Tuesday, August 17, 2010

Dinsman: Wajah Kota Bharu & Kelantan Akan Segera Bertukar...

Keluar dari Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) tengahari Khamis 2hb. Ramadhan 1431 (bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010), saya seperti melihat wajah Kota Bharu dan Kelantan yang berbeza sekali. Wajah yang sama sekali baru. Sebuah "Financial Hub" (Hub Kewangan) baru yang bertaraf dunia, berasaskan Dinar dan Dirham Kelantan, sedang bermula disini.

Hah, apakah saya berimajinasi keterlaluan? Saya tak pasti, tapi itulah yang bermain di kepala saya, selepas mendengar ucapan-ucapan dari pelbagai pihak, termasuk beberapa orang dari luar negara, dalam majlis pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan itu.

Memang Kota Bharu (dan juga Gua Musang) sekarang pun sedang bertukar wajah fizikalnya disebabkan oleh projek-projek pembinaan yang sedang berjalan disana-sini. Rasanya dalam tempoh 20 tahun PAS mentadbir Kelantan sejak tahun 1990 belum pernah Negeri ini mengalami pembangunan fizikal seperti hari ini.
Namun saya membayangkan perubahan yang lain. Saya membayangkan perubahan yang di luar dugaan dan jangkaan sesiapa pun. Ramai orang akan terkejut dengan peristiwa yang tak dijangka ini. Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, yang baru tadi dilancarkan oleh Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dengan disaksikan oleh wakil-wakil dari beberapa Negara Luar seperti Sepanyol, Jerman, Switzerland, Dubai, Indonesia (Acheh) dan Filipina (Sulu) akan segera menarik perhatian dan kepercayaan ummah dari seluruh dunia dan akan segera mengubah wajah Kota Bharu dan Kelantan.

Kota Bharu dan Kelantan selepas 2hb. Ramadhan, 1431 tidak akan sama lagi dengan yang sebelumnya. Sama sekali berbeza. Dan saya fikir proses perubahan ini tidak akan mengambil waktu yang lama. Inilah dia, Kelantan akan benar-benar mengubah Malaysia!

Sewaktu melangkah masuk ke dewan konvensyen KTC paginya, untuk menyaksikan perasmian pelancaran Dinar dan Dirham tersebut, saya sama sekali tidak menjangka bahawa apa yang akan disaksikan di situ adalah sedemikian hebatnya.

Saya fikit orang lain juga sama seperti saya, tidak menjangkakannya, kecuali beberapa orang yang terlibat dalam usaha itu sendiri, yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa dan dua orang kuat syarikat Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) - Prof. Umar Ibrahim Vadillo (CEO) dan Nik Mahani (Pengarah Eksekutif).

KGT ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek Dinar dan Dirham Kelantan ini. Prof. Umar (berasal dari Sepanyol) dan Nik Mahani (berpengalaman luas dalam perbankan) adalah tokoh yang telah lama bekerja keras bagi melihat Dinar dan Dirham kembali digunakan oleh umat Islam di dunia. (Nik Mahani juga telah menghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan).

Maka sewaktu Umar bercakap memberi penerangan mengenai apa yang berlaku disebalik pelancaran Dinar dan Dirham (D&D) tersebut, saya mula menyedari bahawa suatu gerakan pembaharuan dalam sistem kewangan sedang terjadi. Bahawa pelancaran D&D Kelantan ini bukanlah suatu kejadian terpencil yang sekadar lanjutan daripada pelancaran Dinar Kelantan 2006 dahulu tetapi ia adalah manifestasi suatu gerakan ummah yang secara kebetulan terzahir di Kelantan, hasil daripada suatu kepimpinan politik Islam yang berani yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Maka apabila wakil dari Indonesia tiba-tiba menjadi sebak dan tak dapat melafazkan ucapannya buat seketika diatas pentas, saya terasa bahawa kesedaran itu tiba-tiba membuak-buak di dewan konvensyen itu. Dengan suara yang tersekat-sekat dia menyatakan bahawa kebekuan ummah yang berlaku sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki seratus tahun lalu, kini sedang mencair semula.

Beliau terharu kerana menyaksikan kebangkitan ummah melalui penggunaan semula matawang Dinar dan Dirham yang turut diusahakannya di Negaranya itu, rupa-rupanya kini telah menjadi kenyataan di Kelantan.

Dan secara diam-diam pula rupa-rupanya KGT telah berjaya mendapatkan persetujuan lebih daripada seribu kedai di Kelantan, yang bersedia untuk menerima dinar dan dirham Kelantan dalam urusan jual-beli mereka. (buku senarai kedai-kedai tersebut turut dibekalkan kepada hadirin di majlis itu). Malah Bank Islam dan Tabung Haji juga telah bersetuju untuk menerima D&D itu.
Dalam majlis perasmian itu juga diumumkan sebuah syarikat di Kelantan telah bersetuju membeli Dinar bernilai RM1 juta, iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad. Manakala dari Kuala Lumpur seorang peniaga, Hishamuddin Tan Sri Ubaidillah, tampil membayar zakat bernilai 15 ribu dinar, yang diterima oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dari Kuala Lumpur juga sebuah kedai menunjukkan komitmennya menerima D&D Kelantan dalam urusan jual-belinya dengan melakukannya di pentas majlis itu iaitu Saba Islamic Media dan di pentas itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK menyampaikan bayaran gaji kepada CEO PMBK, IR Haji Mustafa Salleh dalam bentuk Dinar Kelantan.

Demikianlah makanya sewaktu melangkah keluar dari bangunan KTC tengahari Khamis 2hb. Ramadhan, 1431 itu, saya bukan sahaja terbayangkan wajah baru yang akan menjelma bagi Kota Bharu dan Kelantan tidak lama lagi, tetapi juga merasakan perubahan sedang berlaku dalam fikiran saya sendiri, mengenai beberapa perkara yang saya anggap penting dan utama dalam menilai kecemerlangan pentadbiran Islam di Kelantan.

Memang ini suatu peristiwa yang sedang berlaku di Malaysia, yang kemungkinan akan sekali lagi menjadi tsunami yang membawa kesan cukup besar yang nampaknya sukar dikendalikan oleh para pemimpin Barisan Nasional yang diterajui Dato' Najib. Sesuatu yang sepatutnya berlaku di peringkat Nasional, tetapi ianya berlaku di peringkat negeri yang dikuasai oleh pembangkang, namun mempunyai impak yang bertaraf antarabangsa.

Sesiapa yang hadir dalam majlis pelancaran itu pasti akan merasai bahawa ia adalah sebuah peristiwa peringkat antarabangsa yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan yang dilancarkan itu bukannya dicetak di sini, tetapi di Dubai oleh World Islamic Mint mengikut standard yang diperakui oleh World Islamic Trade Organisation (WITO).

Maka dengan membayangkan Kota Bharu suatu hari nanti akan menjelma sebagai "World Islamic Financial Hub" berasaskan matawang Dinar dan Dirham itu, apakah saya berimajinasi keterlaluan? Say fikir tidak dan saya menjadi begitu yakin apabila mendengar Dato' Paduka Haji Husam Musa sendiri menjawab soalan saya itu dengan menceritakan perancangan masa depan Dinar dan Dirham Kelantan sewaktu para jemputan telah ramai meninggalkan bangunan KTC, tengahari awal Ramadhan yang sangat bersejarah itu.

-Dinsman

TPU - Penulis boleh dihubungi melalui email dinsman_49@yahoo.com.my atau sms +6013 636 2408

9 comments:

  1. usah pedulikan leader2 umno tu kata apa. depa dengki!!

    ReplyDelete
  2. wa mau order rm50juta D&D ok tak? kat ne nak simpan ek?

    ReplyDelete
  3. CELAKA HARAM JADAH BETUL KO NI TOPENG BABI ANJING KURAP LEMBU BODOH PIANG!!!!!!!KO NI MEMANG KALAU AKU JUMPA AKU BUNUH KAU DULU SEBAB KO NIE LER PEROSAK BANGSA,AGAMA,PENGHANCUR UMAT ISLAM!!!!!!!!
    SOKONG SANGAT LER DAP,PKR TU...NNTI BILA SI LAHANAT KAFIR-KAFIR NIE BERKUASA,WAKTU TU KO TENGOK LER SAMADA DIORG NI AKAN SOKONG AGAMA ISLAM& MELAYU KE ATAU DIORG NI AKAN HANCURKAN AGAMA ISLAM&MELAYU!!!MEMANG KO DAN GENG-GENG LANCAU ANJING KURAP KO PATUT DIBUNUH JE!!!!!!!BODOH MCM LEMBU PUNYA TOPENG!!!!!!KEJE MALAS,YANG KO TAU MENGEMIS,BUAT FITNAH JE!!!!!CILAKA PUNYE ORG KELANTAN BEROK!!!!

    ReplyDelete
  4. WAHAI TOPENG BABI KURAP!!!!KALAU AKU JUMPA KO NI DKT MANE-MANE MMG AKU AKAN BUNUH KAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN SEBAB AKU RASA KO NI:
    1)BUKAN ORANG ISLAM(MUNGKIN KO ORG KAFIR YANG BERLAGAK ISLAM)
    2)PEROSAK KEPADA TANAH AIR MALAYSIA,AGAMA & BANGSA MELAYU NIE(MUNGKIN KO NIE ORANG SIAM@THAI@VIETNAM)
    3)KO NIE PENYEBAR FITNAH YANG AMAT BESAR DAN ORG YANG SEBAR FITNAH MACAM KO NI PATUT DIHAPUSKAN DARI DUNIA NI

    ReplyDelete
  5. Saudara Topeng,

    cara mamat anom diatas tu maki lu , gua ingat lah lu punya pahala dalam bulan puasa ni berganda- ganda kalau lu sabar dan berserah kpd ALLAH SWT

    ReplyDelete
  6. salam bro... kalo hang ada link ngan husam, minta dia berhati2. KERAjaan UMNgOk sgt2 takut ble tok guru lancar kan D&D. Becoz tok guru da dapat nama dulu dalam D&D and syariah currency ni. FYI, NAJIS(B) nak buat benda sama, tapi nak yg supergrand punye. Siap nak jual aset pertahanan (TUDM KL) untuk wat projek D&D. So dia meroyan la bile Tok guru da lancar dulu. First step sabotage NAJIS(B) da nampak da. dia war2 kan D&D kelantan tak sah. supaya org takut nak beli. Pada hal link saya kat Bank negara cakap, D&D kelantan sah untuk digunakan dan diperakui oleh BNM. So, tlg bagitau Husam, pihak Zionis NAJIS(B) ni takkan dok dia. Dia adakan guna apa saja link utk memusnahkan masa depan D&D kelantan ni. Kalo boleh, Husam sediakan data2 dan hujah2 dari segi perundangan utk menangkis serangan NAJIS(B). sekian.

    ReplyDelete
  7. masa tok guru perkenalkan D & D, bising2 plak kata x sah la ape la..suh buat x nak buat..

    ni je la keje org UMNO..
    diorg je yg betul..org lain sume salah..

    teruskan usaha tok guru & dato' husam..ambo & rakan2 akan terus sokong & beli D & D..

    nati kito guno semua transaksi pembelian harian dengan D & D...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah, Islamic financial system is gaining momentun n reconition globally....may Allah makes things easier for Kelantanesa. Amin.

    ReplyDelete
  9. sebagai rakyat kelantan kami bangga dibawah kepimpinan Pas dan Tuan Guru..Takbirr

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?