Friday, May 07, 2010

Najib Nak Lulus Judi Bola. Mana Suara Ulama PAS?

Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS ada wakil dalam Parlimen. Yang menyedihkan wakil DAP, Anthony Loke, yang bukan Islam sahaja yang menentang cadangan Judi Bola ini. Padahal Anthony Loke bukan orang Islam dan jauh sekali pernah menerima pendidikan dari Al Azhar atau U Yarmuk. Baca Quran pun si Anthony ni tak reti.

Akhirnya, Najib telah meletakkan Vincent Tan serta Berjaya Group lebih tinggi dari taraf para mufti dan qadhi seluruh Malaysia. Cadangan menghalalkan judi bola ini datangnya dari Vincent Tan. Mengikut artikel AFP:
It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.

Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.

The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population”.


TERJEMAHAN BEBAS: “Dikatakan Kumpulan Berjaya, sebuah konglomerat yang terdiri dari syarikat2 loteri dan kasino, sedang mencuba untuk mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia untuk mengoperasi judi sukan di Malaysia.

Judi haram berleluasa di Malaysia dan Piala Dunia kelak akan melihat kenaikan kegiatan ini yang mengakibatkan jutaan ringgit bertukar tangan.

Kumpulan Berjaya telah membuat permohonan yang serupa beberapa tahun sebelum ini, namun Abdullah Badawi telah menolak bulat-bulat. Judi adalah haram di dalam Islam dan Malaysia mempunyai penduduk Islam yang besar”.
Alasan yang diberikan Awang Adek adalah supaya kita dapat mengawal kegiatan judi haram. Oleh kerana itu, kalau kita hendak kawal zina (persetubuhan haram) maka harus kah kita menghalalkan zina?

AWANG ADEK MENIPU?

Dari laporan AFP di atas, jelas idea judi bola datang dari Berjaya Group milik Vincent Tan. Alasan untuk mengawal judi haram juga alasan yang dangkal. Apa guna ada polis yang banyak-banyak kalau judi haram yang kecil ni pun tak boleh dikawal? Adakah Polis cuma berani menembak remaja 12 tahun di Shah Alam sahaja?

Saya nak tanya Awang Adek, siapa yang beliau hendak tipu? Kalau Dolah Badawi boleh tolak, kenapa kao nak perjuangkan sekarang ini?

Adakah ini satu pembalasan kepada jasa Vincent Tan yang telah membayar Rm25 juta kepada Timbalan Speaker Perak Yee yang melompat satu masa dahulu yang telah membawa kepada jatuhnya kerajaan Perak?

Raja Petra telah mendedahkan:
Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.
Saya soal sekali lagi, siapakah yang Awang Adek hendak tipu?

MANA SUARA ULAMA PAS?

Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak?

Kalau ada orang tanya apa kesan “Agenda Perpaduan” kepada PAS, jawapannya adalah lunakknya sikap ulama-ulama PAS terhadap kepimpinan UMNO. Sehingga ke tahap penghalalan judi oleh Najib Tun Razak pun tidak ditentang oleh golongan ulama dalam PAS.

Yang herannya waktu Muktamar tahun lepas, heboh nak tuduh Husam beli perwakilan. Tapi, bila Najib lulus judi macam ni, takda pula kita dengar suara dari Ketua Dewan Ulama PAS? Ataupun mana-mana ahli Majlis Syura Ulama PAS?

Adakah Ulama2 dalam PAS sudah boleh menerima judi yang dihalalkan oleh Najib Tun Razak?

Apa masaalahnya bagi Dewan Ulama PAS menganjurkan Solat Hajat mengutuk cadangan menghalalkan judi bola ini? Susah sangat ke?

Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab.

Sekian

Tulang Besi
Sports betting under review in Malaysia

KUALA LUMPUR — Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday.

"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.

The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.

It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.

Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.

The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.

A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.

The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.
"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.

Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

10 comments:

  1. harus sana sini akan berkata...
    "takpa benda tu harus.. sebab berlesen jadi ada kelulusan, lagipun judi tu untuk kaum cina dan india ja.. sebab depa tu memang suka berjudi, lagipun tak salah sebab menjana pendapatan untuk negara.. boleh digunakan untuk kepentingan rakyat"

    hehehe lebih kurang macam tu la kot.

    ReplyDelete
  2. luluskan jugak lesen untuk pengedaran dadah, ganja, daun ketum dan seumpamanya.. supaya senang dikawal terutamanya untuk budak-budak bawah 18 tahun...

    keluarkan lesen jugak untuk penyeludup beras dan rokok di sempadan jadi senang nak pantau aktiviti mereka.

    keluarkan jugak lesen untuk pelacur malah edarkan kondom secara percuma jadi masalah pembuangan bayi dapat dibendung.

    keluarkan lesen untuk pembalak haram supaya aktiviti tersebut jadi halal

    suruh polis duduk diam-diam, cukup bulan pi cucuk ambik gaji kat ATM.

    keluarkan lesen senjata api untuk orang ramai supaya jenayah dapat dibendung ataupun sekurang-kurangnya untuk mempertahankan diri dari polis.

    ReplyDelete
  3. Tak guna betul.... dah akhir zaman, orang yang mengaku Islam berperangai lebih teruk daripada orang bukan Islam. Bahkan yang bukan Islam pula yang mengambil peranan orang Islam.

    ReplyDelete
  4. aku nak apply lesen bunuh orang la....

    senang skit tikam orang maner yang aku tak suka..

    kalo aku wat kenyataan kat facebook nanti kena tangkap plak...

    amacam pak polisi,bleh ke tak????.

    wakakakakkakakakakakakakaka

    ReplyDelete
  5. -bakal mb besar umco kelantan tak jadi ,nak ge bagi lesen judi
    -perkasam semelayu tak nak minta lesen jual ganja ,jual sybu dan jual perempuan sekali 1 malaysia dapat 20%
    -mufti belum lagi besuara lagi nak fikir macam mana nak cakap dgn hadis sekali .,
    -persatuan perkasam semalayu berhad dapat 25% masuk dalam tabung pendidiakn anak anak yatim 1umco

    ReplyDelete
  6. SEBAB BENDA NI ADALAH DARI UMNONGOK MAKA AKU NAK TANYA PULAK...."WOIIIII ULAMAK UMNO.....HAMPA PI MANA.....SENYAP MEMBISU SAJA......APA...BERAT SANGAT MULUT KA NAK BERKATA2....MUNGKIN SEBAB BANYAK SANGAT PINGAT YANG DI TANGGUNG KOT SEBAB TU MULUT TERKUNCI????

    ReplyDelete
  7. Engkau orang jangan la tanya mana perginya si Mufti Perak tu. Dia tu sekarang ni tengah sibok, maklum la dah jadi Tuan Penasihat si Mat Black tu. Kang komen lebih2, kena potong gaji pulak. Maklum la zaman sekarang ni zaman duit.

    ReplyDelete
  8. cubalah korang sumer bayangkan klau lim guan eng cakap cam nie

    klau paper utusan 2-3 muka surat
    siap muka depan cover dgn
    KERAJAAN PULAU PINANG MENGHALALKAN JUDI

    dah laa dengan judi nombor ekor, lumba kuda
    dan lain2 judi kat malaysia nie

    bukan nak kurangkan
    guna duit judi untuk majukan sukan

    peringatan untuk anak2 muda
    jangan jadik ahli sukan
    klau tidak makan duit judi
    judi=haram

    ReplyDelete
  9. Pemimpin BN manakah yang manakah yang telah berjudi yang melibatkan wang berjuta2 ringgit di London sehingga Mahkamah di sana terpaksa mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau????????

    MALUNYE.......

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?