Monday, June 07, 2010

Bekas Panglima TUDM Berang Tanah TUDM Dijual KERAjaan

KERAjaan melalui Kementerian Pertahanan telah berjaya menjual tanah Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama Kuala Lumpur (Sungai Besi) kepada sebuah syarikat swasta yang terkenal.

Tanah tersebut kononnya diserahkan kepada UDA selaku agensi kerajaan yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan tapak berkenaan. Tetapi ini hanyalah untuk mengaburi rakyat Malaysia. Sebenarnya tanah berkenaan telah dijual kepada satu syarikat swasta yang terkenal dan syarikat ini ialah kroni kepada KERAjaan UMNO/BN sejak dari dahulu lagi. Boleh diakatakan semua orang tahu.

Bekas Panglima Tentera Udara yang kedua sangat marah dan kecewa dengan tindakan KERAjaan itu. Beliau menganggap Pengakalan TUDM itu mempunyai nostalgia yang sangat berharga dan sukar melupakan pelbagai peristiwa tentang pengkalan TUDM ini.

Pengkalan TUDM Kuala Lumpur itu asalnya adalah satu-satunya Lapangan Terbang Awam sebelum Merdeka. Lapangan terbang itu juga adalah pengkalan yang menempatkan Tentera Udara British (RAF) beroperasi. Pengkalan itu kemudiannya diserahkan kepada TUDM untuk melaksanakan operasinya pada tahun 1960 setelah melalui pelbagai rintangan dan tentangan dari Kerajaan British dan Ratu Queen Elizabeth.

Panglima Tentera Udara yang Kedua itu menegaskan, adalah tidak wajar pengkalan itu dijual kepada sektor swasta memandangkan pengkalan itu adalah yang pertama di miliki pihak tentera apabila TUDM ditubuhkan dan ianya memiliki pelbagai nostalgia dan sejarahnya yang tersendiri yang telah dilaluinya.

Menurut bekas Panglima Tentera Udara itu, jika Pusat LATEDA Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan boleh diisytiharkan oleh YB Dr, Rais Yatim sebagai Warisan Negara, mengapa Pengkalan TUDM di Sungai Besi yang ulung bagi TUDM tidak boleh?

Sebelum itu bekas Panglima TUDM itu meluahkan perasaannya (remarks) seperti berikut:
"The RMAF now have no balls... Those idiots in the lower ranks sold the fighter engines, but those fucking Generals sold the Base, I think we all should demonstrate as a show of protest outside the Base".
Demikian luahan bekas Panglima TUDM itu dalam satu pertemuan dengan bekas-bekas warga TUDM dalam satu Majlis Jamuan Makan Malam yang berlangsung pada 29hb. Mei, 2010 bertempat di Laman Budaya, Tasik Shah Alam.

Pengkalan TUDM itu telah dan sedang melalui banyak perubahan yang amat ketara sejajar dengan rancangan perkembangan dan pembangunan TUDM untuk memenuhi sasaran sebagai Kuasa Udara (Air Power) di rantau Asia Pasifik. Umpamanya pembinaan sebuah Masjid yang baru dibina dan dirasmikan pada tahun 2009 yang lalu.

Bangunan Muzium TUDM baru dibaik pulih (refurbished) dan ditambah dengan bangunan-bangunan baru pula. Bangunan Kuarters untuk anggota-Anggota Pangkat Rendah yang lama (2 bilik tidor) telah dirobohkan dan dibina Kuarters baru yang lebih besar dan selesa (3 Bilik Tidor) di tapak yang sama. Demikian juga dengan beberapa bangunan pejabat lain yang baru sahaja selesai pembinaannya dalam beberapa tahun yang lepas.

Manakala Pengkalan tersebut juga dikongsi bersama oleh Unit Udara Polis, PDRM di mana terdapat hangar untuk menempakan beberapa unit pesawat helikopter dan satu bangunan baru yang dibina untuk menempatkan ruang pejabat dengan kelengkapan Unit Simulator Helikopter untuk latihan juruterbang.

Bagaimana pun kita tidak mengetahui berapakah jumlah transaksi harga jualan keseluruhan Pengkalan tersebut. Namun ia amat mengharukan warga bekas-bekas TUDM terutama bagi mereka yang telah lama pernah berkhidmat di Pengkalan itu termasuk mereka yang diserapkan dari Tentera Udara British (RAF) kepada RMAF (atau TUDM).

Sememangnya ia amat mengecewakan kerana ia adalah suatu yang nostalgik dan bersejarah. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat cari makan).

Sekian,

X TUDM
para_jump101

17 comments:

  1. masa duk kat dalam tu, tak ada pulak bising, bila dah keluar baru bising,,, Enjin Jet hilang,,, tanah kena jual,,, apa lagi TUDM yg ada? Jet Tebuan masih ada kot?

    ReplyDelete
  2. Quote"Bekas Panglima Tentera Udara"unquote

    Smuer begitu.,Yg.Berani bercakap,yang berani bersuara,yang berani menegor,HANYA BEKAS,BEKAS,

    Cuba yang belum,waima yg.bakal menjadi BEKAS.,

    Akan senyap,sunyi,buta,tuli,biak pieee!!

    Kita sudah lama melalui BUDAYA nie.

    Piigiiirrrah.

    He! he! jgn Maree

    ReplyDelete
  3. wakakaka...yes yes yes...sapu bersih
    peninggalan sejarah

    wakakaka...dulu mahadey nak rembat stadium merdeka nasib baik tak jadi

    wakakaka...sebagai ganti lapangan terbang TUDM dan penjara Pudu

    wakakaka...penjara pudu lagi banyak nostalgia dan lagi bagus kalau dapat dikekalkan penjara Pudu ni untuk disumbatkan orang-orang yang ditangkap makan rasuah

    wakakaka...tak sabor nak tengok kalau cadangan aku ni diterima...PENJARA PUDU DIBAIK PULIH UNTUK PESALAH RASUAH

    wakakaka...siapa agaknya penghuni yang pertama kalau cadangan ni berhasil...

    wakakaka...pemuka yahudi ada jawapan kot

    ReplyDelete
  4. Help Wakakaka,

    Pakai gambar yahudi ye? Jadi kira yahudi kutuk yahudi. Wakakaka kah kah kah. Berjanggut tebal tapi pakai topi. Wakakaka kahhhh. Orang macam ini pun ada kt bumi ni.keh kehkehkeh.


    Gurau dgn puak yahudi...

    ReplyDelete
  5. bgth la nama bekas panglima TUDM tu...

    br senang skit tuan punya bdn nak saman org yg buat fitnah...

    kl buat fitnah mcm ni xleh masuk mahkamah..xclear...

    propaganda pr yg plg latest ni...mewujudkan kebencian antara puak tentera dgn kerajaan..

    ReplyDelete
  6. kalau umno-apco terus memerintah, habislah tanah kerajaan yang terletak dalam bandar akan dijual pada cukong!

    ReplyDelete
  7. kambing..

    xpyh tggu umno perintah kelate pun..sekarang ni pun nak hbs dah segala aset kerajaan negeri kelate nyo kutip amik jual ko KERAjaan liPAS..

    ReplyDelete
  8. wakakaka...juborspring KERAjaan Lipas mana...wakakaka

    setau aku KERAjaan korang je yang Lipas suka benda yang busuk-busuk macam mahadey pujaan korang cakap.

    wakakaka...eh eh...pengkalan TLDM kat Woodlands dulu macam mana boleh terrrrrrbagi kat pemuka yahudi Singapore

    ReplyDelete
  9. same la ngan NUAR juburi..

    bekas jugak..

    anti-firaun

    p/s: maksud aku, bukan bekas TPM yek, bekas BANDUAN PENJARA..:p

    ReplyDelete
  10. joostspring said...
    anti-firaun

    dua2 bangang "blogger sampah"

    Selagi ko dua ekor alien ini tulis aku kan balas bangang ..Inilah layaknya

    ReplyDelete
  11. hahahaa...nm bekas panglima tudm tu xde..gmba event kt tasik s.alam tu pon xde...ni kire fitnah ke ape ni..slalu cmni kalo org2 pr sebarkn brita..pastu budak2 pr pon caye..hahaha..bukti2 xde..stakat tulis dlm artikel je..lg satu..najib ckp lesen judi tu xlulus lg..hahahaha..tp puak2 pr menyalak cm dieorg hapuskn je judi kt negeri masing2..lesen2 judi korng renew jgk..muahahaha..

    ReplyDelete
  12. Help u wakakaka.

    Yg dulu masuk orang yg nak gi haji pakai sponsorlah kah kah kah akakaka. Dan yg makan kek menantu beli pakai duit rakyat, wakakaka. Lepastu yg cekek duit Kohilal. wakakaka. Adey! sakit perutku.

    Gurau je dgn bewak2 topi hitam.

    ReplyDelete
  13. joostspring, anti-firaun, joehan,,, 3 stooges yg dulu2, kini-kinin dan selamak-lamaknya,,, masih pikir guna kepala lutut,,, ialah... dapat duit judi boleh bagi makan kat anak bini, hantar mak ayah naik Haji,,, maklumlah duit tak haram sebab duit tu dari judi halal (halala...) kesian kepada dumbs & dumbers stooges nih...

    ReplyDelete
  14. hahaha..tu je ke ko blh tulis liza..blh x bg komen psl duit kohilal rm45 juta yg lngsung xmendatngkn hasil tu..org pas yg handle koperasi tu bodoh2 ke..kalo tabdir negara mau bankrap negara..org nk melabur korng pon sibuk nk melabur..tp xreti berniaga..hahaha..ke duit tu msk kocek org2 pas...hahaahahaha...bengap btul..

    ReplyDelete
  15. Jual tanah nak beli balik ejin jet yg hilang tu, ingat depa nak bagi balik free ke enjin tu sori lah... yg lebihnya buat projek le utk semua askar TUDM. belilah jet2 yg agak baru nak saingi saf. saf penasihatnya yahudi zionist.. hati2.... apco tentu dah kautim..

    ReplyDelete
  16. Teman ku seorang guru pakar mengulas tentang cadangan beberapa orang yang nak guru diberikan lesen.yang mula-mula mencadangkan puad zarkashi.dan yang menyokongnya ada pulak pemimpin kesatuan guru.kesatuan guru terbesar...NUTP menentang idea ini.
    bagi teman ni pulak,x ramai guru yang menyokong idea lesen patut diberikan....yang menyokong ni cuma kaki ampu dan bodek.
    nak sama tarafkan dengan profesion lain seperti peguam dan doktor.peguam tak makan gaji dengan gomen dan doktor pulak ada yang keja gomen dan ada keja sendiri.guru sebenarnya kedudukan lebih tinggi tarafnya daripada doktor dan peguam kerana mereka pernah mengajar murid-murid dari peringkat bawah sehingga ada yang jadi pemimpin negara.kalau nak iktiraf guru,bagi ajelah gaji lebih tinggi daripada doktor dan peguam.kat negara lain gaji guru tinggi.tak macam negara kita gaji guru antara terendah di rantau asean..katanya lagi

    nak kata guru x komited....siapa yang cakap macam tu elok pegi cermin muka mereka sendiri kat cermin.banyak keja-keja sukarela guru buat.keja pengkeranian,hantar budak-budak ke pertandingan peringkat zon,daerah,negeri dan kebangsaan.korbankan cuti mereka untuk naikkan imej sekolah.ada yang x claimpun elaun yang boleh mereka claim.bila murid gagal,guru dipersalahkan tapi bila murid berjaya yang dapat nama orang lain.lembu punya susu sapi dapat nama.
    ada guru besar arah guru guru ke sekolah hari sabtu...terpaksalah guru pegi pasal takut markah prestasi tahun itu rendah pasal tak ramai guru yang berani memperjuangkan nasib mereka walaupun nutp ada ahli ratusan ribu.jauh sekalilah nak ngadu.....link guru besar sampai ke PPD,JPN dan Kementerian.senang citer senyap je....buat bodoh ikut ajelah walaupun x suka...ujarnya lagi.ini dah kira keja 6 hari seminggu.
    tak ramai yang tahu pengorbanan seorang guru.berdepan dengan tekanan masyarakat.tak kira kalau setiap menteri pelajaran bertukar..polisi pendidikan pun berubah..guru bukan robot.ingat senang aje nak download sesuatu modul.kementerian pelajaran patut tetapkan satu modul pendidikan.
    pangkat pulak payah nak naik jika dibandingkan dengan PTD.lebih memeritkan lagi,PTD keja kat kementerian pelajaran.patutnya guru yang keja di sini pasal mereka lebih arif dengan sistem dan polisi pendidikan.ada yang ada master dan Phd.inilah cara nak meningkatkan taraf guru

    Tuesday, June 08, 2010 2:58:00 PM


    tok malim said...
    dia menambah lagi,dah lama guru x bersetuju kaedah PTK tapi kerajaan macam pekak badak je.pernah ceupacs mencadangkan PTK dihapuskan.ramai yang meragui kaedah ini kerana bagi mereka peperiksaan ni macam atau seolah-olah telah ditentukan....mana ada bagi keputusan berapa markahnya..setakat lulus atau gagal

    ReplyDelete
  17. Joehan,

    Org UMNO yg cerdik yg pegang KUB tu apa kurangnya. Dah tak boleh nak bangun, disenaraikan di Bursa. Sejak disenaraikan berapa % dividen yg telah dikeluarkan? Berapa juta pula dibayar kpd ceo yg bersara?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?