Tuesday, July 13, 2010

Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK? - Aspan Alias

Diantara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.

Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakn pemimpin yang mempunayi pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.

-ASPAN ALIAS

TPU - Dalam ramai-ramai orang UMNO, yang dekat atas ni sorang ke yang cerdik... yang lain semua bodoh mengalahkan anak lembu baru beranak...

13 comments:

  1. sdr aspan, nanti umno tak mengaku anda ahli umno!

    awengocok.

    ReplyDelete
  2. bukan tak cerdik... diam ada makna tu....

    ReplyDelete
  3. masih tak paham lagi isu..

    skrg ni, RPK didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut..dia sendiri lari ke luar negara kerana takut menghadapi perbicaraan..

    bukan isu pasal tajaan jd persoalannya, lantak pi la sapa nak sponsor tak kira la dari PKR ke DAP ke..tp bila isunye melibatkan RPK yg dalam pelarian, persoalan timbul bagaimana RPK hidup mewah di sana, pasti ada yg menajanya.

    bukti yg dijelaskan zahrain ingin menunjukkan, ada "dalang" di sebalik aktiviti menghasut oleh RPK tu, iaitu PKR..kenapa tak libatkan PKR dalam kes pelarian RPK ni? tindakan itu la yg perlu diambil KDN..

    bebal sgt korg ni pesal? tak tau pokok pangkal main belasah je..macm babi sondol pokok la korg nih..

    bodoh bebal takleh diajar..mmg otak2 pencacai PR dan UMNO yg bangang..kah kah kah

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  4. PKR-RPK pusing-pusing pun sama juga

    ReplyDelete
  5. PRK pulak maksudnye pilihan raya kecil!

    ReplyDelete
  6. Semua cerita bodoh akan bermula dari media arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian.

    Disebabkan cerita bodoh dihasilkan oleh media kebanggaan parti BN maka beberapa kerat pemimpin UMNO Baru tanpa kaji selidik telah menyokong cerita bodoh itu menyebabkan pemimpin itu juga dilihat pemimpin yang bodoh...

    Ada pencacai seperti anti-firaun cuba nak kelirukan lagi isu yang berbangkit seperti..."skrg ni, RPK didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut..dia sendiri lari ke luar negara kerana takut menghadapi perbicaraan....?"

    Benarkah RPK didakwa dimahkamah..? Atau RPK akan disimpan didalam bilik kecil dikemunting tanpa perbicaraan...?

    Orang felda diPahang bolehlah dibodoh-bodohkan dengan isu karut kerana mereka genarasi BODOH dan memang suka diperbodohkan... kalau nak kepastian bahawa orang felda memang BODOH sila tanya mereka apa yang dimaksudkan "FELDA BANGKRAP" oleh Suara Keadilan...?

    Anti firaun boleh jelaskan... mengapa peneroka felda jadi bodoh...?

    ReplyDelete
  7. Anon 2.22pm

    RPK didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan. Gagal hadir dua kali ke mahkamah pada 23/4/09 and 23/5/09. RPK lari setelah dua kali waran tangkap dikeluarkan..

    kalu nak masuk ISA, tak payah waran tangkap la bro..dah lame bleh buat..pesal nak tunggu 2 kali perbicaraan mahkamah pastu isu waran tangkap kalu tujuannya nak simpan RPK tanpa perbicaraan..otak ada akai, guna la, jgn lutut juga ada taruk!

    dgn kenyataan ko kat atas tu dah menunjukkan kebodohan ko, so tak pyah la nak cakap org felda bodoh sbb bodoh adalah sinonim utk ko..

    kah kah kah..

    anti-firaun

    ReplyDelete
  8. Aku baru register jadi Agen Tupperware....

    CIA tu apa...macam tupper ware jugak ke? hehehe

    Tak kisahlah nak jadi Agen apa...ASALKAN BUKAN AGEN UMNO SAMPAI KIAMAT !!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. anti-firaun yang bebal lagi babi

    kalaulah RPK dicaj atas akta yang ko maksudkan tu kenapa..kenapa PDRM tak blh mengektradisi RPK ke Malaysia???Kenapa Scotland Yard tak mahu bantu PDRM dlam soal ini...LU FUCk@FIKIRLAH SENDIRI.Sebab mereka sudah tahu mengenai taktik Anjing PDRM ni semata-mata arahan Najib. LU boleh caj apa seksyen pun atas RPK sebab kuasa ditangan Najib sebgai PM dan PeMbunuh Antatuya...BANGANG KECIK_KECIK TAK NAK MAPOS BESAR MENYUSAHKAN ORG

    ReplyDelete
  10. Apa nak kecoh RPK di London ke atau dalam hutan? Ini bukan bisnes Kerajaan. Aku pun biasa tinggal di London, tapi yang pasti aku tak guna duit rakyat. Aku pegi sehelai sepinggang saja. Jadi jangan ingat orang umno saja boleh hidup di London, aku orang kampong buat bendang pun biasa hidup di sana. Umno ingat orang umno saja ka boleh hidup disana? Jangan jadi manusia bodoh yang selalu menelanjangkan kebodohan mereka pada rakyat. Tuhan bagi otak untuk pikir bukan untuk nak cari kesalahan orang lain. Jadi apa tugas kerajaan sekarang? asyik2 RPK, asyik2 RPK, Kerajaan takde kerja lain ke?

    ReplyDelete
  11. bodoh punya PR, RPK tu telah didakwa dlm makamah malaysia dan lari...tapi korang bela dia,bila dia tabur fitnah korang angguk percaya....org melayu felda tak bodoh tapi org yang melebelkannya bodah....ko baca definasi BANGKRAP dulu dan bandingkan dgn FELDA sekaran! apa-apa kita tunggu keputusan makamah!kepala jim...bet punya PR!

    ReplyDelete
  12. anon 4.06pm

    kalu RPK tau yg dia akan ditangkap kat UK baik dia nyorok kat lubang jamban rumah nuar weih! abih ko ingat nape dia pegi nyorok sana?

    issue RPK ni bukan global or international crime..menda remeh je bagi Scotland or Interpol nak get involve. Undang2 setiap Negara ada boundary dia, kalu tak berkepentingan tentang sesuatu, mereka akan ambil sikap tidak mahu mencampuri urusan mcm ni yg dianggap "peribadi"..buat per dia nak sibuk2 getting involve?

    Mmg PDRM ada connection dgn Scotland yard, but hubungan dia digariskan tentang limited tentang sesuatu isu, mostly utk berkepentingan bersama dan sejagat..PDRM boleh mintak Scotland police at their best endavour only, but everything depend kat diorg. PDRM takleh paksa, dan scotland yard takde obligation..dah lupa kah, setiap negara adalah berdaulat..fhm definasi ni dulu..

    Lupakah Thaksin menyorok dibeberapa buah negara, in fact pernah landing/transit skali kat Malaysia..kenapa Malaysia tak tangkap thaksin utk tolong kerajaan Thailand? sbb Malaysia ambik sikap tidak ingin mencampuri urusan peribadi negara lain..takkan ko tak paham2 lagi?

    international relation bukan straight forward je weih..kena paham tu..but aku tak terkejut kalu anwar menggunakan networking yahudi dia di US utk menolak permohonan Malaysia..

    after all, anwar tahu kat negara mana yg selamat utk melarikan diri..UK pernah jadi pengkalan dia apa?

    anti-firaun

    ReplyDelete
  13. UMNO memang tak boleh berkawan dengan golongan yang kritik pemimpin UMNO, perasan buat jahat rasa baik

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?