGGANGAN OLEH CINA DAP..SEBAB DIDALAM PRK HULU SELANGOR GOLONGAN PAK LOBEI PALSU INI JUGALAH YANG MEMPERSOALKAN DAN MEMPERLEKEHKAN PABILA MELAYU UMNO MENYOKONG CALON DARIPADA BANGSA INDIA...
kalu gitu, segerala PIHAK POLIS MEMOHON MAAF kpd keluarga MANGSA tersbut atas kecuaian dan keterlanjuran kata..BUANG YG KERUH AMIK YG JERNIH! YEAH!
ReplyDeleteanti-firaun
p/s: pesal aku nak reply tuan komrad punye comment2 yg sumanye bangang2 blaka ni eh? ..ingat bila langgar keta je kira eksiden? EKSIDEN MATI KENA TEMBAK..Ahli Parlimen PENGGUBAL UNDANG2, POLIS PELAKSANA UNDANG2..adooi yaay..
nama jer anti-firaun tapi perangai mcm firaun.
ReplyDeleteni bukan otak ikan buntal..ni otak mentibang laut....
ReplyDeletelain kali jangan letak otak celah kelangkang...nanti kepam jadinya..
mati kena langgar kete ngan kena tembak ngan pistol pon tak tau nak beza...aduyai anak firaun nih...
situasi 1...
tgh jalan2,mati kena langgar lori ayam...aku bleh terima sebab eksiden
situasi 2...
tgh jalan2,mati kena tembak ngan "PISTOL"...oleh "POLIS" plak tu...pelik???
pengubal undang2 tak bawak "pistol" dalam parlimen beb...
p/s-ehh..apasal aku nak kena layan komen ano yahudi yang ntah ape2 nih....
mane kau tau polis mmg nak tembak kepala budak tu or tayar keta? pesal polis tak tembak kepala kawan si arwah tu gak? boleh plak kasi lepas lagi?
ReplyDeleteitu la yg dikatakan kecuaian yg mengakibatkan kemalangan..KO PAHAM TAK? -
bodoh dan bangang takleh di ajar..
anti-firaun..
penah tgk cite gelak khas tak...
ReplyDeleteala yang lagu theme dia..gelak3 khas...gelak3 khas tu...sure ada aksi tembok dan menembokkan....
tembok tayar je??oh yeee...baru aku tau,kedudukan tayar sebuah kete terletak di kusi tempat duduk pemandu...kan????
polis pon manusia jugak beb..mau tak gelabah tgk mangsa yang ditembak budak form 3....
lain la kalo tembok geng subuh ke..geng majapahit ke..geng kpala paip ko...diorang guna kerambit ngan parang kuntut...
p/s-la..pasal aku kena layan sekali lagi pencacai nih....hei..kena samak nih...
hahahaa...tula aku cakap yg si KOmrad ni bangang, bodoh tak leh diajar..cuma kali kira ok la sket sbb kurang carut marut dia..
ReplyDeleteko tgk gerak khas yek!..patutlah..weih, citer gerak khas tu ko pasan tak polis tembak asik nak jimat peluru? pastu polis tembak mesti kena, penjahat tembak polis tak kena..adoi..layan DRAMA mamat ni rupenye..MUSTI ko tangkap LELEH tgk Gerak Khas..awkaakakakaka
ok ok serius:
bukan ke time tembak dalam situasi kejar mengejar tuh..and keta si arwah di pandu secara terhoyong hayang lepas tembakan terkena tayar, tak mustahil kalu ade satu peluru sesat terkena kepala si arwah ni..polis mase tu tembak dari dalam keadaan kereta tgh bergerak laju or kuar dari keta, aim dan tembak?
tu sbb aku rase ianya high possibility adalah sesuatu yg tak disengajakan..pe jadah polis nak simply tembak budak, kalu TEMBAK NUAR ALJUBURI aku tak kisah la jugak sbb si NUAR ni PENGKHIANAT NEGARA..
anti-firaun
p/s: byk sgt tengk drama la ko ni..cara tulisan cam MAFIA, tp layan DRAMA..wakakaka
Sik Khalid yg kena gantung PAS ni mmg hebat buat cerita. Sial korang babi tunggulah laporan polis dulu baru buat cerita. Sial babi Khalid pundek suka buat cerita bohong..pantet UMNO, PKR dan PAS jgn politikkan isu ini..keadilan utk semua. Jgn ada nak jd hero lepas tu fitnah og lain..
ReplyDeleteAku tak benci PAS tapi menyampah dgn Khalid Yahudi ni..maaf bahasa agak kasar! Dia jiran kat rumah aku tapi haram jadah berlagak dan sombong nak mampus. Bercakap pasal Islam tapi jiran sebelah rumah tak tegur...maaf lah aku mmg menyampah dgn pemimpin begini wp apa parti sekali pun....Sial Khalid Samad!
anon 5.03pm..
ReplyDeletebleh citer sket ape yg khalid samad "spin"? mcm ne ko tau si khalid samad ni pembohong dlam citer ni? Aku agree, keadilan utk suma..jgn bila ia melibatkan PR menda ni senyap seribu bahasa..kena consistent la..
anti-firaun..
eh..mengonkong lagi hanjing nih...
ReplyDeleteni baka hanjing israel ke? atau hanjing k9 polis terlepas nih???
mintak tolong sesape yang ade petua cara2 nak halau hanjing sesat terlepas...
aku dah cuba macam2..baling handle basikal...kasi umpan racun paraquat...letak gam gajah..tak jalan gak...
plz..sesiapa help me....
wakakakkakakakakakaka
hahahahahahahaha...
ReplyDeleteitu celite gelak khass aaaa....sape jadi perunding dan penasihat???
" wei yusof selam,ko adegan tembak kete nih,mane bleh kena tayar maaa..ko kalo tembak kena tang pemandu tau" ujar inspektor shahab pada pengarah gelak khas...
sape menipu sape nih??? inspektor sahab atau yusof selam???
apa klas gua nak tgk cite gelak khas..semua kes diorang bleh settle..mat rempit,geng rompak,kes ulat tiket,dadah,seludup babydoll...malah kes cerai berai laki bini pon diorang tolong settelkan...
wakakakakakakakakaka......
korg agak2 camne aku nak balas comment komrad kat atas ni? tu yg aku malas nak start layan org bodoh cam komrad ni kang jadi bodoh la plak aku ni..mamat ni tetiba citer pasal halau anjing, israel, perunding gelak khas..betul2 kuar dari tajuk..
ReplyDeleteinila pencacai PR, bila takde point, tak pasal2 citer pasal Mongolia la, pasal Rosmah tak pakai tudung la, pasal rasuah la..now APCO..adoi..
ni aku nak tambah pasal citer gelak khas pujaan si komrad tu..
- Penjenayah yg melarikan diri boleh toleh2 ke belakang tgk2 polis still kejar ke tak..
- ketua penjenayah last skali kena tembak..pencacai2 dia mati dulu, same la mcm si ketua anwar aljuburi yg da selamat keluar negara setiap kali kalah..pencacai2 PR yg sini la terpakse kena balun dulu..
tu yg aku pelik camne si komrad ni bleh kasi contoh citer gelak khas dalam kes polis tertembak budak nih..BODOH TAKLEH DIAJAR..
anti-firaun
p/s: segala kenyataan balas utk comment aku diatas tidak akan dilayan..stop kat sini..
Orang suruhan gereja macam2 boleh cakap. Agama Islam pun boleh dia jadikan macam taik ni kan plak orang bangang yang percayakan dia dari dulu. Dia buat cerita semata-mata nak raih sokongan orang Shah Alam. Mamat gereja tu memang Iblis yang bertopengkan Syaitan...
ReplyDeletekalau dah kereta budak tu dah terhoyong-hayang tak perlulah lagi tambah tembakannya, takkan kejar kereta yang terhoyong hayang pun tak larat kut?
ReplyDeletetuan komrad,,,
ReplyDeleteko dok sah layan firaun tu,,,makin layan makin bodoh macam dio jugak jadinya,,, dio tu lain, kebijaksanaannya mengalahkan otak udang,,,
terase jadi hanjing???....
ReplyDeletewoooooff.wofff..auwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww....
ko konar masuk tang aljuburi bleh plak???
surrender???israel maner bleh mengaku kalah maaaa....
wakakakakakakakakakakak
p/s-ini olang aaaa,dia tarak tau ayat sindir2 jugak...dia saja pandai..anggap orang lain bengap macam tauge jugaa...haiyoooo..
hebat la polis tu leh aim tayar n kpala mangsa dlm kdaan kete tgh brgerak..
ReplyDeleteAllah akan membantu orang2 yang teraniaya...Insyaallah
ReplyDelete