Sunday, September 19, 2010

"Allahu Akhbar" Ganti "Daulat Tuanku" - Sultan kelantan

Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13hb. September, 2010 (Masihi) bersamaan dengan 4hb. Syawal, 1431 (Hijrah) tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari Jumaat 17hb. September, 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.


Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut dilampirkan pindaan kedua (sila klik disini untuk lampiran) yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat).

Sumber - The Kelantan Insider

9 comments:

  1. Salam pada semua ahli Pas, selamat hariraya adil fitri Maaf Zahir Batin.
    Semalam pada 18hb Sept 2010, saya serta kawan2 telah pertama kali datang ke majlis Ramah tamah Adil Fitri unjuran Parti Pas semalaysia.di Saddad Court di Kuching Sarawak. Tuan Guru,Pesident Pas Pusat, Ust Hadi dijemput ceramah yang begitu baik tentang agama sampai
    kawan2 terkagum dan mencuim tangan Tuan guru tersebut walaupun pertama kali menlihat Tuan Guru tersebut. begitu sekali.Dalam hal tersebut selepas Tuan guru balik kami terus melepak di Saddad Court sambil bercerita ttg politik Sarawak kawasan kebanyakan pengundi Melayu.seperti Petra Jaya. Sekiranya semua kawasan Petra Jaya di tempat Kawasan Party Pas dan bukannya Party Keadilan Insyallah. Petra Jaya boleh macam negeri Kelantan. Kerana kebanyakan pengundi Melayu. Diharap Parti keadilan dapat berkerjasama ttg penting perubahan.Macan semalam kebanyakan AJK masjid Bahagian Kuching dan AJK Masjid Taqwa dan Masjid2 kawasan Petra Jaya datang.
    Sekali lagi saya ucapkan Ribuan terima kasih pada semua Ahli Pas dapat menganjukan majlis sebegini baik.

    ReplyDelete
  2. 1.Ada gambar keluarga sultan kelantan yang baru tak!!isteri dan anak-anak!!
    2.Kalau ada!!tolong publish kat sini!!

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah merahmati pemerintahan baginda. Ammin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... tapi sultan selangor tak murka ke nanti? Tak pe lah kalau nak murka pun.

    Nanti kita semua pakat-pakat lafaz Allahuakbar kat dalam hardrock cafe supaya kemurkaan jadi kerahmatan.

    Sultan negeri lain bila nak berubah?

    p/s. Lebih takutkan kemurkaan Allah dari kemurkaan sultan.

    ReplyDelete
  5. Daulat Tuanku! Aku hidup dah 50thn blum pernah aku lihat seorg pemimpin negeri yg berkufiah & memakai gamis, rasa hati tersentuh melihat tuanku begitu menghormati seorg ulama.aku sedih kerna aku bukan rakyat kelantan.

    ReplyDelete
  6. sedap la pok2 mu duk bual??

    aku nak tanya so jah...

    islam lagu mana gak duk ajar anak menderhaka kpd ibu bapa??

    ReplyDelete
  7. utk anon September 20, 2010 9:34 AM. anak mana yg derhaka dgn ibu bapa dlm post ni?? mungkin ko merujuk tuanku. aku rasa ko yg x paham. ex sultan kelantan sdang sakit dan bnyak urusan dekati rakyat tuanku faris yg buat so x salah klu baginda teraju negeri kelantan skarang...yg penting urusan negeri x terabai disbbkan sultan itu sakit. anyway aku mmng bangga dgn sultan baru ni. dan diharap2 tuanku dpt mendesak supaya hudud pula dilaksanakn di kelantan sbb apa2 yg berkaitan dgn agama adlah di bawah kuasa sultan..allahuakbar..allahuakbar...allahuakbar...

    ReplyDelete
  8. anon September 20, 2010 9:34 AM.

    Isteri seorang nabi dan anak2nya pun derhaka pada suami. Di ajak naik ke atas bahtera kerana bah besar sedang membadai bumi. Di manakah kamu meletakkan pemikiran sampai tak tahu menilai erti derhaka dan terpaksa derhaka ?

    ReplyDelete
  9. anon 9:34
    pelir mu... jenis x reti baso.. bunyi jah kecek kelate tapi benggong... tgk le isu semaso weh jange jadi berok..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?