Wednesday, May 05, 2010

Petroleum & Gas: Saman Awam Warganegara Ke Atas Kerajaan Malaysia

Kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara. Sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang. Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini. Berasaskan latar belakang ini, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan.

Tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang Perdana Menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain samada di daratan atau lautan.
Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.

Bertolak dari peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei, kami menuntut tindakan berikut ini dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib:
  • Mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan ini.
  • Mendedahkan semua keputusan Kabinet mengenai perkara ini atau.
  • Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara kita kejadian yang sama berlaku selepas negara merdeka. Maka, demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan Perdana Menteri adalah sangat diperlukan.

Tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari Kerajaan Pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara kita. Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.

Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan seperti yang saya cadangkan di atas, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia (citizen civil suit) ke atas Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan.

Saya berharap ahli-ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah.

Saya juga akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.

Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu saya menerusi alamat email gadailautmalaysia@gmail.com.

YB Dato’ Haji Husam Haji Musa
20 Jamadilawal 1431
5 Mei 2010

22 comments:

  1. Siapa dia Husam ni? Apa kes?

    ReplyDelete
  2. Husam adalah seorang rakyat Malaysia yang sangat peka, bertanggungjawab dan sayangkan negaranya..

    ReplyDelete
  3. Beruk2 UmnoNgok takutkan YB Husam kerana keberanian beliau yg telah banyak mendedahkan tembelang UmnoNgok kepada umum. Sebagai contoh kes ROYALTI MINYAK, KES PENYERAHAN BLOCK MINYAK L & M kepada Brunei.

    ReplyDelete
  4. Ketua BERUK dalam BN Umngok..anggap Malaysia nih..macam MESIR PURBAKALA..wilayahnya boleh dijual suka suka hati..KETUA BERUK berangan angan dan berkelakuan FIRAUN abad ke 21..rakyat Malaysia bina PIRAMID GHAIB..kerja.. keluar PAGI ..balik MALAM..namun tetap TAK CUKUP makan..dia senang senang JUAL NEGARA..

    ReplyDelete
  5. Setuju tu dato' saman.
    kalau boleh lebih , boleh kita kongsi-kongsi untuk kekawan lain pulok. Kickdefella dah kayan sakan. Kini giliran kekawan blogers baru dato' seperti Tulang besi, Topeng Perak, Perisik Rakyat dan lain-lain lagi. Sebab kekawan kita ni tak ada income yang tetap.

    kali saya mau tambah 10 juta, bukan saja nak padamkan Najib dalam PRU-13, tetapi nak libas semua calon dari BN.

    Moga-moga dato' akan jadi Menteri Kewangan dan Kebajikan masyarat serta Menteri Propaganda Malaysia

    ReplyDelete
  6. AKU RASA KALAU TAK KELUAR ITU HARI MAKLUMAT DIDALAM BERITA KELUARAN MURPHY OIL NEWS PASAL PENARIKAN BALIK CONTARCT UNTUK BLOCK L & M NI SUDAH TENTU RAKYAT MALAYSIA TAK TAHU PASAL CAERITA NI. KERAJAAN BERUK YANG ADA KINI CUBA MERAHSIAKAN DPD PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA.

    KEADAAN YANG SAMA BERLAKU UNTUK CONTRACT APCO. MEREKA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN SYARIKAT YAHUDI. MEREKA MELAWAT YAHUDI. RAKYAT DITEGAH KE ISRAEL (LIHAT DALAM PASPORT ANTARABANGSA)....TETAPI...PEMIMPIN2 BERUK NI SENYAP2 KE ISRAEL LEPAS TU MEMBUAT DEAL DENGAN PEMIMPIN2 ISRAEL PULAK.

    KERAJAAN BERUK BN NI INGAT RAKYAT MALAYSIA BODOH BOLEH DI TIPU. DIA INGAT DIA BOLEH RAHSIAKAN DPD RAKYAT MALAYSIA.

    BANGANG PUNYA PEMIMPIN BERUK UMNONGOK.
    SESUNGGUHNYA PERBUATAN BERUK2 UMNONGOK INI MEMANG JAHAT....BETOI2 PENGKHIANAT NEGARA ..!!!!!

    ReplyDelete
  7. mana wakil kita dalam parlimen.kenapa tak bangkitkan hal ini.lepas ini kerajaan BN nak serah apa benda pula pada negara jiran.

    ReplyDelete
  8. lepaih nih,bahagian utara semenanjung malaysia akan diserahkan kepada nepal....

    jadi,setiap warganegara dinasihatkan memakai kain pelikat setiap hari bagi lelaki,manakala kaum perempuan digalakkan makan sirih dan meludah secara membabi buta.....

    wakakakakakakakakakakakak...

    pm juden iaitu mr jibon dengan baik hati menjual sebahagian kedaulatan negara atas faktor negara tak cukup wang..dah banyak belanja masa kat prk...

    lubang gali minyak telah kering kontang..disamping itu pm mat ngantuk dengan ihklas menderma lubang2 minyak kepada negara jiran..

    ini bakal membuatkan sabah dan sarawak isytihar kluar dari 1 malaysia( bukan kluar parti)

    wakakakakakakakakakakakaka....

    ReplyDelete
  9. beruk PAS lagi la bodoh..derma duit ingat nak dapat pahala..tapi kena kencing 4 juta..kesian..nasib la beruk PAS ,kena kencing idup2..

    ReplyDelete
  10. pasal tu lah aku menyampah dgn semua pemimpin umno.. melayu lemah minda, akal kat lutut. .dari tunku sampai najib..

    ReplyDelete
  11. Wei...anon 4:59

    Hang ni bangang ka???

    Orang yang DERMA duit tu la yang mulia....bukan macam beruk2 UMnoNgok.....nak duit mesti rasuah dulu. Yang paling teruknya...merampas duit rakyat...kemudian mengaku duit tu macam duit dia yang punya. Habih rakyat di kencing nya.

    Contohnya...kerana semata nak naikkan image BN yang rosak di mata dunia....duit rakyat senyap2 buang dan di beri pada syarikat yahudi. Mula2 cuba nak bohong pada rakyat dengan menafikannya...tapi...bila tembelang dah terbukak...mengaku jugak. Senang2 dia gunakan duit rakyat nak memulihkan image yang mereka sendiri rosakkan. Tak perompak ka tu namanya. Tak malu ka guna duit rakyat? Guna la duit UMNO sendiri....kenapa gunakan duit rakyat?

    Sebab tu aku kata UMNO ni memang teruk.....lebih teruk dpd beruk yang ada di zoo negara.

    ReplyDelete
  12. Melayu cam tu lah...
    selamanya jadi pak kaduk, lebai malang, luncai...
    ehakksss...
    marah pulak tu kalau ditegur...

    ReplyDelete
  13. 1.Betui jugak!sapa hussam musa!Presiden Pas!AJK Pas Pusat!!
    2.Besaq sangatka hussam ni!!
    3.Ish!ish!ish!najib mesti takut dan ketaq kepala lutut dengaq nama hussam ni!!
    4.Apa!!Husam Musa!Kelantan!Tokey kickdefella tu!!hampasss!!!!Pas pusat pun tak terima!inikan pulak rakyat malaysia!!

    ReplyDelete
  14. Dalam hal macam ni jangan nak kato Husam, popeibra kalo ajak rakyat saman kerajaan pun musti ado yang sokong...amacam popeibra kasi canang la hak negaro dah kono lelong nih

    wakakaka

    ReplyDelete
  15. woi anon 8:46,
    kot ye pun nak berpolitik, ikut tajuk posting la!!!
    tok sah nak berbelit2 dan berputar2. Orang cakap ikut fakta.
    Negara dah terjual pun nak berpolitik parti2.
    Bongokkkk!!!

    ReplyDelete
  16. Jangan nak persoalkan sapo itu HUSAM

    Ado baik eh kalo pemuko yahudi Malaysia mempersoalkan apo hak montori umno buleh gadaikan duo blok minyak yang bornilai RM350bilion.

    wakakaka bangang pemuko yahudi ni

    ReplyDelete
  17. wakakaka...ofekenofee...pemuko yahudi malaysia ni mano ado akal eh nak cakap ikut fakta

    wakakaka tolobih jilat jubor samy tu la jadi eh...wakakaka

    ReplyDelete
  18. bila dah tersangkut, semua nak salahkan Pak Lah...
    baser tok gheti hal2 pentadbiran tu nilah jadinyer...
    nak bagi brunei 2 blok minyak tu masuk dalam mesy keputusan kabinet dalam bulan feb 2008.
    maknanya ia keputusan kabinet!!!
    saper je yang dok dlm mesy tu mesti bertanggungjawab.
    bodohhhh!!!!

    ReplyDelete
  19. wakakaka bodongung kopalo kono bodoh yo tak... wakakaka

    musti najib pun ado dalam mesy kabinet kan kan kan

    wakakaka jadi dio pun bodoh gak

    ReplyDelete
  20. Hussam Musa ka atau Musa Hassan..???

    Kalau Hussam Musa aku memang percaya...ini orang banyak kuat kerja....umnongok pun takut.

    TAPI...

    Kalau ini Musa Hassan....wa satu sen pun tarak caya......ini orang banyak kuat bodek...UmnoNgok manyak suka. Tipu punya olang.....ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  21. tak lama lagi masuk penjara la husam ni sebelah sel anwar. jgn nak melompat2 la husam oii.

    ReplyDelete
  22. Masuk sel demi pejuangan itu tak kisah.

    jangan mcm melayu apno zionist yahudi yg tangkap Sultan Kelantan masuk sel saje.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?