Thursday, June 17, 2010

Jati Diri: Forum SABM Di Kota Bharu - Jemput Datang Beramai-Ramai..!

Rimbun pepohon, ranting dan dedaun berayun disapa angin, melambai,

Salam dikirim dari Laut China Selatan, ombak dan bayu senja penyampai warkah dan khabar berita,

Terbentang sawah, disuburi keringat,

Alunan dikir disusuli gelagat Tok Dalang memainkan kisah sang Arjuna, kebudayaan bersulam rapat dengan Patani,

Manis senyuman, mesra sapaan, kukuh jati diri,

Biar jauh di perantaun, kecek ambo kecek anak Kelate
Saya Anak Bangsa Malaysia akan merantau ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan mengadakan sebuah forum; 5 perkara utama akan kita bicarakan dari hati ke hati, setiap satu terpahat dalam jati diri.
Kita akan membincangkan permulaan.

Kita akan membincangkan hala tuju.

Kita akan meneliti kesamarataan manusia dari sudut agama dan juga perlembagaan negara.

Kita akan membincangkan jati diri yang wajib terpahat dalam sanubari kita sebagai rakyat.

Kita akan berbicara tentang Malaysia.
Ahli panel:

Fahmi Reza
Al-Mustaqeem
Azmi Sharom
Eddin Khoo
Jayanath Appudurai

Butir-butir

Tarikh: Sabtu, Jun 19, 2010
Masa: 2.00-6.30 petang (Pendaftaran bermula dari jam 1.30 ptg)
Tempat: Hotel Juita Premier, 60-64 Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu

Pendaftaran adalah wajib untuk sesiapa yang ingin menghadiri forum ini. Sila daftar dengan menghantar emel kepada events@sayaanakbangsamalaysia.net atau panggil +603-20950435 (Rabu-Ahad, jam 12tgh-7mlm).

p/s - Video di bawah adalah suntikan dari Forum SABM di Johor Bahru yang telah diadakan pada bulan Mei dulu.

Sumber -Saya Anak Bangsa Malaysia

1 comment:

  1. http://www.bankrakyat.net/?ref=jubrey disini ada sesuatu yang amat menarik utk org yang ingin berjaya...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?