Thursday, April 08, 2010

Sultan Kelantan Rai Anak-Anak Yatim

Petang tadi lebih kurang jam 4:30 petang lepas waktu Asar aku dapat call dari member mintak cover majlis Di Raja dekat Istana Mahkota, Kubang Kerian. hah..? Majlis Di Raja..? Istana..? alamak... mana la aku pernah pergi Istana. protokol-protokol ni memang aku fail gila... bab pakaian, pergi kopitiam pun orang pandang semacam... hahaha...!!!

Nasib baik member cakap tak de protokol, Majlis Di Raja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan - Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra meraikan anak-anak yatim dari Pusat Anak-Anak Yatim Taman Sabariah - Pengkalan Chepa.

Ha... yang ni memang best. kena pergi... ngam-ngam sangat aku baru lepas mandi. pakaian rasmi aku, seluar jeans, T.Shirt kolar. sambar beg... kamera dengan laptop dah standby dari awal macam biasa. start kereta, zoooooommm... ni la pertama kali dalam sejarah hidup aku masuk Istana.

Parking dekat luar pagar Istana Mahkota - Kubang Kerian, bawak beg sandang, register dekat Pondok Pengawal. masuk dalam, anak-anak yatim dah sampai... ade la dekat-dekat 200 orang kot... tak sempat nak kira beb... excited nak tengok Tuanku Sultan.

Skodeng dari jauh, kamera dah standby dengan lense skodeng jarak jauh. kot mana-manapun nak kena snap gambar Tuanku Sultan jugak hari ni. misi penting tu beb.

Ramai jugak yang datang Majlis ni... Kekanda Tengku Razaleigh Hamzah - Tengku Abdul Aziz dengan Isteri ada, Tengku Temenggong - Tengku Muhammad Fakhry Petra ada... yang lain-lain aku tak berapa kenal, cuma yang aku tau, lebih kurang Kerabat Di Raja semuanya ada la.

Majlis meraikan anak-anak yatim bermula jam 5:15 petang. starting - pertunjukan silap mata untuk hiburan para tetamu terutamanya anak-anak yatim. sempoi...

Jam 5:25 petang, Tuanku Sultan Kelantan muncul dimuka pintu dengan diiringi oleh Raja Permaisuri - Tengku Anis, Tengku Temenggong - Tengku Muhammad Fakhry Petra dan beberapa Ahli Kerabat Di Raja Kelantan.

Ni penampilan sulung Tuanku Sultan Kelantan dikhalayak ramai sejak kepulangan Baginda selepas pulang dari mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth - Singapura. berdebar-debar beb... selama ni kita dok dengar macam-macam khabar kesihatan Tuanku Sultan. masing-masing tertanya-tanya dan hari ni akhirnya terjawab.

Alhamdulillah, Tuanku Sultan Kelantan semakin sembuh dan nampak sangat-sangat ceria. 1st time aku dapat duduk betul-betul rapat dengan Tuanku, ada la dalam jarak 1 kaki... pergh... bangga beb...

Semua soalan dari tetamu yang menegur Tuanku dijawab dengan jelas dan teratur. nampak sihat sangat dah Sultan Negeri aku ni... sekali lagi Alhamdulillah. lepas Tuanku Sultan dengan Tengku Anis beramah mesra dengan anak-anak yatim, majlis seterusnya, jamu anak-anak yatim dengan makanan best-best.

Aku..? minum air segelas, lepas tu sambung snap pic... bukan senang nak dapat pic santai Tuanku Sultan beb...

Tuanku Sultan beramah mesra dengan orang kuat salah satu Bank di Kelantan.
Ceria tu... siap boleh bergurau senda, gelak besar lagi...
Alhamdulillah Tuanku Sultan beransur sembuh...
Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Anak-anak yatim dari Taman Sabariah - Pengkalan Chepa menjamu hidangan.
Kekanda kepada Tengku Razaleigh Hamzah - Tengku Abdul Aziz dan isteri turut hadir.
Keluarga Di Raja Kelantan semakin ceria berkat dari doa rakyat jelata.

Pada kesempatan petang tadi juga, Tuanku Sultan telah berkenan untuk beramah mesra dengan para wakil media yang datang merakam sendiri keadaan kesihatan Tuanku Sultan yang beransur sembuh.

Kakitangan perubatan Di Raja juga sempat mamberi sedikit taklimat dan penjelasan berkenaan dengan rawatan yang diberi oleh mereka kepada Tuanku Sultan. antara rawatan yang Tuanku Sultan terima ialah rawatan terapi minda. cara rawatan ini ialah dengan menggunakan alunan muzik-muzik lembut yang membina minda.

Tuanku Sultan pun dah boleh karaoke ringan-ringan la... petang tadi pun sempat jugak sessi karaoke. sedap jugak pasangan Di Raja ni menyanyi... lagu apa aku lupa... Hetty Koes Endang kalau tak silap aku la...

Selain dari rawatan terapi minda, dijemput jugak Tok Guru-Tok Guru agama mengimamkan solat Tuanku Sultan setiap kali waktu solat.

Tu la sikit sebanyak perkembangan terbaru Tuanku Sultan Kelantan. sama-sama la kita mendoakan kesihatan Baginda - semoga segera sembuh sepenuhnya.

10 comments:

  1. http://thekelantaninsider.blogspot.com/
    THE TOP TEN THINGS THAT TUANKU ISMAIL PETRA’S FIRST PUBLIC APPEARANCE AT ISTANA MAHKOTA ON WEDNESDAY, APRIL 8, 2010, MANAGED TO SHOW TO THE PEOPLE

    1. The event managed to show to the people that the Raja Perempuan of Kelantan, Tengku Anis, is a queen control who does not respect Tuanku’s rights not only as a Sultan but also as a human being. In the event, when Tengku Anis asked Tuanku whether Tuanku wanted to sing a song, Tuanku flatly refused it by saying it would be difficult for him to do so. Despite Tuanku’s clear rejection, Tengku Anis however still forced Tuanku to follow her singing three songs. True to Tuanku’s prediction, he failed to sing the songs despite being guided by Tengku Anis. To prevent this blunder from being captured by the mass media, Tengku Anis had to cover Tuanku’s mouth with a piece of paper containing lyrics of the songs besides telling the people that Tuanku was too shy to sing that day. On the same note, Tengku Anis also forced Tuanku to talk to the press but, again, Tuanku miserably failed at that, prompting Tengku Anis to once again tell the people that Tuanku was too shy to talk that day. Now, what kind of wife would have dared to defy her beloved husband’s word or to subject him to such a great embarrassment in public?

    ReplyDelete
  2. hidup kareoke....

    ReplyDelete
  3. poji....

    aku ada bau something r dgn mu ni sejak akhir2 ni....hohohohohoho

    skrg ni aku xnpk dah mu buat artikel puji nik ajis(maklum la big bos mu tgh istihar perang dgn nik ajis melalui proksinya si kick)

    sblm2 ni pun kl artikel mu puji nik ajis pun mesti husam ada bersama dlm majlis tu...hehehehehe

    kl mu btul2 org nik ajis,mu xakn buat artikel ni dan publish gmbr tunku bersama rakyat..why??? lu pikir la sendri..hehehehhe..

    artikel mu kl ni mengesahkan lg ura2 bhwa nik ajis n the geng tgh bersilat dgn husam n the geng..

    p/s: kick ko wei ajak demo g istana tu???

    ReplyDelete
  4. nampak sangat sultan masih uzur... hanya mampu senyum saja... tapi berkerusiroda...

    ReplyDelete
  5. itu ke orang yg hendak dilantik sebagai penganti tengku mahkota? aduhai! nampak macam, duduk pun dah larat.. lagi berumur dari sultan.. pelik betul la...

    ReplyDelete
  6. Baca la entry terbaru Penarik Beca. Malas aku komen. Gambar ni tak menceritakan apa-apa.

    ReplyDelete
  7. kah kah kah..... aduhaiiii..sapa yg menulis artikel nihhh... nak komen dok rok wehhh...

    cuma nak tanya....

    kalu ore sakit kat spital, kita akan bawa apa:

    1)buah limau
    2)buah epal
    3)surah yassin
    4)set karoake

    kah kah kah.... gilo punya orang..

    ReplyDelete
  8. Slm....first tyme haku masok blog ni....sepupu haku pun ada sama kt majlis tu....dia kata tak dinafikan Tuanku Sultan zahirnya nampak ceria....sbg rakyat,kita semua bersyukur dan gembira melihat Tuanku Sultan yg dikasihi nampak makin sihat.......

    Tp utk nak kata baginda dah mampu memerintah atau keluar arahan tu jauh skali....pertuturan baginda pun memerlukan konsentrasi lagi....kata sepupu aku,takde org yg waras akan PERCAYA yg Tuanku ada mengeluarkan arahan yg pelbagai mcm yg kita baca kat paper kebelakangan ni.....

    Tu semua ada 'org lain' di sebalik semuanya tu....faham2 je lah....kpd admin blog ni haku harap korang tak delete posting haku ni.....nant i haku buleh share byk lg citer ngan korang....

    ReplyDelete
  9. Teluk Bakong.....ko tanya Tengku Faris ada ke tak? meh sini haku nak bagitau...

    Yg ada hanya TT Fakhry sorang je...anak2 Tuanku yg lain:Tg Faris, Tg Faiz & Tg Amalin semua takde...mrk 3 beradik ni bagus sgt...fikiran tak dipengaruhi oleh 'pengarah' drama kemelut ni...Tg Faiz handsome tu & Tg Amalin ni patuh & taat kpd kekanda derang si Pemangku Raja yg kami hormati itu...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?