Tuesday, August 24, 2010

"Kununnya" Malaysia Sebuah Negara Islam... Tapi...

Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini disimbah dengan cat merah dan dibaling dengan botol arak hari ini.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail berkata, kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hasbi berkata, selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan,” katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Aku tak nak ulas panjang-panjang hal ni... malas jugak nak tuduh mana-mana pihak dalam hal ni... cuma nak sebut sikit hal yang sepatutnya berlaku dan ianya dapat mengelakkan dari perkara-perkara (sabotaj) macam ni berlaku di mana-mana rumah ibadat kita...

Benda paling mudah ialah - imarahkan masjid-masjid dan surau-sirau setiap masa. kalau setiap masa surau-surau atau masjid-masjid diisi dengan umat Islam yang sentiasa meluangkan masa di surau-surau dan masjid-masjid untuk beribadah, perkara macam ni agak susah nak berlaku... kalau berlaku pun, tak payah pening-pening nak cari siapa punya angkara.

Kenapa dekat Kelantan benda macam ni tak pernah berlaku..? sebabnya... surau-surau dan masjid-masjid di Kelantan sentiasa berpenghuni... tak macam tempat lain... boleh paham..?

Pembinaan surau-surau atau masjid-masjid bukan untuk bermegah-megah menunjukkan "keislaman" sesiapa... surau-surau dan masjid-masjid ialah tempat untuk umat Islam beribadah... jadi... imarahkan rumah-rumah Allah dengan aktiviti ibadah...

"Kununnya" Negara Malaysia ialah sebuah Negara Islam, agama rasminya ialah agama Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam... Tapi...

Kenapa surau-surau dan masjid-masjid kepunyaan orang Islam paling sunyi diantara rumah-rumah ibadat di Malaysia..?

Fikir...

13 comments:

  1. 1.Woi bukan main hang puji kelantan!!berapa % puak kapiaq harbi kat kelantan berbanding dinegeri lain!!
    2.Betui jugak tu!!!dikelantan mana ada kes buang bayi!!!bakaq bayi adalah noooo!!!!
    3.dahlah puak kapiaq cuma berapa % jee!!balak habis pi gadai kat puak kapiaq harbi!!!apa punya pengurusan yang hangpa pakai oii!!!

    ReplyDelete
  2. anon 8:37
    oi kalau dah surau dan masjid sentiasa berkunci bila masanya nak buat ibadat.... ni yang dikatakan cerdik tak boleh nak ikut....

    ReplyDelete
  3. Yg paling aku sedih ada antara AJK masjid cuba menghalang/menghalau pendakwah (terutamanya dpd Jamaah Tabliq) dpd menggunakan masjid/surau di tempat mereka. Kerana takutkan pendakwah2 ni masuk, ada yang sampai kunci terus pintu pagar surau/masjid. Masuk waktu sembahyang baru buka. Itupun kalau siak/imam ada yang datang, kalau dua2 tak datang alamat jadi rumah hantu lah surau/masjid tu. Syaitan dan Iblis pun boleh berjoget di dalamnya.


    Alangkah baiknya kalau AJK ni beri pada pendakwah2 ni mengimarahkan masjid/surau mereka. Kat tempat kami, mereka2 inilah (Jamaah Tabliq) yang yg menceriakan suasana surau/masjid kami. Mungkin mata nampak macam fakir-miskin aja mereka2 ni tapi mereka semua terpelajar dan ada yang bejawatan tinggi. Mereka pergi berdakwah dengan kerelaan mereka sendiri, duit wang mereka sendiri tanpa ada paksaan.

    Dari jauh mereka datang semata2 nak berdakwah itupun ada AJK surau/masjid yang sanggup menghalau mereka.

    Jadi, kalau macam ni ie qariah buat tak tau dan jarang ke surau/masjid, AJK dengan bongkaknya menghalang segala bentuk aktiviti dakwah, maka tak hairan lah surau/masjid boleh jadi tempat tidur kambing. Taip2 malam syaitan/iblis boleh berdangdud di dalamnya.

    ReplyDelete
  4. mmg bangang orang yang tulis artikel nie..
    kerajaan jugak yang di salahkan sebab orang x g sembahyang..
    apa ker bangang lah korang ni erk..
    mmg lah malaysia sebuah negara islam dan itu agama rasmi negara kita
    jgn nak dibanggakan sgt negeri kau 2..
    bukanya kat sana xda maksiat..
    ada kan
    smua negeri pun same jer

    ReplyDelete
  5. aku nak dalang yg baling botol arak dan simbah cat tu ditangkap segera sblm kami umat islam malaysia ni mengamuk. aku dah ilang sabar dah dgn puak kafir harbi ni. bulan 4 ituhari jemaah surau dkt damansara dibaling telur oleh pihak x bertanggungjawap ni nak wat kes kat seremban pulak. tlg jgn politikkan isu ni. pas ke amno ke dua mcm haram lgsung xblh bersatu dlm isu ni.

    ReplyDelete
  6. Rasa2 surau tu macam AJK UMNO ja yang berkuasa....patut la pun jadi cam tu. Harap kupiah Hitam aja Tinggi....tapi akai SONTOT.

    ReplyDelete
  7. anak melayu berok...

    kau baca balik dekat ats tu tang mana ada sebut KERAjaan..?

    yang kau terasa tu pehal..? kau ni anjing KERAjaan ke..?

    pi mampoih la kau dengan MeLAYU kau tu...

    ReplyDelete
  8. pi mampoih la kau dengan MeLAYU kau tu...
    ............................

    cantiknya bahasa anak kelantan anak serambi mekah yg penuh dgn alim ulamaknya...

    sebaik2 contoh bagi manusia ialah rasulallah tapi belum pernah nabi merasa kecewa pada Allah terhadap penciptaan bangsa arab keatas dirinya,baginda tidak membuang identiti arabnya,tidak membuang bahasa arabnya,tidak membuang ketinggian nilai arabnya yg dibuang hanyalah AMALAN jahiliah yg ada pada bangsa itu.

    dgn alhakim nya bijaksana Allah mencipta sesuatu bangsa itu dgn almusawwir nya Allah maha membentuk sesuatu bangsa itu dgn al alim nya Allah maha mengetahui yg segala sesuatu ciptaannya itu tidak lah sia-sia jadinya.

    para rasul mengetahui hakikat yg sebenar dan mereka tergolong dlm org2 yg bersyukur...mengapa tidak kita?

    kita mengutuk dan membuang segala amalan jahiliah yg ada pada sesuatu bangsa itu amat wajar, tetapi menghina kejadian ciptaan bangsa itu sendiri adalah zalim.


    bangsa yg tidak menghina bangsa mereka sendiri mereka lebih maju dlm intektual,,sosial dan ekonomi.

    bangsa yg menghina bangsa sendiri mereka lebih mundur dlm banyak segi..mundur dlm intektual,,sosial,ekonomi dan terutama sekali bagi yg islam mereka mundur dlm akhlak yg menjadi sendi islam apabila sendinya rosak apakah islam akan tertegak...pikir lah.

    jadilah umat yg tahu erti kesyukuran kerana azab Allah itu amat pedih kpd mereka yg tidak tahu bersyukur.

    yg pasti bangsa SIAM atau apa saja bangsanya apabila mengutuk atau menghina bangsa yg lain, itu namanya RACIST dan tiada racist dlm islam........... :)

    ReplyDelete
  9. Minta maaf la wahai si Anon 6:27. Aku nak perbetolkan sedikit penulisan hang tu.

    Nabi tak pernah berbangga dengan suku kaumnya. Nabi tak pernah bergangga dengan bangsanya. Tapi..Nabi hanya berbangga dengan ummatnya. Itulah sebutan terakhir sebelum baginda wafat...."ummati....ummati"

    ReplyDelete
  10. haha..marah ker topeng perak..
    baik2 betul kan orang pas nie..
    cakap beruk
    cakap anjing
    aq pun nak masuk pas r mcm nie.
    hahahahah

    ReplyDelete
  11. cik maisara kalau membaca dan menulis dgn emosi,

    maka nafsu mengatasi akal , nafsu tidak dapat melakukan pekerjaan akal

    maka jadinya lain yg ditulis lain yg hang faham.....bertenang k :)

    ReplyDelete
  12. Dalam al-Quran menyebut ada enam rukun hidup bermasyarakat yang perlu kita ikuti iaitu kita tidak boleh hina-menghina, merendah-rendahkan orang lain, perli-memperli, gelar-mengelar (yang tidak baik), berprasangka buruk dan mengumpat antara satu sama lain...
    Renung-renungkan.....wassalam

    ReplyDelete
  13. TU TANDANYA SI BABI BERAK TERABUR NIE ORG MUNAFIK YANG X BLH PAKAI SEGALA AYAT DIA..BANGGA SANGAT DGN KELANTAN BURIT TU..MCM LER DKT KELANTAN TU TAKDE GEJALA SOSIAL,MCM LER DEKAT KELANTAN TU SEMUA RAKYATNYE ALIM ULAMA,SEDANGKAN DEKAT MEKAH PUN ADE ORG JAHAT,NI KAN PULAK KELANTAN...KHAK PTUIIHHH BALIK DEKAT HANG WAHAI TOPENG PERAK SI PENAGIH DADAH GANJA...TAKYAH NAK TUNJUK BAIK LER WAHAI PENAGIH!!!!!!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?