Saturday, May 01, 2010

Sibu - Sarawak (Pengenalan)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Sibu
ialah salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk Bumiputra lain seperti orang Melayu dan Melanau. Mengikut banci 2002, jumlah penduduk di bahagian Sibu adalah seramai 228,700 orang.

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu. Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.

Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.

Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.

TPU - Diminta para Blogger dari Sibu/Sarawak meninggalkan link Blog/Website anda di ruangan komen untuk pautan.

3 comments:

  1. www.sila-silagerasibansa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kemenangan memihak kepada pr nampaknya! orang sibu hendak berubah pada prk ini. bn akan lebih lagi merasuah rakyat berbanding hulu selangor.

    ReplyDelete
  3. wah..start kempen dah wei.. ahahaha

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?