Tuesday, April 06, 2010

PRK Hulu Selangor: Calon Terbaik Pakatan Rakyat

17hb. April ni SPR dah tetapkan sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. terlebih dahulu, elok sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Dr. Zainal - bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor yang telah kembali ke rahmatullah.

Al-Fatihah......

Point - Calon.

Aku tak nampak calon lain yang lebih layak selain daripada Dato' Zaid Ibrahim. tak payah nak buang masa cerita balik siapa Dato' Zaid Ibrahim. orang Barisan Nasional tahu, orang Pakatan Rakyat pun tahu siapa Dato' Zaid.

Aku tak tau lagi aku sendiri dapat berkampung dekat Hulu Selangor atau tak, tengok pada bajet dulu, buat masa ni, aku masih dok tunggu "Wang Ehsan" yang UMNO janji nak bagi dekat rakyat Kelantan. mungkin turn aku lambat sikit, ataupun mungkin tak dapat langsung.

Minggu lepas Muhyiddin ada datang bagi "Wang Ehsan" dekat mana aku tak tau, dapat la RM150 hengget sorang budak-budak sekolah. berapa ramai yang dapat..? 70 orang beb..! 70 orang..!

RM150 x 70 = RM10,500 hengget. kos Muhyiddin datang Kota Bharu, makan, minum, tiket flight pergi - balik, upah kerahan tenaga pelajar supaya hadir (sape datang dapat claim gaji, kira macam kerja la haritu), sewa bas, upah itu-ini bla bla bla RM10,500 hengget tu celah gigi je la...

Janjinya nak bagi RM20 juta. yang tu janji baru... jangan lupa janji nak buat jambatan 2 lorong dekat Manek Urai masa Pilihanraya Kecil Manek Urai dulu, kos untuk jambatan 2 lorong Muhyiddin cakap masa tu ada le dekat-dekat RM9 juta.

Yang RM9 juta pun tak nampak lagi bila nak mula, apa lagi janji RM20 juta..? tau-tau sumbang pulak dekat Litar Sepang (SIC) RM20 juta. kononnya "Sumbangan Daripada KERAjaan Pusat" demi masa depan Sukan Bermotor Malaysia.

Hoi..! Pengerusi SIC tu ada dalam listing 10 manusia terkaya di Malaysia, yang tu on the spot dapat peruntukan..? Jelas, kalau korang nak bantuan, stakat koman-koman pakai moto EX5 ke, EGO ke, Kapcai ke, rumah kayu tiang pakai sendal dengan batang kelapa - jangan harap la nak dapat bantuan segera.

Kalau nak bantuan segera jugak, ada baiknya korang pergi bunuh ADUN atau Ahli Parlimen dekat kawasan korang, kompom bantuan segera sampai. silap haribulan, penuh rumah korang dengan barang keperluan mengalahkan rumah orang bandar.

Tak caya tanya orang-orang Felda sekitar Bagan Pinang.

Yang tu konsep 1Malaysia. "Rakyat DidaHULUkan, Orang Kaya DiUtamakan". fakap la...

Konsep, semua orang boleh cerita konsep bla bla bla bla bla... orang kampung sah ternganga dengar... paham..? memang la semua jawab paham... tapi sambil berkerut kening.

Lepas ni UMNO/BN akan sembang balik Agenda Pembangunan di Hulu Selangor. sah-sah akan timbul balik soalan - "sejak PKR pegang kerusi Parlimen Hulu Selangor, apa pembangunan yang PKR bawak disini..? skrip macam ni aku dah hafal dari dulu.

Tahun 1957 sampai 2008 UMNO/BN pegang Kerusi Parlimen Hulu Selangor agaknya Hulu Selangor cukup-cukup membangun. mungkin jugak PKR mundurkan balik Hulu Selangor dalam masa 2 tahun ni. bangunan pencakar langit semua dimusnahkan oleh PKR.

Agaknya la... yang tu kena tanya UMNO/BN.

Secara lojik la... kalau UMNO/BN pegang kerusi Parlimen selama tu, tak de pembangunan yang UMNO/BN bawak, tak payah la nak harap apa-apa dekat PKR yang baru 2 tahun dekat situ. yang tu ikut lojik la... lain la kalau korang nak pakai sifir Khir Toyo. "Pembangunan Harta benda Sendiri Membuktikan Kewibawaaan Dalam Peeennntadbiraaannn".

Khir Toyo kalau turun dekat Hulu Selangor, memang cari penyakit. elok kalau Pakatan Rakyat siapkan topi Mickey Mouse banyak-banyak kalau nak sambut Khir Toyo. nampak sikit "Tema"nya...

Balik pada calon.

Dato' Zaid Ibrahim bukan anak tempatan Hulu Selangor, Dato' Zaid can speak Kelate mace ambo jugok. jangan lupa Arwah Dato' Zainal (Al-Fatihah) dulu pun bukan anak tempatan jugak, tapi still boleh menang dengan jumlah majoriti yang tipis.

Aku tak nak kira majoriti yang tipis tu. kalau kira yang tu, baik tak yah bertanding. semtiman pengundi masa PRU-12 dulu yang memihak pada Pakatan Rakyat atas faktor Pak Lah dulu pun aku tak nak ambik kira jugak. sebab sentimen ni dia tak tetap.

Kita tengok pada apa yang bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dah sumbangkan pada para pengundi Hulu Selangor.

Setakat yang aku tau, Dato' Zainal cukup disenangi dan banyak jasanya pada orang tempatan selama dia berada di Parlimen Hulu Selangor. Dato' Zaid cuma perlu sambung tugasan Arwah Dato' Zainal (Al-Fatihah). Parlimen Hulu Selangor tak banyak demand untuk isu-isu tempatan. orang Hulu Selangor setakat yang aku tau, tak pernah berangan nak KLCC dekat sana. apa yang ada dah cukup, cuma perlu maintain dan tambah mana-mana yang perlu.

Paling penting, Dato' Zaid perlu ke Parlimen semula untuk melantangkan lagi suara Pakatan Rakyat dalam Parlimen. pada aku, Pakatan Rakyat memang memerlukan Dato' Zaid di Parlimen untuk keseimbangan, tapi yang lebih penting, Rakyat Malaysia LEBIH MEMERLUKAN orang seperti Dato' Zaid Ibrahim dalam Parlimen.

Rekod terbaik Dato' Zaid bagi aku ialah - melepaskan Jawatan Menteri yang disandangnya semata-mata kerana mempertahankan "Pendirian"nya yang menongkah arus dengan Parti asalnya tetapi selari dengan kehendak "Majoriti" rakyat.

Aku tak pandang orang politik yang "Pendirian"nya selari dengan "Perlembagaan" parti, tapi aku lagi suka orang politik yang "Pendirian"nya selari dengan kehendak "Majoriti" rakyat Marhaen".

Beb... orang Politik kalau nak kuat kena dengan Undi Majoriti Rakyat, bukan Perlembagaan Parti atau "Ahli-Ahli Parti Yang WALA'".

Untuk Parlimen Hulu Selangor, aku lagi suka kalau Dato' Zaid Ibrahim dicalonkan. kalah belum pasti, menang belum tentu. macam manapun, baik PKR, baik PAS, baik DAP dan juga pendokong-pendokong Pakatan Rakyat WAJIB kerja kuat untuk kemenangan.

Selamat Berjaya.

13 comments:

  1. Aku pun sokong zaid brahim jadi calon kat situ. Yang konfom undi melayu 50-50, cina 100%, india 75%. Konfom menang. He..he..

    ReplyDelete
  2. terpulang kepada pimpinan pkr untuk meletakan calon yang berwibawa di hulu selangor. pakatan rakyat telah berjanji untuk bekerja keras bagi memenangkan calon yang dilantik. sebahagian besar pengundi di hulu selangor masih menyokong pr dilihat dari program bn yang telah diadakan tidak mendapat sambutan melainkan dikawasan rancangan tanah sahaja!

    ReplyDelete
  3. sapa2 pun layak.. tapi yg penting kena berkhidmat laa, kalau orang luaq pun yg jadi calon.. kena laa rajin balik kawasan.. jgn jadi mcm zulbabwe tu.. menyampah aku!

    ReplyDelete
  4. Kalau Dato Zaid... susah sikit nak menang. DS Anwar kena pertimbangkan orang yang mempunyai grassroot tempatan. Lagi pun Dato Zaid boleh di eksploit oleh UBN.

    Pilihlah orang yang disegani oleh penduduk tempatan, yang dapat memberi khidmat sepenuhmasa kepada penduduk setempat dan tidak mempunyai masalah kredibiliti.

    Untuk itu aku syorkan ustaz badrul amin sebagai calun.

    ReplyDelete
  5. lagi satu bukti si TB ni puak PAS Edrogan "bodohan" anwar..suma org tau ANWAR dari awal nak ZaidIBrahim jadi calon..so TB dan puak2 edrogan PAS akan menjayakannyea..

    aku harap org2 PAS perlu sedar kewujudan puak2 ini dalam PAS la yg membuatkan PAS berpecah dua..

    anti-firaun

    ReplyDelete
  6. artikel syok sendri dr poji...hahahha..

    wei poji...sentimen bhwa org selangor ni xberehi ko ore kelate mu xse amik kira ko....hahaahahahaha

    kl zaid jd calon pkr gak jwbnya serupo buleh mng free r BN....kl zaid sero nak org rmi tgk koleksi arak rmh dia dgn gmbr dia tgh minum arak acu try r jadi calon...hahahahahaha...

    ReplyDelete
  7. hahaha..dato zainal bekas ahli umno..zaid brahim pon sm..sume yg reject dr umno..bgs la korang calonkn zaid berahim..diela yg paling lantang bantah pas laksana hudud dlu..hehe..bungkus la korang..wei budak2 PR..xpayh la nk copy2 komen oer lain kt sni..hujahla gune idea sendri..apela..otak masing2 bengap..kalo takut nk bg pendapat snyap2 sudah..

    ReplyDelete
  8. haha..btuk ckp joostspring..zaid berahim tu kaki togok...byk koleksi arak kt umah..ermm..lantak korang la pkr oi...mmg aku nk korang klh pon..bgs2..kali ni aku stuju dgn tindakan nuar berahi..naikkn kroni die..biar pkr bungkus trus..hahaha..

    ReplyDelete
  9. PR letak sesapa pun kat Hulu Selangor, gerenti hancuss dan hampeh. BN akan menang. Kompom. Melayu, Cina, India, akan undi BN. PR tak ada objektif.

    ReplyDelete
  10. Hulu Selangor adalah kawasan unik dalam Negeri Selangor. Penduduk yang tinggal disitu dilihat kebanyakannya adalah pewaris kedua dan ketiga.

    Oleh kerana itu pemikiran orang yang ada sekarang sememangnya ada perbezaan dan mahukan perubahan iaitu dari BN kepada Pakatan Rakyat.

    Pada kebiasaannya jika ada pilihanraya di sesuatu kawasan maka anak tempatan yang layak dikawasan itu patut diketengahkan.

    Namun untuk menjaga kewibawaan parti seperti PKR, pemimpin peringkat tertinggi parti itu perlu menilai kelebihan dan kekurangan bakal calon.

    Ini adalah tindakan awal demi mengelakkan dari berlakunya wakil rakyat tidak berkhidmat kepada rakyat atau wakil rakyat makan rasuah sehingga terjadi insiden lompat parti.

    Memilih anak tempatan mungkin akan disukai para pengundi kawasan tersebut tetapi calon itu pula dikesan mempunyai kelemahan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak UMNO/BN. Ini akan menyebabkan segala usaha menjadi sia-sia.

    Begitu juga jika memilih orang luar yang diketahui kehebatan dan keikhlasannya dalam berpolitik, namun ianya tidak akan jadi mesra rakyat kalau calon itu tidak benar-benar memahami selok belok kawasan yang ditandinginya. Ini juga akan menjadi punca kekalahan.

    Memilih calon sama ada dari kawasan luar atau anak tempatan mempunyai masaalah baik serta buruknya. Oleh kerana itu pihak tertinggi parti PKR patut berhati-hati dalam hal ini.

    ReplyDelete
  11. lantak korang laa pilih aper pon
    jgn jadik kangaroo lepas menang sudah

    ReplyDelete
  12. pendapat aku la,..

    PKR parti bermasalah,.dah berapa ramai ADUN/MP nya lari?? dah xterkira,..rakyat phobia dgn PKR ni

    Sepatutnya PAS bertanding disitu,.
    PKR patut berkorban/beri laluan kali ini

    Sekali lagi,..pada pendapat aku la,.

    ReplyDelete
  13. kalu korang perasan semua pencacai umno dlm ni x berani jwb soklan bila ditujukan. sama mcm najib dan skrg zul motor pun sama. joehan bila nak jwb soklan aku.. ko nak bersatu bwh islam ke nak bersatu bawah kaum....

    anti-dajjal

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?