Tuesday, April 27, 2010

Undi FELDA Tidak Banyak Membantu UMNO di Hulu Selangor

Antara respon awal yang saya dapat terhadap kekalahan PR di Hulu Selangor adalah turunnya undi PKR di kawasan Felda dengan drastik.

Namun, selepas menilai beberapa UPU yang 95% Melayu di kawasan Felda, saya mendapati teori ini tidak betul sama sekali.

Carta di atas menunjukkan bahawa undi PKR/PR hanya jatuh 5% berbanding 2008.(Dari 40.56% pada 2008 ke 35.67% di 2010) Dengan kata lain segala usaha PAS dan PR di Kawasan Felda telah membuahkan hasil dan berjaya melemahkan pengaruh BN dan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Dengan kata lain, sekiranya Zaid Ibrahim dilantik penyelia Parlimen Hulu Selangor dan berjaya menyelesaikan permasaalahan pemilikan tanah di sana, maka saya yakin, bilangan undi PKR di kawasan FElda ini akan meningkat kepada 45-50% dalam Pilihanraya umum kelak.

Masa 2-3 minggu kempen adalah terlampau singkat untuk Melayu2 Felda mengubah pemikiran dan pendirian mereka. Setelah berpuluh-puluh tahun diasak dan diracun dengan propaganda UMNO, mereka memerlukan beberapa tahun untuk mengubah pendirian mereka.

Syabas kepada jentera PAS, Mazlan Aliman and the gang, MB Selangor serta semua jentera yang bertumpu di kawasan Felda. Kamu berjaya mengurangkan pengaruh UMNO dengan begitu baik.

Malahan, majoriti keseluruhan Barisan Nasional dalam DUN Hulu Bernam hanya naik 400 undi (dari 2008:1408 kepada 2010:1807).

UNDI MELAYU BANYAK LARI DI DUN BATANG KALI DAN KUALA KUBU BAHARU

UPU2 yang saya analisa di bawah adalah UPU yang mempunyai 95% Melayu atau lebih.


Jelasnya, orang Melayu di luar DUN Hulu Bernam yang banyak lari ke BN semula. Dari perkiraan saya, sekitar 12% swing orang Melayu telah lari semula ke Barisan Nasional kali ini.

Mengapa perkara ini berlaku? Ada banyak teori yang boleh diperkirakan, namun saya ada teori saya sendiri:

1.0 Penolakan kepada G Palanieval sebenarnya lebih besar di luar Felda berbanding di dalam Felda. Sebelum ini pun, saya mendapati, peratus menolak G. Palanieval lebih tinggi di luar Felda berbanding di dalam

2.0 Ada logiknya di sini kerana G Palanieval lebih banyak berinteraksi dengan Melayu2 di LUAR FELDA berbanding di dalam Felda. Melayu2 di dalam Felda ada jentera Felda untuk mengadu nasib berbanding di luar Felda yang lebih bergantung pada jentera Kerajaan Negeri.

3.0 Maka, prestasi kerajaan Negeri selama 2 tahun kebelankangan ini juga lebih dirasai oleh Melayu di luar Felda berbanding di dalam Felda. Oleh kerana Dato Zainal terlantar sakit selama 2 tahun sebelum ini menjadikan orang-orang Melayu mengundi protes terhadap kerajaan negeri kerana kebajikan mereka tidak dijaga.

4.0 Mereka tidak dapat mengadu pada ADUN UMNO mereka kerana ADUN UMNO mereka adalah pembangkang.

5.0 Jentera kempen PR lebih tertumpu kepada kawasan Melayu Felda berbanding Batang Kali menyebabkan UMNO berjaya mencuri semula penyokong-penyokong mereka yang sememangnya kuat UMNO selama berpuluh-puluh tahun seperti juga di Felda.

6.0 Isu arak Zaid Ibrahim mungkin lebih berkesan di luar Felda kerana masaalah akhlak dan moral lebih teruk di dalam Felda berbanding di luar Felda.

7.0 Penipuan UMNO lebih mudah dilakukan di luar Felda berbanding di dalam. Felda adalah masyarakat yang rapat dan agak tertutup. Maka, jikalau ada penipuan, mudah untuk diketahui. Tidak seperti di luar Felda.

Secara mudahnya, ada harapan yang besar bagi Pakatan Rakyat untuk memecahkan kubu UMNO ini. Saya mencadangkan Zaid Ibrahim dilantik penyelia Parlimen Hulu Selangor bagi memastikan janji-janji kepada kawasan Felda dan melayu-melayu di luar Felda dipenuhi. Juga, memastikan kebajikan mereka terjaga.

Saya yakin Parlimen ini akan jatuh semula pada Pakatan Rakyat selepas ini, inshaalah. Di samping itu, jangan lupa kebajikan orang Cina dan India yang telah mengundi kita dengan banyakknya pada 2010.

Tulang Besi

15 comments:

  1. Hang gila ka nak bg Zaid jadi penyelia. Tak baca komen lim kit siang dalam blog dia. habih dibelasahnya Zaid!

    Tapi yang nampak teghuk PAS lah. Buat kerja setengah mati kena juga. Ghentikan la.

    Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?

    ReplyDelete
  2. Aku nak tengok anak Kamal bela peneroka felda lepas ni...ha...ha...ha

    "Kalau menang dengan cara RASUAH tok sah nak bangga laaaaa....memalukan aja"

    Hampa tak malu ka tengok pemimpin2 hampa tu merasuah rakyat masa PRK tu wahai beruk2 UMNO..???"

    Hanya orang BANGANG aja yang tak tau menilai makna rasuah politik.

    BANGANG...BANGANG

    ReplyDelete
  3. Kenapa orang Cina hampir 80% memilih PKR..? pelbagai ulasan dan tanggapan dari utra melayu yang mempersoalkan tindakan pengundi cina itu, mereka merasakan org cina ini perlu diajar kerana menolak BN..sedikit pun mereka tak menyedari sebab penolakan total ini adalah berpunca dari mereka sendiri,Org Cina bukan menolak MCA atau Gerakan, tapi menolak UMNO yg dilihat sebagai wadah extremist melayu, kebencian pd UMNO begitu kuat sekali, kenyataan pemimpin umno yg bongkak dan NGO yg bersekongkol dgnnya adalah menjd bukti nyata. Org Cina tak perlu diguna-gunakan dgn janji pembangunan, mereka bangsa yg kuat dgn mampu bangun dan berjaya dgn sendiri, tapi sebaliknya dengan Melayu..sebenarnya melayu sebeginilah yang menentukan survival umno, melayu lemah dan lembik, melayu yg sentiasa mencurigai kaum kaum lain. tanpa spesis ini, Umno akan terkubur..

    ReplyDelete
  4. Ye betol la ANAK BUGIS,melayu lemah, melayu malas,melayu lembik , sibaik aku bkn melayu , ZAID Ibrahim tu hah yg melayu siap kuar buku lagi..

    ReplyDelete
  5. Majoriti melayu terutama dibandar mula sedar tentang konsep kematangan dan kemapanan bangsa, tetapi masih ada pengundi melayu dikawasan tertentu yang termangga minda, mereka ini merupakan penyokong kuat ketuanan melayu yang didokong oleh umno, diKelantan walaupun majoritinya org melayu, tapi mereka meletakkan islam sebagai wadah perjuangan, bukan bangsa, pasal tu umno gagal bertapak dikelantan..Zaid bukan melayu orthodok, dan begitu juga sebilangan besar generasi x mcm aku..nko je tak sedar.. keke

    ReplyDelete
  6. Ya...memang betoi tu wahai Anak Bugis,

    Melayu terutamanya Melayu Umno memang lemah dan lembek. Mereka mudah di perkotak-katekkan. Pemimpin2 mereka juga mudah memperkotak-katekkan orang melayu sendiri.

    Lihatlah...betapa mudah orang melayu memberi dan menerima rasuah dlam politik. Yang memberi adalah orang melayu dan yang menerima adalah orang melayu juga. Yang memberi tidak tahu erti dan yang merima tak tahu menilai.

    Pengalaman telah menunjukkan bahawa
    RASUAH telah menyebabkan sesuatu negara dan bangsa itu akan musnah malah akan dipandang rendah oleh masyarakat dunia.

    Apakah Melayu akan terus dipandang rendah dek kerana kerakusan pemimpin mereka yang parasuah demi untuk memegang kuasa.

    Sesungguhnya MeLAYU akan terus LAYU dengan di mata masyarakat lain jjka terus MERASUAH dan MENERIMA RASUAH

    Janganlah jadi manusia YANG DIKUASAI OLEH MANUSIA2 YG BANGANG

    ReplyDelete
  7. Tak kesahla ko nak cakap MELAYU RASUAH ker, melayu lembik.. yg penting aku taknak jd tali barut DAP. Biar aku bersama BN bangsa Melayu akan tetap utuh ni tanah airnya sendiri. Bayangkan kalo kuasa memerintah jatuh ke PR. DAPlah yg menguasai kuasanya kerana sepanjang pengamatan sy 2 tahun ini. PAS hanyalah kaki angguk dan kaki gadai tanah 999 tahun kepada CIna (nizar yg sgt baik hati). Aku taknak menggadaikan tanah air moyangku. Lihatlah Singapura..apa yg telah dilakukan oleh PAP di sana. Habis hak-hak org Melayu tergadai.

    Sedarlah anak bugis. Komen ko tu cuma membawa padah kpd Melayu umumnya. Cina tidak mempedulikan kita. Mereka sentiasa mencucuk dan mencari peluang utk mengambil hak kite bile lemah. Bersatula oii.. Hidupkan semula semangat perlembagaan kita!

    ReplyDelete
  8. Utk aNON 6:02
    Agak2 Melayu mana ye yang gadai singapura tu hahhhhh....????

    Dari Parti mana melayu yang gadai tu hah...??

    Memang teruk betoi la jenis Melayu tu.....

    ha...ha...ha..

    BANGANG...BANGANG...

    ReplyDelete
  9. Ko la bangang awang dogol tak sedar2 lagi jadi pencacai DAP buduh..

    DAP menang besar kat Hulu Selangor. PAS tekongtang-kanting dgn isu APCOnyer yg tak laku di felda. Pakcik2 felda ape kesal pasal APCO

    PAS akan terus menjadi PARIA di dalam PR. Yang ungtungnya DAP, boleh hidup dengan menunggang melayu2 bebal mcm Awang dogol nih.

    Aku nak tgk macam mane plak gayenya kalo ade PRK yg melibatkan calon DAP. Maunya jentera PAS sanggup cuci taik anjing semata2 nak mendapat undi org Cina. Yerla..org Melayu da taknak sokong PR kahkahkah..

    ReplyDelete
  10. tu laa kesian bangangnyer org melayu hulu selangor

    umno-apco x kenal
    siap undi lagi zionis rm 70 juta

    syabas apco
    jasamu membawa bertimbun-timbun pelabur dari luar negara akan tetap dikenang

    hidup apco-umno
    hidup apco-umno
    hidup apco-umno

    ReplyDelete
  11. melayu melayu jugak ...tapi barang semua naik ..tol mahal..beras naik ..gula naik semua naik..apa lagi lepas nii si najib nak putar..sokong jgn tak sokong ...takper kita kan melayuuuuuuu

    ReplyDelete
  12. "Penipuan UMNO lebih mudah dilakukan di luar Felda berbanding di dalam. Felda adalah masyarakat yang rapat dan agak tertutup. Maka, jikalau ada penipuan, mudah untuk diketahui. Tidak seperti di luar Felda."


    Ha!ha!ha!
    Pakatan rakyat tak tipu ke?
    TErima saja lah.Kalah tetap kalah. kalau kalah kata orang tipu,kalau menang kata rakyat dah tolak UMNO. Kamu semua betui la pengikut tegar "Raja Putar Alam" istilah Muhyiddin.

    Apa ni kalah menang apa kamu dapat oii.

    Sopkong UMNO atau sokong PKr atau PAS,kami orang Melayu tak kisah siapa2. Semua sama saja. Saya orang biasa lihat ahli politik serprti peniaga di pasar2, masing2 panggil pelanggan ,masing2 kata dia bagus. Suka hati kami lah nak pilih siapa. Jangan paksa orang beli ikan busuk, cukup la.

    ReplyDelete
  13. "ari ni pihak yahudi sdn bhd bagi seribu dulu..nanti balance 49 ribu,tunggu lagi 15 tahun"ujar jibon tersengih-sengih...

    wakakakakakakakakakakakak

    orang2 felda boleh beli kete exora thirdhand tahun 2025 nanti.....

    kahkahkahkahkahkahkah...

    yahudi sdn bhd dah berjaya...tahniah...org2 felda melopong lar....padan muka mikome...

    ReplyDelete
  14. tak faham. kerja MP sepatutnya diparlimen je. turun padang bukan lah kerja2 MP. yg turun padang jaga longkang, kebajikan itu ini tu kerja ADUN. rakyat masih feudal dan harus faham perkara ni

    ReplyDelete
  15. Sepukal:


    Cuma tak faham kalau tak turun padang, apa pasai ada MP Shah Alam, MP Hulu Selangor, MP Taiping dan lain2 MP. Mungkin betui lah kerja MP bukan turun padang tapi menurun, kot2 dapat habuan berjuta2.
    Tengok2 kot2 kalau MP BN dan MP Pakatan berpakat menurun sama2 kat Parlimen, kita kat kampung melepas semua.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?