Saturday, July 03, 2010

"Jangan Berkawan Dengan Budak-Budak Racist" - Zahiril Adzim

Kan dah lama aku tak tulis entri panjang? Entah kenapa tiba - tiba pagi - pagi buta ni, mood menulis sampai, dek kerana detiknya hati, cetusan rasa serta fikiran sewaktu memandu dari Ipoh ke Kolumpo. Highway gelap dan panjang telah menciptakan satu ruang apungan fikiran.

Kelmarin masa aku pergi tengok tayang filem pendek "The Invigilator" lakonan Tony Eusoff, Cheryl Samad dan aku sendiri di TGV KLCC, aku telah ditemubual oleh kenalan untuk apa entah aku pun tak berapa dengar sebab suasana agak riuh masa tu.

Jadi beberapa soalan yang menarik diajukan pada aku dan aku pun jawab dengan santai dan jujur. Antaranya tentang isu gender, isu perkauman, isu ini dan isu itu.

Gossip? Memang takda. Sebab aku memang tak suka jawab soalan - soalan begini. Aku lebih suka jawab tentang pandangan aku tentang situasi yang sedar berlegar sekeliling kita. Dan aku rasa tukang-tanya tu pun tak berminat nak tanya tentang perkembangan percintaan aku, atau baju aku sponsor ke tak, atau kereta apa yang aku bawak, atau hati aku sudah berpunya ke belum, atau projek aku yang terbaru. Itu jauh dari curiosity-nya.

Setelah menjawab beberapa soalan yang syok, yang membuatkan aku terbakar - bakar semangat untuk menjawab, tiba - tiba keluar satu soalan yang membuatkan aku terdiam dan sayu sekejap selepas soalan isu - isu yang sebelumnya.

"So tell me Zahiril, kalau you boleh jumpa diri you sendiri masa kecik balik, what will be your message or your advice to him"

Untuk beberapa saat, hati aku terdiam sekejap. Dalam kepala aku memang kalau boleh (yang aku tahu memang takkan boleh) aku nak jumpa diri aku masa kecik balik. Banyak yang aku nak cakap dengan dia. Tapi untuk saat itu, satu je perkara yang aku betul - betul nak cakap dengan diri aku sendiri masa kecik.

"Jangan berkawan dengan budak - budak rasis" aku jawab.

Sebab racism ini satu racun juga virus yang susah nak dihilangkan atau dipulihkan. Kau bacalah buku tentang anti-perkauman ke, kau buatlah teater anti-perkauman banyak - banyak ke, kau ciptakan lagu penyatuan kaum dan anti-perkauman ke, ia tetap akan meninggalkan setompok calit sifat perkauman tu dalam diri sendiri.

Sampai hari ini, aku struggle untuk buang sifat itu dari dalam diri. Ia tetap ada, biarpun sedikit, kerana selama ini aku dibesarkan dengan environment perkauman, tukang-perintah yang suka berkeris, apatah lagi bila berkawan dengan budak - budak yang rasis. Ya, aku mengaku aku juga rasis dulu.

Jangan tanya apa yang aku dah buat, sebab aku budak nakal.

Bila sebut Cina, yang terlintas ialah babi.
Bila sebut India, yang terlintas ialah Batu Caves.
Cliche.

Sakitnya rasa bila kita benci sesuatu perkara yang dah ada dalam diri kita. Contohnya seperti kita benci kekasih lama yang selalu bermain dalam kepala. Kita struggle untuk buang, sebab kita tahu benda itu tak guna duduk dalam diri kita.

Sebab aku benci perkauman.

Tuhan mesti marah kalau kita sibuk dengan bangsa dan bukan agama. Kan? Aku tak tahu jawab sebab aku bukan Tuhan, tetapi setidaknya aku percayakan itu.

Mungkin hati aku terdiam sekejap selepas soalan itu diajukan kerana aku baru pulang dari tanah orang yang bukan bangsa aku. Sambil lagu Across The Universe beralun dari Ipod aku, di tengah - tengah kota, dalam lautan manusia (orang Jepun kan suka jalan kaki) aku terduduk dan terdetiknya hati.
Dari situ aku merasakan betapa kerdilnya aku antara kesesakan manusia di depan mata. Betapa tidak bergunanya label itu di bumi ini.

Mungkin Tuhan dah set up kan yang aku akan kendong detiknya pemikiran ini di tengah - tengah lautan manusia, malam tu.

Di tanah sendiri kita perkenalkan diri, Hi I'm Malay, dan tiba - tiba pulak di tanah orang kita perkenalkan, Hi, I'm Malaysian. Jadi apa identiti kita yang sebenarnya?

Minda, lidah dan hati aku juga mengakui bahawa Rasullullah S.A.W yang aku junjung sebagai Rasul Allah sendiri pun bukan sama bangsa dengan aku.

Dan kita lihat apa yang terjadi hari ini? Yang aku percaya semuanya bermula dari mentaliti bangsa, bukan agama. Bakar sana, bakar sini. Kepala sana, kepala sini. Sekali lagi, ini mentaliti bangsa sebenarnya. Yang dilaungkan perjuangan agama kononnya, tapi sebenarnya cuma super-ego bangsa, bukan agama.

Ini baru perasaan berada di tanah Jepun, belum berada di Makkah lagi. Apa perasaan kamu yang pernah memijak tanah Allah berkumpul dengan bukan Melayu tetapi atas satu tujuan kerana Allah s.w.t?

Masih lagi ada tebal sifat bangsa atau waktu itu hanya berserah diri sebagai Hamba-Nya?
Mengapa susahnya kita melihat manusia sebagai manusia dan bukan bangsanya?

-Zahiril Adzim

15 comments:

  1. Tuan, Assobiyah(rasis) ni memang bahaya untuk penduduk dunia. Tak kira di mana pun. Tengok saja di Kygestan, umat islam kergystan dan uzbek membunun sesama sendiri. Kalau mereka berpegang pada tali Allah, maka perkara sedemikian tidak akan berlaku kerana islam menyatukan umat manusia. Samalah di Malaysia. Assobiyah ni di guna oleh manusia yang tak de otak macam Brahim Katak yang sesat tu. Memainkan isu rasis, tapi Tuan saya sungguh seronok ketika cuti sekolah baru2 ni menunaikan umrah. Dapat bersembahyang dengan ramai umat islam dari seluruh dunia. Di saf hadapan banyak pemuda2 cina bersembahyang, Alangkah seronoknya kalau umat islam dapat mendekati kaum lain di malaysia untuk memeluk islam dan dapat menarik seramai daripada mereka memeluk islam, maka tidak bolehlah lagi parti yahudi umco memaikan isu lapuk ni dari meracuni minda rakyat. Umat islam perlu menyebarkan dakwah pada bukan islam sebab islam akan kuat kalau bukan islam memeluk islam dari segi ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan sebab semua aktiviti dunia ni berada di tangan islam dari yahudi laknat parti melayu umco.

    ReplyDelete
  2. rasis ni tk kira parti..

    ReplyDelete
  3. 1.Woiii!!memangla puak kapiaq harbi cina tu bukan racist!!
    2.Hangpa pi TAR u!ramai pensyarah melayu kat situ!
    3.Hangpa pi LKwing U!ramai juga pensyarah melayu kat situ!
    4.Hangpa pi kilang-kilang swasta!!ramai pegawai kat situ! melayu!!
    5.Woii bodoooo!!awattttt hangpa bodoooooo sangai niii!!!

    ReplyDelete
  4. Aku tak suka rasis. Bagi aku kita semua sama je. Tapi aku terpaksa untuk jadi Rasis.

    Kat tempat keja aku, Melayu yg jawatan/pendidikan lagi tinggi tapi gaji lagiiii rendah dari bangsa yg satu lg. Nak claim pun mcm tu. Klau melayu, mcm2 kena tanya. Klau bangsa satu lagi, senang je.

    p/s gaji assistant engineer berbangsa lain sama ngn gaji aku. Klau gaji bukan asistant dua kali ganda gaji aku. So...

    ReplyDelete
  5. KEPADA BEWAK2 AMENO YANG RASIS,

    MEMANG ELOKLA DEPA BAGI GAJI DOUBEL STANDAT MACAM TU SAI DEPA DOK TANGGUNG ORG2 AMENO..

    GAJI PENJAWATA AWAM DOK MAI GOYANG KAKI, ATAIH CUKAI CINA.. 5% REGA GHUMAH BUMIPUTRA ATAS CUKAI DEPA.. BUDAK2 MELAYU DAPAT BUAT DEGREE, DIP, SIJIL SEBAB AMENO SEKAT CINA MASUK IPT, KALU TAK SEKAT CINA, MELAYU MASUK IPT TAK SAMPAI 17% DAK AI.. BETUI DAK?

    he he he
    saja nak nasihat puak2 ameno

    ReplyDelete
  6. Menetek ngn Rosmah duluJuly 3, 2010 at 6:00 PM

    lek la reid...

    jangn ckp cam tu..

    ko jngn buat mcm Melayu ni bodoh2 sume..ada gak yg pandai..tak dapat masuk IPT...

    sbb apa???MElayu UMNO sembah MCA wei..telur najib kena pegang ngn cina MCA.. sbb tu nak mansuh biasiswa KJ punya sokong ka siong..

    yg perkasa haramjadah bodoh tu tak tau..sbb diorang mana belajar tinggi2/..

    standard la pala jubo umno befikir..biar melayu baru lahir bodoh..asalkan melayu yg di atas leh suap anak cucu sedara makan...

    melayu bersatu yang buncit brahim ali..

    si katak ali dah pokai dah wei..sbb tu mengendeng balik ngn UMNO..

    kah kah kah..

    suma salah umno..smbah cina..buat meritokrasi..anak melayu nganga tak dapat masuk U..

    kah kah kah..

    yg makan duit cukai cina pun umno..

    kita ni ntah2 makan cukai yg kita sndiri bayar..kah kah kah..

    ReplyDelete
  7. aku memang rasist dan benci pada 2 bangsa pendatang tu...so what!!!

    aku lagi benci pada melayu yang diperalatkan oleh puak2 ni...

    sekor macam babi...
    sekor macam ular...

    yang sekor (pas/pkr) jadi LEMBU...

    ReplyDelete
  8. WAKE UP PALA JUBOJuly 3, 2010 at 6:54 PM

    aku pun rasis..aku benci pada melayu umno..pemimpin kuat menipu..

    penyokong kuat membulu

    so what?!!!

    ReplyDelete
  9. "BUDAK2 MELAYU DAPAT BUAT DEGREE, DIP, SIJIL SEBAB AMENO SEKAT CINA MASUK IPT, KALU TAK SEKAT CINA, MELAYU MASUK IPT TAK SAMPAI 17% DAK AI.. BETUI DAK?"-bodoooried.

    1.Betui!betui!sokong hang 100%!!
    2.Awatla kjaan dok bantu puak melayu ni!!
    3.Hang bayangkan kalau kerajaan tak bantu budak melayu masuk U dulu!puak-puak melayu kelantan hampir 80% dok keghabatttt nyokkk jeee la ni!!Zaid brahim!!gred 3!dok motong getahla!hussam!gred 3!spm!!dok laga ayam laaa!!nik aziz!!yang tak kenai add math tu!!buat apa agaknya nooo!!
    4.hang lainla!hang dapat straight A dalam SPM!!!

    ReplyDelete
  10. letak gambar awek cun melecun lagi....tu la budaya barat yg diserap masuk ke negara2 Islam diseluruh dunia...tgk je artis negara2 arab pon dah seksi2 mcm artis barat....adakah benar malaysia menjadi Negara Islam? jika benar, manakah hukum2 islam yg diperjuangkan...

    katalah perbankan tanpa faedah - knp tidak terus terang "Islam haramkan riba'"

    katalah liwat, rogol, maksiat tu salah dan sabit kesalahan blh dijatuhkan hukuman - knp tidak laungkan DOSA Besar bg jenayah tersebut, dan balasan Neraka mennti diakhirat, firman Allah bermaksud "janganlah kamu menghampiri zina!"

    katalah kesalahan membunuh tu blh dihukum bunuh - knp tidak laungkan sahaja hukum ISLAM (hudud/Qisas) bunuh balas dgn bunuh (jika didapati bersalah)

    Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
    ( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #208)

    ReplyDelete
  11. bila cakap pasal racism, bukan la ianya bermakna kita tak boleh memperjuangkan kaum kita..

    jgn la sempit dan kolot sgt pemikiran tu..wahai PR yg bangang..

    racism ni adalah dimana sesuatu kaum itu memperjuangkan kaum mereka dgn menindas kaum2 yg lain..racism juga wujud sekiranya sesuatu kaum itu bersikap prejudis terhadap kaum2 yg lain..

    kalu kat US tu, asal kulit hitam je, polis mula la nak tahan/tangkap dgn melabelkan mereka2 ini dikalangan kaum penjenayah..ini la yg tidak adil..undang2 tidak mengenal warna kulit..

    lihat kat Malaysia..bila kite bercakap tentang hak org melayu, adakah kaum2 bukan melayu dipinggirkan? Dasar Ekonomi Baru bukan bertujuan utk memberi hak yg lebih kepada sesuatu kaum itu, tetapi, matlamatnya adalah mewujudkan keseimbangan kaum dgn pengagihan kekayaan yg saksama, mengurangkan jurang perbezaan kaum antara kaya dan miskin..adakah perkara ini salah disisi Islam? even arini, kite lihat, kaum melayu masih lagi ketinggalan, salahkan mereka menuntut bahagian mereka yg tertinggal itu?..10 org terkaya kat Malaysia, yg paling kaya adalah kaum cina dgn india..kalu kaum cina dan india ini tertindas akibat racism oleh melayu, manakan mungkin mereka boleh menjadi individu terkaya?

    kaum2 cina dan india tidak dinafikan hak mendapat pendidikan, ekonomi, mengamalkan aktiviti agama masing2, bebas kemana shj..adakah scenario begini wujud dinegara yg mengamalkan racism? lihat dalam konteks yg lebih besar, jgn sempit otak tu!

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  12. buat anti-firaun,

    nilah hujah hasil indoktrinasi BTN..aku pun boleh cakap stended pemikiran ko pun bangang..masih lagi duduk dlm zaman 60an ke?? aku berani cakap disebabkan pemikiran mcm kamu, melayu jadi mcm hari ini..majoritinya jadi manja, payah nak berniaga, tiada daya saing, bergantung sepenuhnya kpd bantuan, masalah sosial & sebagainya. inikah produk DEB kamu? usahlah kamu pandai berhujah Islam kata boleh nak perjuangkan nasib kaum. hakikatnya kaum belah mana yg kamu katakan itu? setahu aku kalau melayu umno aje yg betul2 kamu tolong, melayu pas? pkr? ada kerajaan betul2 nak tolong? benarkah nak mewujudkan keseimbangan dan pengagihan kekayaan seimbang antara kaum? yg aku nampak kekayaan mmg diagihkan tapi sesama parti komponen BN sajalah. bagi kontrak kat MCA, melayu bisnes kecil2an gigit jari. bagi kontrak kat kroni umno yg sepatah haram x reti meniaga, usahawan sejati melayu gigit jari. bila dah rugi, bail out berbilion ringgit. inikah kamu katakan nak tolong kaum sendiri?

    sudahla tu..aku rasa kamu org kerajaan kan? beginilah mentalitinya..berfikir jumud & x pernah nak gunakan otak betul2. kamu pun termasuk la dlm golongan penagih simpati kerajaan. cuba buka mata lihat sekeliling betapa gagalnya DEB. dah berapa tahun dah DEB jalan? kenapa masih ramai melayu miskin? especially di negeri2 PR. mana adilnya perjuangkan kaum tu?
    haii..banyak lagi nak ckp ni, tapi cukupla dulu. aku bagi warning, jgn terkejut kalau aku kata anak muda sekarang sudah berani berfikir mcm aku, zaman kegemilangan anak muda akan kembali lagi..dgn suara mereka kamu akan rebah sama sekali. ingatlah amaran ini! berhentilah memperbodohkan melayu!

    ReplyDelete
  13. Kamu patut benci kpd diri sendiri kerana gagal untuk memacu diri menjadi pemimpin dan pengurus yg berjaya.

    UMNO gagal melahirkan pemimpin yg berkualiti kerana tidak mempunyai jatidiri dan kenegaraan yg hebat.

    Semuanya pasal seks, wang dan high living standard. Negara dibiarkan tua, buruk dan tidak diperbaiki.

    Hasil disedut dan dinikmati sesama sendiri walhal ada rakyat yg makan tanah dan siput babi untuk hidup.

    Bersamamu TV3 cukup mendedahkan kebejatan pemimpin sebenarnya bukanlah untuk menagih keprihatinan rakyat untuk menderma.

    Generasi baru lebih terbuka dan merasa perit dengan kesan dan keterpaksaan dalam hidup yg terang2 mempamirkan double standard antara pemimpin dan rakyat. Lebih2 lagi bila anak2 pemimpin tersebut menunjukkan belang mereka.

    Duit siapakah itu ? hasil pendapatan rakyat dan negara .. Cina dan India cumalah bangsa, kenapa kita kalah kpd mereka ? dimana kehebatan TAR dahulu ? tiadakah pewaris yg spt nya ?

    ReplyDelete
  14. Raja Katak "PUAKA" ....EH..EH.. silap laaaaaa....'Pekasa" hanya oranag melayu aja yg boelh hidup kat malaysia ni.

    ReplyDelete
  15. prime honda..

    ko citer ape nih? org bercakap pasal racism dan kaitan DEB dgn racism..bukan pasal DEB dan melayu kite hari ni..aku tau ko ni bengap, so aku straight forward ngan ko je la ya, mesej yg cuba aku sampaikan, jgn la kite sempitkan pemikiran kite dgn maksud racism..takkan bila sebut melayu je ko sebut racist?..tak salah perjuangan bangsa, asalkan, tidak menindas hak kaum lain sehingga menyebabkan ketidakseimbangan berlaku..

    since ko interested sgt pasal DEB ni, meh aku kasi tau ko..DEB ni, matlamat da betul..bkn objective DEB utk menjadikan melayu ni bangsa yg mengharap, dan manja..bila tak dibantu, ko cakap government tak berkebajikan, bila dibantu ko salahkan kerajaan penyebab melayu manja..kena draw a line to differentiate menda nih..kalu ade sebijik kek, mcm mane nak share dgn adil? sapa makan cepat, dia dapat mkn byk? or suma org dapat slice yg sama size? mcm mane pulak kek tu, lebar nye sama, tp tinggi nye tak sama, mcm mane nak share dgn adil? nak kena ukur inch by inch? kena kira setiap slice kek berpandukan isipadu?

    ingat, tak kira la kalu cina kaya sbb dia lebih byk berusaha atau tidak (makan lebih cepat, dpt makan lebih), kena ingat, sumbernya tetap satu, iaitu hasil bumi dan sumber di dlam Malaysia (kek) yg sepatutnye dikongsi bersama..ketidakseimbangan berlaku bila, jurang besar antara kaum, iaituu golongan yg gemuk (byk mkn kek) menyebabkan ade golongan yg kebulur (kurus keding)..matlamat DEB utk mengurangkan jurang ni..salahkah?

    ko bercerita pasal sudut negative pasal DEB..cuba ko citerkan pasal sudut positive nye pulak? berapa ramai melayu2 terpelajar sejak DEB ko langsung taknak mention..mmg betul kesan negative DEB telah menjadikan segelintir bangsa melayu manja, asik disuap..DEB tak salah, ttp ade perlaksanaanya yg tak betul..mcm aku ckp tadi, tiada satu pun matlamat DEB utk menjadikan kaum melayu ni manja..ape salahnye tukar cara perlaksanaannye? change dan improve the system mengikut kesesuaian, itu yg lebih penting..dan DEB bukan utk org melayu shj..ko kena ingat tuh!

    mcm aku ckp tadi, tgk kepada konteks yg lebih besar..jgn sbb ade segelintir yg menyeleweng atau manipulasi DEB, ko terus kata DEB ni tak betul..

    anti-firaun..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?