Wednesday, June 02, 2010

Deja-Vu: Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Bakal Tumbang..?

Free Malaysia Today lapor:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim meminta para media memberi sedikit masa untuk beliau memberi keputusan mengenai jawatan beliau di dalam Umno Kedah mahupun sebagai Adun Kuala Nerang.

Menurutnya, keadaan tertekan menjadikan beliau sukar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin menyatakan beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen atau kenyataan kerana melibatkan banyak pihak termasuklah jawatan saya sebagai Adun Kuala Nerang.

"Harap semua media dapat memberi masa untuk saya menyatakan pendirian tetap saya dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today hari ini.

Syed Sobri tetap menegaskan tidak akan memberi sebarang kenyataan dalam masa terdekat ini sehinggalah mencapai satu keputusan terbaik untuk mengemukakan kepada umum.

PAS sentiasa alu-alukan Syed Sobri

Sementara itu, Speaker Negeri Kedah yang juga ahli jawatankuasa PAS Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail menyatakan PAS sentiasa mengalu-alukan penyertaan ahli baru dan jika benar mana-mana Adun atau pun ahli parti Barisan Nasional (BN) ingin menyertai PAS, ia dapat menyatukan lebih ramai lagi umat.

"Jika benar Adun Kuala Nerang ingin menyertai PAS, dia perlulah mengemukakan surat secara terbuka kepada jawatankuasa PAS, barulah sah beliau benar ingin bersama kami.

"PAS sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baru sama ada Adun mahupun umat Islam yang lain bagi bersama-sama membentuk kebenaran melalui pegangan agama untuk negara," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Tambah beliau, keputusan sepenuhnya sama ada penyertaan Adun Kuala Nerang diterima atau pun tidak, beliau menyatakan keputusan tersebut akan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi PAS.

Syed Sobri sejak akhir-akhir ini sentiasa dijejaki wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan daripadanya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman untuk meninggalkan BN menyertai PAS hari ini.

Kesahihan semakin memuncak kerana Syed Sobri dikatakan begitu kecewa dengan Umno, berikutan disisihkan dan sudah tidak mempercayai perjuangan Umno yang hilang hala tuju itu.

Jika beliau menyertai PAS maka kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS akan bertambah kukuh. Dengan kemasukan Syed Sobri, PR akan mempunyai 21 Adun berbanding BN 12.
Ingat tak awal tahun lepas bila ADUN BN, Dato' Nasa isytihar keluar dari UMNO/BN dan sertai PKR..? tak sampai seminggu lepas tu Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang dalam konspirasi KuDeTa...

"PAS" mengalu-alukan Syed Sobri...

Yeahhh...!!! tolong tengok-tengokkan ADUN-ADUN PAS Kedah... Deja-Vu..!

13 comments:

  1. Tuan,

    1. PAS tak payahlah nak ambil syed sobri. Bilalah PAS ni nak cerdik, buta mata dengan permainan syed syed sobri.

    2. Sebenarnya syed sobri tak pernah dianggap sebagai orang kuat UMNO kedah. Dia diterima kerana wangnya sahaja kerana satu masa dulu dia adalah seorang kontraktor yang kaya. banyak wangnya telah dilabur ke dalam UMNO untuk mendapat tempat.

    2. awatlah PAS bangang sangat. tak nampak syed sobri sedang negotiate dengan UMNO untuk selesaikan masaalahnya. Paling-paling tidak, dia akan cuba dapatkan balik lesen kontraktornya yang telah kena gantung dan diberi beberapa projek besar sebagai imbuhan.

    jangan haraplah UMNO akan membenarkan syed sobri meletak jawatan ADUNnya.

    ReplyDelete
  2. apa sudah jadi dengan dun kedah dimana wakil rakyat yang telah diisytihar mufli oleh mahkamah masih menjadi ahli dun? diharap pas tak terpedaya.

    mansiul.

    ReplyDelete
  3. sapa punya blog bodoh ni???
    tak ada fakta langsung...

    bodoh...bangang

    ReplyDelete
  4. blog bodoh ni si poji punya...
    blog bodoh???
    memangpun sebab dia keturunan orang bodoh...emak dia bodoh...bapak dia juga bodoh...

    ReplyDelete
  5. hahaha..dejavu ekk..

    pasal isu lompat ni, bagi aku, simple..hang sudah hilang kepercayaan, hang sudah sokong org lain..hang pergi..itu hang punya pasai..itu hak hang..takde undang2 larang hang buat gitu..

    so kalu nak blah, go ahead..nak buat something tu, kena sepenuh hati..kalu pikiaq ke lain, hati ke lain, nak buat apa? keje berkhidmat kepada masyarakat ni kena komited..kalu rasenya masuk parti lain membuatkan hang lebih komited, itu yg terbaik utk org2 yg hangpa berkhidmat..jgn hang tak buat keja sudah..

    tak payah la nak kuar dalil2 lompat party haram la, pengkhianat la, jatuh talak la and etc..bila lompat masuk hangpa punye parti, suma yg baik2 blaka kuar..kalu terbalik, abih suma kuar sumpah seranah hangpa..

    Yg penting, buat keja kena ikhlas kerana tanggungjawab dan amanah ini berat..nanti padang mashyar akan ditanya..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  6. Poorah........

    Aku tak percaya dgn wakil2 UMNO nih.Cukup la apa yg Datuk Basha dah buat pd PR Perak dulut.Mereak merajuk dariUMNO bukan pasal prinsip sgt,tetapi sebab dah mula disisihkan.Itu aje.Bila UMNO beri attention balik dia rujuk balik la.

    Lagi pun UMNO akan buat apa hj termasuk main kasar diluar undg2 jika ada wakil wakil mereka melompat.

    ReplyDelete
  7. Dia bole nak masuk PAS,tapi, suruh dia letak jawatan ADUN dulu dan Si Sobri ni bole le join PAS as ahli biasa.
    DUN bole diadakan PRK...
    PAS jgn jadi mcm Umno yg suka "membeli" wakil rakyat PR.
    PAS mesti serahkan hak kepada rakyat utk memilih ADUN baru..

    ReplyDelete
  8. Haiyaaaaaa.....
    Wa lebih suka itu alun litak jawatan looooo....Lulu lia minang atas ticket UMNO wooooo....musyuk punya parti. Cikalang mau mawa itu musyuk lalam PAS ka? Haiyaaaaaaaa.....semua olang malah woooooo.....talak sinang itu macam wooooo...

    Kasi bikin PRU balu laaaaaaa. Lakyat lagi manyak suka.
    Lakyat lagi manyak caya.

    Ini bikin lompat2 haaaaaa...tapi...tak mau litak jawatan.....selupa talak tilor wooooo. Lakyat malah woooooo ini macam.

    Wa mau kasi cadang sama PAS haaaaaa....tak mau angkat itu adun kalu lia tak mau litak jawatan. Bikin malu wooooo. Tapi....kalu lia mau jadi ahli...wa manyak sokong. Balu bersih wooooo parti.

    Tak mau jadi olang bolo macam itu olang UMNO haaaaaaa....sinang2 angkat and culi alun parti lain.

    Sendili mau ingat hoooooooo....

    ReplyDelete
  9. Cuba faham betul2 ayat ni:

    PAS sentiasa alu-alukan Syed Sobri

    Sementara itu, Speaker Negeri Kedah yang juga ahli jawatankuasa PAS Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail menyatakan PAS sentiasa mengalu-alukan penyertaan ahli baru dan jika benar mana-mana Adun atau pun ahli parti Barisan Nasional (BN) ingin menyertai PAS....

    KAH KAH KAH..MEMANG TAMENGHAIRANKAN PUN DENGAN GELAGAT PEMIMPIN PAS NI...PARTI ISLAM (KONONYA LAA) NI SAMA SEPERTI pkr MERUPAKAN PARTI TONG SAMPAH JEE..MANA-MANA TIN ATAU PUN KAYU YANG HANYUT MEREKA CEPAT2 KAIT UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM TONG MEREKA....YANG BESTNYA KALAU PUAK DIA BUAT DIGALAKKAN DAN DIHALALKAN PULAK TAPI BILA ORANG LAIN BUAT PERKARA YANG SAMA DIKATA HARAM SERTA ORANG TU KENA BELI...AIKK BERAPA EKAR TANAH BALAK YANG DIOFFER KEPADA ADUN TU EKS...BIASA LAA PERKARA NI BUKAN BARU DIDALAM PAS..BUKANNYA RASUAH TETAPI SEDEKAH ...

    ReplyDelete
  10. Haiyaaaaaa...
    Lu memang bolo la anak lenggong.

    Itu pemimpin pas sulah ale cakap lagi cantik itu kalu alun letak jawatan and balu joint pas.

    Tatak selupa woooooo... tatak same macam Umno....manyak takut suluh itu alun letak jawatan. Lagi selupa cibai cakap sama spr jangan kasi pilihanlaye. Manyak takut sama pilihanlaye.

    Bolooooo ...punya bulak anak lenggong. Yayak bace punye olang.

    ReplyDelete
  11. kahh....kahh....kah.....
    anak lengong.......anak lengong...
    baik ko sumbatkan kepala ko dlm jubur si sefool tu jer.
    gelak aku! apek tua bodohkan ko.
    kah..kah...kah...

    ReplyDelete
  12. anon 4.56pm,

    ko ni kasi bikin NUAR juburit MURKA la bro..itu bontot sayfool "adik" si nuar da booked la BRO..ko kalu nak kene pecat ngan NUAR ko brani la ckap pasal jubor seyfool depan si nuar tu..

    disebabkan ko buruk tak jambu macm sayfool, si kapal akan suh ko bertaubat..tak selera de si nuar ngan jubor ko..

    ahahahahaa

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  13. pakatan jgn jd kalot.

    mmg btul nak sokongan..

    tp sruh dia ltak jwtan adun dlu bru bleh join pas..

    bru org nmpk pakatan ni lain dr umno..

    kite dok bising.. letak jawatan lpas lompat parti.. sbb khianati mandat rakyat la, mnang atas tiket la.. ape la...

    so, jgn buat mlu pakatan or pakatan akan hilang undi aku pada pru seterusnya kalau ckp x srupa bikin..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?